2011/09/30

Bagai Mengangkut Batu Di Bencah...

8.00 pm --> Tengok berita... Berita yang utama sahaja... Aktiviti wajib setiap malam...

8.15 pm --> Buka tambatan kuda putih... Pakai helmet baru... Memulakan penunggangan menuju ke Maybank di Taman Melawati... Rutin bulanan... Nak bayar sewa rumah...

8.40 pm --> Start si kuda putih terus menuju ke pasar malam... Rutin mingguan... Yang dicari seperti biasa yong tau fu dan fruit iceblended yang sedap... Sambil mata berjalan jalan mencuci mata... Oho... Agaknya panas kot Malaysia ni, itu yang ada perempuan pakai singlet dan ada jugak yang pakai seluar pendek walaupun hari ini hujan dan suasana sejuk...

9.00 pm --> Menapak balik ke rumah...

9.10 pm --> Sampai di rumah... Terkejut!!! ruang letak kuda putih kosong... Ah!!! Sudah... Kuda aku dah hilang! Mula tak tentu arah... Runsing... Otak tak boleh berfikir... Mula gelabah unta... Dalam kepala hanya satu... Mahu membuat report polis secepat mungkin untuk memcari kembali kuda yang hilang... Mencari kunci kuda di dalam rumah(roadtax dikepil bersama kunci untu membuat report polis)... Geledah sana... Kambur baju baju yang bertimbun tak basuh kerana outstation... Cari punya cari... Tak jumpa... Ah!!! Sial...

9.15 pm --> Duduk termenung... Tetiba terasa ada sesuatu di kocek belakang seluar... Mula menarik keluar... Kunci kuda putih...

Tepuk dahi kuat kuat!!! Bengong!!!

Kuda tinggal di tapak pasar malam!!!

NotaKarut: Secara rutinnya, aku biasa ke pasar malam berjalan kaki sahaja... Dah terbiasa... Itu yang TERTINGGAL kuda di pasar malam tu... Hoho... Logik tak alasan aku... Apa? Tak logik? Ermmmm... Yang sebenarnya, ada terlalu banyak benda yang aku tengah fikirkan sekarang ni... Hohoho...

2011/09/29

Tahap Pemikiran...

Owh... Tajuk yang serius lagi...
Cukup la aku menulis entry sebulum ini menggunakan bahasa orang yang genius seperti aku... Hoho... Kerana aku tau kebanyakkan orang mempunyai tahap pemikiran yang berbeza beza.... Hohoho... (Aku tengah perasan genius ni... Sila ketuk kepala aku lapan belas kali untuk sedarkan diri aku ni hanyalah sebutir beras yang melukut di tepi gantang...)

Dah la... Tajuk itu tak memberi apa apa makna pun...Kerana aku menulis mengikut taraf pemikiran pembaca yakni orang kebanyakkan... Aku sendiri pun orang kebanyakkan...

8.30pm tadi baru je sampai di KL... Penat??? Tak kot... Alah bisa tegar biasa... Dah biasa sangat outstation... Badan pun dah boleh menyerap segala kepenatan... Hoho...

Tadi... Masa mencari makan malam, aku mengalami sindrom Kecelaruan otak kiri dan otak kanan... Eh... Yang sebenarnya bukan aku... Tapi pemandu kereta di depan aku...

Dari jauh lagi dia bagi signal kanan... Ok bagus... Pemandu berhemah... Aku nampak... Jadi aku pun bersiap sedia la nak potong kiri bagi laluan dia untuk ke kanan...Bila dah hampir separuh badan kereta dipotong... Tetiba pulak, dia boleh ubah haluan masuk kiri jugak! Nasib baik aku penunggang kuda sejati... Sempat la nak membrek...

Nasib baik hari ni mood aku baik... Kalau tak, pecah dah cermin kereta tu ku kerja kan...

Kalau anda sebagai pemandu mengalami sindrom kecelaruan otak kiri dan kanan, yang tak kenal mana kiri yang mana kanan... Tolong la jangan memandu di atas jalan raya... Pi la mana mana jalan tanah merah... Ha... Ikut suka hati perut la nak bawak macam mana pun...

Sekian...

NotaKarut: Sepanjang 4 tahun bekerja ni, aku belum pernah lagi MC la... Alhamdulillah... Tpi, rasa macam nak MC je esok... Sini ada Doktor tak yang nak bagi MC tak? Tapi... Orang kata, orang yang selalu ambil MC ni dia kan MatiCepat... Hoho... Tetttt!!!!!!

Keh Keh Keh...

Manusia... Manusia... Manusia...
Manusia berserban... Manusia berkopiah...
Bercakap berdentum langit berguruh...
Gagah melaung kuasa dan ego...

Kucing tua manja mengiau, gelabah mencari golok...
Keh... Keh... Keh...

Pendirian seperti lalang...
Menjadi bahan ketawa seluruh umat...
Hukum yang katanya nak ditegakkan...
Dah pun dirobohkan...
Gara gara kena sergah dengan ngiauan sang kucing tua...

Takutkan manusia atau takutkan Pencipta?
Keh... Keh... Keh...

Cakap berdegar degar... Impian setinggi gunung...
Bila gelanggang dibuka, hanya menghantar harimau tua tak bertaring...
Satu lawan tiga... Keh... Keh...Keh... Ada hati nak menang...
Hati sebesar kuman, ada hati mahu menakluk dunia...
Menjadi bunga lalang... Ditiup angin dibawa pergi...

NotaKarut: Monolong dalaman... baca sumber Inspirasi kalau nak memahami lebih lanjut...

2011/09/28

Masih Adakah Rabu???

Entry pagi tadi, Rabu Ke Ni??? Aku letak gambar di bawah ini...
Ramai pulak yang menjadi ahli nujum yang meneka tempat rumah ini di mana...

Ada yang teka di Kota Kinabalu...
Ada jugak yang teka di Miri...
Ada jugak yang ingat aku nak beli rumah di sini...
Hoho... Mentang mentang aku berada di Kepulauan Borneo sekarang ni...
Salah sama sekali tekaan korang tu...
Apa... Ingat dekat semenanjung tak ada ke tempat macam ni???

Kalau nak tau... Rumah ni berada di puncak Bukit Larut Taiping...
Yang dulunya dikenali dengan nama Maxwell Hill...
Memang sejuk gila la tempat ni...
Gambar ini diambil pun waktu tengahari...
Keadaan masih berkabus lagi...

Kalau nak berbulan madu, Cik Jat dipersilakan la...
Memang privacy gila la...
Hanya ditemankan jin dan binatang binatang jea... Hohoho...
NotaKarut: BP naik lagi... Hoho... Mata ada nampak bintang bintang berpusing pusing... Hoho... Terasa nak peti satu dan buat hantaran kahwin jea...

Kedai Kopi...

Lepak lepak di kedai kopi...
Pekena kopi secawan RM15...
Kaki disilang bergoyang goyang...
Sambil memerhati peha peha gebu...
Tak lupa buah buahan tempatan...
Lagi masyuk baju basah terkena tempias hujan...
Lutut diketuk hentikan goyangan...
Kaki disilang kaki lagak orang kaya...
Mata dah pedih terkena 'habuk'...
Kaki disilang kepala bergoyang...
Lagak kaya poket penuh...
Poket penuh, kaya dengan habuk...

NotaKarut: terperangkap dalam hujan di kedai kopi... Buntu...

Rabu Ke Ni?


2011/09/27

Kerja Gila Kerja...

11.00 pm... Masih lagi mengadap screen laptop...
Mengadap menyiapkan report untuk MEEeating esok...
Tak boleh nak berapa fokus... Mungkin overdos TERmakan seafood tadi...
Hoho... Kepala terasa sedikit kepeningan...
Mungkin BP naik lagi...

Aduyai... Tadi baru je baca di di blog budak hijau pendek (pendek mana dia, jangan tanya aku... Hoho...) berkenaan budaya makan... Hoho... Terasa macam sedikit menyesal... Tapi menyesal sesudah makan la... Bukan masa makan seafood...

Ok... Sedikit tersasar...

Palingmenyampahbilaoranghanyapandaimengkritikoranglainpunyakerjajea...Adajeyangtakkena... Banyakoutstationsalah... Takkeluaroutstationpunsalah... Bilanakbagibuatkerjatu,takmaupulak... Cakappungpangpungpang...Habukpuntarak...Akupuntakheransangatlakalauadaorangnaktakeoverkerjaakuni... Itupunkalaularatla...Kerja3,4orangengineerakubolehbuatsorang...Kalaunaksangat...Ha...Amiksemua...Akulagisukadudukofisdiamdiam...Hoho...Takatkerjapungpangpangtapirealitinyatakadaapapun..

NotaKarut: Wuaaaaa... Nak kopi JANTAN LA... Hoho... Biar boleh berkokok malam ni.

Cadangan Ditutup...

Hai... Selamat pagi bagi yang membaca di pagi hari... Guten Morgen!

