2011/10/31

Yes... So What?

Nak kata sibuk, tak ada la sibuk sangat pun...
Nak kata tak sibuk, kadang kadang rasa macam tak cukup 24jam sehari pulak...

Dah! Aku tau apa yang bermain di fikiran korang...
Nak ngata aku ni penyibuk la ni...
Huh! Aku merajuk cari batu Milah batu tertanggup nanti...
Telan la aku yang banyak isi ini...

Minta maaf... Mungkin tak sempat datang melawat blog masing masing (ayat skema gila macam la ada ramai pembaca! huh!) Tapi aku akan cuba update selalu...

NotaKarut: esok adalah outstation terakhir sebelum bercuti panjang... hohoho... JB... Tunggu kehadiran aku!

Kenapa Owh Apakah...

Kenapa apakah ini?

Kalau ada cikgu Bahasa Malaysia yang baca blog ni, mesti dia mengangis terharu sambil berlari teresak esak kerana penggunaan Bahasa Malaysia yang salah... Ah... Lantak la... Aku bukannya nak ambil peperiksaan pun...

Hik hik hik...
Sebenarnyakan... Tak ada apa nak tulis pun ni...
Cuma tangan ni rasa gatal gatal je...
Nak menampar atau nak menggaru orang kot... Eh?

Padahal banyak lagi kerja lain yang nak buat ni...

Dah la... Lepas gian sikit je ni...

NotaKarut: Kenapa aku suka mengarut? Sebab aku tak tau pun aku boleh mengarut sebenarnya... Hoho... Kenapa pilih nama tukang karut? sebabnya takkan aku nak pilih nama tukang urut lak kan... Kenapa aku? Ntah... Aku pun tak tahu la ni... Tak keruan...

2011/10/30

Buka Kaunter Pertanyaan...

Hohohoho...
Tersenyum aku baca komen komen entry sebelum ini yang berkenaan PERTANYAAN DI KAUNTER PERTANYAAN...

Aduyai... Aku tau aku comey...
Tak pe... Lama dah aku tau...
Tak perlu la nak memuji berlebihan ek...
Aku takut sat lagi kang kembang buntut aku, susah pulak nak pakai sampin baju nikah nanti...

Aku rasa... Aku rasa korang pun mesti nak tanya lagi kan...
Pasal korang bukannya genius sangat macam aku ni...
(aduyai... riak lagi... Sat lagi mesti ada yang suruh aku insaf ni kang...)
Mesti tak reti nak jawab kan kan kan...

Ok... Dipendekkan entry sebelum aku mengarut ke laut...
Aku buka kaunter pertanyaan untuk korang tanya la apa apa sahaja...
Yang berbentuk ilmiah, mengarut, atau perkara TABOO...
Apa sahaja... Akan aku cuba jawab mengikut cara aku... Sekian...

NotaKarut: Berfikir... Merenung... Meratap... Aduyai... Tepuk dahi... Susah jugak nak kahwin ni yea...

Pertanyaan Di Kaunter Pertanyaan...

Hai...
Rasa sengal sengal badan pulak bila lama dah tengok blog ni...
Hoho...

Rasa macam tak lengkap hidup la kan...
Yes... Selepas 3 tahun lebih berblog ini adalah kali ke3 aku ditag...
Aduyai... Maknanya... Ermmm... Tak ada maknanya! Hoho...
Nampak sangat aku ni perasan kiut dan comel sengsorang...

Budak Chu ni pun satu...
Kalau nak tanya pun, pi la kaunter pertanyaan...
Dah tentu itu tempat orang bertanya...
Tanya la apa pun... Diorang akan jawab punya...

1. Kenapa gagak tak warna biru?
Eh... Selamo ni warno gagak warno apo ek?

2. Antara Kucing dan Arnab siapa lagi comel
Apo punya bingai soklan la ni... Dah tentu den yang lagi comel! Tak perlu disangkal lagi... Betul tak? Sila angguk cepat!

3. Pukul berapa korang bangun pagi tadi?
Yang ekau sibuk tanya orang ni pehal? Ekau tu bangun pukul berapo? Dah... Jangan nak jadi pentipu... Den tau ekau bangun 10 minit lagi nak pukul 11 pagi kan kan kan? Jangan tipu la... Hoho...

4. Kenapa cicak suka tanggalkan ekor dia **apekah soalan ini -__-
Kojab! den tongah nengok national geographic ni... Tapi yag ado ni cerito pasal rimau... Tak ado pulak dio cerito pasal cicak... Ekau tukar soklan boleh tak? Kang den rasuah kau makan ceklat chokichoki boleh?

5. Siapakah orang pertama yang sampai ke bulan?
Hawa... Pasal dia manusia perempuan pertama yang datang bulan... Ekau dah datang bulan lom chuu? Eh... Soklan ni agak kuar ajar sikit lak... Hoho...

6. 89x x 6y/80z=76. z=?
Jawapannya... Mak guard yang jago kaunter pertanyaan berkelulusan SRP tu pun boleh jawab! Apo jenis soklan yang ekau tanyo kek den ni ha! Soklan budak2 tadika pun boleh jawab... Den sorah kek anak buah den jawab jo la ek...

7. Kenapa ketam x boleh ajar anak dia jalan tegak?
Kotam masak cili kering pun sodap gak ni... Tapi den paling nyampah makan kotam... Pasal nak makan punyo la susah... Sampai nak kono boda dulu baru boleh makan... Isi eh sikit nak mampus... Eh... Soklan tadi tu dah terjawab bolum?

8. Siput babi bertelur atau beranak?
Kang den mencarut kang ekau marah... Boleh tak bagi soklan lain? Tak ado ko menatang yang halal ditanyo?

9. Ada lagi berapa soalan aku kena tanya?
Pokok dek kau la... Kalau pokok dek den kang, den tak kesah bonar... Tanyo la seberapo soklan pun... Den yakin, den boleh jawab semuo eh dengan betul... Tapi lopeh ni satu soklan seploh hinggit yo... Ingat free ke? Nak kontut pun kono bayar sekarang ni tau!

10. Adakah anda pasti selipar jepun korang berasal dari jepun?
Den ponah pi jopun... Jumpa shin chan... Dio kirim salam! Dio koba, selipar dia selalu hilang... Den raso syakwasangka ekau yang curik maso dio kek sekolah tadika kan? Tadi den mintak selipar jopun den surat beranak, ado ko patut dilompang eh pulak den! Tak pasal pasal den kono pelompang jopun! Ekau nak? Sodap oooo... Raso macam makan eskrem di tepi pantai jea...

11. Kenapa bila sejuk, bulu roma akan tegak berdiri?
Dah tu? Yang ekau nampak bulu je la yang berdiri... Yang dalam tu berdiri ekau tak tau? Eh... Tetttttt!!!

Kalau ikut peraturan, den kono tag orang lain dan kono buek soklan sendiri... Tapi cam biaso... Den maleh!

NotaKarut: Ado sesiapo lagi nak bertanyo? Hoho... Tanyo la... Den tak kesah... Den tongah baik hati ni... Pasal Negeri Sembilan monang malam tadi! Horeyyyy!!!

2011/10/29

Hari Hari Dapat Sakit...

Semalam... Sakit... Demam selsema...

Hari ni... Dah ok sikit walaupun serombong masih lagi tersumbat...

Tapi malam ini...

Dapat penyakit baru pulak...

Dapat sakit jantung!

Sakit jantung tengok perlawanan FINAL PIALA MALAYSIA NEGERI SEMBILAN VS TERENGGANU...

Baru separuuh masa pertama...

Masa yang mendebarkan...

Satu pesanan buat skuad jang...

JANG... EKAU TONDANG BOLA TU BIAR BOTUL2... JANGAN PEWAI BONAR... NI DEN NENGOK EKAU NONDANG LANGIT JE! TONDANG BIAR SAMPAI JARING KOYAK...

NotaKarut: Haruk di kampung halaman bersorak!

2011/10/28

Terlebih Dos...

Hai...

Maafkan hampa... Kalau hamba tak menjenguk ke rumah tuan yang gagah perkasa, puan yang budiman dan cik yang jelita sekalian... Hamba berjanji akan melawat semula esok jika hamba sudah sihat dan kuat tanpa meminum milo pun...

Terima kasih di atas komen di dua entry autopublish hari ini...
Sesungguhnya hamba belum sihat sepenuhnya... Ada yang kata entry dendam itu kejam... Tak... Entry tu tak berapa nak kejam... yag kejamnya adalah penulisnya yang membuat cerita seperti tergantung...

