2012/03/31

Lirik Mengarut: Terukir Di Bintang...

Jika engkau minta beriani kambing tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku kebas burung rajawali dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Perut ini bukan milik ku lagi
Semuanya untuk baby ku nanti
Dan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan apa mahu ku
akan kuturutkan kehendak mu wahai bintang hatiku

Komposer: Tukang karut...
Tukang buat lirik : Tukang Karut...
Tukang buat hujan turun dengan lebat : Tukang karut...

Korang yang baca: Tukang carut...

NotaKarut: Macam macam si suri mengidam...

2012/03/30

Ceduk Tazkirah Jumaat...

Kata Kata Jumaat.

"Dalam mengejar hal hal dunia, kita mesti menjadikan perbandingan dengan orang yang lebih bawah (susah) dari kita..."

"Sebaliknya, dalam mengejar hal hal Akhirat, kita mesti  membuat perbandingan dengan orang yang lebih atas (alim ulamak)...

NotaKarut: Sekadar berkongsi... Bukan kongsi lu langsi lu mati pucuk lhorrrr...

2012/03/29

Tanda Tanda... Tandanya...

Hai...

Sindrom satu: Pagi pagi sampai pajabat... 
"clock in" lepas tu "panas" kan komputer... 
Awat?Pelik ka? 
Hang pa macam tak pernah panaskan komputer lak... 
Komputer  yang pegawai gomen pakai sekarang ni semuanya zaman tok kadok, tok belalang dan seangkatan dengannya pakai... 
Lepas tu turun cafe... 
Dari hujung kedai ke hujung kedai... 
Duk tawaf dari satu kedai ke satu gerai... 
Yang nampaknya bihun goreng, me goreng, nasi goreng, nasi lemak tak sedap!
Kumam kumam, kicap kicap, telan je la apa yang ada...
Bak kata uwan aku "asal boleh nyambung nyawa sampai ke petang, udah ler..."

Apakah petandanya itu?

Sindrom dua: Waktu tengahari...
Turun ke cafe bawah... 
Tengok lauk... 
Pandang ayam goreng... 
Jeling ayam gulai... 
Pandang  sinis terhadap ikan pari bakar... 
Pandang sipi ikan gulai...
Owh... Tak bernafsu tengok makanan tu... 
Mata yang nakal ni dah naik muak dengan makanan yang sama... 

Apakah petandanya itu?

Apakah petandanya itu?

Apakah petandanya itu?

Jangan nak kata "tiga kali Jumaat je lagi, jalan la ni..."
Aku cepuk kang!

Owh... Hidup ini semakin membosankan dengan makanan yang sama je...
Itu tandanya semakin tua... Semakin muak... Semakin... Makin mengada!

NotaKarut:

Najwa Latif

menangis lepas baca entry sebelum ni...

2012/03/28

Lagu Mengarut: Kosong Kosong...

Kau melihat perutku
Seperti mahu mengutuk ku
Yang menggembirakan dirimu
Perut dan nafsumu

Kau mengataku
Kau bilang mereka tak tahu
Di sebalik bajuku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuat perutku rasa
kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari makanan
Kau tak biarkan perutmu
kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak mengungkit
Membaham semua makanan yang kau berikan

Kini aku lambat berjalan
Kerana perut Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Oo Oo
Perut ku Kosong kosong

Oo Oo
Perut ku Kosong kosong


NotaKarut :
Ayam golek dijadikan juadah
Dihidang gadis sunti bergetah
Baca sudah gelak pun sudah
Jangan lupa pantun barang sepatah

2012/03/27

Kepuasan Hidup...

Hai...

Hai semua... Hai...
Taksiran cukai pendapatan dah buat ke belum?
Ada 34 hari je lagi nak buat taksiran...

Ok... 

