2011/03/31

Cenderamata Yang Tak Bermata...

"Cari cenderamata untuk perempuan lagi senang daripada cari cenderamata untuk lelaki"...
Betulkan aku kalau penyataan aku di atas bertentangan pendapat dengan korang...

Pening kepala aku memikirkan apa yang patut dijadikan hadiiah kali ini...
Dah la sesuka hati jea suruh orang berfikir nak jawab pantun...
Dah la cerewet lak tu...
Bukannya cari siapa yang betul, tapi nak cari siapa yang menjawab paling kreatif...

Mina dan yang lain2... Jawab contest sesuka hati lepas ni la, tapi hadiah bukan dari Sabah dan Sarawak lagi... Mungkin jarang dah datang sini sebab kerja di sini sudah habis... Setakat pemantauan jea...

Mr. Iz, dengan rendah hati dan tawaduknya, dengan ini secara rasmi walaupun dah umum dah sebelum ni, tapi nak umum jugak, dulik pe... secara rasminya, andalah pemilik baju yang di beli di sepilok, sandakan... tempat pemeliharaan orang utan... silalah email alamat anda berserta nama di mnasriq@gmail.com...



Nota karut: good night, wa'an, guten nacht, selamat malam... selamat melayari alam mimpi... jangan mimpi momok kerana momok selalu mengekori anda, sekian dari alam bunian...

Lupa Letak Tajuk... :-)

Tenung screen...


1 minit.. Tenung screen laptop lama.. Dalammmmm...

....


....



....



5 minit berlalu... Masih la menenung screen... lagi dalammmmm.... tembus....

....


....

....

30 minit berlalu jua... Mata dah penat menenung... dalam sangat... dah tak tercapai akalku...

....

....

....

2 jam berlalu begitu sahaja... wuaaghghhhhh...
Otak beku hari ni...
Sia sia sahaja berfikir...
Idea terbang menerawang melayang layang jauh ntah ke mana....


Nota karut: dah mula rindukan semenanjung, makanan semenanjung, orang semenanjung... eh... tetttt!!! yeahhh... esok balik... tapi kenapa macam terbanyak barang pulok ni... beg aku terberanak ke???

Tengah terbayang durian batu pahat/muar/tangkak... ermmm... yummmyyy... tunggu... orang Johor dah rojer2, bos pun dah sound pepagi buta lagi... tengah lebat tunggu masa nak gahat jea... Fida, jom... Ni gred AAA punya durian... arrange kan pertengahan bulan 4...

2011/03/30

Ops Gempur...

Operasi pembersihan besar besaran telah pun dilakukan...
Semua anasir-anasis jahat telah cuba dihapuskan...

Ternakan yang dijangkiti telah pun dikuarantin...
Tak tahu mana asal usulnya...

Virus ke malware ke menatang apa ntah...
Mengapakah kau memilih blog yang tak seberapa nak ada ni...
Semuanya mengarut sahaja disini...
Hanya mengarut semata mata...
Dan orang orang yang datang disini pun turut sama mengarut...

Nota karut: Jika masih ada lagi anasir anasir a.k.a virus @ malware @ apa sahaja menatang tak berfaedah tu... sila maklumkan...
Ops Gerak Gempur Tahap Gaban pulak akan dilancarkan!

Virus Jahat...

Semalam... orang kata tak boleh nak bukak blog mengarut ni...
Ada yang kata kena jagkitan virus jahat...
Ada yang kata kena jangkitan malware...

testing... testing... testing one two three, one to jaga, polis mati pencuri jaga...

ok tak sekarang? ke masih lagi bengong...
Jahat betul la virus ni...

2011/03/29

Berbalas Balas Pantun.

Berbalas Balas Pantun.


"Buah kelapa jatuh kat kepala si salmah...
Berlari si anak kera tersadung ketanah..
Mak ton suka marah marah ...
Sebab mr cabi suka makan dgn melimpah ruah..."

Amboi dak mina tak sayang jari...
Jari menekan sesuka hati...
Disebabkan terlebih makan menjadi cabi...
Memang kena sekeh dak mina ni nanti...

Ingatkan ramai yang tak sudi...
Tak sudi membeli pantunku ini...
Rupanya masih ada yang sudi...
Hadiah misteri hajat dihati...

Baju dipakai terlebih acu...
Ibarat tak kena irama dan lagu...
Ada yang pelik ada yang lucu...
Membuat tukang karut menggaru dagu...

Jawapan betul bukan dicari
Siapa yang buat aku tersengih dia yang menang...
Hadiah misteri telah pun dicari...
Tapi hanya untuk Mr. Iz seorang...

Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Takut mina berkecil hati..
Terpaksa jua ku mencari...

Ada sebiji roda pedati...
Bentuknya bulat daripada besi...
Ingin ditanya Mina bistari...
Apa pilihan berkenan dihati?...




nota karut: ada seorang anon telah menjawab pantun aku ni, tapi aku tak tau siapa...
so... kita boleh lupakan dia la ek... aci ke tak?

kalau nak komen, diwajibkan kena pantun jugak, aci ke tak?

Sembab...

ohayō gozaimasu
ṣabāḥ al-ḫair
zǎoshàng hǎo
buongiorno
buenos días
guten morgen
selamat pagi
good morning


beberapa patah perkataan...
maksud yang sama walaupun bunyinya jauh sekali nak sama...

selamat pagi semua...
semoga hari ini dimulakan dengan penuh senyuman...
semoga hari ini diakhiri dengan senyuman juga...

moh kita ke ladang.... eh... moh kita pergi kerja la...
kerja kerja dan kerja...
Ikhlaskan hati...
kerja dengan mata sembab tak cukup tidur...
tidur malam ku diganggu...
diganggu mahluk yang sering mengganggu...

nota karut: beberapa kali menguap... tetiba teringat nasi lemak lauk rendang kerang... ermmm...yummmmyyy.... ada orang di Lahad Datu tau mana nak dapat nasi lemak yang sedap?

2011/03/28

Soalan yang rasa nak jawab dengan penampar jea V4...

u... I pelik la u...

Semalam i tengok berita cerita yang sama...
Hari ni, pun cerita yang sama jea u...
I berani kerat jari, esok pun akan keluar cerita yang sama jugak...

I pun pelik sangat la u...
Kenapa la depa depa puak suku sakat ni suka sangat bergaduh...
Sanggup berebut, berbalah sesama sendiri...
Sanggup berkerat rotan berpatah arang...

Semuanya kerana satu perkara jea...
Ape diorang tak mampu ke u?
Bukannya mahal sangat pun menatang tu...
I tengok berlambak lambak jea jual kat Giant, Ikea...

Nak yang macam mana... Semua ada...
Bentuk segitiga, petak, lonjong, silap silap bulat pun ada u...
Ada yang kayu...
Ada yang dibuat dari plastik...
Ada tu, bahan asasnya batu pun ada u...

Dema semua tu bergaduh hanya kerana sebuah KERUSI?
Kalau diorang nak sangat, i boleh la sewakan kerusi i tu...
Nak bagi free pun boleh...

u... u... kenapa u lari...
Salah ke pertanyaan i?



nota karut: bosan melihat keletah manusia berebut kerusi...
hanya pandai berebut, tapi tak pandai menggalas tanggungjawab yang patut dipikul...

Soalan yang rasa nak jawab dengan penampar jea V1, V2, & V3

Berpuisi La Pulak...

penat sudah tercari cari...
cari sana tiada kutemui...
cari disini tak jua muncul...
hilang gelap, menanti terang...

cemburu... ya! aku cemburu...
mereka baru lagi mencari... kenapa mereka boleh temuinya...

mungkin patut aku kembali ke asal...
mengarut... mengarut dan terus mengarut...

kerana itu bukanlah niat asalku...
wang setinggi gunung pun akan habis...





nota karut: hati menjadi sakit sebab jelous selepas baca entry orang asyik dapat BE...
niat sekarang kena selalu diperbaharui supaya tak kejelasan mata duitan dan tak lari niat asal...

Kerja Kerja Kerja...