Mood tengah malas nak berkemas ni...
Nak ke mana? Macam biasa la...
Nak ke Kota Kinabalu la...
Kerja kerja kerja... Aduyai...

Aku ingat macam ni la... Dah alang alang dalam sebulan 2 kali aku ke Sabah dan Sarawak ni kan... (Bukan alang yang nak pergi ke sana... Angah a.k.a. aku yang nak ke sana... Hohoho...) Aku ingat aku nak beli sebidang tanah la dekat sana... Dengarnya harga tanah dekat sana murah sedikit dari harga semenanjung...

Lepas tu... Aku nak beli sebuah rumah... Senang sedikit nanti... Tak payah nak duduk merempat dekat hotel... Hoho... Lepas tu, dah ada rumah kena la ada kereta pulak... Hoho... Baru la senang nak ke mana mana...

Dah ada rumah... Tak kan nak biar kosong je kan... Betul tak? Hohohohooho... Kang rumah kosng buat tempat jin bertendang je pulak kang apa gunanya... iyea tak? Sila anggguk lapan belas kali tanda setuju!

Kena la ada orang rumah... Baru la rumah baru itu berseri seri berbau harum...Kurang kurang kena la cari macam Marsha Londo... Tak pun taraf taraf sumandak Sungai @ Dusun... Apa ada hal... Kuota ada 3 kosong lagi ma...

Hoho... Ini kalau tunang aku baca blog aku ni, mampus tak berkutik aku ni kena pelangkung dengan hammer!

OK.... Aku tau keputusannya... CADANGAN DITUTUP dan tak akan dibuka!!! Hohoho...

NotaKarut: Hangpa kaum perempuan mesti nak pekena aku kan... Mesti hangpa nak kata "ini la pe'el lelaki... Nak berbini ramai je... Yang sorang pun tak terjaga... Ada je hati nak pasang lain!"
*** Dah la... aku nak bersiap ni... Kang tertingal belon kang susah lak... Ada ke sumandak2 Kota Kinabalu yang nak sambut aku di KKIA???

Sajak Bertajuk Hati...

Suka hati tak semestinya hati suka...
Sakit hati tak memberi erti hati sakit...
Patah hati tak bermaksud hati dipatahkan...
Susah hati bukan bermakna hati menjadi susah...

Hati hati menjaga buah hati supaya hati kering tidak menjadi tawar hati atau lebih teruk mati hati lebih baik sedikit dari buta hati, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah... Sungguh berbesar hingga dibiar beraja di mata bersultan di hati... Ada hati jua yang baik hati dan ada juga yang busuk hati kadang kadang sampai kecil hati...

Satu tambah dua sifirnya tak akan jadi lapan...
Berkokok riuh sekampung, bertelur hanya sebiji...

Naik dari janjang, turun dari tangga... Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi... Bumi di pijak langit dijunjung...

Nampak gabak di hulu... Nampak kulitnya tahulah isinya... Sudah terang dipasang pelita...

Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka... Adanya biduk, serempu pula... Hatinya walang...

Asal ayam hendak ke lesung , asal itik hendak ke pelimbahan...Bagai kucing menjemput api, kerbau runcing tanduk, ayam naik ke surau, mencari kutu di dalam ijuk... Kecil hatinya...


NotaKarut: Mabuk Kopi... Hohohohoho...

2011/09/26

S.A.W.A.N...

Awak... Awak tau tak tadi kan, kita kan, pergi kan...

Ha... Pi mana???

Tak habis cakap lagi, dah potong... Tadi kan, kita pi ngan mak...

Ye la... Pi mana???

Ala... Garang gila la awak ni...

Yea sayang intang payung intan gunung meletup magi goreng... Tadi pergi mana sayang???

Ha... Cam tu la baru romantik... Tadi kan, kita pi kedai emas... Kita tengok kan... Harga emas sekarang kan... Murah je... RM205 je SATU GRAM... Murah kan kan kan???

Ha................... tutttttttttttttttt!!! (talian terputus kibat terkena sawan siput sedut)




NotaKarut: Aduyai... Bergegar lutut bila dengar harga emas sekarang ni... Boleh berbuih buih mulut...
**** aku malas nak bezakan identiti perbualan ini... Pandai2 la bezakan sendiri... Perbualan telah ditokok tambah sedikit kegelian... sekian...

2011/09/25

Sajak Bertajuk Bila...

Bila aku penat, aku mula mengarut...
Bila aku mengarut, aku mula lupa diri...
Bila aku lupa diri, aku mula tak ingat dunia...

Bila aku mula tak ingat dunia, aku mula ingat akhirat...
Bila aku ingat akhirat, aku mula menghitung pahala...
Bila aku menhitung pahala, aku mula teringat dosa dosa yang bertimbun...

Bila aku teringat dosa dosa yang bertimbun, aku mula tertekan...
Bila aku tertekan, aku mula rasa lapar...
Bila aku rasa lapar, aku mula mencari makanan...

Bila aku mencari makanan, aku mula mengira jumlah lemak yang bakal bergayutan...
Bila aku mengira jumlah lemak yang bakal bergayutan, aku mula naik risau...
Bila aku mula naik risau, aku mula akan mengarut balik....

Bila aku mengarut, aku akan mula berfikir...
Bila aku mula berfikir, otak aku akan cepat jem...
Bila otak aku jem, aku mula cari nutrisi makanan tambahan dan sila ulang baca semula rangkap di atas...

NotaKarut: Sajak yang terhasil tatkala badan kepenatan... Hohoho...

Lokasi Kekal Untuk Speed Trap...

Selepas ini, berkemungkinan kita tak akan nampak lagi polis menyorok di sebalik tiang tiang jambatan atau di dalam semak dengan alat pengesan hadlaju kerana beberapa tempat telah dipasang camera perangkap hadlaju. Contohnya gambar di bawah ini dan lokasi yang telah pun dipasang camera perangkap hadlaju itu.



Lebuhraya PLUS ke arah Utara
  • Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
  • Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
  • Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
  • Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
  • Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
  • Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
  • Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

Lebuhraya PLUS ke arah Selatan
  • Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
  • Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
  • Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
  • Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
  • Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
  • About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
  • At 296.5km and 297km, Bangi junction.
  • Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
  • At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
  • On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
  • After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
  • Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya ELITE
  • On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit.
  • Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
  • Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
  • Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
  • Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
  • After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover. 90km/h

Lebuhraya NKVE arah Timur - Utara
  • 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
  • Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
  • Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
Lebuhraya NKVE arah Barat - Selatan
  • Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
  • From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
  • From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
  • Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
  • Below railway bridge at 11.2km
  • Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya KESAS Arah Timur
  • Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

Lebuhraya KESAS Arah Barat
  • At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
  • Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Klang
  • Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

East Coast
  • Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
  • East bound, downhill run after Raub junction.
  • Maran, 60km/h zone.
  • Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
  • Tangkak junction.
  • Under the bridge after Yong Peng
  • at 97.3km.
  • Ayer Hitam junction.
  • Sedenak junction.

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
  • Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
  • Before Perwaja Steel.
  • Sg Petani junction.
  • Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
  • Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

South Bound
  • Penang Bridge island end. Speed limit 80km/h.
  • About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
  • Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
  • Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
  • Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
  • Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
  • Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
  • Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
  • Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
  • Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
  • Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
  • Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
  • Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
  • Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

South Bound
  • Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
  • Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar junction.
  • Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
  • Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
  • Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
  • Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.
NotaKarut: Hoho... Berani speed, berani la bayar saman... Sekian pesanan penaja sabun kambing Al Biribiri Al kulit licin Al Bhor... Dari sumber sumber yang sangat boleh dipercayai...

Jom... Pi Jalan Jalan...

Pepagi hujung minggu yang mendamaikan dan tegah sedap bermalas malasan ni...
Tetiba mengusulkan sesuatu...

Ngah... Moh kita gi Zoo Melako nak? Lamo dah tak berjalan...

Lho... Selamo ni mak merangkak ke?

Isk... Banyak la ekau... Ada je jawab nya... Moh la...
Buek apo gi zoo tu?

Nak nengok binatang la... Takkan nak shopping pulak kat situ... Bawak anak buah ekau tu berjalan... nak ngonal mano gajah mano rimau... Kang ular dikatokan cacing pulak kang...

Mak... Kito nengok binatang ko binatang tu yang nengok kito sebonarnya ek???

Dush... Bantal dibaling... Cakap jo la ekau kedukut dan poloso...

NotaKarut: Malasnya...

2011/09/24

Kaunter Pertanyaan...

Kebanyakkan entry korang ada komen kan kan kan???
Apa yang selalu korang buat dengan komen komen itu ye??

  1. Baca dan balas setiap komen itu serta membalas komen di blog pengomen.
  2. Baca dan balas komen kemudian tersenyum senyum kambing sengsorang depan PC @ laptop macam kera dapat bunga? Kambing senyum pun tak macam korang apatah lagi senyum macam kerang busuk... Eh... Banyaknya binatang dalam opsyen ni... Macam zoo la pulak... Tapi korang pernah tengok ke kambing senyum macam mana?
  3. Baca komen lepas tu hanya menjawab beberapa komen yang berkaitan contohnya pertanyaan ataupun membalas komen2 dari pembaca setia yang selalu mengomen...
  4. Baca je komen tersebut lepas tu senyum atau pun garu garu dagu yang tak gatal pasal tak berapa nak faham dan tak buat apa2...
  5. Komen perlu dibalas ke? Dan kalau balas akan dibaca pengomen ke???
  6. Komen??? Apa tuh??!!!
NotaKarut: Sekadar bertanya pendapat korang yang bijaksanasini dan pandai menulis...

