2012/01/31

Lega...

Hai...

Dah rasa lega cikit... 
Berikutan dari entry sebelum ni di sini...

Tadi dah call CIMB...

"payment advance 2 bulan... macam mana kami nak keluarkan arahan untuk tarik kereta"...
Itu jawapan yang diterima... Baru la rasa lega sikit...



Ini sebagai panduan bersama... sumber di sini...

Ramai yang masih keliru dan takut apabila hutang kereta tidak berbayar dan dikhuatiri kereta akan ditarik.Bila boleh ditarik? Siapa yang akan tarik? Berapa yang perlu dibayar?

Bila kereta boleh ditarik?

Kenderaan hanya boleh ditarik apabila seorang peminjam gagal menjelaskan bayaran bulanan hutangnya selama 2 bulan 21 hari atau apabila tunggakkan hutang mencecah 3 bulan.Mengikut kepada Hire Purchase act (akta Sewa Beli) apabila seorang peminjam gagal membuat bayaran selama 2 bulan atau mempunyai 2 bulan tunggakan maka syarikat atau bank diwajibkan menghantar suatu surat yang dipanggil 4th schedule atau Jadual keempat ( Notis penarikan kenderaan @ notice intention to repossessed). Surat ini memberitahu bahawa jika dalam masa 21 peminjam gagal menjelaskan bayaran maka kenderaan akan ditarik.

Siapa yang akan menarik kenderaan?

Pada kebiasaannya syarikat atau Bank akan menggunakan agen yang berdaftar dengan AHPCM untuk menjalankan penarikan. Agen yang sah akan membawa surat kebenaran untuk menarik kenderaan ( repossession order) dan akan mencari kenderaan yang tertera di atas Surat penarikan tersebut.Apabila agen berjaya membuat penarikan , agen tersebut diwajibkan untuk melaporkan penarikan tersebut di balai Polis terdekat sebelum menghantar kenderaan tersebut ke mana-mana pusat penyimpanan atau stor pihak bank atau syarikat.

Apa yang perlu dilakukan jika berlakunya penarikan??

Apabila berlakunya penarikan , si peminjam dinasihatkan untuk meminta salinan perintah penarikan, melihat kad kuasa penarikan agen yang sah dan mendapatkan butir-butir diri agen penarikan bagi mengelakkan berlaku kecurian atau penipuan. Jika tidak keberatan diminta peminjam pastikan bahawa agen membuat repot polis di balai.Kerap terjadi penipuan dimana pencuri kenderaan mengambil kesempatan diatas kelalaian ini.Peminjam dinasihatkan agar jangan cuba membayar ‘wang kopi’ kepada agen yang menarik kereta kerana selalunya pihak bank akan mengeluarkan perintah penarikan kepada beberapa agen yang sah . Membayar wang kopi tidak menyelesaikan masaalah anda dan ianya diketogeri kan sebagai RASUAH kerana agen hanya boleh mendapat upah daripada syarikat atau bank dan untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran atau cas yang melampau oleh pihak agen penarikan .

Selepas kenderaan ditarik atau diserahkan kembali. Syarikat atau bank akan mengeluarkan surat yang dipanggil Jadual kelima ( 5th Schedule) Dimana peminjam akan diberikan tempoh selama 21 hari untuk mengambil semula kenderaan dengan membayar semua tunggakan atau jumlah yang dipersetujui oleh pihak bank ataupun peminjam diberi peluang untuk memperkenalkan pembeli diatas harga reserve yang ditetapkan oleh pihak bank atau syarikat.Jika tidak ada apa-apa jawapan dari peminjam , syarikat atau bank akan melelong kenderaan tersebut secara lelongan awam terbuka atau melalui tender yang akan diawasi oleh satu badan atau komiti.Sesiapa sahaja yang menawarkan harga tertinggi melepasi harga reserve yang ditetapkan akan mendapat kenderaan tersebut.Jika ada lebihan wang dari jualan secara tender atau lelongan awam. Wang tersebut akan dikembalikan kepada peminjam.

Oleh yang demikian jika seorang peminjam sudah hilang upaya untuk meneruskan pembayaran adalah lebih baik kenderaan tersebut diserahkan kembali kepada syarikat atau pihak bank kerana pihak bank TIDAK boleh mengenakan sebarang cas tambahan seperti Kos penyimpanan, kos penarikan dan lain-lain cas sehingga kenderaan tersebut dilelong atau dijual.Jika selepas jualan masih terdapat baki hutang yang perlu dijelaskan( loss after sale) . Peminjam boleh berbincang dengan pihak bank atau syarikat mengenai pembayaran semula yang mampu dibuat untuk menyelesaikan hutang yang masih ada.

2012/01/30

Cuak...

Tadi petang tadi ada orang datang rumah masa kerja...

Tak ada orang dekat rumah...

Ada orang mengaku penarik kereta nak datang tarik kereta...

Bila jiran mintak kad kuasa... Tak ada...

Rasanya tak pernah tak bayar... Advance sebulan lagi ada...

Rasa macam nak tambat kereta dekat tiang je...

NotaKarut: rasa cuak lepas di beritahu jiran...

Post Mortem Anugerah Juara Lagu 26...