Kerja... Semua orang dewasa memerlukan kerja...
Ada kerja, ada gaji...
Tak kerja, tak ada duit...

Tapi apa nak hairan, P Ramlee pun ada berkata, " ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pulak manusia yang mempunyai akal dan tenaga..."

Kerja kerana minat atau minat kepada kerja?

Kerja kerana upah atau diberi upah kerana kerja?

P/s: mood malas nak kerja...
Published with Blogger-droid v1.6.8

2011/03/27

Lari...

Hari ini aku nak lari...
Lari sejauh mungkin...

Tinggalkan semua masalah dunia...
Lupakan semua kejahatan manusia...
Lupakan kemewahan dunia...
Tinggalkan semuanya di sini...

Kerana aku ingin ke sana...
Menikmati keindahan ciptaan Allah...
Published with Blogger-droid v1.6.8

2011/03/26

Fantasi Mimpi Nakal

Fantasi Mimpi Nakal

wuaaaaaa....
Syok gila la malam tadi...
Bersuka ria di tepi pantai...
Ditemani gadis2 berbikini...

Ada yang berenang di lautan...
Aku sekadar bergolek golek berguling guling di pasir yang tulus mulus...
Seumur hidup tak pernah lagi jumpa pasir yang halusnya macam garam halus...
Seronoknya!!! Indah sungguh ciptaan Allah..

Kalau la kamu semua ada di sini kan bagus...
Boleh kita bersama sama berkongsi kegembiraan ini...

Berjalan menikmati udara segar pantai...
Menikmati malam, melihat bintang, bulan dan langit yang tak bertiang....
Berlari lari anak berkejaran...
Berguling guling....................

Tetiba...
Gedebuk!!!

Adei...
Patah hidung aku...
Nasib baik katil ni tak doubledecker...
Kalau tak, mau patah pinggang ni...

Nangka busuk jatuh katil daaaa....
2malam tidur katil besar, malam tadi pulok tidur katil bujang dan yang pelik tu bermimpikan berada di pulau Sipadan...
Adeiii... Teruk betul la...
Nasib tak mimpi kena kejar jerung...

2011/03/25

Semporna Sabah.

Baru sampai di Semporna ni...
Ada sesiapa di sini orang Semporna?

Nak tanya ni...
Apa yang menarik di sini...

Selain pergi ke Pulau Mabul dan Pulau Sipadan...
Sebab aku ni mabuk laut...
Takut belum sampai sana,
Aku dah flat termuntah 4,5 baldi...

Jawapan Persoalan Mencabar...

"Kenapa macam ni?
Tak kacak bergaya la.."

"Kenapa gaya bergini...
nampak sangat la kebesarannya dan menonjol sangat..."

"Kenapa besar sangat ni...
Senang hati yea..."

"Wuaaaaa... makin maju dah sekarang...
Semakin maju ke hadapan..."

Satu jea jawapan untuk semua persoalan di atas...
Persoalan kenapa perut semakin maju ke depan dan semakin menonjol...

AKU DAH MAKIN TUA MENYEBABKAN HORMON ESTROGEN DAH MAKIN BERKURANGAN MENYEBABKAN KADAR METABOLISMA MENJADI RENDAH...

dah... jangan tanya lagi dah... Bunga oh Bunga Rosmaida.... Aminnnnn....

2011/03/24

Tak Sedarkan Diri...

Mood: Mamai...
Condition: Baru sedar dari pengsan selama 2jam...

Sebab2 yang diketahui penyebab pengsan:
Melantak seafood tak ingat dunia... Malam tadi melantak seafood tak pandang kiri kanan tak ingat langsung orang lain... Lunch tadi pun melantak seafood lagi...

Gambar2 seafood memang dilarang keras didalam blog ini kerana bisa menerima kutukan dan cemuhan... sebelum dikutuk baik tak payah letak...

Nak pergi jalan jalan la...
Nak bakar sedikit lemak yang berjaya diternak semalam dan hari ini...
Sambil2 cuci mata, mana la tau kot2 ada yang terberkenan untuk dijadikan hadiah Berpantun la pulok...

Jangan aku tersilap berkenan dah la...
Terbawak balik calon calon tettttttt!!!!
Dah la memang ada kes jatuh cinta pandang pertama di sini...

2011/03/23

Berbalas Balas Pantun.

Berbalas Balas Pantun.

Selamat datang ke Sandakan
Kiriman Fida jangan dilupakan
Selamat datang wahai kalian
Ke blog mengarut ini saya ucapkan

Wajah bos berseri seri
Kenyang perut suka hati
Terima kasih saudara saudari
Sudi bermesra di blog ini

Menginap bermalam di Sandakan Hotel
Sandakan Hotel di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Burung kasawari burung unta
Terbang ke sisi Sandakan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Penat berjalan meredah bersungai
Mencari si buah bidara
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?

Ke pantai intai dara berbikini
Sampai juling dah mata ini
Kalau Tuan bijak bestari
Silalah jawab pantun ini

Hadiah misteri akan diberi
Menanti sesiapa yang bijak bistari
Silalah jawab di blog sendiri
Jangan lupa komen di blog ini

Awet Muda...

Asal aku jumpa orang jea...
Terutama orang orang yang baru kenal...
Orang mula meneka dan menilai aku...

Mula la meneka umur aku...
Mula la mempersoalkan status aku...

Ahh... Persetankan semua tu...
Memang aku mengamalkan AWET TUA...

Tu yang yang nampak tua sebelum umur...
Orang cakap aku dah macam 35 tahun, padahal 27tahun pun tak masuk lagi...
Orang cakap aku dah ada anak 3, sebab apa... mungkin sebab perut dan pipi yang dah semakin maju kot...
Padahal, kahwin pun tak lagi!tetttt!!!

2011/03/22

Terima Kasih...

Ucapan penghargaan dan ucapan setinggi tinggi pokok kelapa bali ini ditujukan kepada Mr x...
Kenapa bukan Mr Y?
Sebab Mr Y telah pening kepala banyak sangat kes salah laku yang duk kejar...

Orang tua kata, pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin...
Tu orang tua yang kata, ni orang yang belum dan makin hampir nak tua pulok bermadah, tak ada angin pun pokok boleh bergoyang, tak caya tanya tarzan... mesti dia yang duk goyang pokok tu...

Melencong lagi... Nak tulis lain tertaip lain pulok...

Terima kasih kepada Mr X...
Sebab sudi meminjamkan alat kamu kepada aku...
Lepas ni, tak payah la aku nak susah susah lagi...
Terima kasih untuk alat itu...



Mesin Mengemas Baju Untuk Outstation!!!


Memang berguna sangat! Mr X a.k.a Doraemon! Arigatogozaimastaktertelankatak...
Tengah berkira kira ni, ingat nak beli sebiji rumah dekat sana la...
Dah selang seminggu asyik ke sana jea...
Rumah dekat KL nni dah macam hotel dah..
Check in jumaat check out isnin... haihhh,..

Nota kaki: Outstation di Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau... 23Mac - 1April...
p/s: Mina dan Jat: terjawab sudah kes kehilangan tukang karut sebentar tadi! Seru la nama ai lagi...datang dalam mimpi kang, baru tau...huhu...

Cowboy Naik Kuda...

Kalau di Amerika, terkenal denagn cowboy dan kudanya...
Kalau ada kuda mesti la ada aksesorinya...
Lengkap dengan pelana, tapak kaki, dengan topi cowboynya...

Tu dekat Amerika...

Dekat Malaysia pun ada cowboy jugak...
Cowboy Malaysia pun pakai kuda jugak... Kuda bertayar...
Tapi cowboy Malaysia guna aksesori lain, special punya...

Helmet, itu wajib...
Dan yang paling penting...
RAINCOAT...

Notakaki: Tengah kepeningan dan kesejukan selepas meredah hujan renyai2 di Kuala Lumpur pagi2 ni...

2011/03/21

Madah Orang Tua Tua.

Madah Orang Tua Tua.

Entry kali ni, pendek sahaja...

