2010/01/25

.............................................

tak nampak tak bermaksud buta
tak dengar tak bermakna pekak
tak tahu tak bermaksud bodoh

sembunyi dalam terang
hilang terang mana nak sembunyi lagi
dalam terang ada juga yang sembunyi

terang dalam gelap
gelap tak semesti hitam
dalam hitam tak nampak terangnya

terang gelap hitam sembunyi
sampai bila harus begini
yang terang lagi bersuluh
yang gelap terus dihitamkan
yang patut gelap disuluh
yang patut hitam disembunyi

sejarah mengajar kita
menjadi lebih dewasa
kadang-kadang kita diajar sejarah
tak pernahkah terfikir nak bina sejarah
biar kita yang mengajar sejarah
esok belum jadi sejarah
tapi kita boleh ajar esok supaya menjadi sejarah

ada masanya, kita suka begini
ada masanya, kita suka begitu
ada masanya, kita tidak suka begitu begini
ada masanya, kita yang tak disuka

mana cahaya nak ku suluh yang gelap
biar menjadi terang
biar hitam menjadi terang
adakah aku punya ruang
adakah aku punya waktu
adakah aku punya peluang
nak menjernih yang gelap
agar yang terang tak menjadi gelap

2010/01/18

dodoooooooooolllllllllllllllllllllllllll.................

Isnin, 4.01.2010... Melalui 2nd bos, Dato' Pengarah panggil aku masuk bilik mesyuarat... Hal yang sangat penting katanya... Masuk jea... Aku duduk dengan tertib... Luar nampak tenang, tapi dalam tak sape pun tahu... Jantung pun dah berlari laju... Sebijik macam kena kejar dek anjing!!!

Dalam hati masih tertanya-tanya... Pehal lak aku kena panggil ni... Setahu aku, Xder mesyuarat berkenaan bajet ari ni.... Lagi pun waran tak dapat lagi...

Tetiba Dato' Pengarah tanya aku...
"tahu x dodol???"

Pe punya soalan la ni erk???

Nak kata "tak" kang, nampak sangat menipu nye...

Dengan perlahan aku angguk kepala...

"Tahu buat???" Dato' tanya lagi...

Erm... Dalam hati dah sumpah seranah dah... Sape la yang bawak mulut ni erk.... Dalam terpaksa, aku angguk juga kepala...

"Ok... Set... Awak jadi leader nak kacau dodol 14.01.2010 nanti!!!" Pendek jea yang terpacul dari mulut Dato'...

Huh!!! Bala nak datang ni... Bukannya aku tak reti buat... Tapi aku duk fikir sape yang nak mengacau nye jer nanti...

Tanya sekor-sekor, ada la 3,4 kerat yang pandai...
Huh... Selamat... Kalau tak, mau berkerak dan pahit dodol tu nanti... Kacau dodol nak kena betul2... Kalau berkerak...memang tak sedap....



14.01.2010, Pagi sabtu yang hening... Pukul 7.20 pagi aku dah terpacak dekat JKR dah...
Nak mengatur barang, Kawah, Makanan, semua la...

Tepat jam 9.00 pagi, aku start dah nak wat dodol...
ni Gambar baru masuk tepung beras pulut dan santan... Starting kena la tokey kacau dulu kan...

Gambar selepas Gula pasir, Gula anau, dan gula hangus dimasukkan...


Ni nak kacau dodol ker nak menari tarian balet ni????
Adoi... pening pala cek tengok perangai sekor2... Ada plak yang mengacau sambil berduet lak ni...


Lepas 4 1/2 jam berhempas pulas... Ini la hasil nya....



Tokey jugak kena start dulu...




Ni la pepatah melayu dulu kata...
"Lembu punya susu, Sapi dapat nama..."


Dato' pengarah beli durian semata-mata nak masuk dalam dodol.... Siap tolong kopek lagi tu...


Mana nak cari Pengarah yang rajin cam ni... Susah jumpa oooooooo.....
Tapi Dato'....jaga2 takut hangus lak bawang goreng tu...

Geologist aku telephone bini dia mintak resepi dan guide nak masak daging masak asam....

Selain dodol, hari tu jugak dibuat bubur assyura...
Sebenarnya... Bubur assyura yang menjadi watak penting hari tu... Sebab buat 2 kawah...
Itu kehendak sebenar Dato'... Tapi ramai yang xsuka sangat nak makan... So... kena la buat dodol sekali... Nak puaskan hati semua orang...
Daging lembu yang perlu di siat2 menjadi halus untuk di campurkan dalam bubur assyuara...
Assura??? Aku tak berapa nak minat... Banyak sangat rempah nya... dah la nak masak pun lama...7.30 malam baru siap ooooooooo......
Kemeriahan majlis hari tu... Dah macam majlis kenduri kahwin aku dah....
Ehhhh!!!!!!!!
huhuhuhu...