Tak perlu nak bawak band sampai sekampung...
Tak perlu nak tukar arrangement music sampai dah tak kenal lagu asal...
Tak perlu nak upah penari sampai penuh satu stage...
Tak perlu nak  bawak naik pelakon lelaki popular...
Tak perlu nak letak belon bagai...

Cukup dengan berseluar track dan berkemeja T lusuh...

Confrim jadi juara lagu tahun depan...

NotaKarut: Hari ni KL jem gila babengggg la...........

2012/01/29

Bomoh... Membomoh...

Hai... Menulis di petang Ahad sangat ohsem...
Lagi lagi kalau baru bangun selepas pengsan 4 jam selepas membaham nasi 4 pinggan...

Opssss... Tajuk... Jangan percaya kepada tajuk...
Dan juga, jangan percaya kepada bomoh...
Bomoh tu siapa... Manusia biasa jugak yang cuma diberi sedikit kelebihan untuk mengelentong orang...

Anugerah Juara Lagu 26...
Siapa pilihan kamu?

Selaku peminat kipas susah mati Najwa Latif sudah tentunya aku memilih lagu Kekanda & Adinda (Atilia & Monoloque), Beribu Sesalan (3Suara) dan Kisah Hati (Alyah)... Ataupun Penakut (Yuna)... Eh... Lagu Sedetik Lebih (Jac) pun sedap gak...

Owh... Aduyai...
Kalau aku jadi bomoh nombor ekor ni, confirm kena siat hidup hidup pasal bagi nombor yang asyik tak kena je...

NotaKarut: Bubur Kacang Durian dah siap... Boleh la mentong mentong masa tengok Anugerah Juara Lagu malam ni... Hohohohohooho...

Peribahasa Sebenar Vs Peribahasa Karut...

Peribahasa sebenar : Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat...
Peribahasa karut :  Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana melantak tak ingat dunia sampai nasi dalam pinggan mak mertua pun duk intai gak...


Peribahasa sebenar : Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Peribahasa karut : Bara yang digenggam, tapak tangan yang hangus terbakar! Menderita you!

Peribahasa sebenar : Bagai kaca terhempas ke batu
Peribahasa karut : Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah kaca, confirm mak naik hantu marah...

Peribahasa sebenar  : Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Peribahasa karut : Orang tak ada kerja sahaja melentur buluh... Rebung masak lemak campur dengan ikan kembung pun sedap....

Peribahasa sebenar :  Lembu punya susu, sapi dapat nama...
Peribahasa karut: Dah lembu tu bodoh macam lembu, sapi tu pandai, sapi la yang dapat nama... Tapi kan... Dalam dialek sabah atau Indonesia, sapi tu lembu la... lembu tu sapi la... Kalau tak takkan la ada nama tempat nama Batu Sapi di Sandakan Sabah.... Ni sesuatu yang agak pelik ni...

NotaKarut: Tak ada idea nak mengarut... Sekiannnnnnn...

2012/01/28

Bila Merajuk...


NotaKarut: Ubat merajuk... Confirm senyum lebar... Tak percaya... Cuba la... Aku cuba dah....

2012/01/27

Siapa Cepat...

Pantun kanak kanak ribena dulu...

"Pat pat siku lipat
Siapa cepat dia dapat"

Ok... Intro yang aku rasa sangat menarik...
"Ohsem" kata budak budak zaman sekarang...
Sila angguk "yea" kalau tak nak kena rogol...

Aku geram betul dengan lidah aku ni...
Kadang kadang dia lebih efektif dan sangat efisyen...

Sampai kadang kadang otak belum terima isyarat info, lidah dah pun selamat memberi respon!

Contohnya...
Kalau orang ajak makan... Katanya nak belanja...

Laju je lidah ni kata " Jom! Kat mana?"
Sangat pantang ok kalau dengar pasal makan free...

Tak sempat pun otak nak mentafsir dan menaakul keputusan...
Lepas tu mula la menyesal sebab menghancurkan diet harian... 
Lepas tu mula la berlari lari bogel sambil menarik rambut tanda menyesal yang amat sangat...
lepas tu terjun bangunan... Owh... Tinggi sungguh imaginasi aku hari ni...

Lagi satu kalau bos bagi kerja...
Bos tanya boleh buat tak?
Lidah ni tanpa segan silu berkata, "boleh bos!"

Padahal otak tengah berfikir kerja yang duk pending atas meja tu...
Aduyai...

"Pat pat siku lipat
Siapa cepat dia dapat"
**Memang mendapat la... Mendapat bala...

NotaKarut: Kepala aku pening la... Berpusing pusing je ni... Pagi tadi dah nampak bintang dah... Tapi bukan bintang RTM tau...

Muka Ngantuk...

Hai... Guten morgen...
Selamat hari Jumaat... 

<......................................> berfikir sejenak sebab ada wayar terputus!

Hari ni orang tegur, kenapa muka ngantuk je...

Berfikir dulu sebelum menjawab...

Ye la kan... Selama ni memang lidah lebih cepat dari otak...
Itu yang kadang kadang terlepas cakap...

"Malam tadi kan hujan... Sejuk... Embun banyak turun... So, kalau nak bertani memang sangat sesuai la kan... Lagi pun kan malam tadi malam Jumaat... Memang digalakkan sangat buat amal "ibadat"... Setan pun banyak dah berkeliaran di sana sini..."