"kalau bapak kencing berdiri, tentulah anak kencing berlari jogging, dah tentu tentu mestilah cucu pun kencing sambil berlari pecut"

"bapak ketam nak ajar anak ketam berjalan lurus, padahal bapak ketam pun jalannya senget!"

Tu orang tua bermadah...
Ni orang muda pulok nak berkata kata...



...




...




Ala... tadi ingat nak tulis apa...
Sekarang ni dah lost pulok!
Ni makan udang banyak sangat la ni...

Hahaha... Lawak Betul La...

Selama ni dia yang jadi raja... Raja segala raja termasuk sekali raja kapoor...
Raja fitnah...
Raja putar alam...
Raja kutuk serang peribadi orang...

hahaha... Lelaki Y berkata:

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut."

sedutan Berita tadi, baik punya pusing..

Bila sekali taik burung kena tepat dekat batang hidung...
Macam2 pulok dia auta pusing sana pusing sini...

Yang satu pun tak selesai lagi...
Duk tangguh tangguh... Sampai pejam mata baru nak dapat keadilan kot...

apa la nak jadi dengan dunia sekarang...
Dia kata anu buruk, busuk, taik...
Anu kata, polan ni hangit, tengit, lemau!

Tak habis2... Yang patut dibela rakyat! Tak dibela pun!
Hari ni bawak 50 hinggit pergi pasar, tak de apa dah...
Habis gitu jea... Walaupun yang sebenarnya aku tak ke pasar pun... muahaha... tapi aku sangat memahami keadaan pasar sebab dari kecik lagi dah bergelumang dengan dengan pasar...

aku tengah risau ni...
Antara salah satu tanda kiamat dah dekat adalah fitnah berleluasa...
Seriau aku duk menung fikir... amalan tak cukup lagi, dosa makin banyak, kahwin pun tak lagi...opppsss... tettttttt!!!

2011/03/20

Suka Suka Tukar...

Ada orang suka menggunakan sesuatu tu sampai lusuh, sampai benda tu tak boleh nak guna dah... Itu pun barang itu masih disimpn sebagai kenangan...

Ada orang suka tukar barang yang digunakan... Tak kesah la barang tu disukai atau pun tak... Bagi mereka, tiada nilai pun kalau barang itu di simpan...

Ok... Intro yang mengarut...

Sebenarnya, aku nak marah dan terkilan ni... Nak marah kepada rakan rakan yang suka suka nak tukar no handphone... Kalau tukar tu ada sebab tak pe la jugak... Ni ikut suka2 jea...

Aku pun tak pernah tukar lagi no aku ni... dari tahun 2000 lagi aku pakai no ni... dari harga simcard masa aku beli dulu RM180..., sampai la harga simcard sekarang boleh bagi percuma camtu jea... tu pun aku tak nak tukar lagi...

Dan yang paling aku nak marah ni, bila tukar tak bagi tau aku...
Yea la... Aku tau la siapa aku ni...
Tak penting pun kan...

Tapi bila di saat yang penting macam kematian ke... Macam mana nak bagitau korang ni!
Macam tadi... Aku nak call seorang sahabat...

Elok jea aku bagi salam... Dengan sopan santunnya... Yea la.. Nak bagi tau pemergian kawan kan... kena la lemah lembut...

Assalamualaikum!

Lepas senyap seketika, ada seorang awek Cina yang jawab :

"Lu salah nombor la"...

Tak ke angin satu badan!!!
Masuk ni, kalau aku kira, mau lebih seploh kali kau tukar nombor dah!

Cari Mood...

Hilang keindahan yang tinggal
Hanyalah sepi
Berlabuh sengsara
Di mata menunda masa
Hanyut bermimpi

Dalam arus duka lara
Pandangan Menghilang

Ku warnakan sepi
Menjadi tarian indah
Biar langkahku sumbang
Mencari syurga lama
Yang tertinggal dalam jiwa
Dulu tiada harga Kerana buta

Keriuhanku tidaklah bermakna
Setelah sepi ini tiba
Aku bagaikan tak terdengar lagi
Suara hujan gugur berderai
Bersama rindu angin lalu Memenuhi pilu
Yang sering tiba dalam dada
Menjadikan aku sahabat pada sepi

Tegak berdiri kaku
Di atas mimpi yang membeku
Berdusta diriku pada simpati
Walaupun padam segala cahaya
Demi tiada lagi impian
Pembunuh kasih baja perasaan
Ku sepikan diri darimu
Di sana satu masa
Mungkinkah kita ditemukan
Bersama bahagia dan derita

Oh di sana nanti Semua kan menjadi
Bagai saksiPada sepi ini

Gigil menggigil aku
Ku dengar suara kebesaran
Terbangun dari tidurku
Suara azan berkumandang

Terketar ketika itu
Manakah arah tujuan
Berlinang air mataku
Menitis ke bumi penyesalan

Garis panduan tiada ku hindari
Ajal sentiasa tanpa kusedari

Baru kumengerti erti kehidupan
Mengenal diri dalam kehidupan
Tiadalah aku

Bawalah aku hampir kepada kepadamu
Jalan sebenar mengikut arahmu
Ya Tuhanku

Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan

Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang

Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian yang kian
Mencengkam jiwaku

Malam malam dingin membeku
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu
Cintaku... Oh sayang
Damailah kau di sana
Di sisi Tuhan yang Esa

Keindahan Sepi, Seruan, Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)

Berita Mengejutkan...

Berita yang sangat mengejutkan...
Seorang sahabat... Sahabat lama... Sahabat ketika belajar di ASBKJ dan UiTM...
Teman... humppp...

telah meninggal dunia pagi ni...

Al fatihah kepada Mohd Ishak Bin Mustapha Kamal...

mood tengah sedih... tak dapat melawat sebab kebodohan sendiri sebab tak pernah jejak kaki di kampung Allahyarham...

2011/03/19

Lepas SPM, Apa Yang Perlu Dilakukan?

Lepas SPM, Apa Yang Perlu Dilakukan?

Bagi bekas2 pelajar2 yang mengambil exam SPM tahun lepas...
Tentunya sekarang tengah rasa berdebar debar yang amat sangat...
Yea la... keputusan SPM akan diumumkan tak lama lagi...
Ada jugak yang tak ambil port pun...

Macam aku dulu, humpppp... boleh dikatakan aku tak ambil pusing pun...
Lantak la kan... Apa nak jadi pun...
Tapi Alhamdulillah la... Result pun tak la ke laut sangat...
Boleh la nak sambung belajar...

Masa lepas SPM, aku tak tau pun ke mana arah aku...
Mana bidang yang patut aku terjun... Jangan silap terjun dah la... Ramai jugak kawan2 aku yang silap terjun bidang, sampai sekarang, kerja tak mengikut kelayakan sedia ada...
Masa nak isi borang tu, korang percaya tak aku main lambung dadu jea nak pilih bidang apa!

Sebagai panduan, nasihat orang yang dah berkerjaya dan belum berjaya sangat lagi...

1. pilih bidang berdasarkan pasaran kerja masa hadapan... contohnya, bidang penyenggaraan, telekomunikasi, teknlogi hijau... dan yang berkaitan dengan kemahiran... contohnya macam physiotherapy, nursing, xray, kimpalan, safety officer...

jangan pilih bidang yang dah tepu macam engineering, IT, markerting, bisnes...
sekarang ni dah berlambak2 engineer dekat luar tu...

2. pilih berdasarkan minat, kalau kerja tanpa minat serupa macam robot atau mesin yang dipaksa berkerja...

3. ok..cukup tu jea...yang lain fikir sendiri la ek..

M.A.L.A.S...

"Unta padang pasir pun tak malas macam tukang karut ni..."

Rutin hari ini hanya berkisar di sekitar katil yang tak berapa nak empuk...
Dan sekitar bilik yang luasnya ermmm hanya sekangkang kera...
Tak nampak matahari pun lagi hari ni...


Sampai nak makan pun, semua main call mcD jea...
Punya la perasaan malas tu menebal setebal lemak2 yang bergayutan...
Bila perasaan, sifat dan perlakuan MALAS ni datang, satu kerja pun malas nak buat...

