2011/01/31

Hujan - Banjir - Sejuk - Cuti - Kerja!!!

Bila hujan turun, tak henti2, lebih 48 jam, hasilnya = banjir...
(10 years return period rains - orang teknikal faham la ni...)

Bila hujan mencurah-curah tanpa henti, suasana sekeliling jadi sangat sejuk... rasa macam duduk di fraser hills... nak mandi pun fikir 3, 4 kali... air dalam kolam rasanya macam air batu... beku... kebas kalau kena... Sejuk2 ni juga menyebabkan perut ku sentiasa berlubang... haihhh.... penat dah nak menampal yang bocor ni...

Bila hujan turun juga, dengan banyak nya... kemungkinan berlakunya tanah runtuh juga tinggi... Bila ada tanah runtuh, maknanya aku kena pergi... bila aku kena pergi, maknanya, tak ada maknanya cuti aku hari ni... haihhh... tak apa la... rakyat didahulukan... terpaksa juga pergi, lagi2 kalau melibatkan rakyat di negeri sendirikan... rugi cuti ai hari ni...

tak pe la... untuk rakyat juga kan...

2011/01/30

Diet Yang Bagus...

Bangun pagi, makan... sambung tidur semula... pukul 10 pagi, makan lagi... lepas tu sambung golek2 atas katil lagi... pukul 12, lunch time, golek2 lagi depan tv... pukul 2.30 late lunch time, masih lagi tergolek depan tv.... pukul 4, tea time, masih lagi bergolek ngadap tv... pukul 6, dinner time, perut dah buncit, mata pun dah berat, melayan mata sebentar... pukul 10 malam... perutku berlubang lagi... kelaparannnnnnnn....


wuaaaa... hujan yang berpanjangan hari ni, membuatkan aku mengalami proses berhibernasi dengan cemerlang gemilang dan terbilang... berjaya mengalahkan beruang kutub... tahniah untuk diri sendiri.... tahniah... (hujan tak salah dalam hal ni, tapi sengaja dikambinghitamkan untuk mengcover diri sendiri...)


p/s: tidak digalakkan mengikut aturan diet yang sihat seperti di atas...

Hujan Yang Tak Berhenti Buat Perut Ku Berlubang...

Lebuhraya KL - Simpang Ampat - Tampin - Gemencheh - Kampung Halaman...
Permandangan sepanjang perjalanan hari ni depenuhi dengan HUJAN... dan sampai sekarang, masih lagi hujan... sekejab lebat sekejab gerimis, tapi tanda-tanda hujan akan teduh, tak nampak pun...

Hujan2 ni membuatkan perut aku berlubang... baru jea 1/2 jam tadi lunch, tapi sekarang dah lapar balik... mana ntah perginya makanan tadi... hilang... yang tinggal, hanya lapar...




notakaki: aku sedang menimati jualan murah, ambil 2, free 7... Tak faham? Tak pe...
2hari annual leave, dapat 9 hati cuti panjang... apa nak buat cuti panjang ni yea?

2011/01/29

Entry Edisi Penghargaan...

Selamat Pagi... 1st time intro aku bergitu formal... Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia...
Korang perasan atau tak, setiap blog yang korang "blog berjalan" (BW), korang cuba perhatikan dekat bahagian sisi blog yang korang terjah tu... pasti akan terdapat senarai blog2 yang tersenarai...

Dan aku sangat pasti, senarai blog yang ada tu dah sedia popular dan femes amous... Kenapalah kita nak mempopularkan blog yang dah sedia popular ni kan... lebih baik kalau kita promo kawan2 kita, yang setia membaca kita, yang setia datang bertandang di blog kita, tak kira la apa pun yang kita tuliskan... sama ada mereka komen atau tak, yang penting mereka datang dan membaca dengan setia...

Aku sangat menghargai mereka2 ini... memang ada sahaja jejak kaki mereka ini dalam blog aku ni... dan sesiapa yang tersenarai di bawah ini, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih... kata orang Jerman, "danken schon"...

Bagi yang tak tersenarai,






2011/01/28

Entry Edisi Sengal... bab 3...

Bagaimanakan ku mula…Dan apakah kata-kata…
Atau bisikan mesra…
Yang dulu ku cari…
Rupa-rupanya ada di sini…
Ada yang tertinggal…
Setelah terbenam Mentari…
Ada yang tertinggal…
Setelah kering air di kali…

Sesungguhnya banyak ragam manusia…
Namun segala hanyalah bak lakonan semata…
Misteri dalam hidup ini rentak kembara…
Insan dunia satu enigma satu enigma...

Belum pernahku kesali hidupku…
Lahir kedunia pun begitu…
Suka dukaku tanggung sendiri…
Dengan ketabahan hati…
Mana saudara manakah teman teman…
Disaatku memerlukan…
Kepalsuanmu makin menjadi nyata…
Kemesraan sementara…

Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku…
Ku rindu sentuhanmu…
Ku damba sentuhanmu…
Tiada lain yang ku inginkan…
Hanyalah…Hanya sentuhanmu…
oppppsss.... sejak bila pulak si tukang karut dah mula bersajak berpuitis bagai pulak ni kan... Jangan salah faham... Ini hasil rojakkan lirik2 lagu yang popular... (aku rasa la)... so... ni nak buat teka teki lagi la ni... Siapa yang dapat menjawab dengan tepat kesemua lagu (5lagu) akan dapat hadiah yang setakat ini dirahsiakan... jangan risau... hadiah yang berharga dan bernilai... tak percaya tanya Cik Eda...(bila nak tuntut hadiah ni?)
Malas nak tiru bunga... siapa yang nak jawab, jawab jea la... tak ada syarat, tak ada peraturan dan tiada tarikh tamat...

2011/01/27

Entry Edisi Sengal... bab 2...

Sengal 1: Nasib Baik Vs Nasib Tak Baik... Nasib kita baik kalau kita tak terlanggar (body to body) dengan mak orang @ makcik tua @ nenek tua... bersyukur sangat2... tapi Nasib kita tak baik kalau kita ter"miss" nak terlanggar anak dara bergetah yang cun melecun terangkat... rugi2... melopeh den...