Menjawab dengan yakin dan berlalu pergi meninggalkan si penanya dalam keadaan binggung... hahahaharuanamakananak!

NotaKarut: Terasa seperti mahu mencipta lagu la... Agak agak kalau aku buat lagu, boleh lawan Yuna ke tak ek? Rasa rasanya mau Najwa Latif melutut mintak lagu dekat aku... Hohoho... Malam tadi kan... Aku kan... Aku kan... Mimpi basah aku dapat duit ooooo... Tidur atas duit... Banyak oooo... Gila la...

2012/01/26

Kecemasan...

Kecemasan...

Nenonong nenenonggggg!!!

Lalu... Lalu... Kecemasan...

Aku dah cuak ni...

Tolong... Tolong... Ada masalah besar ni...

Ada yang dah mati... Tak mau hidup hidup! Yela kan... Kalau dah mati, lepas tu hidup semula, confirm la hantu kan...

Tolong... Serabut ni...

Telefon pintar ku, dah buat perangai...
Mati pulak dia...
Dah penat buat CPR sejak 4 jam yang lalu...
Tapi masih lagi mati...


NotaKarut: Macam tau tau je malam tadi aku pasang niat nak tukar telefon genggam!

Kaunter Pertanyaan...

Hai...


Aku tau aku ni baik hati...
Tak sampai hati nak hampakan permintaan orang...
Dah! tak payah nak puji puji...
Nanti kalau terkembang belakang punggung cam mana...
Dah la malam ni malam Jumaat... Eh? Intro sedikit ke laut!

Telah di tag oleh FARHANA ZIN untuk menjawab beberapa soalan dari beliau...
Aduyaiii... Aku ingat budaya tag mengetag ni dah lama pupus dah...


   11 Soalan dari Nana BamBam

1. Siapa kamu ?
Orang yang sangat mengarut, bukan gay, orang yang kuat makan, kuat tidur dan kuat segalanya, seorang yang genius tapi agak pemalas...

2. Berasal dari mana ?
Dari perut mak hasil perkongsian emosi mak dan ayah...

3. Umur ?
904,694,400 setakat 000025012012... Tak tau? Fikir la... Kalau siapa dapat jawapan aku belanja makan dekat hotel ayam...

4. Single? dah kahwin ?
Masih belum berkahwin LAGI...

5. Hobi ?
Makan makanan sedap sedap!!!

6. Cita-cita jadi apa ?
Jadi ultramen nak selamatkan dunia dari raksasa makcik joyah jongang jual nasi lemak dekat tepi simpang yang tak berapa nak sedap tapi tetap laku kerana dianya janda hot!...

7. Kalau anda jatuh hati pada seseorang, apa anda lakukan?
Dengan berhati hati memungut hati tu balik, lepas tu bawak pi hospital, lepas tu suruh doktor masukkan balik hati dekat dalam perut! Sakit hati tak jawapan aku ni? Dah... Jangan nak kecik hati...

8. Anda suka kepada binatang? binatang apa?
BeruWANG!

9. Coklat, strawberry, vanilla dan oren, Mana anda pilih? sebab?
Ice blended vanila coklat strawberry... Kenapa? Sebab? Kan aku dah kata, aku suka makan makanan yang sedap sedap... 

10. Lagu apa yang anda suka?
Pok amai amai belalang kupu kupu, tepuk adik pandai, upah air susu... Adik jangan nakal, nanti ayah yang terminum susu... Eh???

11. Apa pandangan anda tentang blog saya?
Pandangan hari ini sedikit kabur sebab belum mendapat nutrisi yang mencukupi yang diperlukan oleh otak untuk berfikir dan mata untuk melihat...

Sekiannnnnnnnnn...

NotaKarut: Jalan KL banyak tutup hari ni... Nasib baik tak banyak kereta... Orang Malaysia ni memang suka sambut menyambut ek... kadang kadang hari terkentut berdarah pun nak kenang dan sambut beria...

2012/01/25

Cara Mengatasi Peningkatan Kemalangan...

Kusyuk menonton buletin utama...
Di stesyen percuma walaupun tiap tiap bulan berbayar...

Pak menteri kata, nak laksanakan "hukuman penjara" bagi pesalah jalan raya...
Katanya, itu salah satu cara untuk mengurangkan kadar kemalangan...
Kononnya nak bagi peringatan dan pengajaran...

Itu pak menteri yang kata...
Ni Tukang Karut Pulak nak bermadah : "undang undang jenayah dan penjara serta hukuman sebat PATI sedia ada, sampai sekarang masih kurang atau hampir tak terlaksana, lagi mau tambah serabut kepala hakim!"

Apa susahnya...

Lepas ni jangan jual proton...

Apa kata ambil sekor dua LEMBU di NFC...
Ambil tali, ikat leher... Buat kereta lembu...
Habis cerita... Mesra alam gitu!
Tak ada jem... Kalau penat boleh minum susu lembu...

NotaKarut: Ni la... Ni yang aku malas nak mengarut ni... Ha kan dah.... Siap la kena ban blog aku ni sok... tak pun kena saman 100 juta rupiah!!!