Bilik pun dah layak dikategorikan sebagai tongkang pecah...
hummppp... ada tak yang berminat nak jadi maid sukarela...

hummmpppp... malas nye... nak taip entry pun macam malas sangat...
wuaaghhhh... nguap besar2 macam badak air!

2011/03/18

Mata Ditupang Lidi...

Kelopak mata tersangat sangat la berat hari ni...
Hampir2 nak terkatup dah...

Sedang bermalas malasan di pejabat...
Bos besar tak ada... Sedang bercuti...

Surat bersepah sepah atas meja...
Pandang sebelah mata jea... Ah...lantak la...

Minggu depan jea la tengok...
hari ni memang niat datang pejabat untuk bermalas malasan...

Sakit...

Bila badan dipaksa berkerja lebih dari hadnya...
Akan sampai kemuncak limitnya...
Maka terasa la kesakitan di semua sendi2 dan otot2...

Berselirat urat dan tulang...
Bersimpuh tersekat darah mengalir...
membuat kepala berpinar2...
mungkin tekanan darah naik lagi...

Badan sangat penat...
tetapi mata seakan tidak mahu tutup...
Mungkin mata pun dah pandai mogok...

ermmm... ada sesiapa yang tahu di mana nak ambil mc tak?

2011/03/17

Terjawab Persoalan Mimpi...

Kali ini bukan lagi mimpi...
Kini dah jadi kenyataan...
Persoalan dalam mimpi, telah terjawab oleh dua orang yang bijaksana...

Yang bisa membuatkan aku pun pening kepala untuk mengistihar pemenang...
Kedua duanya telah berjaya membuat aku tersengih, sambil garu2 kepala...
Adei...

Walaupun undian dibuka untuk mencari pemenang, pun masih lagi tergantung tak bertali...
Masing-masing pengomen memilih untuk mengundi kedua dua mereka...

Jadi untuk berlaku adil dan saksama, aku telah membuat keputusan... Keputusan ini tidak boleh dicabar dan dibawa kemana mana mahkamah, hatta mahkamah agung sekali pun... Muktamad!



dan....




Pemenangnya adalah...





jeng...jeng...jeng...




Aku bagi dua2 la...
Kalian berdua patut berterima kasih kepada pengomen yang kata patut bagi dua2 sekali...

Kepada Intan dan Plankton...
Hadiah akan dipos esok kalau aku berkesempatan...

Anda berdua boleh memilih salah satu hadiah di bawah ini...
Kalau sama pun tak mengapa... sebab semuanya sepasang...






Sekian... live dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching... 5.45pm...
Departure time 8.00pm...

Cermin V2...

"Do Nothing Is The Best Solution...
Once you disturb it, it become worse..."

sisi lain... ilham datang ketika mimpi...
renung-renungkan jangan sampai termenung di atas tangga...
orang tua kata, nanti tak laku...

2011/03/16

Cermin...

sisi lain...
bayangan di dalam cermin...
wajah yang sama...
tetapi berbeza hatinya...

sudah sampai saat dan ketikanya...
belajar menghapuskan sifat memiliki...
tak semua kehendak dipenuhi...
belajar untuk melepas pergi lagi...

Insan Insan Kreatif...

Di bawah ni, insan insan kreatif yang sanggup menyabung nyawa untuk menjawab soalan ilham dalam mimpi aku yang sedikit gila tu... Muhahaha...

Aku perlukan sokongan anda semua untuk mengundi...
Insan mana yang paling kreatif sehingga membuatkan anda tersengih hingga nampak anak tekak!!!


Cik Plankton kita kata macam ni... Memang mengarut betul.... Aku pun tersengih gak ni.... huhu...
Walaupun blog dia disablekan untuk copy... tapi... silap la berurusan dengan pakar...
Ini dia mengarut apa ntah, layannnnn jea la....

Contest gila susah by incik nasriq

pulau pandan jauh ketengah,
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA,

sekarang dah jam dua belas setengah,

idea menghupdate tak datang juga.


pegi ke jeti cari BOT PENAMBANG,
hajat melawat ke TANJUNG SIMPANG MENGAYAU,
idea kering..tak dapat nak gebang,

camne nak pancing sang kaki rayau? (blog visitor la ni :)


naik perahu menuju ke KAPIT,

hajat ingin membeli SUSU, (motif pegi kapit semata2 ntok bli susu tak dapat dikenal pasti.. :]

bile dah mule rase tersepit,

semua contest aku nak sapu.


cantik sungguh KAIN BATIK SARAWAK,
kualiti terbaik pilihan kaum IBAN,
sambil berFACEBOOK aku berblogwalk,

mencari contest untuk dilayan.


saat MANUSIA tak ingat tuhan,

haram halal semua diredah,

hadiah dari MABUL jadi taruhan contest
cik Eda..
Oh, melepas sudah!


KATAK melalak memanggil hujan,

mengganggu tido memalam bute,

laman
incik nasriq pon xmo ketinggalan,
organize
contest..mak aii susah gile!!

sampai ke TANJUNG PIAI pon sanggup aku pusing,

gara2 mengidam IKAN TERUBUK MASIN,

ayuh para blogger perah otak memasing,

hadiah misteri dari sarawak ..wah, sape tak teringin??


enak sekali KEK LAPIS DAYANG SALHAH

jualan di SIBU laku tak terkata,

limit
tukang karut perkataan maximum 200 patah
maaf ye... plankton xsempat nak kira :)

[rangkap ni..paling tak kena..ehehe]


[tammat]



Intan dengan pula kreatifnya telah menggoreng seperti berikut:

pada suatu ketika dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang tinggal di gunung daik bercabang tiga.. mereka tidak mempunyai anak walaupun setelah 10 tahun berkahwin.. setelah puas mereka berubat, akhirnya jiran mereka telah mencadangkan mereka untuk menemui doktor pakar di kapit.. disebabkan perjalanan mereka agak jauh, mereka telah membawa bekal susu dan kek lapis dayang salhah.. mereka pergi ke kapit dengan menaiki bot penambang.. sepanjang perjalanan, mereka telah menemui pelbagai ragam manusia, termasuklah manusia yang melompat-lompat seperti katak.. setelah tiba di kapit,mereka tidak menemui doktor tersebut.. akhirnya, mereka menggunakan khidmat facebook untuk mencari doktor tersebut.. rupa-rupanya, doktor tersebut telah berpindah ke sibu untuk mencari kain batik sarawak yang dibuat khas oleh orang iban.. lalu doktor pun menyatakan bahawa pasangan ini perlu ke dua tanjung dan satu pulau untuk mencari ubat bagi mendapatkan anak.. mereka pun memulakan perjalanan mereka ke tanjung piai dan seterusnya ke tanjung simpang mengayau.. perjalanan mereka berhenti di mabul setelah mereka menemui ubat yang mereka cari selama ini iaitu ikan terubuk masin..


ok...undian dibuka sekarang sehingga tengah malam ini...
Hadiah nak beli esok di kuching...

2011/03/15

Rumah Panjang Kapit Sarawak.

Rumah Panjang Kapit Sarawak.

Lokasi: Rumah Panjang Jandok Ulu Yong, Kapit...
Walaupun dah menjejak kaki ke bumi kenyalang ni berpuluh kali dah, sekali pun aku tak pernah lagi menjejak kaki ke rumah panjang kerana rumah panjang yang aku temui selama ni semuanya dah moden...

Rumah panjang yang dah jadi macam rumah teres... Dibuat daripada batubata...
Siap ada astro belaka... Tu yang sangat malas nak masuk...

Tapi yang ni lain... Sangat lain... Sebab boleh dikatakan tak terusik dek kemodenan dunia hari ini...

Kacak bergaya tak bos besar aku ni...
Huhu... Fida, sila jangan report!!!

Erm... Ni la perempuan PiTiDi yang dimaksudkan fida...
Dia kata pertama kali ke Sarawak... Patut pun lain macam jea berianya... Layan jea la karenah dia ni... banyak bebenor songehnya...