Sengal 2: Sedar Vs Mamai... Air minuman dalam bekas itu untuk diminum bila kita berada dalam keadaan sedar... bila kita haus... tapi bila dalam keadaan mamai, "terlupa" pula yang dalam bekas tu ada isinya... ada air... tangan ni pun gatal merayap... tu yang tertumpah tu... bajet2 konon2 boleh dapat bantuan banjir la cam tu... Haih!!! Malasnya nak mengelap...

Sengal 3; Diet Vs Pelahap... Hajat di hati nak kurangkan lemak2 berlebihan dekat perut dan pipi ni dalam sekilo dua... lemak dekat pipi jea mau cecah sekilo ni... mula la berangan nak jogging... berangan nak buat senaman secara kerap... at least 20 min sehari... dalam hati selalu la berangan nak kurangkan makanan yang berminyak, yang berlemak, yang berkabohidrat tinggi... bla...bla...bla... tapi... berangan hanya tinggal berangan jea la...

realitinya... pantang nampak yang berasap, yang berbuih, yang berlemak berkrim.... yummmyyy... dah tak dan nak toleh kiri kanan dah.... sapu bersih... clear habis... yang tinggal pingan dengan sudu jea... nasib baik sudu dengan pinggan tu keras... kalau lembut sedap, memang rasa nak kunyah jea... silap2 boleh jatuh bankrap tokey kedai tu, asyik nak beli baru jea...

ok tu jea... just wanna wish...
selamat malam santun orang melayu...
good night berbahasa orang puteh...
guten nacht kata pembikin kereta volkswagen...
wǎn ān apek2 tokey kedai berucap...
Oyasuminasai si honda sivic punya bilang..

Aku Bukan PATI...

PATI... Pati santan? Pati Gula? PATI apa pulak ni...
Bukan juga parti bulan roket ataupun dacing... dan dah semestinya bukan berparti...
Intro jea pun dah mengarut dah...


ok la... nak bagi tau satu benda jea...


Hari ni aku tak bawak duit... ok... itu bukan satu masalah besar pun kan... boleh la pinjam dengan Mr. Jepun barang sejuta dua kan... kan Mr Jepun kan... kan...

Hari ini juga aku tak bawak Kad Atm... Ini pun bukan satu masalah besar pun kan... lagipun duit dalam bank bukannya nak ada sangat pun, walaupun baru jea gaji dua tiga hari lepas... nak buat cam ne... dah ramai sangat Ahlong yang duk ngejar aku... Ahlong tu yang nak mintak pinjam duit dengan aku... Percayalah... Bukan aku yang nak pinjam sangat pung...

Hari ini juga... hari ini juga aku jadi PATI... Terlupa, Tertinggal, dan Tak Ingat... IC merangkap lesen merangkumi dompet aku tertinggal dalam kereta... Dan kereta tu sekarang berada di rumah... Dan sekarang aku berada di ofis... Maknanya, taraf aku dengan cik cleaner yang bergetah tu tak ada bezanya... sama2 tak ada IC... kena la tukar loghat pulak ni...

Ada sesiapa yang nak bagi pinjam IC ke, lesen ke, dan kalau boleh bagi la pinjam kad ATM... paling koman pun bagi la pinjam Kad Kredit... Bukan nak buat apa pun... Paling-paling aku keluarkan duit dalam seriban dua ke... nanti-nanti aku pulangkan la balik kad tu sahaja... aku pinjam kad jea kan... Faham? Tak faham la tu...

Aku tak nak jadi PATI hari ni... Tolong... Mak tolong... tulunnnn....tulunnnn.....

2011/01/26

Lelaki Muda Tak Romantik?

Berikut merupakan perbualan antara beberapa mak saudara dan seorang anak buah, sehari menjelangnya hari pertunangan...

Mak Sedaro Kepoh: "Ngah, mano deh gambar bakal tunang ekau... meh den nak nengok..."
Mak sedaro Joyah: "Ontah aih... nak juo nengok sebolom poi sok... Tak la malu den sok... kang kok salah sarung cincin lak kang... baru padan muko ekau..."

Anak Sedaro: "mana ado... den tak simpan gambar2 ni... nak buek apo..."

Mak Sedaro Murai: "hekellehh... henpon punyo canggih manggih, camera ado, semuo ado, gambar bakal tunang tak ado... apo jadah eh boli henpon mahal2... baik ekau campak dalam sungai jho..."

Anak Sedaro: " Betol... tak ado gambar bakal tunang den... gambar lobster godang ado la... nak nengok ko?"

Mak Sedaro Kepoh: " Gambar udang nak buek apo!!! Den nak nengok bakal bini ekau..."

Mak sedaro Joyah: "Segarang-garang laki kito, ado gak gambar kito kek dalam henpon diorang tu... harap misai jho toba... tapi hati romantik... tak cam orang mudo... ado ko gambar udang diamik erk kan... apo la..."

perbualan di atas terhenti di situ sahaja, sebab si anak buah melarikan diri, melarikan diri sebelum dikutuk kaw-kaw dengan mak2 saudara yang mulut masing2 memang laser... baik aku cabut dulu... eh...aku ke? bukan2... bukan3....cerita di atas hanya rekaan semata-mata... sekian...

Betul ke statement ni, "Lelaki Muda Tak Romantik"? atau "lelaki tua romantik"? atau "lelaki tua miang romantik"?...

2011/01/25

kalau itu, kalau ini dan kalau itu...

Kalau budak merajuk sebab tak dapat barang mainan, itu normal la kan... ada yang merajuk sampai budak tu berguling-guling menangis meraung atas lantai... dan adakala merajuk sampai menyorok belakang almari, duduk dalam aisbox dan ada yang menyorok atas pokok durian (aku la tu)...

Kalau awek merajuk, itu pun biasa la kan... saja nak manja2 dengan pakwanya... nak mesra2... dah tu tak kan awek tu nak merajuk dengan mat bangla yang kerja construction pulak kan... dengan siapa lagi nak manja2... tapi jangan lebih2 merajuk... silap2 kena tinggal... dan kalau silap lentok, confirm kena baham...

Kalau orang tua (ibu bapa) merajuk, mesti ada sebabnya... mungkin oarng tua nak kita selalu ingat mereka...

Tapi... Kalau orang lelaki muda gagah perkasa yang merajuk cam ne?










confirm korang akan kata "eiiiiiii buruknya merajuk!!!"...

2011/01/24

Entry Edisi Sengal...