NotaKarut: Bila dah terlebih dos ubat, hati jadi pedih... Bila terlebih dos tidur dan rehat rehat, mata ini seperti tidak mahu tidur pulak malam ini...

Hobin Jang Hobin...

Kurang lagi 28 jam... Akan berlangsung secara langsung perlawanan Negori Sembilan, tanah tumpahnya aih darah den, melawan Peteh Ganu Peteh... Harap-harap lagu ni dapek membakar semangat penyokong2 Negori Sembilan...

Final Piala Malaysia, Negeri Sembilan Vs Terengganu...

Hobin Jang Hobin...4x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x



Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...4x

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobin jang hobin...4x

Hobin jang hobin...4x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...4x

Hobin jang hobin...4x
Bukan Main Bola Lisut
Bukan Main Bola Tampat Biar Orang Tokojot ..Tokojot..
Kito Monang Pialo Malaysia
Hobin jang hobin...4x

Kali ini kalau kalah
Balik kampong Motong gotah
Kito jangan monggolabah
Sumo Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...4x

Hobin bin bin bin hobin jang hobin.....
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn.....
Hobin jang hobin....

NotaKarut: Aku pelik la... Bila nak naikkan harga barang je, mesti bandingkan dengan negara jiran Asean lain... Kenapa? Kenapa mesti membandingkan dengan negara Asean lain? Adakah taraf sosioekonomi mereka sama seperti kita??????????

Dendam...

Tersentak...
Hatinya berdebar debar...
Matanya membaca setiap patah perkataan dalam email tunangnya bersama kekasih gelapnya...

Sungguh tak disangkanya...
Terangkat bahunya geli geleman bila difikirkannya...

Tunang yang sangat dicintainya bermain kayu tiga di belakangnya...
Akaun email rahsia dijumpainya secara tak sengaja di suatu pagi itu menceritakan segala galanya...

"Patut la menatang ni banyak sangat berubah" bisik hatinya...

"sibuk memanjang jea... Aku pun tak dilayannya..."

"Celaka punya perempuan!" Hatinya semakin panas apabila dia membaca lebih mendalam email email lama pasangan itu...

Menatap dua wajah ayu itu... Rupanya sepasang kekasih yang telah lama terpisah... Sungguh tak disangkanya...

...............................................................................................................

Di luar rumah, Ali melihat rumah tunangnya...
Direnungnya kereta MyVi yang tak dikenali memakir betul betul di depan pagar rumah sewa yang telah di sewanya untuk menempuh alam kehidupan selepas berumah tangga kelak...

"Sial! perempuan tu ada kat sini!!!"

"Mesti tengah sedap bermadu kasih tu!"

Tangan kanannya memegang erat kunci pendua rumah sewa tersebut...

"Aku sewa rumah ni untuk kita untuk bermadu kasih sayang selepas berkahwin nanti, tapi kau bawak pulak perempuan sial tu bercengkerama..." Hatinya bertambah mendidih kemarahan...

Dicapainya stereng lock...

Bingkas keluar dari kereta menuju ke rumah sewa tersebut...

Pantas dia meloloskan diri ke dalam rumah dengan kunci pendua yang ada padanya...

Pantas menuju ke bilik tidur di atas...

Kunci!

Sial!!!

Dia bernasib baik adanya kunci pendua... Perlahan dibukanya pintu supaya tak mengejutkan isi bilik tersebut...

Airmatanya berguguran melihat tunangnya tidur berpelukkan mesra tanpa berpakaian dengan perempuan sial itu... Diperhatikan keadaan bilik itu yang bersepah... Keadaan katil seperti selepas berlakunya pertarungan sengit... Dua pasang baju dalam dan baju tidur yang berselerakkan di atas lantai...

"Sayang... Ini yang kau balas selepas aku memberikan segala galanya!"

Diangkatnya tinggi stereng lock... Menghadap betul betul di atas kepala tunangnya...

Terhenti...

Direnungnya dalam dalam wajah kesayangannya itu...
Wajah lembut yang pernah menjadi pujaan hatinya...

"Aku sayangkan kau... Kenapa kau buat aku cam ni!"

Satu ciuman di dahi tunangnya...

Kedua pasangan kekasih itu masih tak sedarkan diri...
Mungkin kepenatan selepas melayari pertarungan gelora nafsu serakah...

Sial!!! Tempiknya seraya menghayun stereng lock ke kepala perempuan sial itu!

Tunangnya terperanjat dan terjaga... Bingkas menutup sebahagian badannya yang terdedah...
Tunangnya menoleh ke arah kekasihnya yang sudah tak berkutik berlumuran darah di kepala...

"Abang!"

"Sabar bang... Sayang boleh terangkan semuanya"... Berkata memujuk menenangkan tunangnya yang sudah dirasuk api kemarahan...

"Sial! Perempuan sial! Tak payah kau nak terangkan apa apa lagi... Aku dah tahu semuanya..."

"Abang... Sabar bang... Sayang tak buat apa apa pun... Abang sayang sayang kan..."

Dicapainya seluar dalam yang berselerak di atas lantai...

"Sayang ye? Ini apa? Ini apa sial??
Bau penuh dengan air ghairah!

"Abang"

Belum sempat tunangnya menghabiskan kata kata, mulutnya telah didiamkan dengan menyumbat seluar dalam yang penuh air berahi itu...

"Sayang konon!"

"Ini sayang kau..." Ditonyohnya dahi tunangnya... Mencangkung di atas badan tunangnya memerhatikan ada lelehan air bening di pipi...

"Menangis konon! Masa sedap tak pulak menangis!"

"Jijik!"

Sebahagian dada tunangnya terdedah menampakkan kesan lovebite di sekitar putinnya...

"Dulu... Aku nak pegang ini... Kau tak bagi... Kau kata haram... Kau kata nak simpan... Kau kata nak bagi selepas kahwin... Sekarang, dah lunyai kekasih sejenis kau baham, baru kau nak bagi aku ye!"

Pisau ditangannya di acah acah ke dada tunangnya...

"Dulu kau bangga ye..."

Perlahan ditoreh dalam tepat ke puting... Bercerai dari badan... Hhhsyyyyyhhhh.... Terketap rapat bibir tunangnya... Tersentak sentak badan tunangnya menahan kesakitan...

"Sayang sakit tak sayang?"

"Sayang tak sakit kan? Sayang sedapkan... Sedap kena nyonyot kan sayang?"

Tunangnya hanya mampu meronta kesakitan... Hendak dilawan tenaga lelaki di atasnya yang dirasuk kemarahan bukan tandinganya...

"Perlahan sayang... Jangan melawan... Sakitnya sekejab je..." Ali mengelar urat di tangan kanan tunangnya... Membuak darah merah membasahi katil yang sepatutnya menjadi tempat pertarungan bakal pengantin itu...

Wajah kesakitan tunangnya diperhatikan... Timbul rasa keseronokkan di hatinya...

"Sayang sakit sayang? Tak sakit kan... Hati abang pun dah tak sakit dah..."
Diciumnya dahi tunangnya itu...

"Sayang sakit sayang?"

"Tunangnya mengangguk lemah" Tiada keupayaan untuk menjerit atau melawan tenaga jantan di atasnya...

"Sayang... Sedap tak sayang... Hati abang sayang lukai... Sayang tak nampak... Abang bagi sayang nampak bertapa berdarahya hati abang..."

"Sayang tengok darah ini..."

"Sayang sakit tak sayang?" Direnung mata tunangnya yang semakin pucat lesu tak bermaya itu... Tersenyum puas... Hatinya sudah tak boleh dilukai lagi...

.............................................................................................................


NotaKarut: Cubaan pertama untuk membuat cerpen ganas... Owh... Aku tau banyak lagi kelemahan... Ini cuma cerita rekaan... Dan bukannya nak lawan Cik Dill... Sekian....

2011/10/27

Mengasah Senjata...

Terima kasih...
Terima kasih kepada korang yang prihatin...

Ada yang suruh aku makan ubat...
Ada jugak yang suruh aku pergi klinik...
Dan yang paling best sekali, suruh aku balik tak perlu berkerja...
Hohoho...

Terima kasih...