Panas... Panas... Panas... Gosip Panas!






NotaKarut: Panas hati tak tengok di waktu tengah terik dibakar panas matahari ni?

Menulis...

Assalamualaikum...
Hai... Salam hujung minggu...
Apa rancangan hari ini? Masih lagi nak buat rumah terbuka?
Owh... Jangan lupa, syawal tinggal 3hari sahaja lagi...
Jangan terlajak pulak sampai minggu depan dah ler ye...
Puasanya idok ler sempurna sangat... Rayanya mengalahkan budok budok hingusan... Hoho...

Menulis... Kebanyakan orang boleh menulis... Yang tak boleh menulis itu, mungkin ada sebab musabab tersendiri. Hatta kalau suruh budak tadika pun, mereka boleh menulis...

Tapi nak mencari penulis yang ada jiwa... Yang ada soul... kreatif... Susah... Bukan senang nak jadi penulis ni...

Yang boleh buat kita tersenyum... Kadang kadang buat kita menangis... Yang banyak kali buat kita terasa geram dan marah... Senang cerita buat kita masuk meresap ke dalam emosi dan alam penulisan itu...

Owh... Ini macam entry yang serius...

Tak... Aku tak nak menulis sesuatu yang serius pun... Apa yang aku tulis adalah yang keluar dari otak aku... Kalau mengarut, mengarut la... Kalau ke laut, ke laut la tercampaknya... Kalau korang faham... Maknanya aku berjaya membuatkan korang masuk ke dalam otak aku ni...

Ok??? Bangun pagi pagi dengan mood ke laut... Hoho... Tekak rasa macam pedih sangat je ni... Hacummmmm!!!! Aduyai... Kena lagi... Tapi tak apa... Macam pepatah orang jepun (Pepatah cerita naruto) hanya si DUNGU sahaja yang tak pernah kena selsema... Hoho... Nasib baik aku ni genius... Hoho... Genius yang pemalas dan kuat makan! Ok... Gelak la... Ok... Ok... Ha... gelak la puas puas...

NotaKarut: Nak balik kampung la... Nak uruskan pasal karenah birokrasi nak kahwin... Aku pun tak faham sangat la, kenapa la nak susahkan benda yang halal ni... Patut la orang suka cari yang haram, pasal lagi senang nak dapat kot...

FAHAM KE TAK NI AKU MENGARUT PEPAGI BUTA NI?
****** Aku pun tak berapa faham sangat... hoho...

2011/09/23

Kelakar...

Bukan mudah nak buat orang ketawa...
Lagi bukan mudah nak buat orang ketawa melalui tulisan...
Lagi lagi nak menulis cerpen yang boleh buat orang ketawa...
Sedang menimbang nimbang idea untuk projek gila lagi kerana ada permintaan cerpen kelakar...
Tapi menemui jalan mati... Kebuntuan...

Ada yang nak berkongsi idea?

NotaKarut: haccchhhhhhhuuuummmm! selsema melanda lagi... Aduyai...

Siapa La Aku ni...

Siapa la aku ni...
Nak dibandingkan dengan Ramlee Awang Murshid pulak...
Bagaikan bangla berada ditingkat 89 KLCC dan bangla sapu lantai tingkat bawah suria KLCC jauhnya... (awat la macam pelik sangat je perumpamaan aku tu?) Jangan la puji puji sangat... Hoho...

Hoho... Tapi... Kembang tetap kembang...
Dah koyak dah pun seluar bahagian belakang aku ni...
Hoho... Kembang semangkuk!

NotaKarut: Dah... Pukul 12.20 tengahari dah ni... Pi masjid bagi yang lelaki tu... Jangan nak ngulo baca blog jea... Pi cepat rebut "kambing"... Ini tak, pi masa khatib tengah baca doa di Khutbah kedua... Bukan takat "kambing", "tongkeng ayam" pun belum tentu dapat...

** Bagi yang slow, "kambing" tu pahala.

2011/09/22

Nak Letak Tajuk Apa Pun Dah Tak Tau Dah, Penat Sangat ni, Baru Je Sampai KL Dari Miri....

Ha... Amekkawwww! Tajuk tu sahaja dah menggambarkan isi entry ini dah...
Hoho... Sampai di KL jam 10.50 malam tadi...

Badan penat... Tapi, lepas mandi ni, mata jadi segar bugar pulak...
Masalah besar ni...
Dalam proses memujuk mata, supaya cepat mengantuk...
Dalam proses memujuk kena juga beri rasuah...
Eh... Bukan rasuah... Habuan... Hoho...
Dasar mulut makan bersuap...

Lepas je mandi tadi, sempat lagi ke 7E... Hoho... Beli icecream!
Habuan berupa aiscream tapai.
Yummmyyy... 10 bungkus tapai ditala...
Dan sekarang aku dah mabuk... Hoho...
Tapi mata masih lagi tak mau lelap...
Bila otak dah tak seiring dan sejalan dengan mata apatah lagi dengan badan...
Maka terhasil la entry tanpa hala tujuan...
Sekian...

NotaKarut: Aku lupa nak bagi amaran la... Jampi serapah dalam cerpen "Orang Minyak" adalah betul betul dan benar benar jampi serapah... Cuma aku dah olah beberapa patah perkataan pemberat dan isimnya supaya tak menjadi kepada korang yang membacanya.... Jangan memandai mandai pulak korang pi baca bukan bukan, kang ada yang kacau kang, aku tak ambil peduli... Hoho... Malam ni malam Jumaat oooo...

2011/09/21

Rabu Tanpa Kata Kata Versi Raya Tak Ingat Dunia...






NotaKarut: Dalam banyak banyak gambar ni kan, ada seorang mamat Jepun yang perasan hensem... (gambar no 4... Hoho... Sipa bagi tau tu! Hensem kah beliau???)... Dan tak lupa ada gadis yang cun melecun tapi ganas... Harimau putih.....

Aku rasa macam ada kekurangan seseorang lagi la... Selalunya camera aku penuh dengan muka dia... Siapa dia ye? Aku dah lupa lak... Aduyai... Melayu mudah lupa betul... Tak Gitu...

Dah... Aku nak ke airport ni... Kang tertinggal lak kang... Nak terbang ke Miri... Kepada En ITO yang berada di Miri, sila membelanjaain aku ni di Dragon King Seafood... Sekian...

2011/09/20

Mabuk...

Tadi... Pagi tadi... Kan aku cakap ada penyamun bukak pejabat kan kan?
Sebenarnya... Tak ada penyamun pun... Yang ada hanyalah majlis hari raya di pejabat... Hoho...

Bila tapai dimakan bersama aiscream... Nikmatnya tak terkata... Kena pulak air laici kang... perghhhh... Terbaik untuk perut la... Tak pandang orang lalu lalang dah! Memang mendapat nutrisi yang mencukupi la...

Bila sate dimakan lebih 20 cucuk... Ah!!! Buncitnya perut! Sat... 20 lebih cucuk tu bukan sekali hadap tau... Aku ni bukannya ada belaan pun nak hadap menelan sebanyak itu... Dah tugas aku adalah menjaga makanan... Salah satu tugas aku adalah memastkan makanan sentiasa ada dan direfill bila kosong... Sambil refill tu, aku cilok secucuk... sekali refill sate sekali ngap... 2kali refill 2 kali ngap! Bayangkan berapa kali aku refill dan berapa kali aku ngap! Hoho... Aku pun tak terkira berapa banyak... Tapi aku rasa memang lebih 20 cucuk la...

Bukannya aku suka sangat pun sate ni... Tapi korang tengok sendiri la... Siapa boleh tahan beb! Macam ada magnet memanggil supaya dimakan pulak... Dah la aku memang mengadap menatang ni dari pagi... Dan semua makanan... Aduyai... Terbaik la... Memang mendapat la... Mendapat lemak sejati! hoho...

Hoho... Ini gambar (Semua orang tau la ini gambar... Itu pun mau bagi tau ke? hak tuihhhh la!) gambar ahli mesyuarat tingkap yang menjaga cerun cerun di sepanjang jalan persekutuan dan negeri... Beberapa kerat orang untuk menjaga satu Malaysia... Hoho... Mana kepala tak berpusing pusing je hari hari... Tapi aku rasa, macam ada kekurangan seseorang la... Tapi aku tak pasti siapa... Aku dah terlupa pulak siapa yang terkurang di sini... Jadi sesiapa yang terkurang dan tak ada dalam gambar tu, boleh la menyaman tiga empat juta... Segak tak mamat yang dekat belakang yang bahagian kiri sekali tu??? Huhu...