2012/01/24

Tukang Karut...

Hai...

Sebenarnya, agak mudah nak menulis...
Lagi lagi kalau menulis blog yang tentang diri sendiri je...

Yang susah sebenarnya, penulis terpaksa berfikir mendalam untuk membuatkan pembaca tak menekan tanda pangkah di sudut kanan sebelah atas ni...
Bukan mudah nak menarik minat orang...

Walaupu kadang kadang entry seseorang itu mendapat komen yang banyak, belum tentu kerana isi entry tersebut menarik... Ini mungkin kerana penulis itu rajin mengomen di atas penulisan orang lain makan orang lain tersebut dengan paksa rela mengomen penulisan si penulis... Ini dinamakna komen terpaksa... FAHAM TAK?

SEDANG BERMUHASABAHSARAWAKDANSEMENANJUNG menilai diri sendiri...
Owh... Apakah???

NotaKarut: Cuba untuk mengedit blog sendiri... Nak ubah baju... Nak ubah letak... Nak ubah bloglist... Nak buat itu, nak buat ini... Tapi hampa... Kerajinan itu datang dalam masa 4 minit sahaja!

Cuti Panjang...

Akibat cuti panjang...
Selalu ke sana kemari...

Ada kala, kaki mengikut peraturan memijak pedal minyak mengikut papantanda...
Tapi kebiasaannya terlebih 30,40km/j dari yang dibenarkan...

Kadang kadang ternampak pak pacak di sebalik pokok... Di sebalik tiang...
Hati jadi kalut...

Dan sekarang otak sangat takut...
Mula mengaktifkan diri di MYEG...
Mana la tau kot kot tersangkut satu dua ekor lak!

NotaKarut: Ini semua salah kaki yang memijak pedal... nak tekan je tau nya...

Ehem...

Hai...

Bercuti lagi?
Bergembira atau sudah merasai kebosanan tahap melampau?
Ada orang ke dalam dunia maya ni?
Banyak pulak soalan ek...
Dah la blog sendiri pun berhabuk...
Ambil mood dulu sebelum mengarut...

NotaKarut: Badan penat kerana 3 hari berturut memandu jarak jauh berulang alik tanpa henti... Aduyai... Kena caj bateri ni...

2012/01/21

Selamat Bercuti...

2012/01/19

Pantun Selamat Malam...

Malam Jumaat Malam Berkat
Diibarat Malam Tujuh Likur
Kelopak Mata Semakin Berat
Memandang Suri Menelan Liur

Tinggi Tinggi Bukit Larut
Mendaki Mencari Si katak budu
Gelap Malam Semakin Larut
Hamba Memohon Diri Berangkat Beradu

NotaKarut: Selamat malam semua... Kalau nak komen, sila berpantun yea...

10 Fakta Menarik Mengenai Kentut...

10. Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.

9. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.

8. Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon.

7. Kentut tak berbunyi tapi tak berbau itu tandanya pengentut itu seorang yang pemalu, penyegan, tiada matlamat hidup... Kerap kali gagal dalam temuduga dan mencari pasangan kekasih... (hellooooo! semua orang kentut ok... Apa nak takutnya? Awat hang kalau kentut masuk toilet lepas tu cebuk dan flush ke?)

6. Kentut tak berbunyi tapi baunya... Ya ampunnnnn!!! Macam bau bangkai ikan kat pasar yang kucing tengok pun tak selera... Pengentut mempunyai sifat yang baik, tak suka menunjuk, merendah diri orangnya... apa orang kata DIAM DIAM UBI BERISI... Baguskan sifat sifat pengentut ni! (isk... Awat la hang ni loklak sangat... dah makan telur rebus 8 papan, mengalahkan biawak, lagi mau sorok sorok!)

5. Kentut yang tak berbau dan berbunyi kuat seperti bom prottt!!! menunjukkkan pengentut itu seorang yang tak takutkan sesiapa, jujur orangnya... (helloooo... tak reti reti nak pakai silencer kat punngung ke? Irama kentut kamu sangat tak mengiurkan...)

4. Bunyi kentut tersepit menunjukkan pelakunya seorang yang berjiwa besar... Bercita cita tinggi... Cepat menyesuaikan diri... selain itu dia juga mudah mendampingi wanita kerana terdapat satu aura yang menarik padanya... (hellllooooo! Hang dah tak berak berapa hari dah? Berak batu kah? Sampai ruang untuk laluan angin kentut tu pun dah hampir tertutup... Itu yang berbunyi nyaring je pasal dah tersepit!)

3. ..................................
2. ..................................
1. ..................................

Ok... Aku bagi peluang... Ada tiga lagi tempat kosong nak isi... Padahal aku malas nak fikir pasal pagi ni belum mendapat nutrisi yang mencukupi lagi untuk otak...  Sila merajinkan diri anda untuk isikan ye... kalau tak isi, aku kategorikan kamu sebagai pengentut no 7... Hohoho

NotaKarut: Malaun mana ntahsiot betul melepaskan kentut dalam lif... Bau telur rebus!!!!!!!! Siot... Terus hilang selera makan aku 4 minit!

2012/01/18

Kah Kah Kah...

Mulut manis...
Berjanji itu dan ini...