Aku bukannya tak nak makan ubat... Tapi ubat tu yang tak nak menembusi kerongkong aku ni... Tersekat dekat anak tekak... Ce suruh makan lobster ke, umai ke, ikan empurau ke... confirm tekak aku ni akan ternganga sebesar besarnya... Tak perlu dinafikan lagi...

Klinik? ermmmm... Tempat yang paling malas aku nak pergi... Bau ubatnya kuat sangat... Tak tahan aku... Lagipun misi2 yang jaga kaunter tu, taraf makcik2 jea... Ce letak jururawat taraf macam pramugari AirAsia, confirm... Tak sakit pun aku buat2 sakit... Lagi satu... Doktor2 ni jangan la sikit2 nak cucuk... Aku ni dah la fobia dengan jarum... Hohoho...

Sekian alasan alasan aku...

Aku pelik la, kebanyakkan masa aku bagi kad jemputan dekat kawan kawan, aku selalu diajukan soalan ini... " Dah asah ke"??? Asah? Asah senjata??? Perlu asah ke? Bukan memang tumpul ke??? Tettttttttt!!!

NotaKarut: Aku ni degil tapi comel kan? Apa? Tak comel! ermmm... ok... tak!

Secawan Teh Di Waktu Petang...

Terasa seperti mahu meminum sesuatu yang panas...

Untuk melegakan serombong kapal yang tersumbat...

Fikir punya fikir...

Teh o adalah yang paling mudah dibuat sendiri! Almaklumla... Bukannya ada PA nak suruh bancuh buat teh pun...

Uncang teh dibuka dan diletak air panas...

Dimasukkan jua sesudu gula...

Lidah merasa dari hujung sudu...

PAHIT!

Tambah sesudu gula lagi...

Meniup sesudu teh yang panas sebelum merasa di hujung lidah...

Tetap jua pahit...

Kali ni dengan bijaknya menambah 2 sudu gula lagi...

Confirm tak akan pahit lagi...

Tapi hampa... Tetap minum teh yang kelat dan pahit...

Owh... Bukan teh itu yang pahit... Baru tersedar... Letak selori gula pun, tak akan rasa kemanisan teh itu... Tekak aku ni yang rasa pahit!

NotaKarut: Aku rasa aku nak rehat sahaja di pejabat hari ni... hohoho... Tok Jijib... Tak perlu la naikkan gaji penjawab awam ini... pagi tadi je dia rajin... petang ni dia dah lemau dah...

Dilema Lelaki Di Waktu Pagi...

6.00am--> Bangun pagi... Mata seperti tak mahu terbuka... Sambung tidur...
reset alarm ke 6.15am

6.15am--> Bangun untuk tutup jam... Sambung tidur...
reset alarm ke 6.30am

6.30 am--> Buka mata sebelah... Badan terasa sakit sakit... Hidung masih lagi tersumbat... Berfikir nak pergi kerja atau nak nmbil MC... Malas berfikir sebab kepala terasa berat... sambung tidur...
reset alarm ke 6.45am

6.45am--> Ah... Nak pergi klinik ke atau nak pergi kerja ni? Teringat beberapa kerja yang perlu dibereskan... Berfikir... Buntu... Sambung tidur...
reset alarm 7.00am

7.00am--> Terus bangun mandi dan terus bersiap untuk pergi kerja... Malas berfikir... Demam? Ah... Lantak la... Pedulikan... Ada banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan...

Tengok... Siapa kata penjawab awam pemalas dan suka memonteng kerja... (huh! Berkata dengan bangga...) Tok Jijib,sila naikkan gaji lagi untuk pegawai yang berdedikasi ini...

NotaKarut: menulis dengan kepala berat... macam ada syaitan 45kg duduk atas kepala ni...

2011/10/26

Tahap Pemikiran...

Ada orang tahap pemikiran dan pemahamnya sangat la tinggi...
Berikan apa sahaja...
Semunya selamat di simpan di dalam otak...

Ada orang kadang kala mempunyai pemikiran yang tinggi dan kadang kala tahap pemahamanya sangat la rendah... Hanya memahami apa yang ada di dalam otak tanpa memahami apa yang dihadapi...

NotaKarut: kadang kadang aku tersilap menilai kamu...

~~gering... badan sengal sengal... hidung tersumbat... Masih lagi demam... Terima kasih kepada yang sudi membaca blog yang sangat mengarut ini... Aku pohon, jangan letakkan harapan yang tinggi untuk isi isi atau ilmu @ ayat ayat manis a.k.a. jiwang karat yang berguna dari entry entry aku... Aku hanya pandai mengarut... Sekian...

Owh... Apakah Ini...


NotaKarut: Adakah kamu faham apakah maknanya ini? Sila baca ini sebelum itu... Aku masih menggaru garu dagu yang tak gatal... Owh... Apakah ini? Aku masih tak memahami...

2011/10/25

Guten Nacht...

Natën e mirë Güet' Nàcht تصبح على خير Buena nuei Bona nuechi Axşamınız xeyir, Gecən xeyrə Дабранач শুভরাত্রি। Laku noć Noz vat Лека нощ Bona nit Буьйса дика хуьлда хьан 早抖 晚安 guuta nacht Góðnát God nat Goedenacht Good night, Night night, Nighty Night, Good night, sleep tight, hope the bedbugs don't bite! Bonan nokton Head ööd Góða nátt Ni sa moce Hyvää yötä Bonne nuit Goenacht, Sliep lekke Buinegnot Boas noites Guten Nacht Oíche mhaith mhaith agus codladh sámh Buonanotte おやすみなさい Bouonne niet ಶುಭರಾತ್ರಿ Қайырлы түн 안녕히 주무십시요 Bonam Noctem! Ar labunakti Labanakt, Labos nakties Gutt Nuech Добра ноќ Selamat malam Сайхан амраарай нойрсоорой शुभ रात्री God natt Bona nuèch Dobranoc Boa noite Noapte bună Спокойной ночи Bona notte Gaelic Oidhche mhath Bona notti Urare zvakanaka Dobrú noc Lahko noč Buenas noches Goeienaacht Usiku mwema, Lala salama God natt இரவு வணக்கம் Bonoite / Kalan diak / Boasnoite สวัสดีครับ/ค่ะ གཟིམ་ལཇག་གནང་དགོས་། Gut nait İyi geceler На добраніч شب بخیر Hayirli tun Chúc ngủ ngon

NotaKarut: Satu makna bagi semua d atas... Selamat malam... Selamat bercuti esok... Kepala pusing, hidung tersumbat, sendi sendi kesakitan... owh... ngantuk telan ubat dan terlebih dos!

Kadang Kadang Blog Pun Demam Jugak La...






NotaKarut: Tuan blog tengah demam selsema... Aduyai... Hidung tersumbat lak... Opsss...Siapakah gadis ini... Ini bukan skandal... Ini cik white tiger... aku angkut dia tadi pergi site untuk jadi tukang tulis laporan... Hoho... ce teka kat mana ni... Siapa betul aku belanja makan besar pada 20-11-2011 dan 27-11-2011 ni...

2011/10/24

1 Jari Vs 4 Jari...

Satu jari yang kau tunding...
Satu jari dituju tepat ke seseorang...
Satu jari yang menyalahkan orang lain...

Mungkin kau sendiri terlupa...
Yang kau punya empat jari...
Empat jari yang kau lipat...
Kau simpan...
Kau terlupa itu...
Empat jari yang kau simpan itu sebenarnya mengarah menuju tepat ke arah diri sendiri...

Berhentilah menunding jari...
Berhentilah menyalahkan orang lain...
Berhentilah mencari salah diri orang lain...
Fitrah manusia yang bukan maksum mumbuat kekhilafan...

Akui kekurangan diri...

NotaKarut: Lapar!

Takut... Terketar Ketar...

Pejam celik pejam celik...
Rupanya dah tinggal kurang 25 hari je lagi...

25hari lagi sebelum hari itu...
Owh... Cepatnya... (walaupun nafsu sangat bersuka ria sebab dah dekat nak merasa!)
Owh... Dah tak lama dah...

Aku tak takutkan benda lain...
Kecuali beraksi di depan camera...
Owh... Aku sangat pemalu orangnya...
Boleh membikin getaran di bibir...
Terasa senyuman menjadi kaku...
Owh... tak sanggup memikirkannya...

NotaKarut: Macam mana nak senyum yang menggoda ek? Muka aku ni memang dah la jenis masam mencuka macam cencalok di dalam tempayan yang di peram 10 tahun... ok... Aku tipu tu!