Sengal 1: selalu berangan nak dapat duit terpijak... tak banyak la... kalau boleh nak la dapat dalam sejuta dua... dan selalu sangat berharap kalau2 orang bank tersalah tekan dan ter'bank in' duit riban2... Selalu jugak la meninjau2 kalau ada la sekor dua cicak tokek yang tersesat melintas depan mata... sekor harga dia mau dua tiga juta jugak tu... kalau la dapat sekor dua kan bagus... boleh buat modal pergi haji...

Sengal 2: selalu nak tulis entry... macam2 nak tulis...tapi bila dah mula nak menulis, jadi sengal... apa yang aku nak mengarut ni sebenarnya... selalu sangat hilang arah tuju...

ok tu jea... just wanna wish...
selamat malam santun orang melayu...

good night berbahasa orang puteh...
guten nacht kata pembikin kereta volkswagen...
wǎn ān apek2 tokey kedai berucap...
Oyasuminasai si honda sivic punya bilang...

oooo... Dah Jadi Sedikit Dah...

Baru jea sudah meng"download" slip gaji bulan 1 2011... Gaji gomen sekarang dah canggih manggih dah... semua online jea... paperless...

Tapi bukan itu yang mahu diceritakan...

Tapi angka gaji tu... Hairan... Sangat Hairan... Kenapa macam dah berkurangan jea... Macam tak cukup jea...

Aku kena tindakkan tatatertib ke? Kena potong gaji ke? Kenapa gaji makin sedikit ni... Dah la macam2 nak kena bayar bulan ni... En Kad Kredit pun dah mengaum mintak di bayar dah...


Alahai... Check sana... check sini...


Oooooo...


oooooooooooooooooooooooooooooowwwwhhhhhhhh.....

En. KWSP yang potong banyak... Dah kembali ke potongan sebanyak 11%... Patut la punggggggggggg...

Lambatnya nak confirm, boleh la dapat semua gaji tu... Tak payah lagi nak bagi dekat En. KWSP...

2011/01/22

Susahnya Nak Senyum...

Dah memang muka aku ni susah nak senyum... Muka berlagak mintak ditumbuk...
Kalau dah paksa-paksa senyum tu, maka akan lahirlah senyuman yang tak ikhlas...

Lepas ni, aku dapat satu assignment dari cik tunang, kena duduk depan cermin dan senyum sorang2...Lepas ni kalau ada sesiapa yang terjumpa aku asyik tersenyum tu, jangan la tegur... Sesungguhnya aku sedang berlatih untuk senyum... senyum yang menawan...konon la...


Kacak luar...
Kacak dalam...
Kacak dengar sini...
Kalau saya senyum...
Awak mesti senyum sekali...
Kalau kita senyum...
Semua orang berjangkit...
Bila semua orang senyum...
Dunia tiada penyakit...

Senyum...
Tak perlu kata apa-apa...
Senyum...
Tak perlu kata apa-apa...
Senyum...
Tak perlu kata apa-apa...
Senyum...
tak perlu kata apa-apa...

Senyum seindah suria...
Yang membawa cahya...
Senyumlah dari hati...
Duniamu berseri...

Senyum... kepada semua...
Senyumanmu amatlah berharga...
Senyum... membahagiakan...
Dengan senyuman terjalinlah...
Ikatan...


Manis wajahmu kulihat di sana...
Apa rahsia yang tersirat...
Tapi zahirnya dapat kulihat...
Mesra wajahmu dengan senyuman...

Senyuman... senyuman...
Senyum tanda mesra...
Senyum tanda sayang...
Senyumlah sedekah yang paling mudah...
Senyum di waktu susah...
Tanda ketabahan...
Senyuman itu tanda keimanan...
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah...

Hati yang gundah terasa senang...
Bila melihat senyum hatikan tenang...
Tapi senyumlah seikhlas hati...
Senyuman dari hati jatuh ke hati...

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah...

2011/01/20

Lain Dirancang, Lain Yang Jadi...

Dalam otak ni macam2 rancangan nak buat... Kalau dibentangkan di parlimen, tentu Tok Jib sangat cemburu mendengarnya, pasti mengalahkan NKRA, MEB bagai... Kalau ditulis, mau berkajang2 kertas akan habis... Semua yang dirancang, semuanya mudah dan murah sahaja... tapi bermakna...

Tapi, bila ada campur tangan orang lain, rancangan asal dah tersasar jauh...
Bajet pun tersasar jauh... haihh... nak dengar salah, tak dengar pun salah...

Hasil Titik Peluh... Pembolehubah 2...

Ok, sambung semula pembentangan hasil penemuan, selepas tempoh kira-kira 1bulan lebih bekeksperiment tentang selok belok berblogging ni...

Pembolehubah 1
, sudah dibentangkan, mungkin akan ada yang tak bersetuju, dan mungkin juga ramai yang menggangguk diam, orang tua kata, kalau diam itu tandanya bersetuju... Dan mungkin jugak ramai yang tak baca!

Intro yang pendek, cukup setakat itu, takut ada yang makan hati...

Pembolehubah ke2: antara komen banyak vs komen sedikit

Korang kesah atau tak kalau selepas penat memerah otak, lesu mencari idea, letih menunggu ilham dan tak lupa jenuh mengarang dengan baik (bersangka baik dengan menganggap semua blogger sama)... Tapi tak ada respon dari pembaca korang?

Mungkin ada banyak sebab kenapa kurang komen yang kita dapat selepas berpenat lelah mengarang... mungkin juga banyak sebab kenapa banyak komen yang dapat...

ok, kita terus kepada hasil penemuan la yea... otak jadi sangat penat kalau nak mengarut ni...

1.kalau kita rajin komen tulisan orang lain, orang lain juga akan terpaksa juga merajinkan diri mereka untuk mengomen...

2. kalau kita komen lari dari topik, selalunya mereka tak akan komen pun entry kita...

3. Pengomen (amaran: istilah ini tidak diketahui sama ada diluluskan atau tidak oleh dewan bahasa dan pustaka) yang setia adalah pengunjung tetap blog kita... Selalu2 la lawat mereka...

4. anon, sapa pun anon ni, lantak la, yang penting dia pun baca dan komen...

5. komen banyak juga tak bermakna korang glomour, sebab yang komen mungkin 2,3 orang jea, lepas tu korang akan jawab setiap pengomen secara berasingan... itu yang akan nampak banyak komen...