Eh??? Sat! Dah tersasar jauh dah ni... Aku nak cerita lain tadi sebenarnya! Aduyai... Ini la masalahya kalau menulis tak ada draf dan main hentam jea...

Ini la akibatnya bila sate bercampur ayam kuzi bergumpal dengan laksa penang bersebati dengan nasi kerabu ayam percik bergaul mesra dengan tapai asicream (20bungkus lebih gak!)... Bila makanan makanan tu bergaul mesra dalam perut, mula la merembeskan gas gas yang tak sepatutnya dan mengakibatkan KEMABUKAN... Sekian... Entry tanpa hala tuju...

NotaKarut: Sila abaikan meja yang berselerak itu... Memang aku malas nak kemas pasal kalau aku kemas pun paling lama bertahan hanyalah 2jam je kemas!

Penyamun Membuka Pejabat!

Hari ni sibuk pasal ada ada pejabat terbuka...
Mai... Mai... Aku tak ajak pun korang...
Hohoho...


NotaKarut: Aku jaga makanan hari ni... habis la... Hoho... Aku tak siapa pulak nak jaga aku nanti dari mendekati dan makan makanan itu!

2011/09/19

Apa!!! Biar Betul...

Biar betul Encik... Encik check la betul betul...
Takkan saya yang baik hati dan penyayang lagi romantik ni berbuat sedemikian rupa Encik...
Takkan saya ni HIV Negative!
Saya ni bukan orangnya negative thinking Encik!

Pulupppp!!! Kepala diketuk Cik Tunang...
Kalau keputusan negative tu maksudnya tak ada HIV la...

ooooooooooooooooooo... Aku mengangguk antara faham dengan tak...






Hoho... Beberapa ayat (sebenarnya semua ayat) terpaksa disunting untuk mengelakkan sindrom kemuntadarahan korang... Hohoho...

Perasan tak aku menghilang? Hoho... Hari aku cuti... Hoho... Apa? Tak perasan? Ermmm... Merajuk jauh jauh la cam ni... Batu belah batu bertangkup, makan lah dikau telanlah daku yang sedap sedap gebu dan cabi ini...

NotaKarut: Cerita orang minyak tu, aku dah siapkan dah... Tapi aku sendiri baca pun aku takut... Hoho... Korang betul ke nak baca ni? esok esok je la aku publish ek... hari ni penat la...

2011/09/18

Orang Minyak...

Dia duduk bersila kemas mengadap bekas tembikar membakar kemayan... Dipetiknya pemetik api dan dihalakannya ke kertas... Api yang marak membakar kertas dan kemenyan yang ada... Dibiar beberapa ketika hingga diyakini kemenyan telah menjadi bara... Dihembusnya mematikan sisa sisa api yang masih hidup bernyawa...

Bau asap kemenyan menerawang memenuhi ruang bilik sempit yang menjadi tempat pemujaannya itu... Dengan kemas dia memulakan bicara kata memuja memanggil orang suruhannya...

Hai jebuk arum araning menyan
krenges araning menyan
mego mendung kukusing menyan
umbulno langit sepitu
amblesno bumi sepitu
tampakno niatku ngaweruhi

Usai pemujaan, tangannya tangkas memecat baju di badan... Dilucutkannya seluar yang masih melekat di pinggang... Diperhatikannya satu satunya kain yang masih melekap utuh di tubuhnya... Perlahan dia menanggalkannya meninggalkan senjatanya yang terbuai buai bergoyang...

Diambilnya minyak kelapa kehitaman yang dimasaknya sendiri, dilumur bermula dari hujung ibu jari kaki hingga ke pangkal peha disertakan dengan jampi serapah

aku berdiri ditengah bumi
sifat bumi seluruh alam kehidupan
ilmuku simenyan putih
aromamu sudah ku tujukan

Perlahan lahan minyak dilumur ke senjatanya aslinya... Disuapnya dari pangkal hingga ke hujung kepala hingga menjadi gagah berdiri

kalau tidur maka bangunkan
kalau bangun maka tegakkan
kalau tegak maka jalankan

Diusap usap pusatnya dan diusapnya ke atas hingga ke pangkal leher sambil mulutnya terkumat kamit membaca mentera

angkatkan kehadapanku
kumpulkan dengan rasaku
rasanya rasaku
nyawanya nyawaku
datang sujud ke hidupku

Akhirnya, dengan cermat dia melumurkan sisa minyak ke kepalanya dan melafaskan jampi terakhirnya

hai si menyan putih
sampaikan salamku
seberat bumi dan langit
mustajab diaku
berkat diguru

Diyakininya keseluruhan badannya dilumur minyak... Teringat dia akan pesanan gurunya... Kalau dia tidak dapat merosak perawan seramai 44 orang dalam tempoh setahun, ilmu yang dipelajarinya akan sikit demi sedikit akan memakan dirinya bermula dengan keluarga terdekatnya... Hatinya sedih bila mengenangkan berpisahnya dia dengan isteri tercintanya seminggu yang lalu... Esok... Genaplah setahun perjanjian ghaib yang dia pernah lafazkan dahulu... Malam ini, dia terpaksa mengorbankan perawan terakhirnya sebelum dia benar benar kebal dan menguasai ilmu yang diwarisi dari tok gurunya...


............................................................................

bersambung...

NotaKarut: Sat... Otak aku jem lagi la... Aduyai... Ada sesiapa yang nak sambung tak? Memang... Memang aku sengaja nak buat antiklimaks atau potong stim... Hoho... Akan ku sambung cerita ini klau ada permintaan...

Hujung MInggu...

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...
Salam hujung minggu... Hujung minggu untuk berpoya poya dan berlibur dan berMALASMALASAN... Hohoho...

Satu perkara yang aku suka waktu hujung minggu ni adalah pergi ke pasar tani...
Hohoho... Waktunya melawat pasar tani antara pukul 7.00 pagi hingga pukul 9 pagi...

Masa ni la kalau nak usha awek awek yang RAJIN bangun pagi...
Mengekor sahaja mak mak pergi ke pasar mencari barang dapur... Ini la calon kalau nak isteri yang baik... Yang bangun pagi, tak la bangun masa matahati dah condong ke barat... Tapi.... Tapi.... Ada sesuatu yang aku perhatikan...

Hoho... Bangun pagi tapi tak MALAS mandi! Muahaha...
Pasai apa aku cakap lagu tu... Hoho... Tak percaya ke?
Pasai awek awek tu pakai baju tidur je pergi pasar... Tak pun muka selebet bekas taik mata bergumpal di hujung ekor mata... caittt!!! Hanya membasuh muka dan terus ke pasar tani... Ntah gosok gigi ke tak, tau la aku... Pak Long aku kata, kalau tak gosok gigi pagi pagi ni, lepas tu sarapan, adalah salah satu petua AWET MUDA....

Elehh.... Korang sendiri pun dah terangguk angguk tanda setuju mengaku lagi mau menafikannya...

NotaKarut: Dah la... Aku nak pergi usha awek la ni... Hoho... Minta maaf pasal entry semalam... Ada gangguan hormon hormon yang bergaduh berlaku dalam badan aku ni... Apa??? Ingat lelaki tak kena PMS ke???

2011/09/17

B.O.S.A.N...

BOSANNYA.....

Helmet Ori Versi Tukang Karut...

Zaman duduk membatu memerhatikan sahaja gelagat si Kadir dari jarak jauh... Yang tadi duduk tersenyum kambing memandang tepat helmet di atas motor EX5 berwarna putih itu... Dalam kepalanya memikirkan, apa la bingai sangat si Kadir ni, helmet cikai pun nak dilahapnya...

Azan dilaung Muazzin kuat memecah bunyi hiruk pikuk kereta lalu lalang dan bunyi LRT Putra... Tak dihiraukan... Apa ada hal... Gua dah sembahyang apa... Sembahyang raya 2 minggu lepas... Cukup la tu... Setahun 2 kali sembahyang... Apa ada hal... Allah kan Maha Pengampun, nanti dah tua gua sembahyang la banyak banyak... Ngomel si Zaman yang tak menghiraukan kerumunan manusia bertali arus menuju ke pintu besar masjid...

Celaka... Kelibat si Kadir dah hilang... Diperhatikan jua motor EX5 putih itu... Sah... Helmet itu yang menjadi pujaan hati si Kadir dah pun lenyap... Celaka punya malaun... Kalau dah mencuri tu, dapat untung, bagi la sama rata... Ini tak... hutang aku yang dah menimbun tu, dia boleh buat dekkkkk badak pulak... Berbisik si Zaman melumatkan dendamnya pada si Kadir...










.................................................................................................


Aku nak menulis lagi... Tapi kepala aku rasa jem pulak... korang sambung je la baca cerita sebenar dekat sini... Mungkin sebab aku belum dapat nutrisi lagi kot... perut aku pun dah berkeroncong dah ni... Aduyai... Ini mungkin kali pertama aku menulis cerpen... hoho... Sila maafinnnyakupunyea... Ada komen? Hoho... Aku tau... banyak komen... Komen komen... jangan malu malu jangan segan segan kalau segan aku pelingkup biar sampai jadi gaban!