Kenapa Harus Begini???

Hai...

Salam hari Isnin...
Isnin yang biasanya terletak seribu alasan kemalasan...
Isnin yang lembab...

Kenapa harus disalahkan Isnin?
Kenapa tak disalahkan Ahad yang mengujakan sebelum Isnin atau Selasa yang penat selepas Isnin?

Isnin yang malas...
Aduyai... Mencari semangat di sebalik kertas...

NotaKarut: Isnin Blues... (bahasa agak buruk apabila diterjemah secara terus tanpa menggunakan bahasa melayu yang betul)

2011/10/23

Apa Perasaan Kamu?

Hai...
Apa perasaan kamu hari ni?

Ada yang baru balik dari tengok bola... MU vs MC (aku pun sama...) Apa perasaan kamu? Owh... Kamu marah... Confirm kamu penyokong tegar MU... Untuk makluman semua MU jadi lauk kepada MC malam ni... Kena titik 6-1... Tak berkutik pun... (nasib baik aku ni lalang yang menyokong team yang menang jea...)

Ok... Apa perasaan kamu?

Kalau apa yang kamu buat tu tak mendapat sambutan?
Contohnya kamu penat penat memerah otak untuk mencari idea contohnya untuk menulis blog... Tapi kamu hampa... Walaupun kamu kamu dan kamu mempunyai seribu follower pun...
Yang memberi respon kepada tulisan kamu hanyalah dua tiga kerat sahaja?
Adakah kamu kecewa? Kalau kamu tak blogwalking seharian, adakah kamu akan kecewa kalau blog kamu tak dikunjungi?

Apa perasaan kamu?

Kalau kamu sangat memcemburui mereka yang selalu mendapat BE dan "cash out" banyak duit dari iklan iklan nuffnang... Walaupun kamu meng"update" setiap hari... Tapi dalam akaun kamu masih lagi meningkat dengan jayanya sebanyak 25sen dalam masa SEBULAN... hoho...

Apa perasaan kamu?

Dah... Jangan nak berkata kata manis... Aku tak suka... Memang biasanya kebenaran memang pahit... Jadi berterus terang adalah yang terbaik...

NotaKarut: Hati ku terusik lagi malam ini... Terima kasih... Kepada yang berkenaan...

Cerita Seram...

Berkira kira mahu mengarang cerita seram...
Mengarang di tengah malam, semangat seramnya tu datang dengan sendiri...

Tapi otak kebuntuan...
Mungkin kerana kekurangan nutrisi...
Owh... Apakah...

Ada dua tiga cerita yang bermain difikiran...
Kisah benar yang berlaku dulu...

Sebelum aku mengarang, aku perlukan pandangan korang sebagai pembaca...
Apa yang kamu harapkan apabila membaca cerita seram?
Maksudnya adakah keseramannya sampai terkencing di dalam seluar? Atau sekadar menggeletek pundi hempedu sehingga ketawa terbahak bahak... Apa yang kamu harapkan? Endingnyakah?

NotaKarut: yeah!!! Negeri Sembilan layak ke final piala Malaysia! ni yang den gomar ni...

2011/10/22

Nak Yang Besar Dan Panjang Je...

Hai... Salam hujung minggu...
Buat apa hujung minggu ni?

Nak mengukur jalan di Kuala Lumpur ke? Rasanya puas hati kalau mengukur jalan ke Masa SegiEmpat, MatahariJalan Piramid, Lembah Tengah... Tak pun ke Jalan TAR... Owh... Banyaknya tempat untuk melepak membazirkan masa dan membelanjakan duit...

Sedikit tersasar... Seperti biasa... Hohoho... Ok... Dah... Cukup tu... Sebelum aku mengarut merapu meraban tak tentu hala...

Manusia... Dah diberi yang panjang... Nak yang pendek... (Owh~~Apakah ini?) Ada dah yang dapat pendek tu, sangat mencemburi yang panjang... Tak pernah ada yang puas...

Ada tu, dianugerahi yang besar besar sahaja... Tetap tak berpuas hati... Dia kata mungkin yang kecil molek lebih sesuai... (Owh~~ Apakah ini lagi?) Yang anugerahnya kecil, sentiasa terasa seperti tiada keadilan baginya dan sentiasa mencemburi yang besar...

Dammmm!!! Otak aku kekurangan nutrisi pagi pagi ini! Jem la pulak...

Khas Untuk Seorang Sahabat Di Alam Maya Ini yang katanya pedih putus cinta...
Blues Gang~~ Cinta Oh Cinta
Oh benarkah
Apa yang dikata
Cinta boleh berubah bagi
Ada cinta buta
Ada cinta cinta
Ada cinta sehidup semati

Cinta ku kini
Hanyalah satu
Pada Ia Yang Maha Kuasa
Pencipta alam
Yang luas terbentang
Tiada bandingan

Ku meniti jalan yang benar
Ku memuji alam semesata
Ku mengharung lautan luas
Bagai burung terbang melayang

Inikah dia
Cinta sejati
Cinta hamba pada Yang Esa
Sungguh murni
Sungguh suci
Pada Mu oh Tuhan ku

NotaKarut: Tengah cuba mengumpulkan semangat... Hoho... Petang ni nak pi pujuk cik tunang yang dibiarkan merajuk selama 5 hari... Dah! Tak perlu kata apa apa... Jangan nak berkata kata manis dan jangan cuba berkata kata menghina aku... Perempuan ni kalau kita pujuk melalu SMS atau call, dia punya gedik dan lemak mengadanya ngada bertambah tambah... Dah! Jangan cuba nak menafikannya... Bukannya aku tak cuba dan bukannya aku tak tau... Aku dah muak cuba...

~~ Payau dalam entry sebelum ini bermaksud RUSA dalam bahasa Kadazan Sabah yang banyak terdapat di sekitar Daerah Sandakan dan Tawau...

2011/10/21

Mengidam...

Amaran... Ini adalah entry pendek seperti post di mukabuku...

"Aku tengah mengidam nak makan "payau" la... Yummmyyy... Sedapnya kalau dapat... Nak nak yang baru sembelih... Zrupppp! Meleleh air liur... Owh... Mungkin aku mengandung kot... Itu yang mengidam nak makan macam macam! Yea... Aku tau... Tak perlu cakap... Aku tau aku mengandungkan lemak!"

NotaKarut: Ini zaman tanpa sempadan la... Tak kan "payau" pun tak boleh nak cari menatang apa...

Memberi Amaran Atau Menegur Dalam Solat...

Sekadar hanya ingin berkongsi...

Jika imam ada melakukan kesilapan seperti kesilapan dalam bacaan atau perbuatan dalam solat, maka lelaki boleh bertasbih mengucapkan “Subhanallah” dengan suara yang nyaring bagi menegur imam. Bagi wanita pula disunatkan menepuk tangan kanan ke belakang tangan kiri imam sekiranya perlu membuat teguran di atas kesilapan imam semasa solat. Orang yang paling berhak ke atas imam ialah orang yang betul-betul berada di belakang imam, orang yang di sebelah kanan dan yang sebelah kiri. Sebab itulah para fuqaha (ahli fiqh) mengafdalkan yang berada benar-benar di belakang imam hendaklah mereka yang sama hebat atau lebih hebat daripada imam. Sebab itulah para fuqaha (ahli fiqh) mengafdalkan yang berada benar-benar di belakang imam hendaklah mereka yang sama hebat atau lebih hebat daripada imam.

NotaKarut: Kalau dalam solat pun kita tak nak menegur kesilapan dan kesalahan pemimpin(imam), bagaimanakah pulak dengan TEGURAN kesalahan dan kesilapan pemimpin tentang urusan dunia... Fikir dalam dalam dan jangan hanya termenung...

Sumber: sini dan sini

2011/10/20

Aku Berbau Wangi...

Hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur...
Membuatkan perjalanan naik teksi dari LCCT ke Taman Melati melewati 2jam... Owh... Perjalanan yang sangat membosankan sehingga tak sedar berapa kali dah terlelap dan terjaga, tapi masih tak sampai sampai... Baru je sampai di rumah a.k.a hotel bagi aku kerana boleh dikira berapa hari je duduk di rumah...