Hakikatnya mulut bau busuk...
Tak menepati janji itu sifat munafik...

Kamu... Kamu yang terbaik...
Mendabik dada...
Kononnya...
Cait!!!

NotaKarut: noktah...

Santau...

Terasa seperti mahu menyantau orang hari ni...

2012/01/17

Eh... Awalnya!

Hai...
Ada yang nak baling aku dengan lesung batu ke akibat entry yag ditulis sebelum ni?
Kalau ada aku nak nyorok belakang pokok taugeh ni...

Tadi... Tadi kan...
aku kan... aku kan...
TERBukak ChiIEmBiClick...

Bukan apa... Saja nak tengok berapa banyak hutang yang dah melilit pinggang!
Nak tengok baki pun sedih sebenarnya...
Ada la beberapa ratus sen dalam tu...

Tetiba...

Eh!!! 
Eh... Dah banyak!
Gaji dah masuk!!!

Awalnya...
Aduyai... Tak tau nak melonjak kegembiraan atau menangis tak berlagu...

Lepas tu tengok pulak bila next gaji masuk, 24.2... Owh... Sangat lama tuh!
Dah la bulan ni banyak cuti...
Cuti =  jalan jalan =  menghiburkan hati =  jalan cari makan = joli katak!

Owh... Panjangnya bulan Feburai...

NotaKarut: Ehem... Korang... Aku sengaja tak mau habiskan 5 sifat wanita yang menjengkelkan tu... Gila apa... Silap silap mau tidur aku malam ni kang kalau si suri baca... Tak pun dapat PIAT telinga free je...

5 Sifat Wanita Yang menjengkelkan...

Hohoho...
Hai... Selamat pagi semua...
Mulakan hari ini dengan senyuman dahulu...
Sila tarik nafas dalam dalam... ok tunggu sekejab... tunggu lama sikit sehingga muka jadi biru... Tunggu la... Sikit je lagi nak hijau tu!

Perghhhhh!!!
Best tak intro entry aku ni...
Kalau ada cikgu yang mengajar BM baca ni, mesti menangis teresak esak kegembiraan mendapat anak murid yang cemerlang terbilang dan terbuang...

Haippp! Tengok... 
Pagi pagi lagi dah mengarut!!!

5 Sifat Wanita Yang menjengkelkan Lelaki...
Aduyai... Tajuk ni...
Aku baca sendiri pun aku gerun!

5.    Sifat menunggu... 5 minit masa menunggu wanita bermaksud 45-60 minit waktu menunngu yang sebenar.

4.    Sifat di kedai makan... Senduk nasi... Owh... Terbanyak... Buang sikit... eh... Tersikit pulak nasi, senduk balik nasi... Nampak macam banyak, luak sikit... lepas tu Duk pilih pilih lauk... Usik usik... Tak ambil... Colek colek lauk, tak jugak ambil... Ambil kuah sikit... Colek lagi... Picit picit lauk guna senduk! Helloooooo!!! Kami kat belakang ni nak makan sisa cucukan dan colekkan kamu ke?

3.    Sifat depan ATM... Duduk mengadap depan ATM, keluarkan purse... Duk leka belek kad ATM mana yang nak guna... Pilih kad ATM... Lepas tu cucuk kad, lepas tu baca semua arahan yang ada, lepas tu pilih periksa baki, lepas tu baca semua arahan yang keluar di skrin, keluar henpon, bukak kalkulator, kira berapa nak keluar, fikir 2-3 minit, masuk jumlah nak keluar, lepas tu cancel... Lepas tu masuk balik kad! Lepas tu aku yang beratur dekat belakang ni dah sangat hangin satu badan, ok!!!!

Opppppssss... Ini sangat panas ok...
Sebelum aku kena baling dengan lesung batu, baik aku larikan diri dulu...
Babaiiiii...

NotaKarut: Ada nak sambung lagi ke?

2012/01/16

Hohohoho... Tora Datang Lagi...

Ada orang dalam kesusahan...
Hatinya gelisah...

Takut takut kalau TERcampak ke pendalaman...
Takut ke naik bot ke sekolah kalau TERcampak ke Kapit?
Takut ke nak jalan melalui offroad ke kalau TERcampak ke Bario?

Apa nak risau?
Kalau dah rezeki dan ada semangat guru sejati...
Campak kat mana pun, mesti berkhidmat untuk mendidik anak bangsa...

Aku doakan kamu mendapat tempat yang dekat seperti kemahuan kamu...

NotaKarut: Aduyai... Ada orang mencari aku di facebook rupanya... hohoho... Terasa kembang bontot sekejab hingga hampir tetas jahitannya... popular gak aku ni ek... hohohohohoho

Tak... Bukan Begitu...

Hai...
Guten morgen...

Entry ini ditulis untuk membetulkan kesalahan pemahaman bagi entry sebelum ini di sini...

Si suri belum lagi ada "isi"...
Belum ada rezeki lagi...

Yang dah berisi nya aku ni ha!
Mengandungkan cacing kerawit!
Perut dah maju macam kerbau bunting 3 tahun...

Ok... Itu sahaja...