NotaKarut: Nak pergi open house Fida... Tapi... Tapi tak ada siapa nak dibawak... Tak kan nak pergi sengsorang... Terkontang kanting mati kutu berkematu pulak aku kang... So... Ada sesiapa nak ikut aku?

2011/09/16

Mencari Pahala Di Hari Jumaat...


Yea... Hari ini hari Jumaat yea...

Baru balik dari solat Jumaat...
Ini bukan nak riak...
Dah benda wajib...

Pahala di hari Jumaat ni besar...
Ye la penghulu sekalian hari kan...

Aku redha... (walaupun dalam hati tadi menyumpah seranah berbakul
bakul sambil berdoa mengharapkan si pencuri helmet aku dilanggar dan digilis lori minyak dan paling tragik ada percikan api yang membakar lori minyak itu dan dia mati dalam keadaan terbakar!!!)
~~~~kalau cikgu bahasa melayu aku tengok ni, mesti dia nangis tersedu sedu... tengok la berapa banyak perkataan "dan" aku... Hoho...

Apa daaaaaa!!!
Orang berlumba lumba nak dapatkan pahala di Hari Jumaat...
Kau sibuk pulak nak songlap helmet orang!


Dah tu cam mana aku nak pergi mana mana ni? Kedai motor mana bukak... Kan hari ni cuti...

Aku memang ada kenangan buruk la dengan kehilangan di Hari Jumaat ni... Dulu.... Masa aku belajar dekat UiTM Shah Alam tahun 2005, pada hari Jumaat, seminggu sebelum hari raya... Masa tengah sembahayang Jumaat tu di Pusat Islam UiTM... Ada orang yang rajin buat kerja... RAJIN TAK BERTEMPAT.... RAJIN BERKERJA MENCURI MOTOR ORANG!!! GERAM AKU...


NotaKarut: Dah tu... Redha atau nak berdoa lagi??? Nak redha, tak akan berubah punya malaun tu! Dah memang kerjanya mencuri... Itu je yang dia tau buat... Ubatnya berdoa je la... Doa orang teraniaya mustajab kan? Tak gitu Ustaz Orlando Ahmad?

Agak agak kalau aku pakai helmet kat bawah ni, Tok Polis Traffik saman ke tak ek? Dah tu cam ne ni?


Rutin Harian...

Assalamualaikum...
Salam sejahtera... Salam satu Malaysia...
Satu je tau... Bukan dua... Mahupun tiga...

Rutin harian hari berkerja...

6.00am --> Alarm pertama berlagu Sweet Child O'Mine... dismiss kan... melelapkan mata beberapa ketika... Belum ada mood untuk bangun...

6.05am --> Alarm kedua memekak lagi membelah kesunyian pagi... Macam biasa... Rutin... "Snooze"kan untuk beberapa minit untuk melelapkan mata... Mengambil mood untuk bangun...

6.10am --> Alarm kali ketiga... Wuarghhhhh... Dah ada mood untuk bangun... Tapi termenung di di gigi katil... Mengambil mood untuk mandi...

6.15am --> Alarm kali ke empat... Mandi la... Itu pun nak cerita ke? Dan perkara perkara yang tak perlu dicerita untuk mengelakkan perasaan riak... Hoho... Berak pun nak cerita ke?

6.45am --> Siap siap untuk pergi kerja... Lelaki senang je... 5minit je dah siap dah... Pakai baju... Pakai seluar... Sembur sana sikit... Sapu minyak rambut... Siap...

6.50am --> Keluar dari rumah... Membelai belai kuda yang jinak... melepas kan tali tambatan kuda...

Sambil tu aku perhatikan keadaan sekeliling...
Awatnya pagi ni sunyi sepi jea??????????
Tak banyak kereta yang lalu...
Tak banyak kuda kuda yang me"rem-it" seperti biasa...
Tak ada budak budak sekolah yang berjalan kaki menuju ke sekolah untuk mencapai cita cita ibu bapa yang menggunung...

Kehairanan... Tak seperti biasa la...

Kenapa sunyi sangat ni??? Macam di langgar garuda je... Kehairanan...

Berfikir...

Lama berfikir termenung di atas kuda...

EH... LHORRRRRRRRRRRR!!! Tepuk dahi lapanbelas kali!!!
HARI NI CUTI LA!!!!!!!!!!!!!
Aduyai... Nasib baik tak pergi pejabat lagi... Kalau tak, terkontang kanting sengsorang...

SELAMAT HARI BERCUTI SEMPENA PEMBENTUKAN MALAYSIA...

NotaKarut: Aduyai... Teruk bebenor dah aku ni...

2011/09/15

ISA Mansuh???

PM cakap... ISA akan dimansuhkan?
Bukan Mohd Isa (Doraemon) tu la...

Ini ISA... Internal Security Act...
So... Apa kaitan ISA dengan poket rakyat??? Tak ada kan...

Pemansuhan ISA ada memberi kesan kepada korang ke?

NotaKarut: Tekun mendengar ucapan khas PM di TV3!

Kata Kata Manis #V1...

#1 Selagi bernama manusia, tak akan lepas dari membuat kesilapan sama ada disedari atau tidak...

#2 Bukan kerja manusia menilai kesalahan orang lain kecuali yang hak seperti Hakim yang adil dan saksama...

#3 Meminta maaf dan memaafkan adalah lebih mudah dari melupakan kesilapan manusia lain...

NotaKarut: Ayat manis... Sedap dibaca... Enak didengar... Nak lakukannya?

2011/09/14

Comelnya!!!

Kejadian petang tadi di sebuah warung menjual kuih muih untuk minum petang di Taman Melati... (Ada orang kesah ke kalau aku bagitau ni? Hoho... Biaq pi la...)

Kak... Nasi lemak satu yea...

Sambil memerhatikan akak tu mengambil satu bungkus nasi lemak dan diletak dalam plastik... Eh... Tetiba dia ambil satu lagi bungkus...

Kak... Saya nak satu je la!

Diam... Sambil dia buat muka... (comel la kononnya tu!)

Kak... satu dua kan harga nasi lemak???

Ada... Ada... Ada...

**Ha? Ada??? Dalam hati kehairanan!

Akak tu ambil sudu dan letak dalam bungkus nasi lemak tadi...

Aik... Kepelikan... Aku pulak buat muka ala ala comel... Ah!!! Biar la... Bayar guna duit SYILING yang ada... Kepada akak yang jual kuih muih... Akak ni comel betul la... Lain diminta dan ditanya, lain pulak yang dapat!

NotaKarut: Hoho... Dan yang lagi comel... Aku tertinggal dompet dekat pejabat! Nasib baik aku ada simpan duit syiling... Hoho...Bernyawa la sikit... Aduyai... Dah makin teruk penyakit pelupa aku ni... Tadi sebelum balik tertinggal HP dan terpaksa naik lif patah balik ambil... Comel kan!!! Agak agak program 6P (pemutihan pati) tu on lagi ke tak ek? Aku kena daftar ke tak ek?

Rabu Tanpa Kata Kata Versi Tak Ingat Kali Ke Berapa Dah!!!

*** Klik pada gambar untuk pencabian gambar yang sihat dan gebu!

NotaKarut: Hoho... Otak dah berkarat dan beku untuk belajar dan menelaah buku la...

Sindrom Pasca Ramadhan La Pulak...

Ke hulu tak kena...
Ke hilir pun tak kena...
Apatah lagi kalau nak ke baruh...
Mahupun ke darat...

Meninjau "partition" orang lain...
Macam pencuri mengintai rumah orang kaya kaya...
Yang dicari tak jua dijumpainyapun...

Mana la tau kot kot la ada balang kuih raya...
Boleh la paw seketul dua tiga empat suap...
Hohoho...

Sindrom pasca Ramadhan aku... perut sentiasa berlubang!

Yes... Kita dah raya dah kan?
Maknanya ada yang dah terlepas kan???

Yes! Ada orang yang boleh di salahkan... Mari kita salahkan Syaitanyangdirejam...
Sebab "mereka2" ini terlepas la membuatkan perut sentiasa terasa berlubang jea...

NotaKarut: Tadi masa pergi site dengan bos... Dia suruh beli rumah cepat cepat pasal harga tahun depan akan melambung tinggi dengan adanya MRT... tapi kan bos... masalahnya... Aku nak bayar pakai apa??? Pakai daun getah bolehkah? Mana ada rumah yang berharga RM200k ke bawah dah sekarang ni di KL Greater!

2011/09/13

Sindrom Pasca Raya...

Nyum nyum nyum...
Mulut penuh makanan...
Sambil menonton bola sepak Piala Malaysia Negeri Sembilan vs Terengganu...

Ha... "Passing la bengong"... "apa la bingai sangat!"...
Mengomel sendirian...
Nyum nyum nyum.... Mulut tak henti henti mengunyah...
Mata tertancap tekun di skrin...

Nyum nyum...
Erm... Sedap jugak rupanya serdak serdak kuih raya ni yea!

NotaKarut: Darah naik sampai hujung kepala... Kepeningan... Lama dah tak darah naik ni...

Tabiat Selepas Raya...

Sebelum raya, masing masing ada tabiat masing masing...
Ada yang lagaknya kayanya, membelidanbelah mengalahkan Tan Sri Syed Mokhtar...
Ada yang bertabiat, menukar segala galanya baru... Harus!
Dah... yang dah lepas tu biarkan lepas...