Tak suka kalau masa naik belon, masa nak mendarat waktu hujan (~~owh... ayat apakah ini?)... Belon terasa tak jejak pun di tanah... Bergoyang goyang ditiup angin dan tempias hujan... Kalau hujan, biasanya pilot akan buat hardlanding... (betulkan aku kalau aku salah... aku hanyalah pilot cik siti norpersonariah) Terasa hentakan masa mendarat... Owh... Sakit badan aku...

~~~ Tajuk tidak sama dengan isi lagi!
Owh... Tidak...

Tadi masa naik belon, ada seorang "kucing manja" duduk sebelah...
Aku tak ngorat pun... Percaya la... Senyum manis yang comel pun tak diberikan... (owh... menghitung hari, kurang 28hari je lagi...dup dap dup dap berdebar...)

Masa di atas awan tu... "kucing manja" ni tidur je... Mungkin penat kot...
Yang tak bestnya (dalam hati kata best... hohoho) kepala "kucing manja" ni duk melentok ke kiri dan ke kanan... Mungkin asyik sangat bermimpi kot... Yang akhirnya melekap ke bahu aku... Ah! Sudah... Tak kan nak tolak pulak kepala "kucing manja" tu kan... Nak tak nak TERpaksa la aku pinjamkan bahu untuk "kucing manja" tu tidur... Dari berlepas sampai la mendarat, asyik melekap je... Owh... MUNGKIN AKU BERBAU WANGI hari ni kot... Hohoho... Rezeki... Terpaksa la ketuk lutut takut kaki bergetar...

NotaKarut: Sengal di perut, kekejangan di kaki, kesakitan di sendi... Owh... Apakah ini...

Merenung Masa Hadapan...

Kebiasaannya aku menulis tanpa ada draf...
Apa yang aku tulis itu kebanyakkannya secara spontan...
Kadang kala jari menaip lebih laju daripada otak berfikir...

Ada peristiwa yang betul betul terjadi yang aku tulis...
Tapi aku kadang kala menulis dengan menokok tambah cerita...

Gaya penulisan... Ntah la... Kebanyakkannya mengarut...
Kadang kadang disulami dengan kata kata yang makan dalam...
Ah... persetankan... Aku menulis bukan kerna nama... Kerna sifat kasih... Kita sesama insan...( ce teka lagu apa?)

Eh... Intro punya cukup panjang...
Yang sebenarnya aku nak tanya satu soalan je...
Kenapa ada beberapa orang blogger yang baru mengenali blog tukang karut ini menganggap penulis nya adalah seorang GADIS??? Owh... Apakah gaya penulisan aku ini gaya seorang gadis sunti yang sedang mekar harum di tasik madu?

NotaKarut: Tak berapa sihat... Muntah muntah dan kepeningan lalat... Badan pun berpeluh peluh... Aduyai... Lambat lagi nak tunggu pukul 4 petang untuk naik belon...
~~sekali lagi tajuk tiada kene mengena dengan isi kerana aku selalu begini, pada awalnya nak tulis lain tapi tertulis lain...

2011/10/19

Tips Menghayati Kehidupan...

Hai... wes mangan semua?
Aku?? Hoho... tengah tepuk tepuk perut yang makin boroi ni...

Semalam... Masa aku up entry tips menyerap tekanan hidup tu...
Ramai pulak yang komen... Ntahkan marah ntahkan suka...
Tapi lantak la...

Hari ni... Aku nak upload lagi gambar...
Hohoho... Dah bersedia nak tengok?
Layan je la ek...







NotaKarut: Buat apa nak serabutkan kepala dengan benda remeh temeh... Esok lusa selesai la kan... Apa yang penting? Bukan tu! Bukan kerjasama yang penting! Apa yang penting? Yup! Perut penuh terisi... Hohoho... Barulah kita betul betul menghayati nikmat kehidupan... Dah... Jangan cuba berkata kata manis... Aku dah muak dengar...

Entry pendek...

Ntah kenapa ntah kelopak mata sebelah kiri aku ni berdenyut denyut sejak dari subuh pagi tadi.... Korang tau ke kenapa jadi cam tu? Atau ada alamat apa apa ke?

Rabu Tanpa Kata...


2011/10/18

Tips Menyerap Tekanan Hidup...

Hai... Kabare?
Hohoho... Aku masih lagi ada sedikit kewarasan...

Lama dah tak buat kerja gila ni...
Kali ni aku nak tunjuk gambar makanan...
Dulu aku pernah buat cam ni...
Tapi ada seorang blogger yang tegur aku... Terus aku tak buat dah...
Kali ni apa nak jadi... jadi la...

Ini la tipsnya kalau menghadapi tekanan hidup...
Yes! Makan...
Bila dah makan... Perut menjadi kenyang...
Bila perut dah kenyang... Semua masalah dunia akan hilang disebalik kekenyangan...








Gambar atas tu semua gambar makanan...
Ini gambar yang terakhir ini menunjukkan hasil tips yang aku cuba praktikkan...
Hoho... Terbaik la...
Tak bersisa beb... Kalau kucing tengok pinggan aku...
Menangis kucing tu tak dapat makan malam dengan sisa makanan aku!
Hoho... Nasi disebelah tak terusik pun... Pandang sebelah mata jea... Hoho...
Banyak lagi gambar... Tapi mungkin sebab perut dah penuh lupa nak ambil gambar makanan lain... Hoho... Esok la aku ambil lagi ek...

NotaKarut: Kata kata manis dah tak boleh pakai dah... Semua hiprokit punya bahasa...

Bunyi Yang Menyinga...

Sila abaikan tajuk itu kerana aku tak tahu nak letak tajuk apa...
Hoho... Kang ada yang marah aku lagi kang...
Tajuk tak sama seperti isi...

Ok... Baru sampai di Kuching ni...
Di hotel biasa... Riverside Majestic Hotel...
Boleh la kejab lagi nak pergi tenangkan fikiran...

Tenangkan fikiran di tepi pool...
Mana la tau kot kot la ada "kucing" yang pandai berenang...
Boleh jugak cuci mata dan tenangkan perasaan... Hoho...
Dah... Jangan nak berkata manis mengata aku macam macam...
Terguris hati aku nanti...

Peristiwa di LCCT...

Sedang enak mencuci mata melihat pramugari AirAsia berjalan berlenggang lenggok...
Ada bunyi bising di telinga...
Bukan bunyi macam nyamuk tu...
Tapi ntah la...

Rimas! Ntah dari mana datangnya "lalat" ni...
Cuba menghinggap di muka yang cabi dan comel ini (sila muntah hijau sekarang!)...
Owh... Dihalau... Dikibas!
Tak jugak mahu pergi...

Ah... Lantak la... Aku tau kau mahu berak di muka aku ni...
Dan meninggalkan kesan tahi "lalat" di muka aku yang comel ini... (Owh... Ayat apakah ini???)
Sekadar membiarkan... Rimas!

Peristiwa dalam belon...

"Lalat" itu masih mengekori!!!

Bising... Rimas! Dihinggapi sebegitu?
Adakah aku ini berbau manis buah sehingga diekori!
Atau kamu mahu menumpangi aku ke Kuching?

Sekian... Entry tanpa hala tuju lagi...

NotaKarut: Aku mahu ke pool... Mana tau kot kot ada "kucing" yang hot sangat mandi... Kurang kurang kalau dapat macam gambar bawah ni pun ok dah... Hoho... Menghilangkan gundah gelana hati... Haipppp! Tak perlu kata apa apa... Aku dah cukup baik dah sebelum ini...

Gaduh Besar...

Hai... Salam hari Selasa semua...
Hoho... Amacam?
Ada baik ke?

Errrr... Yang sebenarnya aku tak ada apa nak mengarut pun hari ni...
Otak beku...
Hoho... Kenapa? Tengok tajuk je dah la ye...

Errr... Jangan ditanya apa...
Sebab aku pun tak tau hujung pangkalnya...

Sejak dua menjak ni...
Kalau aku nak outstation, dah kena naik AirAsia...
Ntah la... Nak murah katanya... Tapi aku tengok... Sama je... Tak ada beza sangat pun...
Mula mula memang aku tak suka sangat naik AirAsia ni...
Bukannya apa... Nak ke LCCT tu... Sangat la melecehkan...

Tapi itu dulu la... Lepas aku tengok peha peha gebu pramugari AirAsia...
Sendat dan singkat waaa cakap lu... Muda bergetah terangkat pulak tu...