Kalau aku sudahkan entry ini di sini... 
Rasa rasanya apa yang korang akan buat ek?
  1. Baling kek resepi rahsia.
  2. Rejam guna double dutch aiscream...
  3. Campak atas tulang ikan parang...
  4. Apsal semua jawapan di atas ni makanan je ni??
Tahap kepuasan hidup ni bagi sesetengah orang berlainan...
Ada yang puas dengan dengan memiliki rumah besar, kereta besar, cincin besar, perut besar, punggung besar!
Ada jugak yang puas dengan memiliki apa ang ada seadanya...

Tapi bagi aku, salah satu kepuasan hidup adalah "bangun pagi dengan bersemangat jitu dan dapat melepaskan hajat besar dengan senang dan lancar selancarnya... Puas lagi kalau dapat lepaskan dalam satu bom je..."

NotaKarut: Tadi timbang... Hati mulai risau... Kenapa jarum pemberat itu macam menipu je?

Teka Teki

: Apa benda, kita belum bangun lagi dia dah bangun dah... Kalau dia tidur alamatnya dah tak lama dah tu...

2012/03/26

Gatal Gatal...

Hai...

Korang mengalami Monday blues? 
Haipppp... Apa kena mengkome ni?
Takkan sepanjang 56 minggu ada sesaje monday blues kot???
Ok... Aku mengata diri aku sendiri yea... Sila jangan ambil hati mahupun jantung hatta limpa sekalipun...

Lelaki... Kalau tengok perempuan cantik...
Confirm tak lepas dari padangan...
Dari atas... Beralih ke bawah... Atas bawah... Bawah atas... Lepas tu duk jeling tengah tengah...

Kalau ada perempuan di sebelah...
Confirm kena cubit dan diselangi dengan cubitan manja yang berbisa seraya berkata "you ni gatal la!"...

Lelaki... Kalau TERtengok perempuan seksi...
Pastinya nak terjojol terkeluar biji mata...
Duk bayang berapa besarnya gunung ganang buah buahan tempatan...

Kalau ada si gelpren dekat sebelah...
Dah tentu kena lempang manja manja lalu berkata "you ni gatal la..."

Haippp!!!
Apsal lelaki je yang kena?

Ce jawab... Ce jawab... Ce jawab...

Kenapa tak disalahkan... erk... Aku nak salahkan siapa ek?

Dah namanya pun lelaki...
Lelaki lebih menghargai kecantikan... kononnya la...
Betul tak wahai lelaki?

NotaKarut: kaki dimasuki semut dan menjadi sesemut!

2012/03/23

Hai...

Hai...

Hai kamu...
Apa yang mahu kamu aku karutkan???
Aku seperti kehabisan idea...

Apa yang kamu fikirkan???
Atau apa yang mahu tahu tentang aku...

NotaKarut: Terasa seperti kehilangan beberapa sahabat di alam maya ni... Kerana mereka dah tak selalu bercerita atau menghilangkan diri... Mungkin mereka pun seperti aku, kekeringan idea...

Hati Berdebar debar...

Tadi... Tadi kan...
Ada awek cun gred A+++ datang ooo...

Nak jumpa pasal nak buat kajian...
Wangi je... 
Kalah lisa surihani la... Betul wa cakap lu...
Wa berani potong &*&^% maaaaa....

NotaKarut: Masih lagi terkejut!

2012/03/21

Khas Untuk Orang Terengganu...

Dengar ceritanya ramai blogger orang Terengganu di alam maya ni...

Tak kan tak nak "say hello" dekat tukang karut yang sesekali tidur di Kuala Terengganu ni kot?
Moh la kita berjimba jimba malam ni...
Dah la sengsorang je ni...
Bos dah balik dah...

Tak ada ke yang nak belanja sotong goreng tepung ke... satar ke... dengar dengar cerita kat sini sedap kopok lekor... Tang mana sedapnya tuh?

Saja tanya walaupun dah tau...

NotaKarut: Autopost entry pasal tak ada beruk band... Ini semua malam semalam punya taipan... Satu malam taip 3,4 entry sekali gus... Habis cerita... Hohoho...


Lawak Bodoh...

Semalam punya cerita...
Hari ni mau cerita...
Takut takut esok terlupa...
Atau takut esok telah tiada...