Kesimpulannya : kurangnya komen sebab kebanyakan pembaca atau pengunjung tak tahu hujung pangkal kenapa entry atau tak tahu langsung hala tuju tulisan tersebut... Banyaknya komen juga tak bermakna jika nama sendiri yang banyak dalam komen tersebut...

Ni hasil penemuan aku, jika ada yang perbetulkan, silalah, aku sangat berbesar hati untuk membaca dan sama2 berfikir... selepas ini mungkin ada 4,5 entry yang serius yang memerlukan kebijaksaan, kewarasan untul berfikir... Ketepikan dulu hal2 yang mengarut...

Sekian terima kasih....

2011/01/19

Buy 1, Free 3...

Jualan murah... Jualan Murah...
Buy 1 Free 3...
Murah... Murah... Murah..

Cuti Tersepit? = Jualan Murah?

Apa kaitanya cuti dengan jualan murah?

Apa yang nak di sepit oleh si cuti?

Kenapa.... Apa? Bila????

Bagi yang dah berkerja, sama ada gomen atau swasta, terutama sekali yang berkerja lima hari seminggu (warga kerja yang terpaksa kerja separuh hari Sabtu tidak termasuk dalam golongan ini) sangat-sangat-sangat menghargai cuti tersepit ni...

Apa yang tersepit ni?

Cuti umum sama ada hari Selasa atau Khamis...
Dalam bahasa mudahnya, Buy 1, Free 3...

Terima kasih bos, sebab menangguhkan cadangan untuk bermee eating (meeting) petang Jumaat ni...

Ada banyak perkara yang nak kena buat masa cuti tersepit ni, dengan adanya entry selepas ini dalam tempoh 4 hari ini bermakna, ada hantu yang tolong tuliskan...

Hasil Titik Peluh... Pembolehubah 1..

Ingat lagi tentang niat aku nak bereksperiman tentang asam garam rempah ratus dalam dunia blogger?

Tak ingat atau tak tahu? Tak pe, click jea kat sini... aku tau korang banyak lagi benda nak difikirkan... masalah negara lagi... politik lagi... dalam kain orang lagi... kain sendiri koyak pun kadang-kadang tak sedar...

Pembolehubah:1. Follower Ramai vs Follower Sedikit...

Dulu, follower aku memang sedikit, dalam 25 orang jea... tapi mereka ni memang pembaca setia, tak kesah la walupun tulisan betaraf sampah pun... kalau tengok stasistik, memang ada sahaja jejak kaki walaupun kadang2 jarang-jarang nak komen, macam mr. Jepun kita... yang rajin komen pun ada... macam Cik Eda, Pn Fida dan Pn Bunga. Ada jugak yang menjadi pembaca yang senyap sahaja... aku tau dia baca semua, termasuk komen sekali, En Ramlan dan Pn Jujuraidah, sila tonjolkan diri anda sekarang!!!

Selepas mendapat ilham dan nasihat otai2, aku cuba untuk mempromosi blog ni... bukan dengan cara baik, tapi dengan cara yang agak jahat jugak, masuk shoutmix orang lepas tu tinggal jejak walaupun kadang2 aku malas nak baca tulisan mereka, atas banyak sebab, antaranya tulisan yang menyakitkan mata, isi yang kurang menarik perhatian dan lambat loading dan macam2 lagi... Dan ada jugak yang bermutu, yang ni aku baca la, kadang2 komen jugak... (yang ni akan dikupas dalam next entry)...

Selepas dengan usaha yang kurang bersungguh-sungguh untuk mempromosi blog yang tak seberapa nak ada ni, adalah peningkatan sedikit dalam bilangan follower...

Bilangan follower bukanlah lidi pengukur (kayu dah susah nak jumpa dah sekarang) tentang mutu sesebuah log tu...(betul ke sebuah blog? sebab tak nampak pun mana buahnya...)

Ramainya follower bukannya bermakna ramainya juga yang datang membaca karya @ karangan @ tulisan kita tu...

Kalau tak percaya, mari kita sama-sama lakukan eksperimen ni, korang tulis entry dalam seminggu, lepas tu korang pergi blog orang lain lepas tu tinggal jejak dalam shoutmix... mesti stasistik pengunjung akan meningkat...

Lepas seminggu tu korang cuba pulak tulis dan korang tunggu sahaja... aku berani cakap, stasistik yang akan datang ke blog kita tu akan menurun... kadang2 sampai tahap yang sangat menyedihkan... Ekperimen ini tidak termasuk otai2 blogger yang dah establish lama dan ada pengikut sendiri...

Setiap eksperimen mestilah ada kesimpulan kan? kalau tak bukanlah dipanggil eksperimen...

Kesimpulanya, tak payah gila la nak kejar follower yang ramai, yang penting pastikan tulisan kita tu berjaya buat orang nak baca sampai habis, walaupun kadang-kadang tulisan tu tak ada arah tujuan, tapi kalau digarap dengan baik, menyeronokkan!!! Sekian... Harap Maklum...

Next pembolehubah; antara komen banyak vs komen sedikit...

2011/01/18

Yea, Baik Laaaaa...

Tuan Kecik: "Bos, esok saya kena pergi kursus di Intekma, Shah Alam..." (dengan muka bersinar2 penuh harapan supaya diluluskan...dengan niat nak larikan diri dari pejabat...)

Tuan Besar: "Berapa hari?"

Tuan Kecik: "Esok jea bos"

Tuan Besar: "OK... Kamu tak payah pergi, suruh engineer baru tu pergi, kamu kena kuarantin... Banyak yang nak kena buat esok..."

Tuan Kecik: "***Yea... Baik la, bos..." (berlalu dengan muka penuh kegelapan kehampaan, harapan berkecai berkaca-kaca kerana niat nak melarikan diri musnah didepan mata, nak MC esok boleh tak ek?)

***p/s: sila baca dalam nada budak nakal, shin chan...

Tak Nak Balik, Boleh Tak?

Petang ni nak balik ke Semenanjung semula, naik belon lagi...

Hati sangat berat nak balik, sebab tau dekat ofis banyak kertas-kertas berlogo yang menanti...
tak sabar rasanya nak tunggu awal bulan Febuari, sebabnya akan bertapa dalam gua, mendalami ilmu persilatan dan batiniah...

Ni pun rasa macam kena seret jea kaki ni untuk balik...
Haihhh... Nasib sehari je masuk ofis...