Perghhhh... Meleleh wa cakap lu... Aku dah jatuh hati dah...
Orangnya pun cun melecun... Tak macam naik MAS yang tua tua bangka tu!
Hoho... Dah la belah kain pun sikit jea...

Jab jab... Ada seorang lalu depan aku...
Fuyyyyoooooooo... Bergetah beb!
Nak gambar? Tak perlu la...
Takut tertanggap gambar bini bigdaddy lak nanti... Hoho... Sori bro...
Kang tak pasal pasal aku kena parang lak kang... Naya je...

NotaKarut: Makin dekat makin serabut... Makin dipujuk makin mengada... Makin dilayan makin berlemak... Makin digaru makin sedap... So... Berdiam diri adalah yang terbaik...

~~ Outstation ke Kuching 18-20 Oktober...

2011/10/17

Layan Perasaan...

Hai... Selamat petang...
Cuaca KL petang ni hujan lebat...
Mencetuskan suasana sejuk...

Dari melayan perasaan yang ntahapapapantah ini...
Baik aku layan perut aku...
Ngap ngap ngap... Menulis entry sambil mulut penuh dengan goreng pisang panas...
Disulami air teh o bujang...

Memang terbaik la...
Ngap ngap ngap... Sedap... Hoho...

Persetankan perasaan ntahapapatah itu...
Layan perut lagi best...
Hoho... Tepuk tepuk perut yang separuh diisi...

NotaKarut: Minggu lepas aku biarkan selama 4 hari si dia merajuk... Kali ni aku nak biarkan selama mana ye? Mungkin lepas aku balik Kuching nanti baru aku fikir kot... Owh... Lupa nak bagi tau... Esok sampai Khamis aku ke Kuching yang ntah kali ke berapa ntah aku pun tak ingat...
Terbaik dari ladang la... Hohoho... Pisang abu... Bukan pakcik Abu yang punya... Dan bukan pisang Awak yang punya jugak... Itu pisang aku!

Ubat Vs Sakit...

Ubah ooo Ubat...
Kepala SAKIT telan panadol... Habis cerita... lepas setengah jam ok dah...

Kalau SAKIT digigit nyamuk, kita bakar UBAT nyamuk bagi nyamuk nyah dari mendekati...
Kalau Gigi SAKIT... Itu tandanya malas gosok gigi dengan UBAT gigi...

Kalau SAKIT mata tengok lipas bermaharajalelamajun dekat rumah, kita letak UBAT gegat...
Kadang kadang SAKIT hati bila kita nak guna pengokot, tak ada UBAT STAPLER...

Owh... Apakah yang aku nak tulis ni...
Ke manakah arah entry ini...

Dah... Tak perlu cakap... Aku tau... KE LAUT!


NotaKarut: Sakit hati... Apakah ubatnya?

Kontroversi...

"Orang perempuan ni suka cari kesalahan orang kesayangan dia ek?"
"Cari gaduh lepas tu buat buat macam tak bersalah?"



.

NotaKarut: Entry pendek...

2011/10/16

Faham Tak?

Kadang kadang aku rasa aku faham...
Faham yang betul betul faham...
Yang bukan buat buat faham...

Tapi kadang kadang ada beberapa kejadian yang buat aku tak berapa nak faham...
Sama ada aku yang tak faham...
Atau... Owh... Apakah ini?

NotaKarut: Jiwa kacau... Rasa nak mencarut!

2011/10/15

Aku Malas Menulis...















NotaKarut: Aku malas nak sangat nak mengarut hari ni... Aci tak aku letak gambar je??? Ah... Lantak la... Ikut suka aku la kan... Gambar semasa berdating dengan dua orang pemBLOGGER tegar... Cik Dill dan Cik Sal... Owh... Seorang pendiam dam seorang lagi yang bercakap tak henti henti... Siapa?? Teka la... Eh! Mana dia gambar aku? Owh... Lupa nak bagitau... Aku kan camerashy... Hohoho...

2011/10/14

Bukan Salahku Jadi begini...

Assalamualaikum...
Hai... Salam sejahtera dan salam petang Jumaat semua...Petang petang jumaat ni confirm tak berapa nak ada mood nak buat kerja kan?Elehhh... Jangan nak berlagak baik sangat la...Ngaku je la... habis cerita... Hoho...

Tadi kan... Masa sebelum solat Jumaat kan...
Aku kan lepak la kat tiang bawah masjid la kan...
Lepak selepas TERmakan nasi ayam kukus 2 bungkus...
Orang kata apa... Tunggu biar nasi enap dulu di dasar perut... Hoho...
Dasar perut stokin yang besar...

Masa tengah lepak tu...
Tetiba pulak datang seorang kawan ni... Datang salam aku...
Lepas tu tanya aku aku dah kahwin ke belum...
Dah ada berapa orang anak...
Kerja kat mana sekarang...
Best ke kerja sekarang ni...
Bila nak kahwin...
Macam macam la yang ditanyanya sampai aku pun dah naik rimas dan lemas...
Macam kawan lama yang dah lama terpisah...

Sampai la dia kehabisan modal nak tanya aku...
Lepas tu aku tanya satu soalan je...

"Kau ni siapa ek? Aku dah lupa la..."

Hoho... Terus blah mamat tu... Menonong je mamat tu jalan tak toleh berlakang dah...
Salah ke aku tanya soalan tu????

NotaKarut: Hoho... Aku memang cam ni... Orang senang ingat aku... Aku je yang tak berapa nak ingat orang... Agak agak dia kecik hati tak ek? Ah!!! Lantak la... Bukan aku ingat siapa pun dia tu... Hohoho...

2011/10/13

Kata Kata Motivasi...

Kita selalu disogokkan dengan kata kata yang kononnya motivasi diri...
Macam ayat yang selalu digunakan...
-->"Buat yang terbaik..."
-->"Bersungguh sungguh melakukan sesuatu, pasti halangan yang terbesar pun aku dapat diatasi...

Perkataan perkataan tu dah menjadi lali di telinga kita ni...
Ibarat tak smepat masuk telinga kanan dah melantun keluar dah...
Apa orang kata... Dah imun dengan kata kata macam tu...

Tadi aku terkesima dengan ayat seorang rakan yang memberi motivasi kepada seorang rakan yang hendak ke kursus induksi... Dia ketakutan sebab terlalu banyak mendengar kata kata yang menakutkan dari orang yang [ernah ke kursus induksi...

Katanya A: "Sebelum ini, apa yang paling kau takutkan?

Jawab rakan B: "Maksudnya?

A: "Iye la... Masa belajar dulu... Apa yang paling kau takutkan? Masa nak mintak kerja apa yang paling kau takutkan?"

B: "Errrr... Aku takutkan semuanya... Bersunat tapi sekarang aku dah boleh berkahwin... Exam... Sekarang aku dah pun berkonvo... Interview... Aku dah berkerja pun sekarang ni..."

A: "Ok... Semua yang susah susah dah pun kau lepas kan? Takkan la kursus induksi yang cikai ni pun kau nak takut gak?"


Perghhhh... Makan dalam tau ayat tu...
Kalau difikirkan balik... Betul gak tu...
Dulu takut nak ambil exam SPM... Tapi lepas gak...
Takut tu takut ni... lepas gak... So?
Apa nak takutkan lagi? Kita BOLOS SAJA DINDING ITU!!!

NotaKarut: Ok... Aku dah bersemangat ni... Nak pi pujuk cik tunang yang merajuk dah 4 hari... Hoho... Jahat tak aku...

Rasa Nak Marah...

Hari ni rasa nak mencarut... 
Rasa nak marah semua orang...
Rasa macam nak telan sekor sekor jea...
Kecik jea aku tengok sekor sekor...

Asbestoskakiperempuanbabisialananaksundalbengongmangang...

2011/10/12

Rabu Tanpa Kata V Kenangan...


NotaKarut: Hasil yang dapat selepas mengemas bilik aku dekat kampung... Hoho... Gambar ni diambil tahun 1990 semasa lawatan sambil belajar di Muzium Melaka... Cuba teka mana satu aku dalam gambar ni... (clue: budak yang paling comel sekali...) Kalau betul aku bagi hadiah... hohohoho...

Sunyi...

Hai... Selamat pagi Rabu...
Lho... Dah Rabu rupanya... 

Puhhhhhh! Berabuk!
Macam la lama sangat tak menjenguk blog ni...
Padahal baru 3 hari update entry...

Nak cerita apa?
Tak ada apa...
Just wanna say "hai"...