NotaKarut: Mood nak bersarapan hari hancur berkecai gara gara kedatangan si dia dengan bau badannya yang hummmmpppp... What should i say... Potong stim betul la... Mengunyah cebisan peparu goreng berlada dengan hidung terkumat kamit menahan dari muntah... Aduyai...Last last tak kunyah pun, kumam kumam lepas tu telan habis! nasib baik tak tercekik...

2012/01/15

Rindui Aku?

Hai...

Rindu sama aku?

Apa?

Kenapa?

Jawab dulu... Nanti aku bagi tau...

Tak???

Hummmpppp...

Kuciwa sambil buat buat kira kacang buncit...

Dah la... Nak merajuk bawak diri la...

Nak pi cari batu belah batu tertangkup!

Mana la tau kot kot dekat celah batu tu ada lobster masak goreng cili berlada ke...

Ok... Ini mengarut...

Aku ngidam ni...

Rasa macam nak makan pulut santan durian!

Owh... Macam aku pulak yang berisi...

Yea... Aku dah... Perut dah maju macam mengandung 3 tahun dah!

Tolong... Jari aku tak nak berhenti mengarut!

Apa ni?

Ntah la... Tidur seharian di waktu hari Ahad memang sangat ohsem!

Bangun makan tidur makan tidur bangun balik makan tidur! Ohsemmmm!!!

Sekarang aku rasa macam dah bengong!

NotaKarut: Dah! Aku tau, korang rasa macam nak baling batu je kan... Tolong... Tolong jangan... Kalau nak baling sila baling lesung batu! Pasal itu la satu satunya barang yang tak ada dalam rumah aku ni...

2012/01/14

Apa Nama Ni???

Hai...
Salam hujung minggu...

Kamu... Kamu pernah tak rasa macam ada satu keadaaan atau ketika kamu rasa macam kamu pernah buat tapi kamu tak pernah buat pada hakikatnya atau pernah alami dan kamu tahu apa akan jadi lepas tu tapi kamu tak boleh nak elakkan?

Owh... Aku rasa macam terjadi dekat aku...

Apa namanya ni? 
Dejavu kah???

NotaKarut Misteri nusantaraaaaaaaa... Tora datang lagi... Sekian....

2012/01/12

Comel Sungguh La...

"Cuba kamu bukak HRMIS...
Hj. S kata dia dah hantar dah penilaian prestasi dia..."

Ha'ah bos... Hj. S dah hantar dah...

Mana kamu tahu dah hantar...

Sebab saya yang tolong buatkan... 
Hahahaha... Gelak dalam hati... Aduyai... Penilaian prestasi di dalam talian ini benar benar menyebabkan kepala bos bos pening pasal tak berapa reti nak isi... So... Muka kuat mengarut ni jugak la yang isi dalam kata lain hohoho isi markah untuk diri sendiri dan bos sendiri.... hahahaha apa la...

Ha! Bukak la cepat... Boleh bagi markah kang...

Ye... Lambat sikit bos... Tengah loading...

Eh... Kamu tahu tak SITI nak berlakon...
Dia nak berlakon dekat Indonesia?

Ha???? 

Aku tergaru garu dagu! Tetiba je!!!
Owh... Bos ku ini... Sangat la comel!
Aku pun tak tahu SITI nak berlakon kat Indonesia...

NotaKarut: Kepala pusing la... Darah naik kot... Ada cara lain tak nak turunkan balik darah selain tidur terlentang sambil kaki ke atas?

Footnote: Hj. S = 2nd bos, 

2012/01/11

Petua Menghapuskan Jerawat....

Dah... Jangan percaya kepada tajuk...
Aku belum tua lagi nak bagi peTUA...
Masih lagi peMUDA tang trang tang tang terlentang...

Muka aku ni... Bukan nak kata apa la...
Jarang sangat jerawat nak naik...

Memang sejak awal baligh dulu sampai la ni...

Bukan nak kata muka bersih... Tak pun okeyyyy...
Muka aku berminyak... Kalau diperah boleh buat goreng ayam KFC!

Tapi la ni...
Malam ni...
Ntah la...

Timbul pulak satu jerawat...
Bukan dekat dahi...
Bukan dekat pipi atau hidung...
Tapi dekat betul betul dekat bibir atas...
Sakit oooooooooooo... Membelon je ni...



Sekadar gambar hiasan... Buy 1 FREE 4!!!

NotaKarut: Ada keruntuhan besar dekat terengganu dalam buletin utama... Nasib baik aku cepat report... Boleh tidur lena...

Laporan Lalu Lintas...

Hari hari mendengar HotFM...

Sekadar menghilangkan rasa sunyi di pejabat...
Lagipun, tak nak la kantoi kalau kot kot TERtidur dan TERberdengkur kuat...

Setiap petang juga ada laporan trafiik...

Tapi macam pelik je...
Hari hari dengar...
Macam dengar benda yang sama je...
Balik balik jalan Tun Razak, Federal bla bla bla...

Ini rakaman laporan lalulintas untuk setahun ke ni?

NotaKarut: Sejak ada "pemantauan" berkala ni, semangat aku nak mengarut dah luntur la... Rasa macam nak buat blog baru je... Hoho...

2012/01/10

Didera~~ Adik Beradik Tiri...

