2009/06/23

mimpi...membuatkan aku mengantuk sepanjang hari...

ape yang tersirat dalam mimpi ek???
adakah mimpi itu penunjuk atau penanda kejadian yang bakal berlaku atau sekadar mainan tidur saja ataupun permainan syaitan???
mimpi yang sama berulang-ulang adakah memberi makna yang tersirat yang tak tercapai dek akal untuk berfikir???
atau mungkin mimpi itu ade maksud yang tersurat...mungkin saja aku yang tak nampak???
kata orang tua, kalau mimpi dipatut ular tu petanda ada orang nak masuk meminang... betul ker??? atau mimpi tu bermaksud akan di patut ular kemudian hari???
tapi kenapa aku mimpi yang sama 3 malam berturut-turut tapi aku tak ingat langsung ape yang aku mimpi tu...
yang aku ingat ada seorang lelaki yang mungkin berdendam dengan aku...
macam nak gaduh jea...
mungkin ada yang makan hati???
apapun mimpi ni buat aku mengantuk sahaja.....xlena tidur

2009/06/18

BERCUTI SAMBIL BERKERJA DI PENANG....

NI DURIAN YANG PALING MAHAL AKU PERNAH MAKAN SEUMUR HIDUP AKU NI...
NAK TAU HARGANYA???
RM18.00 SEKILOGRAM...
SEBIJIK MAU SAMPAI RM60.00...
NAMA CINA DURIAN NI ANG HAI... ATAU NAMA MELAYUNYA, DURIAN UDANG MERAH...
DURIAN NI DAPAT KAT BALIK PULAU JEA...KAT BAWAH POKOK TU, TUAN KEBUN PASANG JARING...LEPAS TU, SIAP IKAT LAGI BUAH DURIAN NI KAT TANGKAINYA DENGAN DAHAN...TAKUT JATUH BERDERAI...
TAPI BAGI AKU, SEDAP LAGI DURIAN KAT KAMPUNG AKU TU...
TAK PAYAH BAYAR PUN...DURIAN TEMBAGA LAGI...

SEBAKUL JKR PENANG BELI SEMATA-MATA NAK JAMU ORANG HQ...
NAK PECAH GAK PERUT MASING-MASING NGADAP DURIAN UDANG MERAH NI...
TERMASUK LA AKU SEKALI... MAKIN MAJULAH PERUT AKU KE DEPAN...


SAMPAI BUNTANG-BUNTANG MATA DEK TERCEKIT BIJI DURIAN STAFF AKU NI...

SIAP DENGAN PULUT DURIAN LAGI... CECAH PULAK DENGAN ROTI... ERMMMM...... SAMPAI MENJILAT SIKU LA MAKAN NI...
MANGGIS PUN ADA...
RAMBUTAN ORANG TAK PANDANG DAH... DUDUK LA DIAM-DIAM KAT TEPI MEJA TU...

INI, KALAU MAK MERTUA LALU PUN NI, MAU NYA TAK PERASAN...
SILAP-SILAP GAJAH LALU PUN XPANDANG DAH...




PENANG MEMANG TERKENAL DENGAN JERUKNYA...
MACAM-MACAM JENIS JERUK ADA...
SEPANJANG PASAR NI (PENANG ROAD), MEMANG JUAL JERUK JEA...
KALAU ADA ORANG RUMAH NI, NGAN PASAR NI AKU BORONG...

KAT PENANG KALAU TAK CUBA MAKAN KAT KEDAI MAMAKNYA, SERUPA TAK PAYAH PERGI LA KAN...
GERAI KAT PENANG ROAD (DEPAN HOTEL MALAYSIA) NI MEMANG SPECIAL JUAL SUP...
MACAM-MACAM SUP ADE...
AKU TRY SUP KAMBING...HUH!!! BERPELUH TIDUR MALAM TU...
MINUM PULAK SUSU LEMBU SEGAR...
BARU 2 MALAM JEA AKU KAT PENANG BERAT AKU DAH NAIK 4 KG BALIK...
MACAM-MACAM YANG MASUK DALAM PERUT AKU NI...
AYAM TANDORI LA... NASI KANDAR LA...BLA...BLA...BLA...
CHAR KUEW TIAW LA...
ANG HAI LA...
MANGGIS LA...
SUP KAMBING LA... MACAM2 ADA LA...
ermmmmmmmmm.... abis la program diet aku...