Yang aku perasan...

Satu tabiat baru yang dah melekat dekat aku...
Pantang jumpa sampul duit raya... (sampul angpaw yang nak kena penampau kalau tak tau!)
Tak kira la di mana aku jumpa sampul itu... Sama ada terbuang di luar atau di dalam rumah...
Macam macam patern sampul yang ada...
Masa jumpa tu, mula la menelek dalam dalam sampul tu...
Kalau boleh nak tengok sampai tembus...

MANA LA TAU KOT KOT ADA TERSELIT SINGGIT DUA...
Tapi selalunya hampa... Pandai betul budak budak sekarang ni simpan duit!
"Habis madu, sampul angpaw dibuang!"

NotaKarut: Aku baru teringat ada beberapa sampul duit raya yang masih belum bertukar tangan... Hoho... Kembali bernafas... Kepada En yang menguruskan kewangan (macam la diorang baca blog mengarut ini!) sila percepatkan claim aku bulan lepas kerana sesungguhnya kewangan aku sudah sampai di paras hidung... Sikit je lagi nak lemas tenggelam dah!

2011/09/12

Selamat Malam...

Guten Nacht...Tschüs!

NotaKarut: Mood mamai lagi... Hoho... Selamat malam, nak tidur jangan lupa basuh kaki... jangan lupa basuh tangan jugak... Ada baki baki serbuk kuih raya di hujung kuku tu... Kang "Cik Ti" datang kang, naya je kontong jari jari yang runcing itu... Kurang pulak harga hantaran korang lak kang...

Pilihan Akal Vs Pilihan Hati...

Tadi... Sebelum balik tadi...
Bermonolog sendirian...
Menimbang nimbang beberapa pilihan yang ada...

Pilihan Akal --> Nak berjogging petang kang la... Berkobar kobar... Bersemangat waja.... Yakin boleh... Rakan muda... Bersenam untuk membakar lemak lemak degil... Tadi makan tak ingat dunia punya (macam esok dah tak boleh makan dah!)... Selagi ada ruang kosong walaupun sedikit, pasti tersumbat dengan makanan!

Pilihan Hati --> Wuaarrghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! mengantuk pulak lepas makan ni, esok je la jogging...

Padahal...

Hakikatnya...

Siapa yang menang? Antara hati dan akal...

Pasti la hati... Hati yang menang sokmo!

NotaKarut: Wuarghhh... Tidur di waktu petang satu kenikmatan yang paling digemarikan? Kepala ada banyak pusing pusing la... Guten nacht... 6.06pm!

Adakah Anda Tahu...

Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan:
  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau (RM4.80 bagi sekotak Dunhill 20's... Kalau setahun RM1752 dengan purata merokok sekotak sehari... Hoho... terima kasih kerana menjadi penyumbang utama cukai kerajaan! Income tax aku pun tak sebanyak itu...)
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok (RM2.80 bagi sekotak Dunhill 20's... Eh... Sikitnya pengilang ambil untung???)
  • 5 sen untuk peruncit (RM1.00 bagi sekotak Dunhill 20's... Hohoho... Murah hati betul kan perokok ni? Senang senang je bagi duit dekat peruncit RM1.00 sehari... Kalau setahun RM365... Hohoho... Itu baru seorang! Patut la aku tengok ramai yag nak jual rokok... Jual rokok lebih untung dari jual unta rupanya!)
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong / pengedar rokok (RM0.20 bagi sekotak Dunhill 20's... Itu baru sekotak jea tu... Diorang bukan main kotak2... Tapi main kontena! Ha... Ce kira kira... Itu yang duk tukar kereta Lamboghini jea...)
  • 1 sen untuk dinikmati penanam / pengawit tembakau (RM0.20 bagi sekotak Dunhill 20's...)
Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen!!! atau RM1.00 bagi sekotak rokok Dunhill 20's... (Hohoho... Terima kasih la kepada perokok kerana menjadi sumber utama pendapatan kerajaan dan pemain industri rokok!!!)


Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan:
  • 20 kali lebih risiko kanser paru patu
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru paru
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2 kali lebih risiko kematian akibat tabit merokok
  • Paling utama, anda juga menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyanyangi anda!
Ada fakta tambahan yang aku perolehi semasa mencari fakta fakta ini... MEROKOK DAPAT MEMENDEKKAN PENIS MENJADI 1cm akibat kerosakan pembuluh darah, yang menjadi penyebab utama aliran darah tersumbat!!! Wollahh! (hoho... Nasib baik aku tak merokok... Kalu tak pendek dah... Hohoho... Motif nak bagi tau? Hohoho!)

Sumber : sini

NotaKarut: Berminat lagikah anda untuk merokok? Atau berminatkah gadis gadis yang belum berkahwin untuk mencari pasangan perokok (sila baca fakta tambahan)??? Hoho... Baca melalui mata, berfikir menggunakan otak, menilai melalui hati, dan beramal dengan ilmu yang ada... Sekian...

2011/09/10

Mabuk...

Menonton bola di warung adalah perkara yang sangat mengujakan bagi lelaki...
Walaupun di rumah, tv sebesar almari ditayangkan berserta pakej Astro yang lengkap semuanya... Di warung atau mamak tetap menjadi pujaan hati sang lelaki kaki bola...

Dahsyatnya intro... Hohoho... Tukang karut dah kembali mengarut! Hoho... Mendapat teguran beberapa entry sebelum ini sangat serius seperti menerima tamparan terhebat tahap dewa diwi pertiwi tahap lima petala langit...

Menonton Arsenal vs Swansea... Haha... Macam budak tadika berkaki pendek yang main! Gol pun kelakar gila... Hahaha... Loser!

Seronok...

Teruja...

Diiringi hujan lebat di Kuala Lumpur...
Terkena tempias rintik rintik hujan di badan...
Sejuk!

Gelas teh tarik bertambah...
Sedap di kala kesejukkan... Menghangatkan badan...

Sampai tak sedar 4 gelas teh tarik selamat ditelan dalam masa sejam...
Erkkkk... Mabuk teh sudah...

NotaKarut: Satu malam lagi bakal susah nak tidur dek mabuk teh! Aduyai... Siapa nak teman aku malam ni?

Tips Mencari Pasangan Hidup...

Assalamualaikum... Salam sejahtera...
Hoho... Menaip di kala otak tengah tak berapa nak centre dan nampak bintang bintang berterbangan berpusing mengelilingi melengkapkan putaran orbit kepala... Metafora yang ntahapaapantah!

Kepada gadis... Kalau nak mencari pasangan hidup... Sila elakkan dari mencari engineer... Carilah lelaki dengan kerjaya operation manager, atau human resourses, marketing atau bidang lain yang tak berkaitan dengan technical aspect...

Kerana apa?

Sebab engineer ni tak romantik... Kerana fikirannya rasional penuh dengan angka angka dan garisan, berimaginasi tinggi, kata kata yang terkeluar dari mulutnya adaah fakta dan selalu terus kepada point. Hidupnya lurus, statik, dan tiada kejutan...

Tiada kata kata romantik... Tiada kata kata bersastera... Tiada kata kata puitis cinta yang gadis gadis selalu dambakan... Tiada madah berhelah yang enak didengar tapi kosong pengisian ibarat embun yang menjadi setitis air lalu jatuh dipermukaan daun keladi...

Mana yang kamu mahu?

Kata kata romantik manis yang kadang kadang disulami dusta atau perlakuan yang menunjukkan perasaan?

NotaKarut: Kaku kayu... Disuruh menjadi orang lain! Dah... Jangan kamu nak berkata kata manis seraya berkata perlu menjadi diri sendiri padahal kamu tahu itu bukannya kehendak mu yang sebenar!

Kesalahan...

Mencari kesalahan memang mudah...
Membetulkan kesalahan itu adalah perkara yang susah...
Dan yang paling tak menarik, kesalahan diletakkan dibahu tanpa sebab...
Nak membetulkan kesalahan macam tu yang lebih susah...

Alasan...

Alasan dicipta untuk mengaburi kesilapan atau ketakmampuan kita melakukan sesuatu...

Alasan juga dicipta untuk melepaskan diri si pelaku dari dipersalahkan...

Tak mampu mencipta alasan menyebabkan diri terasa dipersalahkan walaupun kadang kadang
terdapat beberapa keadaan tertentu yang patut dipersalahkan...