NotaKarut: Tengah tunggu belon ni nak balik KL... Aduyai... Aku mau bertanya ni... Rindu sama aku tak? Rindu? Ok! Sila muntah hijau sekarang...

2011/10/10

Pengumuman Penting ~~ Walimatul Urus...

Assalamualaikum... Hai... Salam sejahtera semua...

Di sini, saya menjemput semua rakan rakan blogger sekalian untuk menghadiri ke Majlis Perkahwinan saya pada 20-11-2011 (Ahad) di rumah pengantin perempuan (Serting, Bahau, Negeri Sembilan) dan di rumah pengantin lelaki (saya la tu) pada 27-11-2011(Ahad) di Jelai, Gemas, Negeri Sembilan....

Rakan rakan blogger sekalian boleh la emailkan alamat di mnasriq@gmail.com. Kad undangan akan saya pos selewat lewatnya hujung bulan Oktober ini...

NotaKarut: Hoho... Pertama kali aku buat entry menggunakan ayat skema gila....

~~ Sedang bosan menunggu belon....

2011/10/09

Mental Block...

Hai... Kabare?
Macam mana hujung minggu korang?

Mengujakan atau membosankan?
Aku? Dah 4 minggu hujung minggu aku dipenuhi dengan travel KL - Jelai - KL...
Menguruskan benda2 yang tak habis2 selagi tak sampai masa Majlisnya...

Mental block... Fenomena biasa yang dialami semua penulis...
Lagi lagi kalau penulis blog tegar...
Mula la berfikir dan tercari cari apa yang patut ditulis...
Atau dalam kata lain... TAK ADA IDEA!

Macam yang tengah aku buat sekarang ni...
Menulis tentang sesuatu yang ntah apa apa ntah...
Hohoho...

Menyesal?

Tak perlu...
Kerana aku nak bagi tips sikit...

1--> Rajin rajin la keluar melihat gelagat orang ramai di luar sana
2--> Rajin rajin la diri membelek gambar gambar lama... Mana tau tetiba akan ada ilham yang akan datang...
3--> Mengarut... Yup... Cuba lari sikit dari tema kebiasaan penulisan... Kalau boleh benda kecil tu cuba besarkan... Tak kan nak streotaip je kan... Macam hari hari makan nasi dengan lauk ikan... Bukan takat orang je yang boleh bosan... Kucing kurap pun bosan gak kalau hari hari dihidang nasi sejuk dan ikan kering...
4--> Sila tambah sendiri di ruangan komen... Hohoho... Aci tak?

NotaKarut: Sempat lagi update entry... Ok... Nak balik ke KL ni... Harap harap hikayat Tongkat Ali tak berulang lagi la... Hoho....

2011/10/08

Carta Hati Najwa Latif

Seiringan dengan peristiharan blog tukang karut ini menjadi peminat-kipas-susah-mati Najwa latif yang comey... Hoho...
Aku nak letak lirik single kedua yang bakal meletup...

Tajuk Lirik Lagu: Carta Hati
Artis/Penyanyi: Najwa Latif

hmm.. hoo.. haaa.. mmm..
Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita
lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…



NotaKarut: Over tak aku ni? Hoho... Ah! Lantak la... Biarpun budak tingkatan 4 pun... Asal aku suka dah la... Hoho... 

Jatuh Cinta Dengan Najwa Latif...

Hoho... Salam hujung minggu...
Hoho... Aku dah kembali waras!
Maknanya aku dah boleh mengarut sesuka hati! Hoho... Aku suka... Aku suka...
Tapi korang suka ke? Ah... Lantak korang la... Yang penting perut aku kenyang... Eh?? Tetiba lak...

Tadi masa dalam perjalanan balik kampung...
Sepanjang perjalan dengan carta 30 Hot FM...
Tetamu undangan dia Najwa Latif...
Hoho... Pertama kali dengar suara budak ni...
Aku dah jatuh cinta dah...
Lagi lagi aku dengar lagu dia... Cinta muka buku...
Macam comey comey je... Suara pun comey comey je... Hoho...
Perghhh... Sekali search gambar budak ni...
Comey la pulak...
Aduyai... Jatuh cinta la pulak...
Suara nyanyian pun sedap... Boleh ganti Siti Nurhaliza la... Hoho...

NotaKarut: Mana nak cari single kedua Najwa Latif yea? Macam best je masa dia nyanyi live tadi... Aku nak istihar blog tukang karut ni jadi peminat kipas susah mati Najwa Latif la... Hoho... I like...

2011/10/07

Bajet 2012... Ditemuramah ASTRO AWANI...

Turun je dari pejabatt tadi...
Ada ternampak 3 orang... 2 orang lelaki dan seorang perempuan cantik...
Semuanya pakai vest ASTRO AWANI...
Aku syak perempuan tu wartawan...

Tetiba je datang dekat dengan aku...
Hala kamera dengan mic besar penumbuk kat aku...

"Encik... Boleh dapat komen encik berkenaan penyelarasan gaji kakitangan awam dan pemberian setengah bulan bonus yang dibentangkan dalam belanjawan 2011"

Aku... Aku tengok camera lama lama...

"errr... no komen!"

Terus berlalu meninggalkan perempuan cantik tu terpinga pinga...

Perghhhhhh!!! Aku rasa macam artis la pulak...

NotaKarut: siaran blog akan tergendala... Berapa lama? Ntah la... Sehingga kepala aku boleh kembali waras... Sekian...

2011/10/06

Gelisah...

Banyak yang bermain di fikiran aku sekarang ni...
Sampai kadang kadang aku sendiri tak tahu apa yang aku tengah fikir...

Kena Ganggu...

Assalamualaikum...
Hai... Salam hari Khamis dan kedai harihari...
Hoho...

Dah baca kisah seram yang tak berapa nak seram bertajuk Hijab Ghaib???
Dah?... Bagus... Ini yang buat aku sayang sangat ni...
Hoho...

Huhu... Hari ni aku nak perasan popular dan gila glomour...
Jom pi tengok apa kata pengomen pasal entry aku tu...

Hoho... Aku kan... Sebenarnya aku sengaja post entry tu waktu lewat malam...
Biar apa orang kata feel seram tu datang sendiri tanpa perlu dipaksa...
Tapi dah Ila datang datang baca waktu siang...
Dah hilang la keseramannya... Huhu...





Ok... Aku tau ramai yang kecewa dengan penamat cerita ni...
Sebenarnya draf yang aku tulis lagi panjang dan lebih menakutkan sebenarnya...
Tapi ada cerita di sebaliknya...
Malam masa aku tulis draf tu...
Aku kena kacau sebenarnya... Hoho... Meremang ooo....
Ada pulak bunyi orang berlari lari dekat luar bilik aku pukul 2 pagi...
Bising gila la...
Bila bukak lampu tak nampak pulak sesiapa...
Lepas tu bau busuk pun semacam je...
Isk... Seram pulak bila aku ingat...
Itu yang aku tak nak publish yang pelik pelik... So... cerita tu dah aku ubah untuk tak menyeramkan sangat...

Errrr... korang nak sambungan ke? Aduyai...
Hoho...

NotaKarut: Hari ni pakai baju batik ke site! Habis badan bau masam kambing... hoho...

2011/10/05

Rabu Tanpa Kata V XRAY...

NotaKarut: Owh... Apakah?

Terdesak SangatKah Kah kah...



Notakarut : I follow u,
U follow i back,
kau sape nak paksa aku,
Ikut suka aku nak follow ke tak.

2011/10/04

Hijab Ghaib...

Menjelang lewat petang, kami-kami yang begitu komited dengan kerja masih berada di pejabat. Kerja yang perlu diselesaikan siap pabila jam di dinding menunjukkan jam 9.15 malam, kami engineer-engineer mengundurkan diri yang sudah lesu kepenatan. Meninggalkan draughtman seorang diri tekun menghabiskan sisa baki kerja remeh temeh.

Jat keseorangan ralit mengadap komputer. Tiba tiba, terasa seperti ada angin bertiup lembut ditengkuknya. Terpacak berdiri bulu roma tengkuknya. Diperhatikannya sekeliling. Roma di tangan pula mereding berdiri. Sunyi sepi. Diperhatikan kerusi di sebelah berpusing seolah-olah di duduki oleh seseorang.