2009/06/11

Kisah hari hujan

Time hujan ni, teringat pulak zaman aku kecik2 dlu..
Masa tu mana kenal PS ni, video game pun yang game blok tu jea yang popular..
So kalau time2 hujan macam ni, aku terus bertukar menjadi gaban.... Eh!! Silap lak. Jadi hantu hujan...
Ala, macam korang tak penah mandi hujan pulak...
abis longkang besar kat depan rumah aku masuk...
Berendam dalam tu...
Yang bestnya bukan aku sorang yang mandi, ade la pulak yang nak menyibuk... Emi, Alan, Baim, Izam, adik aku pun join sama...
macam pesta mandi hujan lak...
Yang tak bestnya pulak, lepas jea hujan berhenti, ayah aku pun balik...
Ape lagi, berlaku la adegan kejar mengejar dengan ayah aku... Abis satu blok aku bawak ayah aku berlari...Mak aku memang tak boleh buat apa la...
Last2 aku nyorok kat bawah rumah...
Menyorok la aku sampai malam...last2, aku keluar pun sebab perut dah lapar sangat dah... sejuk pun yea gak...
Nasib baik la mood ayah aku pun ok dah masa tu...

Selamat hari bapa ayah...

Kalau aku cerita dengan sepupu aku, maunya kena gelak... (sepupu aku semua kecik2 lagi)
Apa standard mandi air hujan!!!

Yea la , zaman sekarang dah canggih...
Mana nak kenal ngan galah panjang, roundes, konda kondi, mandi sungai ni...
Sekarang semua main kat kat dalam bilik jea...
Kesian dengan budak2 sekarang, dah tak ader kenangan zaman kanak2 untuk dikenang pada masa depan...
Kenangan yang mampu buat aku tersengih seorang diri....

2009/06/09

Tanda-tanda sakit

1. MATA.Bertindak balas dengan keadaan hati.
i)Mata menjadi merah Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii)Mata menjadi kabur Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii)Keluar tahi mata Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv)Keluar air mata Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v)Ketegangan mata dan kelopak. Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2.HIDUNG. Mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i)Selesema Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii)Hidung sumbat Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii)Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3)BATUK
i) Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii)Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
iii) Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4)KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ni adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii)Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5)BIBIR Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i)Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii)Bibir kering dan pecah Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6)MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i)Lidah atau gusi bengkak, sakit Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii)Mulut berbau busuk Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7)TELINGA Berkaitan dengan buah pinggang.
i)Telinga terasa tersumbat Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii)Telinga berdengung Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8)KULIT BERPELUH:
i)Peluh masin Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii)Peluh berbau Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
iii)Ruam dan bisul Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
iv)Kulit gatal dengan ruam Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
v)Kulit pecah dan berair Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.

9)RAMBUT GUGUR:
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

10) SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i)Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii)Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii)Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b)Kebas tangan Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c)Kebas tangan kiri dan lengan Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas kaki. Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit tapak kaki. Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit tumit kaki. Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin..
g) Rasa panas di tapak kaki. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di celah-celah jari kaki. Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11)TANDA-TANDA DALAMAN
A.Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. Pening/sakit di bahagian depan kepala
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C.Pening/sakit di bahagian belakang kepala
i) Bahagian atas. Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah
D. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga
Menandakan penyakit migrain.
E. Bisul terjadi di kepala Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F.Rasa pening yang memusing Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