Cuba teka apa lelaki tak berbaju ni tengah buat:
A) Berjoget lambak
B) Silat pulut menyambut kedatangan kami
C) Melatah kegirangan.
D) Nak parangkan kami kerana datang tak bagi salam!!!



Bukan...bukan... Bukan macam tu... Huhu...
Lelaki ni tengah mengasingkan padi dari batang padi... menggunakan kaki...
Padi bukit yang ditanam sendiri untuk makan sendiri...
Ni la hasilnya... Lepas diasingkan, padi tu dijemur...




Ha... Yang ni aku rasa korang pun akan pikiaq banyak kali...
Kalau tuan bijak bistari... Cuba teka...
Menatang apa kah ini yang di gantung di tiang ni?




huhu... Jawapannya...



TENGKORAK MANUSIA di rumah panjang Sarawak!!!

Tengkorak Tok-Tok Batin mereka yang telah meninggal dunia untuk upacara pemujaan...
hahaha...seram aku,....
huhu...jangan la ada yang ikut balik naik bot aku ni kang...

Jelajah Kapit Sarawak dan Menyelursuri Sungai Rejang Sarawak

Jelajah Kapit Sarawak dan Menyelursuri Sungai Rejang Sarawak

Kapit... Daerah asing yang selalu bermain di telinga, tapi langsung tiada hati untuk ke sini...
Ntah la... Mungkin sebab kedudukannya yang jauh dari bandar2 utama di Sarawak...

Nak ke sini pun, satu2nya jalannya hanya menggunakan bot merentasi Batang Rejang... Perjalanan yang memakan masa 3 jam merentasi Sungai terpanjang di Malaysia...

Semua barang2 datangnya dari Sibu menggunakan tongkang... Termasuk la kereta pun... Sebab Kapit tiada access ke daerah lain!

Kalau bukan sebab bos besar nak sangat ke sini, mungkin aku tak akan jejak kaki di sini kot...

Ok la... Badan sangat sangat tak nyaman dengan hidung pun tersumbat... Kalau la ada tukang urut kat sini kan best...
Mau lena sampai esok pagi ni...

Kapit, Sarawak

Menaiki Bot Ke Kapit
Terminal Penumpang Sibu

2011/03/14

Selamat Sudah...

Erm... Nak intro cam mana ni ek...
Kang nak cakap aku keluar lagi...
Nampak sangat riaknya...
Nak cakap keluar sebab berkerja pun nampak sangat riak kerajinannya... Padahal... Ermmm... Ntah la...

Ni pun baru jea sampai di Sibu...
Badan dah sakit2 dah...
Tak ada rest pun...
Hidung pun dah tersumbat...
Sejak kerja ngan JKR ni, belum sehari pun lagi ambil MC... Hahaha...
Gila poyo... MC pun nak cerita dengan orang... Rasa cam nak MC jea Jumaat ni...

14-17 Mac...
Sibu - Kapit - Sibu - Kuching...

Haih... Ada sesiapa sini orang Kapit?
Tau ke apa yang ada di Kapit ni...

Dah la nak kena bangun awal pagi esok...
Kena naik bot panjang lak tu... Harap2 tak ada la bujang senang...
Yang nak naik bot ni pun bujang susah...
3jam perjalanan...
Jangan la ulu sangat tempat nak ke kapit sok ni....
Haihhhh!!!

Update terkini: setakat ni hanya Deq Ah sahaja yang berminat nak hadiah contest yang susah tu...muahahaha...

2011/03/13

Ilham Dalam Tidur...

Selepas kena kutuk kaw kaw punya sebab selalu buat contest tak rasmi, hari ini, dengan rasminya, aku nak buat contest yang tak rasmi jugak....

Muahaha...
Ikut suka aku la...
Macam biasa tak ada peraturan, tiada masa dihadkan, tiada hadiah yang dinyatakan secara spesifik, tiada halangan untuk sesiapa pun tak kesah la anda seorang blooger mahupun bukan...

Ilham nak buat ni datang masa dalam mimpi malam tadi...
So, faham2 jea la kalau dalam mimpi tu kan...
Ada beberapa perkara yang diingat dan ada perkara yang tak ingat langsung...

Ok... Sebelum entry ni mengarut ke laut, baik aku lurus kepada titik...

Kreatif... Itu yang aku perlukan...
Di bawah ni akan aku sediakan beberapa patah perkataan... aku nak sesiapa yang bijak pandai menggoreng di blog masing2 dengan kreatif sehingga aku boleh tersengih lebar dia yang akan menang... tak lebih 200 patah perkataan...
Muhahahaha... gelak jahat.... Contest gila susah...

Ok... Ok....
Perkataan itu adalah:

GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA, KAPIT, SUSU, KEK LAPIS DAYANG SALHAH, BOT PENAMBANG, MANUSIA, KATAK, FACEBOOK, SIBU, KAIN BATIK SARAWAK, IBAN, TANJUNG PIAI, TANJUNG SIMPANG MENGAYAU, MABUL, IKAN TERUBUK MASIN...

ok... tu jea yang ingat... selamat menyertai... muhahaha... dan jangan lupa bagi link dekat komen ni yea... Hadiahnya mungkin di beli di Kuching atau sibu atau Tawau dan mungkin jugak di Sandakan atau pun di Semporna... Ikut suka aku la kan....

Keindahan Matahari Terbenam Di Tip Of Borneo Sabah.

Amaran: Ini adalah entry bergambar... Kerana melalui gambar, ada bermacam cerita yang tersurat dan tersirat...

Tak perlu nak mengarut...
Keindahan alam ciptaan Allah ni memang tak terjangkau dek permikiran kita yang kononnya pandai ni...

Tidak akan ada lagi gambar seafood lagi... Sudah kena ban dengan keras di blog ini...
Sangat mencabar keimanan...

Ok... Hayati suasana keindahan alam ketika matahati terbenam...

Keindahan Matahari Terbenam Di Tip Of Borneo Sabah.






Keindahan Matahari Terbenam Di Tip Of Borneo Sabah.

Tip Of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah.

Lokasi: Kudat, Tanjung Simpang Mengayau...
Tau ke tempat ni dekat mana???

Siapa yang dapat A dalam geografi dulu mesti boleh jawab ni... Tak gitu Cik Plankton a.k.a Deq Ah?

Ala... Tak perlu bukak peta la...
Tu... Tengok gambar bawah ni... Yang bentuk telinga anjing tu...
Tu la penghujung kepulauan Borneo ni...

Ekor Borneo pun aku dah sampai dah, ala, dekat ekor Kuching tu... Apa nama tempat tu... Lupa pulak... Yea la... Pergi pun kalau tak salah penghujung 2009...
Kalau tak salah, Sematan... Di Sarawak...
Maknanya, dari ekor sampai la ke penghujung... Semua aku dah jejak dah...
Lebih kurang 1500km jalan dah redah dah...

Ok la... Malas da nak ngarut la... Lepas ni tak sabar nak baca kisah Cik Eda pulak... Pengalaman bercuti di Pulau Mabul... Aku dengar ramai yang tak tau tempat ni... Betul ke? Kalau sebut mabul, memang orang jarang dengar... Kalau sebut Pulau Sipadan... Confirm ramai yang akan menganguk tau...

Ni salah satu tempat yang ada dalam senarai yang aku nak sangat pergi...
Dan termasuk dalam senarai tempat berbulan madu... Jom ke MATTA Fair... Ada pakej menarik untuk ke sana... Semalam aku dah pergi usha dah...

Muhahaha... Gila ah... Tok kadi pun tak tempah lagi, dah ada senarai nak pergi bulan madu!!!
ok...cukup...cukup...
Sepatutnya ini ialah entry bergambar... So gambar jea la... Tapi termengarut sikit pulok...

Tip Of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah.

Tip Of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah.
Tip Of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah.


Tip Of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah.
Tempat yang sangat cantik untuk dilawati!!! serius...

Tip Of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat Sabah.

2011/03/12

Malu Lagi...

Perut mula berbunyi, bergendang gendut, berirama dangdut...
Kawasan sekitar KL hujan rintik rintik...

Dengan langakah diatur yang agak laju...
Sesuai dengan kepanjangan kaki...