Boleh Sesiapa Tolong Terangkan Dekat Aku?

Aku tak faham, sangat terkeliru...
Sangat la terkeliru... Kenapa nama dia pulah yang muncul dalam blog ni?
Dia bukan penulis pun... Tak ada kena mengena pun...
Tak fahamnya...
Kenapa dia?

Tak ada benda lainkah yang nak di cari?
Haihhh...Tak boleh nak terima betul la...


Kenapa?
Ada sesiapa yang boleh bantu?
Pn Fida, anda ada jawapan?
Ataupun, penginap baru bilik 404, (selamat datang, lupa pulak nak buat entry selamat datang) Mr. Jepun, anda ada komen?
Atau kita tanya si tuan punya badan, Bunga Ros Maida, adakah anda ada penjelasan yang munaSABAH? Kenapakah nama anda yang dicari di sini? Glamourkah anda?

Bertabahlah...

Sedikit sahaja lagi...
Bukan lama sangat pun lagi...
Tak sampai pun 3jam...
bertabahlah yea... ni kira macam garisan penamat untuk larian jarak jauh...
yea... penamat untuk meetingthon!!!
Bertabahlah...

2011/01/17

Siap Sedia... Jangan Sampai Terpusing...

Mental kena kuat... Sel-sel otak kena berhubung dengan cepat, walaupun kurang minum susu anmum... (betul ke susu anmmum ni?)

Tangan kena cepat mencatat... (Penat mintak berguru trengkas, shorthand, longhand, mediaumhand dengan Pn Fida..., haramnya dia nak layan aku, buat bodoh lagi ada...)

Telinga kena sentiasa bersedia, mendengar, menangkap, melepas, dan segala-galanya...
Pinjam sebentar telinga arnab yang panjang, nak mintak dengan gajah telinga lebarnya, tak dipandangnya aku...

selama 2hari berturut, 3 sesi metingthon berturut-turut... akan sangat mengazabkan mental, tangan dan telinga... bertabah la yea si tukang karut, jangan sampai kepala berpusing habis semua mengarut nanti...

Bertabahlah...

2011/01/16

Pemenangnya adalah....

Seperti yang dijanjikan, pemenang bertuah contest tak rasmi anjuran tukang karut, selepas ditambah tolak bahagi dan darab serta punca kuasa dua, walaupun jawapan yang diberikan hampir2 tepat, walaupun si pemenang tidak mematuhi syarat2 pertandaingan (walaupun tiada peraturan mahupun dateline yang dinyatakan, ikut suka si tukang karut)... tapi disebabkan effort dari pemenang, si tukang karut bermurah hari (ceewahhh... murah hati la sangat ek) memberikan juga hadiah...

Pemenang yang bertuah akan memenangi seutas gelang suasa mutiara yang di beli khas di Kota Kinabalu (Kedai Jamilah: siap promote lagi tu)...



Dan....






Pemenangnya adalah....





Jeng...jeng...jeng... (sila buat bunyi suspence sendiri yea)




adalah... Cik Eda...

Kepada si pemenang, sila tuntut hadiah anda sebelum tarikh luput yang akan ditentuukur oleh si tukang karut... kalau lambat, ianya akan dilelong...

Sekian terima kasih...

Ubat...

Ubat mengantuk itu tidur...
Ubat lapar itu makan...
Ubat kekenyangan itu puasa...
Ubat gatal2 itu puasa...

Ubat boros berbelanja? jangan bawak duit banyak2!!!

2011/01/14

Raja Lawak??? Lawakkah???

Aku rasa aku lebih gelak ketawa berguling-guling menonton juri-juri mengomen terutamanya apabila David Teo cuba berbahasa melayu dengan betul dan membuat cubaan untuk meniru Karam Singh Walia dengan trademark berperibahasa.... Tapi dalam nada dan nahu yang tunggang langgang... Kelaut la dalam bahasa mudahnya...

"Buah Cempelak Diluar Pagar"
"Alang-alang menggenggam bara, biar sampai jadi batu arang"

Kah...Kah... Kui... Kui... Memang Astro tak salah memilih juri... Memang lawak betul Juri-Juri kali ni...


Aku jugak ketawa berkahak-kahak menonton Johan serta Zizan mengacara dan mengharubluekan rancangan raja lawak... Memang budak dua ekor ni bagus kalau digandingkan bersama-sama...

Tapi kenapa aku senyap kaku bila menonton peserta raja lawak tu... Tak ada perasaan betul nak gelak... sebabnya? Aku rasa tak tengok seorang pelawak, tapi pelakon cuba buat lawak...

Mungkin terlalu awal untuk menilai...

Tapi ada orang kata aku buat lawak dan aku rasa tak buat lawak pun sebenarnya... Lawak ke?

Perbualan Yang Tak Disangka-Sangka...

Lokasi : CIMB Bank di sebuah tempat orang yang super2 kaya dan eksklusif.

Perbualan antara seorang gadis yang nampak anggun lingkungan 20-25an dengan pegawai bank...

Pegawai CIMB : " U kerja di belakang ni kan? I selalu tengok u parking kat sini"
Gadis : " Eh... Tak la... I saja datang jenguk jea... Tak kerja pun..."
Pegawai CIMB : "oooo... so u kenal la dengan Dato' S tu yea?"
Gadis : " Kenal... Kenal Sangat... Saya la wife baru dia..."
Pegawai :" Ooooooooo... Yea ke Datin?"


Sengaja aku toleh ke belakang nak jugak tengok Gadis muda yang dah bergelar Datin ni... Memang cun terangkat la... Beruntung Dato' S tu... Dapat pucuk muda... Muda-muda lagi dah dapat pangkat datin dan Naik kereta BMW 5 series...

2011/01/13

Tolong Selesaikan Teka Teki Ini...

Di manakah tempat yang kalau semua orang pergi tempat ini akan menangis walaupun pada hakikatnya tidak menangis?





Hadiahnya akan dibeli di Kota Kinabalu Ahad ini dan rahsia...

2011/01/12

mana? mana?? mana dia???

Mana... mana... mana dia...

Mana dia playar? Mana... Siapa ada screwdriver? Siapa ada??

Tolong aku...

Aku nak pinjam... Ada banyak kerja nak buat ni... Sana tercabut, sini short, sinun longgar...

Tolong!!! Bomba tolong aku!!!