12)MULUT/KERONGKONG/LIDAH
1. Loya/muntah. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
2.Muntah darah
i)Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
ii)Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut misalnya penyakit ulser..
3. Lidah rasa tegang dan pendek . Tanda sakit jantung.
4. Keluar air liur yang pekat. Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

13)KENCING
a)Kerap kencing Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
b) Air kencing berkapur Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air kencing berminyak Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d)Air kencing pekat berwarna coklat Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e)Air kencing berdarah Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

14) BUANG AIR BESAR
a)Cirit-birit/kerap buang air besar Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b)Sembelit Membersihkan toksin dari usus kecil.
c)Najis berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis berwarna hitam Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

15) BADAN
a)Rasa sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b)Badan terasa berat/ malas/ lenguh. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c)Badan terasa panas. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d)Badan terasa ringan Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

16)RASA TAKUT MENGEJUT Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

17)CEPAT NAIK DARAH/MARAH Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

18)RASA BIMBANG DAN TAKUT Sistem paru-paru yang lemah.

19)RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

20)SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.

2009/06/02

Lelaki Terseksa Apabila Melihat Perempuan Seksi.

Hujung minggu lepas aku xde ape2 program, so saje la merayap-rayap dekat jusco wangsamaju. Duduk rumah pun bukan benda nak buat pun..

Merayap punya merayap, ternampak dan terberkenan la satu belt (sale 70%), memang kebetulan pulat belt aku memang dah jahanam..

Tapi, masa nak bayar dekat kaunter ade la sekor minah (malay) ni que depan aku...
Huh!!!! Seksi gila beb!!!
Baju dah la boleh nampak seberang laut, bra plak boleh nampak kegebuan buah %*@#, meleleh air liur sat tengok... Mamat-mamat cashier tu pun x melepas peluang menilik dari dalam sampai ke luar...

Yang xsyoknya, dalam beberapa minit kemudian datang pulak laki dia, siap dukung baby... Laki dia aku tengok rilek jea bila bini dia kene tenung dek lelaki yang terseksa... Termasuk la aku sekali... Macam xkesah jea...

Yang aku nak mengomel ni, pasal ape la bengong sangat laki dia bagi bini dia pakai macam ni...
Kalau nak pakai seksi sangat pun, pakai jea la kat rumah, tunjuk kat laki, yang duk tunjuk kat luar buat apa!!! Buat orang-orang yang belum berkahwin macam aku ni terseksa jea...

Silap2, kat rumah si isteri ni pakai kain batik ngan tshirt jea... Lepas tu bedak sejuk bertembek kat muka...

Laki dia ni pun bengong gak kot, xtau ke, aurat isteri tu pun dia yang kene bertanggungjawab, xpasal2 jea dapat dosa free...
Aku bukan la nak komen dosa pahala, sebab kubur memang la asing2...

Sekarang ni orang melayu yang seksi2 macam ni dah xheran dah...
Kalau pergi ke time square, klcc, berlambak jea remaja belasan tahun yang pakai seksi tahap mautnya...yang nampak celah punggung... Baju yang nampak seberang... Seluar yang ketat sampai nampak alur punggung... Yang nak tersembul buah %*@# pun ade.. Baju ketat xpayah cerita la...dah biasa sangat... Sekarang dah trend lak paki mini skirt... Berlambak2 kat sungai wang, bukit bintang....

Jadi, aku pun xheran la kalau kes kene rogol, sumbang mahram, seks luar nikah, pembuangan bayi, anak luar nikah (bla...bla...bla...) Stasistiknya tinggi...

Tolong la wahai kaum wanita, bukanya aku xsuka kalau korang seksi2 ni...
Jauh dilubuk hati ni, memang suka pun... Dah memang fitrah lelaki begitu..
Tapi jangan la buat aku ni terseksa...
Terseksa dekat dunia pun aku xtahan...
Ni kan pulak seksa dekat akhirat...




10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Iraq Mikraj Rasululullah
SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan
(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya. Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas. Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala BABI dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain. Wallahu'alam....