Kau... Kita ni dari spesis yang sama...
Dari ayah yang sama...
Berkongsi nama awal yang sama...

Kita ni boleh diibaratkan sebagai adik beradik... Tiri...
Aku dah anggap kau sebagai abang dah...

Tapi kenapa engkau sangat tegar membuli aku...
Kenapa kenapa kenapa?

Kau kan tahu...
Walaupun kita ni sebapa seibu...
Tapi kita berbeza...
Badan kau kuat... Kuasa kuda berartus ratus...

Aku ni... Nama je kuda! Tapi kuasa kuda nya hampeh...

Yang kau pergi cucuk angin dengan aku di lane ketiga apahal?
Duk main lampu dengan aku... 
Hang gila ka? Dah tak ada kerja?
Hilang akal ke? Awat?? Biol minum todi ka?

Ye... Aku tau... Jalan kan jem... Tapi kan jalan seberang sana tu kan kosong...
Pergi la jalan sebelah sana kalau nak cepat sangat pun... Tak pun pakai la kipas atas bumbung tu... Confirm boleh cepat! Cepat mati!
Pandai tak boleh nak ajar betul la...

Jangan la nak menghina aku...
Huh!


Kita Adik Beradik kan...
HONDA EX5 dan HONDA Accord... Kan sama tu!

Cantik tak kuda putih aku... Tapi itu dulu la... Masa baru beli... Sekarang ni? Ntah la... Aku pun tak tau la... Dulu rasanya aku beli warna putih... Tapi ntah kenapa dah jadi warna kuning lak sekarang ni...

NotaKarut: Hati sakit.... Tapi sudah ok lepas tampal koyok!

Hello Malaysia...

Hai...
Selamat pagi bagi yang membaca di waktu pagi...

Cuba tengok cermin pagi ni ye tuan puan...
Cuba tengok mana la tau kot kot la ada garisan gariasan tanda penuaan...

Haaaa! Kenapa berkerut tu...
Mesti ada tanda penuaan kan... 
Eh... Lupa pulak... Korang yang berkerut tu mesti ada masalah sembelit... Confrim!

Oleh itu... Marilah kita melapangkan dada...
Melebarkan senyuman...
Dan memaniskan muka semanis kurma!
Peace!

NotaKarut: Tahniah kepada yang dah terBEBAS... Harp harap lepas ni tolong la jangan buat kami kami ni rasa tak TERbebas pulak yea... Sekian... Undilah tukang karut dalam PRU13 di dalam parlimen Tampin berlawan dengan menteri KKR, Shaziman... Hohoho... Tak nak undi??? Huuummpppp... Lempang nak? Buat muka lak!!!

2012/01/09

Rama Rama Dalam Perut.

Ada seekor rama rama telah tersesat dalam perut aku.


Ntah bila ntah dia bertelur.

Sekarang rasanya dah membiak.


NotaKarut: apa perasaan anda bila dikutuk?

a) terjun ke laut bersama sama labunya

b) jadi pak pandir, biar kan, biarkan ia berlaku, ada otak pakai, ada telinga dengar, ada mata pejam...

c) letak C4 dekat pengutuk?

d) agak kejam sikit.... Tiada satu pun di atas...


Huhhh! Apaadahal... Hati kering maaaa....


P/S: agak sibuk, tak sempat nak melawat...


Published with Blogger-droid v2.0.1

2012/01/08

B.O.D.O.H...

BODOH...

Yea aku bodoh...

Dah tu kamu pandai sangat???
Tunjukkan la kepandaian kamu!!!

NotaKarut: Orang gila tak mengaku dia gila... Betul tak?

2012/01/07

Bebas 901...

Kamu...
Iye kamu yang sedang membaca...

Kamu ada kereta?
Ada? Ada yang mengunci merantai kereta dan mengurung kamu di rumah kah?

Kamu tiada kereta...
Betul... Ada pengangkutan awam tak? LRT... Komuter bagai!
Ada yang melarang kamu menaikinyakah?

Kamu... Aku percaya kamu punya blog... Punya facebook... Punya ntah apa apa lagi...
Apa yang kamu tulis?
Terkongkongkah penulisan kamu? Jujur padaku...

Kamu punya gaji? Atau kamu memperoleh pinjaman pelajaran...
Kamu pasti punya akaun bank...
Akaun bank kamu disekatkah?

Duit kamu... Ye duit yang ada di dalam dompet kamu...
Sehelai... Dua helai... Banyak helai... Siapa yang peduli berapa kamu ada...
Kamu kaya? Kamu miskin? Ada siapa peduli?
Ada yang melarang kamu menggunakannyakah?
Ada kedai tidak menerima duit kamukah?
Ada bank menendang duit kamukah?

Kamu... Aku pasti kamu punya kaki...
Jika tidak ada kaki kamu mungkin ada kerusi roda...
Lihat pada kaki kamu... Dibelenggukah?

Kamu... Kamu lihat sekeliling kamu...
Apa yang kamu nampak?

Ada kamu nampak segerombolan askar memegang M16?
Ada kamu nampak sekatan di setiap jalan keluar?
Ada kamu perasan beras boleh dibeli dengan mudah semudah mudahnya?
Apa la sangat beras! Pizza pun dihantar ke rumah!