Tolonglah pinjam aku... Please... Jangan la kedekut...

Aku sangat memerlukannya sekarang... ada banyak wayar tercabut ni dalam kepala ni... kalau tak sambung balik, mungkin tak jumpa jalan nak KL esok....

p/s: gara gara bengong akibat daripada meetington....

2011/01/11

Mencari Hang Tuah...

Mencari Hang Tuah, bukannya mencari Hang Buah, atau pun bukan juga mencari Hang Kebun...
Cukup setakat itu intro yang mengarut...

Petang ni akan berangkat ke Negeri yang tak bersultan yang pernah mempunyai sultan yang glamour suatu ketika dahulu, negeri yang konon2nya ada mitos bercerita tentang kehandalan lima Hang bersaudara...

Ada sesiapa orang Melaka di sini? Tau mana tempat yang menarik yang patut aku sampai?
Selain daripada tempat2 ni, zoo melaka, taman buaya, taman malaysia, taman asean, taman orkid, taman rama-rama, ikan bakar umbai, pantai klebang, Afamosa, majid tanah, masjid cina perkampungan portugis, perigi hang tuah, muzium, muzium maritim, dataran merdeka, dataran pahlawan... sebab semua aku dah pernah jejak kaki dekat sana...

Aku pun nak jadi macam hang tuah jugak, nak jugak tinggal jejak... mana tau kot2 masa depan anak cucu aku boleh tengok jejak aku... Jejak Hang Karut... ahhhh.... mengarut jea la...

2011/01/10

Heboh... Kecoh... Serabut...

Sana sini para blogger heboh kata mukabuku nak ditutup menjelang 15Mac2011 ni... Aku pun pelik kenapa nak tutup... Mengikut kata pengendalinya dia dah penat... Penat? Pelik jugak, penat tapi duit masyuk apa salahnya...

Tapi kalau ditutup pun bagus jugak kot... Tak ada la yang antisosial lagi dan mula bergaul dengan masyarakat... Dan mungkin tak akan ada sebab lagi la penceraian yang berlaku dek sebab mukabuku ni... Tapi kalau tak tutup pun bagus jugak, sebab ramai jugak yang dapat manfaat dari mukabuku ni... Aku? Pendapat aku kalau tutup pun lagi bagus... Tak ada la gila meroyan nak membela ikan lagi sebab itulah satu2 sebab kenapa aku masih bukak mukabuku ni...

Ramai jugak para blogger kecoh pasal anugerah juara lagu semalam, pasal tak puas hati sebab artis pujaan mereka tak menang (aku tak sokong artis, tapi sokong lagu, jadi tak boleh nak masuk dalam kategori ni)... Pada aku, lagu tu biasa jea... tapi bila dengar2 balik sedap jugak, boleh la buat peneman sebelum terlena... Apa nak kecoh2, dah menang, biar la dia menang, dan yang bagi menang pun bukan sebarang & calang2 orang, kau ada bakat macam M Nasir ke nak nilai bakat orang? Nyanyi lagu Negaraku pun tak berapa nak betul lagi pitchingnya...

Serabut... Yea... Aku tengah serabut... sana sini tak cukup... bust sana, bertindih sini, tak cukup sana, berlebih sini, rasa nak belah 4 jea otak ni... Camni kena pergi Yun Nam la... Dahi dah makin jendul... Tak suka hari Isnin sebab kebanyakkan hari Isnin selalu akan jadi kelam kabut serabut dan serabai.. dan babai...

2011/01/09

Jom Teka...

Mari beramal... Eh...Silap, mari kita meramal siapa akan menjadi juara lagu malam ni...



Aku teka SELAMAT MALAM nyanyian Faizal Tahir... Tak pun Yuna...








Ok...Itu jea... Setakat ni aku manjang kalah kalau nak bertaruh ni...
So tak payah la nak bertaruh apa2... Sebab aku selalu bernasib malang dan tak pernah menang apa2...

Korang agak siapa yang akan menang malam ni?

Dia Buat Hal Lagi...

Heyy la nafsu perut ku, kenapa la kau ni selalu jea menyusahkan aku...
Kenapa la kau hari ni makin mengada pulak...
Dah habis satu Taman Melati dan Taman Melawati aku jelajah, tapi tak jugak dapat memuaskan hati kau!!!


Kenapa la kau tak mintak kek dekat resepi rahsia ke, sate kajang tapi tak nampak pun kekajangannya, tak pun nasi ayam ke... Senang sikit aku nak cari... Setapak dah jumpa dah...


Kau ni... Yang kau mintak rojak ni pasai pa?
Nak cari yang sedap bukannya senang, nak2 hari ni hari minggu, banyak kedai yang tutup... Mamak tepi jalan pun dah pandai off dah sekarang... Yang sedap pun tak jumpa hari ni...

Dah la... Penat nak layan kau... Puasa la petang ni yea...

2011/01/08

Gali...Gali... Gali...

Gali punya gali entry lama, saja nak tengok perbezaan pemikiran tulisan aku, terjumpa satu frasa yang aku rasa aku mungkin berguna kepada korang dan menjadi peringatan kepada diri sendiri...

1. ZAMAN BELAJAR = Banyak masa yang terluang, mempunyai tenaga yang menakjubkan, Tapi ada satu kekurangan, DUIT!!!! Tanpa duit apa pun yang dirancang takkan menjadi...

2. ZAMAN BERKERJA = Dah ada duit, Tenaga pun banyak lagi,Tapi ada jugak kekurangan, MASA, Kalau tak ada masa, semua yang dirancang pun takkan menjadi jika tiada kelapangan!!!

3. ZAMAN PENCEN = Dah pencen, tak berkerja tentu la mempunyai banyak masa yang terluang, dan dah tentu dalam bank berkepuk-kepuk duit hasil simpanan masa berkerja sebab tak punya kelapangan, Tapi sayang seribu kali sayang sebab badan dah uzur, tenaga pun dah makin kurang.... Lagi la tak boleh nak buat apa-apa!!!!!

2011/01/07

Mana-mana pun boleh...