Tak menoleh kiri kanan...
Takut demam kalau terdedah kena hujan...

Tiba-tiba...





Gedebukkk!!!
Bergegar satu taman...

Adei... Nangka busuk dah jatuh... Terpijak line jalan yang licin pulak...
Erm... Kena beli selipar baru ni... Yang ada grip tu... Apa nama tu... Selipar asadi ke?

Kemaluan Besar.

8.20am, bersiap-siap nak ke Pejabat Pos...
Bukan nak bayar saman...
Lagipun tarikh diskaun bayar saman dah lama habis...
Tujuan hanya satu...
Untuk mempebaharui roadtax dan insuran kuda putih kesayangan...

Baru jea nak start motor, awek sebelah rumah senyum ketawa bila menoleh ka arah aku...
Awek ni baru jea pindah awal bulan ni...
Wuaa... Ni ada can ni...
Cam nak ngorat aku jea...
Mula la perasan kacak bergaya...

Tetiba, awek tu bersuara...
Yang menyakitkan telinga...
Yang boleh menjatuhkan maruah aku sebagai lelaki maskulin!!!


“Bang, abang pakai baju terbalik la... Huhuhu...”

Eh... Lhor... Aku toleh ke baju...
Dengan bangga aku jawab...

Ni la fesyen lelaki muda berkerjaya sekarang!!!

Muka sangat tenang semasa menjawab...
Padahal!!! Nak jea letak muka dalam mangkuk tandas!

Kemaluan Ku Sungguh Besar.

2011/03/10

Tolong Jangan Buat Lagi...

Aku pandang orang belakang...
Dia tersenyum lagak kambing yang tak mandi...

Aku tengok orang sebelah...
Dia sedang leka dengan handphonenya...

Aku toleh orang sebelah lagi satu...
Dia sedang enak dibuai mimpi...

Nak intai orang depan...
Kepala pulak tak kesampaian...

Hidung ni menancap bau yang kurang enak...
Lagak baunya macam bau telur tembelang...
Ni siapa la yang sarapan pagi2, makan tak ingat punya telur rebus...
Mau 4,5 biji telur rebus yang kau telan ni, dah kalah biawak dah!!!

Agak2 la nak lepas bom berasap pun...
Tunggu la lagi sejam dua lagi... Sampai belon selamat mendarat...

Ni kau main lepas jea... Tak menoleh kiri kanan pun...
Tanpa rasa bersalah...
Kau melepaskan bom asap berbisa...
Kalau ada angin luar tak apa la jugak...
Ni kau kentut bau tembelang dalam Kapal Terbang!!!

Melekat bau tu!!! uwekkk...

Tunai Janji...

Ingat lagi contest mengira hati?
Bukan suruh tackle mana2 hati...
Nanti jatuh hati, siapa pulak yang susah kan?

Seperti biasa, bila dah berjanji, kena la tunaikan...
Apa yang orang kata, lembu dipegang pada talinya...
Manusia dipegang pada janji nya...
Kalau tak menepati janji, orang tu layak kawan dengan lembu la...

ok..ok..ok.. Nak cepat ni, tak boleh nak mengarut lebih2...
Ada yang kena tinggal belon kang...

Kepada Puan Zasheda: Sebagai pemenang, anda diberikan kuasa autonomi untuk memilih mana yang disukai...
Kepada Puan Fida: Terima kasih banyak2 untuk minggu ni... Pun ada hadiah jugak... Tapi bukan Baju la... Antara satu... Pilih la...




Cepat Tua...

Orang kata, kalau selalu sangat stress, nanti cepat tua...
Muka pun mula berkedut-kedut...
Orang bujang tapi rupa dah macam anak berderet-deret...

Orang kat, kalau selalu sangat bermasam muka...
Rezeki akan menjauh...
Untuk bermurah rezeki, selalulah bermanis muka...
Senyuman kan satu sedekah...
Lagi pun tak luak pun senyuman tu...
Bukan kena bayar pun...

Pagi ni, mulakan hari ini dengan senyuman...
Senyum semua...
Peace... clicks.... chill...

2011/03/09

hummmmppp...

Ini entry mengeluh...
Sebelum muak, dinasihatkan tidak meneruskan pembacaan...

jam 11.25 malam... Baru sahaja sampai di hotel di Kota Kinabalu...
Perjalanan yag sangat jauh dari Kudat ke Keningau...
Merentasi Banjaran Crooker...

Hasil audit kali ni sangat mengecewakan...
Terus hilang mood...

Esok ada lagi satu dua lokasi...
Harap2 elok la...

Biar la aku balik dengan perkhabaran gembira untuk bos besar...
Biar la aku balik dengan muka penuh senyuman...

Ok... Mintak maaf sesangat kalau tak sempat jenguk....
Fida dan Kak Zasheda, tak sempat lagi nak jenguk2 barang yang dipesan...
Tengok la esok kalau sempat...

2011/03/08

Cerita Ceriti...

Banyak cerita nak updated ni...
Tapi badan sangat penat...
Jam 7.3o malam baru sampai hotel di Kudat...

Ada cerita itu...
Ada cerita ini...
Ada cerita itu dan ini...

Jadi... Tunggu sahaja...
Itu pun kalau line berukban ini ok...
Kalau tak, esok saja cerita... Berat tu nak upload gambar...

Sekejab nak pergi cari makanan ni... Ada orang kudat di sini yang boleh bagi panduan?

2011/03/07

Tangan Gatal...

Orang tua kata, kalau tapak tangan kanan gatal...
Tu bermakna ada rezeki nak masuk...
Mungkin nak dapat duit terpijak...

Orang tua jugak yang cakap... Aku tak tak cakap sebab aku muda lagi....
Kalau tapak tangan belah kiri yang gatal...
Orang tua cakap, mungkin nak keluarkan duit dengan banyak...
Mengalir macam air sungai...
Maknanya, pembaziran akan berlaku la...

Itu orang2 tua yang cakap...

Sekarang ni aku ada masalah besar...
Kedua-dua belah tapak tangan aku gatal...
Siapa nak jawab???
Mungkin nak kena penampar tak...

Ermmm... Keluar Lagi...

Rasanya Sabah ni dah boleh dijadikan kampung ke 2 aku...
Dalam beberapa jam lagi nak naik belon ke sana...
Balik kampung sendiri pun boleh dikira dengan jari dalam sebulan...

7-10Mac outstaion ke Sabah...
Lokasinya... Aku pun tak tau nak ke mana...

Tak ada arah tujuan...
Hahaha... Boleh ke nak kata macam tu?

Memang tak ada arah tujuan lagi... Malam kang baru bincang dengan 2nd bos mana nak pergi...
Tujuan kali ni nak pergi nak buat audit... Kira macam spotcheck la ni...
Dah nama pun spotcheck... Mana boleh bagi tau dulu kan... Tak best la kalau dah tau...

Ingat lagi zaman hingusan dulu... Masa duduk Asrama Semai Bakti Kelana Jaya... Ha... Amik kau... nama penuh lagi tu...

Tiap2 bulan ada spotcheck... Nak tengok siapa yang selalu jumping... nak selongkar loker siapa yang ada rokok... Nak belek siapa yang ada majalah bogel... Ada yang majalah lucah... Ala... Buku yang cerita lucah tu la... Muahahaha... Gila betul zaman tu... Kecik2 lagi dah pandai dah...

Tapi aku tak pernah sangkut satu pun...

Sebabnya,.. Aku budak baik...
Muahaha... Boleh terima tak alasan tu?

2011/03/06

Kan Bagus Kalau Ada Dia...

Kucing, antara haiwan peliharaan kesayangan manusia...
Tak termasuk Si Mina, sebab dia suka kure2 dan arnab...
Nabi pun sayangkan kucing...

Tapi ada seekor kucing ni yang sangat special...
Dia muncul setiap hari Sabtu malam jea...

Mari berkenalan dengan si kucing yang bijak ni...
Sila betulkan tekak dan lidah anda dengan selalu makan sushi...
Biar tak tergeliat lidah tu...

konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo

minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na

(hai! takekoputaa!)

AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

shukudai touban shiken ni otsukai
anna koto konna koto taihen dakedo

minna minna minna
tasukete kureru
benrina dougu de tasukete kureru
omocha no heitai da

(sore! tototsugeki!)

AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

anna toko ii na
iketara ii na
kono kuni ano shima takusan aru kedo

minna minna minna
ikasete kureru
mirai no kikai de kanaete kureru
sekai ryokou ni ikitai na

(ufufufu… doko demo DOA!)

AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON



Kan bagus kalau Doraemon tu betul-betul wujud...
Comey2 pun comey... Mana ada kucing yang takutkan tikus...
Pantang jumpa ada la, mau jadi lauk tikus tu dikerjakan si kucing...

Kan bagus kalau Doraemon ni wujud...
Boleh la aku nak pinjam satu alat ni...

Mesin Mengemas Baju Untuk Outstation!!!
Sila baca mengikut nada dan nahu yang betul yea...

notakaki: aku dilanda mood malas nak mengemas baju untuk outstation!!!

Owh... Baru Aku Tahu...

Mesir = Egypt = Misr = Masir adalah negara yang sama...
Ibunegara Mesir, Kaherah juga ada pelbagai nama, bergantung kepada siapa yang menyebutnya...
Orang kita panggil Kaherah, Orang putih panggil Cairo, Jiran kita, Indonesia panggil Kairo...

owh...jahilnya ilmu geografi aku ni...
Jom garu dagu sama2 kalau anda pun baru tahu...

sumber: Mingguan Malaysia...

2011/03/05

Dah Layak Masuk Muzium...

Shut up not shut up, i have berkecimpung into world of blog about 2years...
since Mac2009 until now, i have wrote a nonsence abaout 277 entry...
i would like to say thank you to cik eda for introduse me to jump into this blog world...

Today, i have about 204 people who are like to follow me... not the bedak follow me like the mom use to baby...

Now, i feel like superstar... dulu, i feel shy shy cat to write...
And now, i am not shy lagi, i feel i have a freedom to write... whatever nonsence pun i write, i has been puas heart...

Thank you to all my reader... you are the bestest among the bester and best...
And now, i feel like i layak jump into muzium because i have been longer in this world of blog...
For your information, mr nuffnang sangat kemut with i... until now, my account, no BE... i feel very very very sad...
Aigogo...kredit to mr Jepun... i lend this word for this moment only yea...

Adei... Pening kepala... Mengarut sungguh la!
terima kasih semua... Terima kasih kepada yang rajin datang ke blog yang penuh dengan isi-isi yang sungguh mengarut ni...

terima kasih semua... terima kasih kepada yang selalu mengomen di sini...
Terima kasih semua, kepada yang menjadi silent reader disini... terutama anon yang menang hadiah yang meneka dengan betul jumlah perkataan hati... Walaupun kak Zasheda tidak mempunyai blog, tapi dia la pembaca yang tak jemu2 membaca... Kak, ni bodek ada makna ni...

2 tahun satu waktu yang sangat cepat berlalu... dari orang yang tak tahu apa2, sekarang dah boleh dikategorikan sebagai orang yang boleh diletakkan di dalam muzium... Terima kasih semua...

Mission Accomplish...

Jika sebelum ini, beberapa misi 1 dan misi 2 yang dirancang tak berapa nak menjadi...
Kerana misi2 tersebut terdapat bayak sangat halangan...
Di kiri kanan, depan belakang, dan atas bawah... banyak sangat halangan... Itu yang tak mampu nak meneruskan misi2 tesebut...

Hari ini... Hari Sabtu... 5 Mac 2011...
Tercatit dan tercatat satu sejarah...
Misi berjaya dilaksanakan dengan jayanya...

Seawal jam 6.45 pagi, ketika orang lain sedang bergelut di dalam selimut...
Dengan gigihnya, berjogging keliling taman sebanyak 2 kali pusingan...
Walaupun banyak yang berjalan dari berlari...
Gigih berlari dan berjalan laju untuk membakar lemak2 yang bergayutan...
Kira misi kali ni berjaya tercapai la...

Dan sebagai tanda penghargaan kepada diri sendiri...
Aku hadiahkan kepada diri sendiri...
Semasa breakfast di kedai yang biasa...

Abe: roti telur se, nasi lemak lauk rendang kerang yea... air teh une...

Adei... campur tolak darap bahagi... macam sama jea lemak2 yang dibakar pagi2 buta tadi... Ni tengah garu-garu dagu... menyesal tak sudah...

2011/03/04

Tip Mengatasi Tekanan...

Anda kini dalam keadaan tertekan?
Atau dalam bahasa sanskritnyam stress@tension...

Ni tukang karut nak bagi tip ni, cara2 nak hindari stress...
Tak kesah la apa pun penyebab stress tu...

Tip yang pertama, sila ambil buku catatan sekarang...
ni benda penting ni... Kalau tak hari ni, mungkin esok kena batang hidung sendiri...
Boleh la guna untuk diri sendiri...
Tak pun boleh la berlagak depan pasangan masing2....

Sila catat dengan penuh tawaduk dan baca dengan tekun yea...


1. bla la bla.... ah...malas la nak pikiaq...

ada sesiapa yang tau dan boleh bantu??
Bukan untuk aku, sebab aku suka keadaan yang tegang atau stress sebab masa ni sel2 otak aku berkerja dengan sangat efektif... Ni untuk kawan2 yang lain...

Hari Ini Hari Jumaat!

Hari Jumaat hari yang mulia...
Hari Jumaat juga penghulu segala hari...
Hari Jumaat jugak la kiamat terjadi...

Hari Jumaat, orang lelaki berpusu-pusu ke masjid, untuk menunaikan rukun Islam yang ke2...
Sebelum itu, perut juga perlu diisi... Biar tidak mengganggu kosentrasi semasa mendengar khutbah...

Sedang beratur untuk membeli makanan, nasi ayam kukus di Masjid Wilayah Persekutuan, datang la seorang awek ni pun beratur jugak... Semua mata tertumpu dekat awek ni...

Mana tak nya...
Datang dengan skirt pendeknya... bawah sikit dari spenda... nak tunjuk apa? nak tunjuk betis yang lansing? peha yang gebu... (kantoi, maknanya aku pun tertengook jugak la ni...)

Agak2 la... Dah tau hari ni kebanyakkan yang datang masjid tu lelaki... dah tau nafsu lelaki ni gila sikit... pantang nampak show free.. nak2 lagi yang gebu... mau melakat jea mata tu kat peha kau yang gebu tu...

Habis kosentrasi nak dengar khutbah tadi!!!

p/s: hanya selingan ketika sibuk... dah...dah...dah... nak sambung kerja yang tak sudah2 ni...

Basi!

Cerita semalam, cerita yang dah basi, cerita yang dah jadi sejarah tapi tak layak masuk muzium!!!
Cerita yang dah pernah aku karutkan di sini... Cerita yang sama, yang bezanya ending yang lain...

Gadis Dari Syarikat Insuran K: Semekom En suka mengarut...
En TK: yea... limit 5 minit sahaja i bg u kalau u nak jual apa2...

Gadis K: wuaaa... cam dah biasa je En. ni... saya belum cakap apa2 pun lagi...
En TK: Cepat ckit, ai ada banyak kerja ni...

Gadis K: Untuk makluman En KT, polisi kereta wt*&*14 en akan tamat pada bla...bla....bla...
En KT: yea... tak payah bgtau pun ai tau lama dah... nanti ai bayar la...

Gadis K: Yea...Bagus la en... Disini syarikat kami ada polisi bla...bl...bla dan blah la lu!
Boleh tak saya jumpa en... Encik ni kerja apa yea... bla..bla...
En TK: erm... ai engineer... ai tak ada masa... jadual ai dah penuh sampai pertengahan bulan 4...