Kamu? Aku pasti kamu belajar...
Jika tidak kamu pasti tidak pandai membaca ini...
Tersekatkah kamu untuk belajar?
Kamu belajar tak pandai? Siapa suruh kamu bodoh... Masa sekolah kamu lari masuk hutan!

Apa jawapan kamu untuk semua persoalan di atas?

TIDAK jawapan kamu?

Dah tu!
Apa bebas yang kamu mahu?

Disebabkan bebas kamu, kami rasa seperti kami pulak yang tidak bebas!

NotaKarut: Bebas? Bebas yang macam mana? Kamu tidak bebas kah? Owh... Mungkin kerana kamu dibelenggu dengan satu pemikiran yang jumud! hahahaha...

~~Entry serius....

Lupa Letak Tajuk La Pulak... Versi Romantik Sentap!

Dalam perjalanan dalam kereta bersama sama si suri... Dengan niat nak menunjukkan sifat romantis... Terdengar lagu Search Fantasia Bulan Madu... Mulut mengikut bait bait lirik dengan penuh perasaan mendalam...
Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora
Demi cintaku padamu 
Kukorban........


Abang... Abang nyanyi ke baca sajak ek???
Sentap ok... Sentap...
NotaKarut: Semakin hari semakin hilang taring nak mengarut... Owh... Sindrom ketuaan kot...

2012/01/05

Sajak Bertajuk "Lepas Tu..."

Mengadap PC...
Nak buat penilaian prestasi sendiri dan anak buah...
Lepas tu tenet lembab...
HRMIS dah jadi hamis!

Lepas tu aku mula tertekan...
Bila aku dah mula tertekan...
Kepala mula menjadi berpusing pusing...

Lepas kepala terasa berpusing pusing...
Perut mula buat hal...
Tak lapar... 
Tapi perut mengada ngada menghantar isyarat melalu saraf tunjang ke otak untuk minta diisi...

Lepas tu otak mentafsir isyarat yang diberikan perut...
Lepas tu mula la otak berkerja keras!
Lepas tu tertekan...
Lepas tu aku rasa nak makan!
Lepas tu aku tak jumpa makanan!!!
Lagi tertekan...

Lepas tu...
Lepas tu... Three la!!!!

NotaKarut: Aduyai!!!

Bini Marah...

Bang mai rapat rapat bang...

Ada macam macam buah ada bang...
Manis manis bang...

Ada jambu madu bang...

Kalau nak manis, ada mangga madu bang...
Ciku madu pun ada...
Semua pun manis... Semua pun madu bang...

Madu?

Tak boleh beli! Nanti bini marah!

Sambil berlalu meninggalkan awek cun peniaga buah terpinga pinga kepeningan...

NotaKarut: mood awal tahun... penilaian prestasi... prestasi kerja? erm... nak kena bodek bos lebih ni....

2012/01/04

Melaka Noktah.


NotaKarut: Ntah kenapa gambar ni... Penat aku tunggang terbalikkan... Tetap cam ni... Budak botak comel!

2012/01/03

Banjir Musim Kemarau...

Hujan? Hujan tak ada...
Ribut? Langsung tak ada...
Kalau ada angin pun rasanya seperti iras iras kentut di air kali je...

Malam ni malam yang panas...

Tapi...

Walaupun panas... Kemarau...
Tetap banjir jugak...
Tapi dalam rumah!

Ini semua gara gara ombak rindu!
Huh!!! Nak ngata aku ketinggalan la tuh!
Biar la... Kan masa cerita ni keluar aku tengah sibuk!

Eh... Sat... Bukan aku yang banjir...
Walaupun ada sedikit habuk yang masuk dalam mata aku ni... Habuk ye... Jangan salah faham ye...
Ni ada orang sebelah ni yang terlebih feeling... Dah banjir dah...

Opsss... Dia tak nampak aku taip ni... Hohoho...
Kalau dia tau, mati aku kena piat kang!

NotaKarut: Nak kata apa? Nak kutuk aku la tuh!

Hai...

Hai...
Selamat tahun baru...

Hoho... Lewat?
Tak ada la... Hari ni baru masuk hari ke 3 di tahun baru...

Azam tahun baru?
Tak ada... Belum fikir lagi...

Misi tahun baru?
Tak ada... Belum fikir lagi...

Visi tahun baru?
Tak ada... Tak terfikir lagi...

Semua tak ada?
Elehhhhh... Macam la korang tu ada...
Kalau ada pun azam, mesti azam ricycle 8 tahun lepas punya... Betul tak?
Ha... Tu... Tu ada yang mengangguk tuh...

Hari ni monday blues...

Apa? Hari ni bukan Isnin ek?
Ok... Anggap je hari ni Isnin...

Mengantuk! Sampai di USJ semalam pukul 1.30 pagi...
Golek sana... Tak kena...
Guling sini tak kena...
Ini semuga gara gara terlebih minum nescafe dan tongkat ali...

Dah tengok sebelah kiri Blog karut ni?
Owh... Aku baru tau yang shoutmix dah kena bayar rupanya...
Ketinggalan? Eh... Tak ada la...
Cuma tertinggal keretapi sikit je...

NotaKarut: Sekian karangan tahun baru saya!