Lokasi 1:

Tuan Besar: "Tuan kecik, Tuan Teramat Besar dah tandatangan surat belum?"
Tuan Kecik: "Belum lagi Tuan Besar"
Tuan Besar: "Kamu followup nanti"
Tuan Kecik: "Saya menurut perintah Tuan Besar"

Lokasi 2:

Tuan Besar: "Berapa banyak kita dapat duit tahun ni?"
Tuan Sedang2: "Entah la... Kena tanya Tuan Kecik dulu."
Secara tak sengaja Tuan Kecik pun termasuk la...
Tuan Sedang2: "Ha! Berapa dapat duit tahun ni?"
Tuan Kecik: "Dalam 30.3juta dari bank kecik, Tuan-Tuan... 60Juta dari bank besar"
Tuan Besar: "Ok... Nanti kamu followup."
Tuan Kecik: "Saya menurut perintah Tuan Besar"

Lokasi 3:

Tuan Besar: "PA saya cuti hari ni, kamu tolong book hotel untuk saya"
Tuan Kecik: "Tuan Besar nak duduk mana?"
Tuan Besar: "Mana-mana jea la... Jangan mahal sangat dah la..."
Tuan Kecik: "Saya menurut perintah Tuan Besar"

Lokasi 4:

Tuan Besar: "Kamu kena pergi Mesyuarat nanti... Cakap dengan Tuan Kecik Sorang lagi..."
Tuan Kecik: "Saya menurut perintah Tuan Besar... Tapi saya banyak kerja Tuan Besar..."
Tuan Besar: "Tak pe... Biar Tuan Kecik Sorang lagi buat..."
Tuan Kecik: "Baik tuan..."

Lokasi 5:

Tuan Besar: "Apa cerita LOI tu... Dah tandatangan?"
Tuan Sedang2: "Belum lagi rasanya..."
Tuan Sedang2: "Tuan Kecik, kamu pergi followup nanti..."
Tuan Kecik: "Saya menurut perintah Tuan-Tuan"

Cuba teka dekat mana perbualan di atas berlangsung:
a) Bilik Tuan Besar.
b) Bilik Tuan Sedang.
c) Bilik Tuan Kecik.
d) Di atas kabinet depan meja PA Tuan Besar.
e) Di dalam Tandas!!!

























Lokasi 1 : Di dalam tandas...
Lokasi 2 : Tandas lagi...
Lokasi 3 : Lagi-lagi didalam tandas...
Lokasi 4 : erm... Tandas lagi...
Lokasi 5 : Korang faham sendiri la yea... Takkan tak faham2 jugak...

Tengok la, berapa effektifnya pegawai gomen ni... dekat mana-mana pun boleh mesyuarat...
Dulu, tempat paling disukai untuk bermesyuarat, bukan di bilik mesyuarat, tapi di atas kabinet depan meja PA...

Di situ la mesyuarat pagi, mesyuarat teknikal, mesyuarat skt dan segala bagai mesyuarat...
Tapi sekarang dah berubah... Haihhhhh!!!!

2011/01/06

Susahkah Menjadi Jurutera.

Siapa kata senang nak dapat kerja kalau belajar bidang kejuruteraan atau dalam bahasa mudahnya engineer? Kalau ada sesiapa yang masih belajar atau dalam alam persekolahan, hentikanlah niat anda untuk mendalami bidang enginering ni...


Bagi sesiapa yang dah terbelajar, kalau masih sempat tukar, la cari bidang lain...

Kenapa?

Tengok stasistik yang dikeluarkan oleh SPA, sebanyak 950 pemohon yang berjaya untuk layak ditemuduga daripada 6143 pemohonan!!! Dari 950orang itu, yang bertuah HANYA 14 ORANG ENGINEER SAHAJA... Kalau dipecah-pecah mengikut negeri, kuota satu negeri satu engineer yang layak selepas ditemuduga....

Ini nasihat dari seorang engineer kepada yang berangan nak engineer... Lupakan atau pilih bidang maintenance atau bidang oil&gas...

Naik, Naik Dan Naik... Ada Yang Nak Kena Turun...

Bila minyak naik harga, gula yang asalnya dari tebu pun naik harga... Pelik sungguh...

Bila minyak naik harga juga, roti canai dan teh tarik yang tak ada kena mengena pun naik jugak... Hairan sungguh... Yang lagi menghairankan, teh tarik ni guna minyak ke dalam campurannya? Patut la sedap semacam jea... Yang menambah kehairanan kenapa minyak naik seposen, roti dan teh jugak naik seposen?

Bila minyak naik harga, susu yang tak pakai setitik minyak hatta minyak senyonyon jugak naik... Ni lagi ajaib... Lembu-lembu susu sekarang dah pandai bawak kereta ke atau lembu tu dah pandai minum minyak RON97?

Bila minyak naik, saudara belah mak tiri minyak RON97&95 pun berangan nak naik harga jugak... Yang pelik bin ajaib nya hang tu buat dari buah kelapa sawit, setahu aku,buah kelapa sawit jatuh ke tanah, tak naik ke atas pun...pelik jugak ni... Orang yang konon-konon bijak pun sorok la...Konon-konon nak dapat keuntungan kalau harga naik... Yang bangang pun nak tak nak terikut rentak si bijak dengan beli sebanyak-banyaknya... Buat stok katanya... Orang yang bangang ni lupa ke formula bijak pandai bisnes???

Permintaan melebihi pengeluaran = naik harga
Pengeluaran melebih permintaan = turun harga

Pak Menteri pun ada sebut, bila minyak naik, harga barang lain tak naik, mungkin sebab dia tak beli barang, mungkin barang tu ada kaki berjalan ke rumah dia… Itu yang dia tak sedar barang dah naik…

Ok...dah malas nak fikir, BP pun dah naik tak turun-turun, jom la sama2 kurangkan minyak sawit, kurangkan gula, kurangkan lemak...erkkk... bagi yang ada lemak la macam aku ni... tetttt!!!!

2011/01/04

Eh... Kena tekan ke?

Tekan tanda turun di dinding... Tunggu 30 saat...

Mulut lif terbuka... masuk....


duduk diam2...


pandang lantai...


30 saat kemudian... Eh...kenapa tak gerak2 lif ni?
















benggong...tak tekan tingkat mana nak pergi memang sampai kiamat la lif tak gerak-gerak....

Topik Semasa Breakfast Pagi Ini...

Sesi breakfast bersama-sama warga-warga gomen yang senior kadang-kadang sangat membosankan... Dan adakalanya mendapat sedikut ilmu dan kadang-kadang dapat tips berguna dan kadang-kadang jugak dapat pengajaran... Tapi kebanyakannya membosankan sebab cerita yang sama diulang-ulang...