Gadis K: Erm...sombongnya en ni...
En TK: Lho... tak caya pulak... minggu depan ai ke Kota Kinabalu, Minggu lagi satu ke kapit, sarawak minggu depannya ai ke tawau, minggu depannya ai ke kedah pastu terengganu,,, minggu depannya ai de meting seminggu straight lagi...
Dah la... ni bukan alasan pun...

babai...entry tercabut wayar sehelai dua....kecian korang baca sampah macam ni... kepala tengah serabut nak arrange hidup...

2011/03/03

Gurindam Malam.

Gurindam Malam.

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah landa hampirkan duka.

Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih,
Ketika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

Zaman entry pendek yang tak perlu berfikir... Selamat beramal...
sumber: sini.

Soalan Cerdik Versi Fida...

Fida tulis macam ni... sila baca di sini...

la ni, aku nak tulis macam ni pulak...
Pagi2 breakfast bihun goreng lauk rendang kerang...
Tengahari tak makan... Hanya makan senwic yang diorder fida untuk mee eating(sila baca dengan satu nafas!)

Petang lak makan kuih dua butir dalam mee eating(sila baca dalam satu nafas jugak!)
Sekarang aku dah lapar... Perut aku berkeroncong berdondang sayang...
Nampak sabun pun terbayang chiken mcduluxe!!!

Soalan cerdiknya... Patut ke aku pergi makan sekarang?

Tammat!

2011/03/02

Hahaha... Apa La...

Sekejab umum nak senarai hitam kalau tak bayar sebelum 28 Februari 2011...
Dan2 hari ni umum nak lanjutkan tarikh akhir bayaran saman traffik sebelum 10 Mac 2011...

Haha... Lawak betul la...
Alasan... Alasan... Dan alasan...
Berguling2 aku dengar berita ni live di NTV7...

Dulu... Orang yang baik, yang jaga masa, yang tak nak namanya diblacklist, dapat je surat saman, belum pun panas bontot, dah pergi ke balai nak bayar... Bayar tanpa diskaun...

La ni... Bila dah berlambak2 saman... Mula la nak bagi diskaun... 50%... Macam jualan murah dekat SOGO pulak... Adil ke kepada orang seperti di atas yang dah pun bayar pada masa yang ditetapkan!!!

Lepas ni... Aku tak terkejut, kalau orang dapat saman, orang akan peram dekat bawah periuk belanga, biar dalam 10 tahun, tunggu kerajaan bagi diskaun... Ugut la nak hitamkan ke, hijaukan ke... dah kebal ugutan dah dema ni... silap2 dema ni tunggu kerajaan hapuskan saman tu terus... percaya la... tu yang angka 17 juta lebih saman tak berbayar tu...

Yang bangang, takkan tunggu sampai 10 tahun... dapat je saman, terus bayar...
Yang pandai akan peram...

Jadi pilih la dimanakah anda...
Hahaha...

Lawak betul la... Yang naik hairan tu, awat la dema ni suka tunggu last minute... Ada dapat hadiah ke? best ke bergaduh bergasak beratur berjam-jam sampai sistem pun naik letih... tengok... sistem pun pandai letih... ni kan pulak polis yang jaga kaunter tu...

La ni nak bagi muka lagi, nak bagi masa sampai 10Mac...
Percaya la cakap aku ni... Esok, lusa dan tulat!!! Takkan ada orang yang nak beratur nak bayar saman ni... Dan aku berani jamin, 10 mac nanti, balai polis akan jadi tin sardin balik...

Orang cam ni, makin bagi muka, makin bertambah lemak...
Kalau kerajaan nak tegas... Sila la tegas betul2...
Aku percaya, lepas ni, dekat highway tu, akan ada lepas ni yang akan bawak 180-270km sejam...
Pasai apa... Pasai depa cakap kelijaan manyak baik hati... Tiap2 tahun ala bagi itu diskaun....
Apa pasai mau bawak kelita slow2 ma...
Ala diskaun ma kalau kina itu saman...

Lepas tu bila ada kemalangan disebabkan bawak laju, mula la kelam kabut nak kuatkuasakan undang2... citporrrahhhh...

Sekejab baik... Sekejab tegas... Sekejab nak tegakkan undang2... Sekejab nak longgarkan undang2... Yang ni hantar bicara dekat mahkamah sebab rasis, yang tu biar sebab...hummmppp... hang pikiaq la sendiri...

Tapi aku musyikil satu perkara la... Kenapa dan apakah motif pengutipan duit saman2 ni...
Bukan sikit ooooo... Hang kira dalam kepala la yea... Kalau busuk2 satu saman tu serat... Kalau ada 20 juta sama... add math aku dulu tak reti nak kira kalau dah angka juta2 ni... biasa main ringgit2 jea... kalau salah tolong betulkan... mau dekat 2 billion oooo.... banyak mana tu... kalau main bilion2 ni, memang tak nampak sangat... kalau nak nampak, lagi senang kata 2000 juta...

Eleh... sikit sangat tu kan...
Banyak mana la 2000juta tu kan...
kalau bagi aku tu, ada dalam setahun tu, aku boleh belanja dalam 5.5juta sehari... sikit kan... tak nampak lagi?

Cam ni la... Kau ada 220 ribu untuk dihabiskan dalam masa sejam untuk sehari iaitu kali 24 jam... sikit kan...

2011/03/01

Berita Bohsan...

Ada empat malam lagi terpaksa menonton melihat dan menilai berita utama jam lapan malam... Tak kira la sama ada stesyen tv swasta, stesyen tv milik kerajaan jangan cerita la... habis semua nya cerita pasal pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau...

Tu belum masuk lagi blog2 yang berteraskan politik... tak kira la siapa sokong siapa...
Semua nak hentam satu sama lain...
Dia ngata dia tak elok... Dia ni ngaku dia la yang terbaik...
Citporrahhhh... Dua2 pun loklak...

Disogok cerita yang sama setiap kali pilihan raya kecil yang diselitkan semasa berita utama setiap malam, sangat2 membosankan aku...
Apa yang diorang ni pikiaq... Apa yang ada dalam kepala otak diorang ni aku pun tak tau la...
politik saja...

Balik2 cerita puak yang ni tak berpuashati keluar parti ni...
Pusing2 cerita kempen dari rumah ke rumah... Habis semua orang dia nak salam... Kalau lembu ada tangan, lembu tu pun dia nak salam jugak... Lepas pilihanraya, jangan kata muka, nak keluar pergi jamban pun kalau boleh nak menyorok muka dalam lubang jamban...

Cerita sama dikitar semula, yang paling best dan aku rasa paling menguntungkan ialah pengundi, pada masa ni, mintak la apa pun, nak mintak segunung emas pun dapat... dah berjuta-juta lemon dah diumum pak menteri... Dan2 tu la jalan depan rumah diturap semula... Jalan tak rosak pun, boleh dirosakkan untuk diturap semula...

Padahal, bukannya aku tak tau, setakat pengumuman bodoh cam tu, bukannya ada duit pun nak buat dan laksanakan... Habis semua kena tipu hidup-hidup... Dan yang paling best, cerita lapuk 5 tahun lepas pun boleh lagi nak umum tu...

Yang paling menarik, cerita pasal nak turunkan harga barang oleh satu lagi puak...
kehkehkehkeh...kuikuikuikui... berguling guling aku gelak bila tengok berita ni...
Kalau dia mampu, biar jea la... Bagus untuk rakyat pe... Yang hang nak pergi larang tu pasai pa...

Yang puak lagi satu ni pun, hang jangan la nak loklak sangat, yang hang nak gula-gulakan rakyat pasai pa... hang ni betui2 bodoh piang la... Hang tu ada kuasa dekat 5 negeri... Yang hang nak tunjuk gedebe jual tempat yang hang belum tentu menang lagi pasai pa... Apa kata hang turunkan dulu harga barang dekat negeri hang tu dulu...

Senang sikit rakyat pencacai marhain cam aku ni... boleh ke negeri jiran sekangkang kera ni beli gula, beras... walaupun di rumah aku ni, dapurnya dekat kedai makan belakang rumah!!!

Dah la... Ni la masalah nya bila dah sakit hati... habis semua nak kena pancung...
Aku menyokong kerajaan... Tapi bukan bukan menyokong benda2 macam ni... cukup la... muak la...