Adakah itu jua satu alasan?

Hidup penuh kepura puraan...

Alasan lagi...

Alasan dicipta untuk menutup alasan lama...

NotaKarut: Malas nak buat alasan atas apa yang bukan kita buat... Mangsa keadaan... Nak salahkan keadaan jugakkah? No... That suck!
Satu lagi entry serius! Ini jua adalah alasan di pagi hari... Guten Nacht! Mata... Tidur la kamu... Otak... Berhenti la kamu berkerja mencari alasan...

2011/09/09

Bagaimana Mencari Idea Entry...

Assalamualaikum...
Hoho... Hai... Kabare?

Memulo sekali, den nak koba kan kek sini... Apo apo yang tertulih kek blog ni ha adolah hasil yang suci tulus mulus keluar daripado hotak kepalo den ni ha... Kalau nak tau mengarut ko tak, itu la permikiran mengarut den... Terimo la seado eh... Yang den menyampah tu, ado pulak yang den nengok sesuko hati mengarut bondo yang samo! Maleh la den ceghito lobih... Pokok dek kau la... Den tak kesah pun... Nak amik semuo pun den tak heran pun...

Ok... Hoho... Balik kepada titik... Idea... Idea bagi blogger sesuatu yang sangat berharga ibarat emas... Kerana tanpa idea, tiadalah entry yang tertulis...

Ramai yang ada idea nak menulis... Berlambak lambak... Tapi berapa ramai yang mampu mengupasnya menjadi sesuatu bahan bacaan yang baik? Itu satu persoalan... Ada blogger otai yang boleh mengupas sesuatu perkara yang paling remeh untuk menjadi sesuatu entry yang menarik... Entry menternak lemak hari hari pun boleh menjadi modal yang boleh menarik minat pembaca... Yea... Pembaca ye... Bukan follower... Pasal bukan semua follower membaca apa yang kita tulis...

Idea... Bagaimana nak cari? Tak perlu cari la... Idea sebenarnya berlambak lambak di sekeliling kita... Sama ada kita sedar atau tak jea... Kadang kadang hal kentut pun boleh jadi entry... Lucah? Yea... Aku perharikan, ramai blogger yang suka membaca blog yang lucah... Bukan BLOGYANGMEMPUNYAIKELUCAHAN yang melampau... Yang ringan ringan jea... Hoho... Dah... Jangan menafikannya... Aku boleh petik blog tu kalau aku nak dan siapa pembacanya... Hoho...

Yang penting bukan idea sebenarnya... Tapi cara nak mengupas idea itu supaya menjadi bahan bacaan yang menarik tertarik dan dabommm!

Aku suka beberapa blogger yang boleh mengupas sesuatu idea (yang kadang kadang nampak remeh) menjadi menarik... Antaranya FidaGhazi, OrlandoAhmad, RepublikAku, KeretaMayat, KuraKuraComel (merindui coretannya!), Bell... Dan beberapa yang lain... Kalau aku sebut semua, mau esok pun tak habis lagi...

NotaKarut: Kesimpulannya... Aduyai... Aku dah lupa cara nak buat kesimpulan dalam karangan! Lama dah tinggalkan meja dan bangku sekolah... Ok... Kesimpulannya, kalau ada isi isi entry yang tak berapa disukai, korang boleh komen dan tegur aku...

2011/09/08

Telanjang...

Telanjang... Berbogel...
Haippppp!!! Jangan!!!
Jangan ada yang cepat naik marah...
Bawak bertendang... Bawak bertendang bola...
Orang kata kalau cepat naik darah... Cepat tua... (Hohoho... Padahal itu la aku suatu masa dulu, panas baran yang amat! Tapi itu dulu...)

Sebelum aku termengarut lebih dengan intro yang ntahapaapantah ini... Baik aku balik ke pangkal jalan dengan menuju lurus kepada titik... Baca dengan mata, berfikir dengan otak, menilai dengan hati, menyimpan di sudut memori...

Dalam dunia alam maya ini... Rasanya tak perlu telanjang dan berbogel... Maksud aku... Bukan telanjang badan! Tapi telanjang kehidupan realiti... Sebab selalunya aku berblogberjalan, aku selalu sangat melihat keterlanjangan kehidupan realiti blogger tu...

Telanjang dari segi pemikiran... Ada yang terlalu jumud.. Ada yang terlalu open... Ada yang terlalu lalu lalang... (eh! macam ada yang tak kena je ni?) Kadang kadang aku tengok terlalu mendedahkan kesedihan putus cinta... Kegembiraan bercinta... Sampai kadang2 nak kentut pun bercerita dengan orang...(eh... Ini macam aku pernah buat je ni? Hoho)

Jujur? Yea? Itu perlu...
Tapi aku rasa perlu ada sedikit ruang untuk disimpan untuk diri sendiri... Rasanya tak perlu menelanjangkan kehidupan realiti kepada umum...

NotaKarut: Hoho... Entry ini ditujukan khas untuk diri sendiri... Sekian... Entry serius dari aku... Eh? Seriuskah???

Cuti...

Sedang mengisi borang cuti...
Sambil berdoa dan jampi jampi sikit...
Fuhhhh kiri... Fuhhhhh kanan... Hakktuih depan belakang...

Nak mengadap ke hadapan bos...
Gigil gigil ni... Takut tak approve...
Yea la... Orang konon kononnya kanan la katakan... Haktuih...

22 hari cuti... Hoho...
Agak agak korang lama tak cuti tu?

NotaKarut: Hoho... Fuhhhhh! Jampi tahap bomoh siam...

2011/09/07

Kerja... Dikerjakan...

Sayang... Nanti kalau lepas nikah sayang tak nak kerja boleh tak?

Kenapa pulak?

Sayang penat la...

Oooo... Kalau tak kerja maknanya tak ada gaji la kan... Habis tu siapa nak bayar hutang PTPTN tu?

Ala... Sayang kerja la dengan abang...

Hoho... Cam tu sayang tak perlu kerja dengan abang... Biar abang je yang "kerjakan" sayang.... Hoho... Lari sebelum kena cubit!

NotaKarut: Aku baru je sedar dari pengsan... Hoho... Huh! Ini la akibatnya kalau lama tak masuk pejabat... Bersusun dan beratur untuk diambil tindakan... Taip entry sambil makan rempeyek kegemaran aku... Hoho... Motif nak bagitau???

Rabu Tanpa Kata Kata V12...

NotaKarut: Mood: Menyampah... Nak cuti lama lagi la..................................

2011/09/06

Terkebil Kebil...

Jari gatal... Rasa macam nak menari nari...
Tapi? Untuk apa? Motif? Cerita?
Tak ada? Haih... Mengarut sungguh la tukang karut ni...
Awat? Lepas ni aku nak tukar nama... Pengali kubur...
Pengali kubur tak banyak cerita... Tak banyak mulut...

Hoho... Eh... Macam seram la pulak...

Hoho... Aku pelik la...
Kadang kadang kita suka menyalahkan orang lain atas apa yang kita tak mampu buat!
Kalau dah tak mampu buat tu, serahkan je la orang yang mampu buat...
Bukannya kondem orang yang berani buat...
Hangpa berani pi serah leher untuk disembelih?
Tak berani? Ha... kalau dah tau tak berani tu...
Duk ontok ontok pusing pusing jari atas peha!
Awat la pi duk kondem orang nak buat kebaikan di Somalia tu...

Cakap banyak, pung pang pung pang bergegar dunia... Hakikatnya habuk pun tara...
Ibarat anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh, tekak jadi kematu!... (Jangan la bukit2 runtuh, banyak pulak kerja aku nanti...)

NotaKarut: Ada ubat rajin tak? Aku tengah malas gila ni... Betul2 punya malas ni...

Balik Ke Pangkal Jalan...

Orang dah berzaman balik kerja, aku baru nak balik ke lubuk perkerjaan...
Tak tau la ada mood ke tak nak kerja Rabu ni...
Haih... Rasa macam malas je nak kemas barang ni...
Nak drive sengsorang ke KL lagi...
Ngap ngap... Tak pe... Ada rempeyek yang menemani...

NotaKarut: Mood raya tinggallah kamu di kampung halaman...

2011/09/05

Social Network...

Assalamualaikum...
Hai... Entry sebelum ni menang tak ada ruangan komen... Hoho...
Saja... Hanya menyatakan kerinduan kepada seseorang...

Dulu... 10-15tahun dulu... Orang sibuk sibuk nak berbiodata...
Sibuk nak buat jugak! Lepas 10 tahun... Tak jumpa pun buku tu...
Tak relevan pun menatang bendaalah info dalam tuh!

Lepas tu... 5-10 tahun dulu... Orang sibuk nak ber"friendster"... Aku pun menyibukkan diri mem"friendster"kan diri... Tapi haram! Setahun sekali baru tengok... Orang add kawan, aku pun add kawan... Ntah melaun mana ntah, main tibai jea...asalkan orang... Motifnya? Nak berlagak menunjuk betapa ramainya senarai kawan kita... Akhirnya... Sekarang aku dah lupa pun ID dan passwordnya! Hampeh...