Tapi berlainan pula pagi ni... Topiknya agak hot jugak la... Cerita zaman muda masing-masing (dah tentu2 aku paling muda kan)... Cerita pengalaman masa berdepan dengan TOK KADI... (Ha... Ni kena ambil tahu ni, macam mana nak berdepan dengan tok kadi...) Ada yang kena naya dengan saksi sampai 3 kali kena akad nikah, ada yang kena naya dengan kawan2 yang cemburu dengan meletakkan katak di bawah tempurung di bawah rumah sampai nak berkata-kata pun tak mampu... Ada jugak yang kata, kawan dia sampai kena mandi bunga pun masih tak lepas2 lagi... Ada yang kena tanya macam nak amik exam SPM pun ada jugak...

Haihhh!!! Awat la depa cerita benda cam ni dekat aku... Ni yang jadi kalut ni... Jangan la jadi cam ni kat aku... Eh... Yang aku kalut sangat pasai pa... Tarikh pun tak dak lagi, lagi mau bising... Tetttt!!!!!!!

2011/01/03

Jiwa Kacau...

Bila dekat rumah, nak sangat ke pejabat...
Bila duduk mengadap komputer di pejabat, teringat-ingat katil yang memanggil...
Bila duduk rehat2 di katil, terasa sangat la kebosananya...
Jiwa kacau betul...

Blog... Apa yang aku harapkan sangat dengan blog ni?
Terfikir jugak aku kalau aku cerita mengenai hidup aku yang membosankan ni, ada ke orang nak baca? Adakah aku berblog untuk menjadi mata duitan? Sibuk mengejar traffik untuk dapatkan iklan... Bermutukah tulisan aku untuk memberi ilmu... Atau sekurang-kurangnya menambah semak di kepala Follower...

Pelik betul tengok berita malam tadi... Wartawan TV3 tu bertanya kepada budak yang hingusan dia pun mak dia tolong lapkan... Soalan wartawan TV3 tu nampak bijak tapi dalam tak sedar dia menyerlahkan kebodohan diri sendiri... Kenapa? Soalan cita-cita tu biasa la nak tanya kepada budak darjah satu... Tapi tanya kenapa pilih cita-cita tu yang menyerlahkan kebodohan sendiri... Apa yang wartawan tu jangka jawapan dari budak hingusan yang baru nak kenal dunia?

dah...cukup setakat itu sebelum aku mengarut lebih2 dan menambah semak sedia ada...

2011/01/02

Esok Dah Mula Sekolah...

Eh! Tetiba pulak nak cerita pasal sekolah pulak... Sebab bagi orang yang berkerja yang tinggal di KL, pagi2 di waktu musim cuti sekolah ibarat berada di syurga... Boleh meluncur laju... Boleh keluar lambat... Tak banyak kereta...

Bagaikan ada persamaan matematik mudah yang budak darjah 3 pun dapat selesaikan...

PAGI=SEKOLAH=HANTAR ANAK=JEM!!!

Agak2, mana semua kereta yang banyak masa persekolahan ni pergi masa cuti sekolah yea?

Esok, akan berakhir la masa selesa berada di atas jalan raya...Macam2 ragam pemandu terpaksa hadapi... Ada yang potong barisan... Ada yang suka cucuk... Ada yang suka tukar2 lane... Dan ada yang suka2 jea tukar lane tanpa bagi signal... Bagi yang dah masak dengan jalan KL, terpaksa la keluarkan skill memandu anda yang dah berkarat tu... Asah bagi tajam balik...

Aku... Tak ambil kisah sedikit pun... Lantak la nak jem panjang mana pun... Sebabnya, aku menunggang kuda putih kesayangan... Jem atau tak, tetap akan sampai di pejabat sebelum 7.30am...



Teringat zaman muda2 dulu (macam la sekarang ni dah tua sangat!), waktu pembukaan sekolah, semangat nak sekolah tu lain macam... Membuak-buak... Pernah sekali tu, tidur pakai kasut baru... Dan yang paling tak boleh lupa... Masa masuk tadika, sebab sangat PEMALU, PENDIAM, aku duduk di penjuru kelas, duduk menyangkung sambil termenung dan nyaris2 nak banjir... sekadar memerhati... Dan mak, sehari itu sahaja yang dia tunggu, walaupun aku buat muka seposen... Tapi tak dilayan pun...

Bagi Salah, Tak Bagi Pun Salah...

Cuti... Cuti... Dan cuti...

Kadang-kadang cuti itu bagaikan satu rahmat... Boleh balik kampng jenguk orang tua...bertanya khabar saudara mara...

Adakalanya cuti itu membosankan... Bila masa cuti tak tahu nak buat apa.. Tak ada rancangan nak buat... Makan, tidur, rehat, tidur, bangun makan, rehat makan lagi dan rehat... Begitu la selanjutnya sampai la tidur kembali...

Cuti yang tak dirancang jugak tak menarik... Bukan tak suka... Terima kasih Tok Jib... Tapi cuti yang tak dirancang ini membosankan aku... sebab aku tak tahu nak buat apa...

Kenapa Tengok Saya Sebegitu Rupa?

8.30 am, Ahad, hari kedua di tahun baru 2011...
Lokasi: Pasar Tani Taman Melati, Kuala Lumpur...

Sedang syok tengok barang jualan (tapi rasanya lebih tengok awek2 cun melecun yang baru bangun pagi dengan tak mandi pagi pergi pasar)... Ada seorang perempuan (lingkungan 20an) tengok aku semacam... eh bukan semacam lagi...tapi dua tiga macam la... Lagak macam kenal aku... tengok tak toleh-toleh atas bawah... Aku pun periksa tengok jugak la atas bawah, mana tau kot2 ada yang terbukak lak kan... Kalau kenal aku, tegur la... Aku ni nama jea bijak, tapi pelupa + pemalas.... Jangan la sombong... Jangan la tengok aku begitu rupa... Takut cek...

Ramai jea kawan-kawan lama yang makan hati... Tegur aku bagai nak rak... cerita zaman sekolah... cerita itu...cerita ini... cerita kelakar... cerita lucah... Dah lepas sejam dua, Last2 aku tanya... SIAPA KO NI EK? KAWAN AKU MASA BILA EK?? Confirm kawan tu makan hati...