Jat kaku dan terdiam sunyi sepi. Yang terdengar hanya bunyi henyakan kerusi seperti ada bebanan di atasnya yang menemani suasana sunyi pejabat. Kakinya terasa berat untuk melangkah seperti ada yang memegang dan memakunya ke lantai. Dicubanya menggerakkan tangan, terasa sangat berat. Kaku. Hanya anak mata sahaja yang mampu digerakkannya. Ekor matanya melirik ke arah kerusi yang dari tadi tak berhenti berpusing.

Mukanya terasa seperti mayat, pucat beku tiada darah. Mulutnya mula terkumat kamit gagap membaca Ayat Kursi. Perlahan kakinya mula terasa ringan dari belenggu kaku. Tergesa gesa Jat bangun, berlalu turun tanpa menoleh ke arah kerusi yang masih berpusing pusing sambil telinganya menangkap seperti ada orang berbisik dan terus melepak di bawah.

Dikeluarkan sebatang rokok dan dinyalakanya. Dihembus ke udara membentuk kepul kepulan asap memenuhi ruang kaki lima pejabat. Kocek seluar bahagian depan diseluk dan dibawa keluar handphone. Lincah jari jemari menari menaip

"Aku dah tak tahan dah. Asyik kena kacau je. Ini ntah berapa kali ntah aku dikacaunya. Tolong aku." SMS ditulis dan dihantar ke seseorang. Seorang rakan yang pada hematnya dan pengetahuannya berupaya berhubung dengan alam ghaib.

"Ermm... Kau ni Jat. Tak boleh tengok aku senang la! Tunggu sat, kejab lagi aku datang selesaikan masalah kau ni." SMS dibaca dan Jat menguntum senyuman. Hatinya berdetik, akan ku ajar kau wahai mahluk yang durjana.

Setengah jam berlalu, Jat masih setia menunggu di kaki lima pejabatnya. Dia lebih rela berdiri terpacak macam tunggul kayu dari duduk di pejabat ditemani sesuatu yang dia sendiri tidak tahu asal usulnya serta bentunya.

Dari jauh, silauan lampu dari kereta persona mula menghampiri. Diamati dan dia cukup kenal kereta itu. Seseorang yang ditunggunya tiba jua akhirnya. Sisa rokok di jarinya yang masih setengah dibuangnya dan diinjak injak hingga terpadam baranya.

"Nas... Lama tak jumpa kau bro... Amacam? Ada baik ka?"

"Dah... Kau jangan nak berbasa basi dengan aku. Asal susah je mulalah cari aku. Aku nak cepat ni. Dekat mana menatang tu tinggal? Tunjuk dekat aku."

"Dekat atas bro. Kau nak aku teman ke?"

"Kau yang temankan aku atau aku yang kena temankan kau ni? Ada telur tak nak naik atas ni?

"Bro, jangan la macam ni, telur gua ada, tapi tak sebesar bro punya."

"Dah! Jom naik! Kalau dah dasar penakut tu mengaku je la. Duduk diam diam je nanti, kalau ada apa apa yang kau dengar, dengar je, jangan ambil pusing sangat. Jangan cuba cuba nak menyampuk. Ingat pesan aku tu. Aku tak jamin kau selamat kalau kau ganggu aku masa aku bercakap dengan menatang tu." Tegas bunyi amaran si Nas kepada Jat sambil Jat mengangguk tanda faham.

Jat hanya mengekori Nas naik ke pejabat. Mendahuluinya tidak mungkin.

Nas perhatikan sekeliling ruang pejabat. Tiada apa apa tanda kehadiran sesuatu yang dikesannya.

"Betul ke benda tu ada kat sini? Senyap sunyi je ni."

"Ada bro. Tadi ada di kerusi tu" Sambil muncungnya mengarah menunjukkan kerusi yang tadinya berpusing pusing sendiri.

Perlahan nas duduk bersila mengadap betul betul ke arah Kiblat. Mendepani kerusi yang dikatakan Jat tadi. Jat hanya membontoti dan sedikit menyorok di belakang badan nas.

Sunyi....

Senyap seribu bahasa.

Nas menutup matanya. Tenang ditarik nafas dalam dalam. Mukanya terbit ketenangan. Dimulakan dengan Kalimah Bismillah, dia mula membaca ayat Kursi diturut tiga Qul.

Ya Ghuyuubi Ya Khobir Ya Bathin... Laungnya kuat membuatkan Jat tersentak.

Dibuka matanya, terlihat adanya cahaya terang yang menyerupai awan yang bergulung gulung seperti kabus tebal, kemudian bentuknya berubah menjadi setitik cahaya yang sangat terang sekali dan semakin lama sinar tersebut semakin membesar seperti sebuah sinar matahari yang dilihat dari kejauhan.

Nas merasakan adanya getaran aneh berhawa dingin yang menjalar keseluruh tubuhnya, terutama pada bahagian tengkuk leher. Roma di tengkuknya mereding tegak berdiri. Sayup sayup mendengar suara suara aneh yang tidak begitu jelas, Serta merta hidungnya menangkap adanya bau busuk bangkai yang menyengat.

"Dia mai dah! Kau dia diam ha!" Nas memberi amaran kepada Jat yang dari tadi menggigil membatu dibelakang badannya.

"Siapa kau?"

Sunyi.... Tiada jawapan...
Hanya kerusi di depannya yang berpusing pusing perlahan.

"Aku tak akan ulang lagi. Sebelum aku seksa kau, baik kau jawab soalan aku. Siapa kau?"

"Aku adalah aku!" Keras suara itu menyahut.

"Siapa kau hey makhluk pengacau manusia?"

"Aku adalah aku!! Kau adalah kau!" Keras dibalasnya.

"Untuk apa dikacau anak cucu adam yang penakut ini!"

"Ini rumah ku!" Bertambah garau suara itu.

"Ini bukan rumahmu wahai mahluk ghaib! Siapa kau?"

"Aku adalah aku! Jangan kau tanya siapa aku!" Bergema ruang pejabat itu dengan suara yang semakin garau itu.

"Mana asal usul mu wahai makhluk ghaib!"

"Asalku dari api!" Bentaknya keras memekakkan telinga.

"Hey mahluk! Untuk apa kau di sini?"

"Ini rumah ku!!!" Teriak makhluk itu keras!

"Ini bukan rumah mu! Ini tempat anak cucu adam mencari rezeki!"

"Siang tempat mu! Malam milikku!" Keras dijawabnya.

"Ini bukan tempatmu! Tempat mu Di Jalis dan Ghour!!!"

"Celaka kamu wahai manusia! Tempat ku dah kau ceroboh!"

"Tapi ini bukan rumahmu!"

"Ini rumah ku! Dah berkurun aku d sini. Manusia ini yang membina batuan di sini mengganggu rumah ku"

"Itu dulu rumahmu! Kini ianya milik anak cucu adam!"

"Ini rumahku!" Berdesing keras bunyinya.

"Ini tempat anak cucu Adam!"

"Ini rumahku! Keluargaku di sini!"

"Jangan berdegil! Ini tempat anak cucu Adam!"

Sunyi sepi tiada jawapan.
Yang kedengaran hanyalah bunyi henyakkan beban di atas kerusi berpusing pusing perlahan.

"Kalau kau berdegil mahu terus di sini, akan aku halau kau cara keras! Keluarga mu akan aku seksa satu persatu!"

Sepi tiada jawapan dibalas.

"Kau berdegil ya wahai makhluk ghaib!"

"Ini dunia mu! Kamu la khalifah bumi ini! Aku akur dengan mu. Tapi aku mahu ke mana?"

"Kau akan ku hantar di hutan hujung kampung sana"

"Di mana? Semuanya manusia telah duduki!"

"Ada. Jauh! Di hutan belantara yang belum diteroka manusia..."

"Sediakan kenderaan bagi keluarga ku!"

"Hey makhluk ghaib! Keturunan mu la yang membawa singgahsana Ratu Balqis atas arahan Nabi Sulaiman. Kekuasaan milikmu. Bukan bidang kekuasaan ku untuk menyediakan kenderaan untuk mu!"

"Hey manusia. Ini tempat mu. Aku akur arahan mu wahai khalifah di bumi."

Sunyi...

Sepi...

Nas mengesat peluhnya. Di perhatikannya si Jat yang dari tadi hanya menunduk kepala menutup telinga.

"Hoi! Dah habis la!"




.................................................................................................................


NotaKarut: Cerita rekaan, tiada mengenai yang masih hidup ataupun masih mati... Beberapa amalan telah di sembunyikan untuk keselamatan semua...