Lepas tu muncul pulak facebook... Erm... Hampeh jugak... Aku pun tak tau menatang apa gunanya... Orang ada... Aku pun nak ada jugak! Motif ada? Pasal semua orang lain ada... Termasuk BigBoss... Aku bukak facebook semata mata nak ternak ikan jea... Hampeh dan buang masa betul... Hahaha... Nak kepohchi pasal status putus cinta, pi jalan sana, pi makan sini... Tak ada maknanya la aku nak buat gitu...

Lepas tu... Twitter... ermmm... Yang ni lagi hampeh... Langsung aku tak reti pakai!

Orang beli Henpon canggih... Aku pun nak beli jugak... Nak android... Aku pun nak jugak... dah ada android 2.2froyo(HTC Desire HD)... Keluar pulak adroid 2.3gingerbread(HTC Sensation)... Mengelupur berbuih buih nak beli jugak! Padahal... Guna untuk sms dan call je... Itu pun jarang sekali... Facebook yang ada dalam henpon canggih... Dipandang sepi... Dah tu? Apa gunanya? Ntah...Ada la sesekali mengupdate blog melalui henpon... Itu pun tak berapa feel pasal susah nak taip panjang panjang dan leceh nak touchscreen...

NotaKarut: Peredaran zaman teknologi cepat sangat berlalu sehinggakan aku tak sempat nak mengejarnya menunjukkan aku semakin tua! Motif entry? Wuaaa... Macam best pulak HTC Sensation!!! Tapi untuk apa? Sekadar sms dan call je pun!! Pujuk hati untuk melupakannya...

Rindu...

Rindu seseorang...
Senyumannya... Telatahnya...
Memek mukanya...

Seni menegur...

Kalau orang lain salah, tak salah rasanya kita menegur...
Bukan apa... Untuk kebaikan bersama...
Takkan nak biarkan kesalahan itu terus berlaku...

Kalau kita salah, kita mengharapkan orang lain menegur...
Bukan apa... Kadang kadang kita perasan kesalahan kita itu...
Ini pun untuk kebaikan bersama...

Apa la korang... Aku salah pun tak nak tegur...
Malu aku... Macam ni aku kena masuk darjah satu balik la...
Mengira pun tak betul...

Baca SINI kalau nak faham dan cari kesalahan aku...
Memang aku sengaja buat salah untuk mencari orang yang boleh menegur kesalahan aku... Kecuali ada seorang yang perasan... ICHIGO...

NotaKarut: Hoho... Aku cuti lagi... Sila mencemburi aku... Ada urusan DiPatik yang perlu dilaksanakan...

2011/09/04

Kisah Gajah Dan Orang Buta

Di dalam kota dalam sebuah Negeri Atas Angin. Semua penduduknya celik mata kecuali 4 orang pemuda buta.

Seorang RajaKakiKapur dengan pengikutnya melewati dekat kota itu. Al-kisahnya, RajaKakiKapur membawa bala tentara dan seekor gajah perkasa, yang dipergunakannya untuk berperang dan menimbulkan ketaksuban rakyat jelata.

Penduduk penduduk kota itu ingin sekali melihat gajah tersebut, namum begitu RajaKakiKapur hanya memperkenankan 4 orang pemuda buta untuk melihat gajah tersebut. Arakian, mereka itupun berlari-lari bagaikan badut-badut tolol berusaha mendekati gajah tersebut. Kerana sama sekali tidak mengetahui bentuk dan wujud gajah, mereka pun meraba-raba sepuasnya, mencuba membayangkan gajah dengan menyentuh bahagian bahagian tubuhnya. Masing-masing berfikir telah mengetahui sesuatu, sebab telah menyentuh bahagian tubuh tertentu.

Ketika mereka kembali, berkerumunlah sekian rakyat jelata yang celik mata mengelilingi mereka. Rakyat jelata itu keliru mencari tahu tentang kebenaran dari rakan-rakannya sendiri yang sebenarnya telah tersesat.

Kerumunan orang itu bertanya tentang bentuk dan wujud gajah dan mendengarkan segala yang diberitahukan kepada mereka.

Bertanyalah mereka kepada pemuda buta pertama yang memegang telinga gajah. Ditanya mereka tentang bentuk gajah. Jawabnya, “Gajah itu lebar, kasar, besar, dan luas, seperti babut.”

Dan pemuda buta kedua yang meraba belalainya berkata, “Saya tahu keadaan sebenarnya. Gajah itu bagai paip lurus dan kosong, dahsyat dan suka menghancurkan.”

Akhirnya, pemuda buta terakhir yang menyentuh kakinya berkata, “Gajah itu perkasa kukuh, bagaikan tiang.”

NotaKarut: Jangan percaya kepada persepsi orang... Kerana persepsi orag ini ada macam macam mengikut kedangkalan ilmunya... Dah... Confirm coklat! Hoho... Eh... Aku nak kaitkan cerita Mat Sabu sebenarnya... Hoho... Adakah benar Hang Jebat itu penderhaka?

Buta Warna...

Ce korang pandang sekeliling blog aku ni...
Apa yang korang nampak...
Maksud aku, warna background apa yang korang nampak?

Ada orang kata warna OREN...
Aku kata warna COKLAT!

Ke aku yang buta warna ni?
Aduyai... Dah la buta fesyen... Sekarang ni buta warna la pulak...

NotaKarut: Hoho... Aku rasa aku nak pecahkan tabung ayam aku la... Poket dah rabak dah ni... Penat aku ternak "ayam" tu setahun lebih... Ni la masanya menuai hasil!

2011/09/03

Komen Anda Diperlukan...

Hai... Selamat Hari Raya ke 6...
Ada yang dah selamat sampai ke rumah masing masing ke???
Amacam orang kampung? Ada sihat ka?

Korang perasan tak benda apa yang dah berubah di sini...
Apa!!!

Tak Perasan???

Teruk betul la mata korang ni...
Mengikut amalan pertapaan karutan aku, kalau sesorang itu tak nampak perubahan yang berlaku di sini, dia tu... Dia tu!!! Huhu... pendek akal... Ha! Dah nampak ke belum?

Ok... Aku perlukan komen korang... Pasal aku ni jahil pasal design, permainan warna dan fesyen ni... Allmaklumlah... Buta kayu...

#1 --> Berat tak blog Tukang Karut ni... (maksudnya, lama tak nak loading?)
#2 --> Hoho... Ok tak warna yang aku pilih ni? Ke menyerabutkan mata korang???
#3 --> Susun atur widget yang ada di sini... Serabut tak? Dari segi warna, tulisan... Apa apa jea yang tak berkenan di mata dan hati korang... Komen je la apa apa pun... Yang penting jujur...
#4 --> Isi karangan yang mengarut sungguh dalam blog ni... Tahap penerimaan pemikiran korang... Maksud aku, terlalu mendalam sangat bahasanya, atau terlalu cetek akal si pengarut?
#5 --> Ada tak blog yang setia membaca blog ni, tapi aku tak follow??? ce bagitau... Kadang kadang aku terlepas pandang... Ye la... Hati orang nak kena jaga jugak... Hoho...

NotaKarut: Hoho... Selamat menyesakkan jalan jalan raya esok... Hati hati memandu dan menunggang... Hoho... Aku tak terlibat pasal aku cuti lagi sampai selasa... Rabu baru masuk kerja... Hoho... Ada urusan DiPatik yang perlu diselesaikan...

HoneyMoon...

Ingat... Lupa... Tapi macam ingat...
Macam best sangat jea...
Memang best la... Pantai bersih...
Pasir halus... Terasa macam di Bali!
Tak keluar keluar bilik...
Asyik nak "bergaduh" jea...

Haihhhh!!! Tapi kenapa dalam mimpi jea...

NotaKarut: Apa motif nak mimpi honeymoon lak ni? Korang yang bijaksanasini pandai tak mentafsir mimpi? Tolong tafsir sikit apa maknanya mimpi tuh!

2011/09/02

Cara Basuh Kemaluan Gadis???

Tekan pada gambar untuk tumbuhbesar yang sihat dan cabi...

Apa ke hel nye yop!
Awat la hang mencari lagu ni?
Mana la aku pernah basuh kemaluan gadis!
Tak pernah aku tulis pun lagu tuh!

NotaKarut: Ada tak gadis gadis yang rela aku basuhkan kemaluan mereka? Aku rela... Hoho... FreeOfCharge... Siap aku bagi upah lagi kalau kamu wahai gadis gadis perawan rela dibasuh... Hoho... eh... ada ke cara nak basuh? jahilnya aku... tolong tunjuk ajar kalau aku jahil...

Cari Mood...

Fuh!!! Berhabuk...
Eh... Bukan blog yang berhabuk!
Tapi kepalahotak aku yang berhabuk!

Lama dah tak berfikir...
Dah berkarat dah otak ni dan sel sel dah tak bersambung dengan sempurna...
Asyik makan makan dan makan jea kerjanya... Mana tak berkaratnya kepalahotak!
Pantang disua... Makan saja...

NotaKarut: Masih sepikah dunia blog ini?