2009/04/15

Rumah Rakit Di Sungai Kelantan Kota Bahru.



Rumah Rakit???
haaaa???
Xpercaya???
Kalau X percaya anda kena cuba sendiri.



Lokasinya di Sungai Kelantan. Sesiapa yang pergi ke Kota Bharu dan xtau mana nak tidur, Rumah Rakit ialah tempat yang sesuai.. Murah jea, semalam RM 400.00 untuk 4 bilik, 2 katil Queen size, 4 katil Single size.

Sampai jea kat Rumah Rakit ni lebih kurang pukul 9.30 malam disambut oleh tuan punya Rumah Rakit ni, banyak perkara yang bermain dalam kepala otak aku ni.. Takut gak kalau sang Buaya tiba-tiba merangkak naik menemankan tidur.. sia-sia jea jadi lauk sang Buaya malam tu..

kalau x pun dihanyutkan air kalau hujan lebat.. Tapi kejab jea rasa macam tu. Lepas tengok keindahan malam di Sungai Kelantan, terus hilang rasa takut.


Ruangan dalam Rumah Rakit ni macam hotel gak la.. Semua lengkap. Siap ada ASTRO lagi. Hotel biasa pun X der ASTRO tau.















Paling menariknya, bila bangun pagi jea, dah nampak bulan nak tenggelam. Suasana lak sejuk dan nyaman jea.

Sampaikan Kak Ros X sempat la nak mandi pagi tu... Nak posing maut punya pasal.

Mana nak cari suasana macam ni, sarapan kat tepi Sungai Kelatan. Kena pulak Nasi Dagang, Nasi Tumpang, Nasi Berlauk... Sampai sorang 2 bungkus..... Hancur la plan nak diet aku..
kua..kua..kua...










Dek sedapnya Nasi Tumpang, kalau Buaya lalu sebelah pun, Haji Sanusi xperasan kot. Asyik...Asyik...Assssyyiiikkkkkkkk bangat......


2009/04/03

'Tak salah penganut lain guna nama Allah'????

'Tak salah penganut lain guna nama Allah'
LUBOK ANTU 2 April - Penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain menjadi tumpuan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi meraih undi simpati masyarakat Iban di Batang Air.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu itu berkata, tidak salah untuk penganut agama lain menyebut nama Allah kerana ia hak agama masing- masing.

''Isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarkanlah.

''Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga pernah memberitahu tiada masalah jika penganut agama lain menggunakan nama Allah," katanya ketika berkempen untuk calon PKR, Jawah Gerang, 55, di Pekan Lubok Antu di sini malam tadi.

Bagaimanapun kata beliau, di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO.

Anwar berkata, disebabkan larangan UMNO itu penggunaan nama Allah dalam semua majalah dan risalah agama lain telah dirampas.

Katanya, beliau telah berbincang dengan para ulama dan memaklumkan isu tersebut tidak menjadi masalah jika penganut agama lain ingin menggunakannya.

Malah katanya, ada pemimpin penganut agama lain yang cemas dan datang berjumpa beliau untuk mendapatkan nasihat mengenai perkara itu sama ada salah atau sebaliknya.

''Tetapi UMNO tidak bagi guna nama Allah. Pada PKR jika nama Allah mahu digunakan oleh penganut agama lain, kami akan biarkan sebab itu hak mereka (penganut agama lain)," katanya.

petikan di atas dari akhbar Utusan 3 April 2009. kita tengok pulak komplikasinya kalau kita membenarkan agama lain menggunakan nama tuhan mereka sebagai Allah.

Lirik Lagu : Allah Peduli -
Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengertiAllah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengertiAllah mengertiAllah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus kumengerti

Mungkin orang jahil sahaja yang akan membenarkan penggunaan kalaimah Allah ni kepada agama yang bukan Islam. Kalau la remaja kita yang cetek pengetahuan agamanya menghayati lirik ini, tidak ke akan menyesatkan akidah mereka???

Orang Kristian percaya, Yesus ialah anak tuhan..... dan mereka menyamakan tuhan mereka dengan Allah?? adakah anda percaya??

mungkin kita pada masa sekarang tidak percaya...tapi boleh bayangkan pada masa hadapan generasi muda akan datang mereka akan percaya.

Menyentuh isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan bersama.
Kerajaan menerusi keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, solat, Baitullah dan Kaabah.

Malah sesetengah kerajaan negeri menambah beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam.
Namun yang peliknya, kenapa masih ada yang cuba menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan cetak mereka? Alasannya, kalimah Allah diterjemah daripada perkataan God dalam bahasa Inggeris seperti yang tertulis di dalam kitab Bible.

Bagaimanapun, kita perlu akui tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kerana ia lebih banyak menimbulkan kekeliruan.

Bayangkan kekeliruan terutama di kalangan kanak-kanak Islam apabila terbaca papan tanda atau kain rentang berbunyi: "Aku adalah anak Allah" atau "damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "Anak Allah yang hidup". Semua itu adalah terjemahan terus daripada Bible berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam, mudah untuk difahami bahawa bahasa asal kitab suci al-Quran ialah Arab. Apakah pula bahasa kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi pengkaji sejarah, diketahui bahasa asal Taurat ialah Hebrew sementara bahasa Greek digunakan untuk Injil.

Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu ini. Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk "Tuhan" dalam Taurat dan maknanya dalam bahasa Greek pula??????

Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini, mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak akan timbul.

Dalam Hebrew, perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?") Sementara dalam bahasa Greek, Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos.

Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos. Jika diteliti kita akan dapati bahawa dalam kedua-dua bahasa itu, sama ada Hebrew ataupun Greek, tiada satu pun kalimah Allah.

Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Arab.
Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Bible terjemahan Melayu dinamakan sebagai Kitab Berita Baik.

Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible Arab tersebut adalah kerana sesetengah keturunan Kristian Arab seperti di Mesir, Syria dan negara lain yang menganutinya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menerima dan meyakini fahaman Keesaan Tuhan.

Fahaman ini jauh berbeza dengan fahaman Trinity atau "Tiga Dalam Satu" seperti doktrin kebanyakan penganut Kristian sekarang. Maka, hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima, bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity (mengakui satu Tuhan).

Selain daripada hujah itu, terdapat juga pandangan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan itu merujuk kepada terjemahan God dalam Bible sedangkan perkataan Tuhan pula daripada kalimah Lord.
Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Bible sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam Kristian?

Sekiranya Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula ialah Tuhan Bapa di Syurga, maka perlulah difahami bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja.

Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut: "Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa? Adakah ia merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan di atas merujuk kepada Allah semata-mata. Sekali lagi ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible merujuk kepada Jesus.

Sekiranya hujah diteruskan dengan menyatakan bahawa dalil paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: "Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu."

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara kedua-dua ayat di atas. Jelaskan sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun turut merujuk kepada Allah.

Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keesaan Allah seperti di dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut: "Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."

Dalam kata lain, Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan Tuhan yang sebenar ialah Allah.

Maka jelaslah di sini, kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, maka ia akan mengundang padah.

Amat malang apabila keharmonian beragama di negara ini yang dibina atas dasar tolak ansur dan saling memahami, digoncang oleh tangan-tangan yang sengaja ingin mencetus ketegangan dan huru-hara.

2009/04/02

Grand Old Lady, Miri, Sarawak




The Grand Old Lady terletak di Bukit Kanada. Ianya adalah tempat cari gali minyak pertama di Malaysia dan menjadi salah satu monument sejarah terpenting di Sarawak.
The Grand Old Lady berdiri megah menghadap bandar miri di atas Bukit Telaga Minyak (Canada Hill) menjadi kebanggaan rakyat Sarawak kerana satu-satunya telaga minyak di dalam dunia yang berada di atas bukit!!!
Bukit Canada dinamakan kerana terdapat perkampungan pekerja carigali minayk dari Kanada.
*sesiapa nak buat rumah dengan pemandangan yang cantik, saya syorkan di Bukit Canada. pemandangan hadapan menghadap laut, belakang menghadap kampung yang kehijauan dengan padi huma.

tanah runtuh Jalan Inas - Kg. Batu

Terdapat kegagalan cerun telah dilaporkan oleh JKR Daerah Kuala Pilah pada 2hb Mac 2009. Kegagalan mula berlaku pada 2nd Mac 2009 menurut pihak JKR Daerah. Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR bersama pihak JKR Daerah telah mengadakan lawatan tapak kejadian tersebut pada 3rd Mac 2009 untuk membuat siasatan kegagalan cerun tersebut.


- Terdapat satu (1) cerun berlaku hakisan secara 'slump' dengan ketinggian lebih kurang 10 - 15m dan lebar 130m. Sudut kegagalan cerun pada 85ยบ-90˚. Jenis tanah yang terdapat pada tempat kejadian ialah Sandy Soil dengan parameter Unit Weight 20kN/m-3, c = 0kPa dan phi = 36

- Hujan yang lebat telah menyebabkan limpahan air dari sebelah jalan yang tersumbat oleh pasir dan sampah pada sistem saliran permukaan jalan. Air tersebut telah memenuhi bahu jalan yang menyebabkan struktur tanah menjadi lemah (material loose).


- Titik Kelemahan berlaku di kaki cerun memandangkan terdapat aliran sungai dan ketiadaan struktur penahan di bahagian tersebut. Semasa hujan, air hujan akan meresap sehingga
tanah cerun dalam keadaan tepu dan terjadi kegagalan cerun.

- Kawasan bahu jalan adalah tidak stabil. Pokok yang berhampiran berada dalam keadaan condong.
- Cerun adalah cerun semulajadi dengan darjah kecuraman 50 darjah tanpa ada sebarang struktur penahan.
- Berdasarkan pemerhatian, tiada terdapat aliran air bawah tanah di kawasan permukaan cerun. Namun, kemungkinan berlakunya resapan aliran air dari sistem parit di bahagian atas cerun akibat daripada sistem parit yang tidak sempurna serta jumlah hujan yang tinggi beberapa hari sebelum kejadian telah meningkatkan paras air bawah tanah di lokasi cerun.