"Selamat datang en... Ke Felda Residence Kuala Terangganu"

"Selamat Selamat...."

"Boleh saya dapatkan IC en untuk pendaftaran..."

Bla... Bla... Bla.... Ayat biasa bila di lobi hotel...

Sambungan...

"En. ada bawak kereta tak?"

"Ada... Tapi saya tak parking di sini..."
"Saya parking jauh..."
"Bukan apa... Besar sangat... Tak muat nak parking kat sini..."
"Driver saya park dekat airport!"

Terkulat kulat awek cun di reception hotel berfikir....

Hik Hik Hik... Suka pulak bila tengok orang blur blur...
Korang faham ke tak ni? Ke korang blur gak...
Tu la... Dulu mak bagi susu ibu tak mau...
Sibuk nak nyonyot susu lembu...
Tu yang lem#$$...

NotaKarut: Bosan dan mati kutu bila en berukband dan en telephon pintar tak ada....

2012/03/20

5 Kisah Dalam 1 Kisah...

Hai...

Kisah 1.: Kelam kabut punya pasal, hari ni mati kutu... En. BerukBand tertinggal dekat rumah... BUkan hari ni... Hari esok... Hari lusa... Ini pun sangat gigih pergi ke lobi hotel felda residence untuk meng"konek" internet... Opsss...

Kisah 2.: En Telephone pintar masuk ICU lagi... Kali ni LCD problem... Katanya kalau nak repair dalam RM660... Umaghaihhhh! Baik aku angkat Glaxy Note je....

Kisah 3.: Tadi encik bos terlanggar pintu kaca... Hik hik hik... Gelak dalam hati je... Hik hik hik....

Kisah 4.: Masih terasa kemabukkan "sakit pagi!"... Ini pun rasa nak muntah sesaja...

Kisah 5.: Sikat... Sikat pun tertinggal... Apa lagi... ubat ketiak... Macam macam tertinggal... Aduyai... Tensi je...

NotaKarut: Sekian laporan berita daripada wartawan tak bertauliah!!! Aku pening nak muntah ni... K... Babaiii... Tak sempat nak blogwalking sebab en. berukband tertinggal... Sekian harap maklum...

testis...

Testing testing....

Kenapa aku tak boleh post baru ni?

Terbang Lagi...

Minggu lepas lepas terbang...

Minggu lepas pun terbang lagi...

Hari ni pun nak terbang lagi...

Nak ke Kulala Terangganu...

Haihhh! Masam la muka cik suri aku...

NotaKarut: Lawa pulak peramugari yang jaga kaunter ni... Tak sia sia menunggu lama dekat KLIA... Haippp!!! Jangan nak kata aku gatal... Aku hanya memuji ciptaan Allah sahaja... Ayat! Hohoho...

2012/03/19

Penumpang Hantu

Hari petang Khamis lepas Sang Jurutera terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana ada urusan kerja yang mendesak. Selesai menyempurnakan kerjanya kira kira jam 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Kuala Lumpur sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia terpaksa bekerja.

Sampai di Bukit Putus, dia memilih untuk melalui jalan lama yang bengkang-bengkok tu, takut mengantuk katanya kalau ikut jalan baru yang lurus bendul tu...

Sunyi sepi! Hanya berselang 5minit baru dia berselisih dengan satu lori...

Tiba tiba si jurutera pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya.

Cantiknya!Bisik hatinya... Hantu kot...
Tapi akalnya dan nafsunya menyuruh menolong gadis cantik itu. Lantas dia pun berhentikan personanya dan bertanya

“Apo halnyo cik adik malam-malam buto kek sini?”

”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”.

Entah macam mana si jurutera pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

”Ngam la tu... Ese pun nak ke Soghamban gak ni”…
"Buleh la buek toman burak... Boring lak drive sengsorang ni ha..."

Tapi hatinya masih lagi was-was… Si jurutera pun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk.

Si cantik manis tersebut terus aje duduk di depan sebelahnya. Si jurutera cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu…

Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika…

Tiba-tiba… dia mula merasa seram dan meremang bulu roma bila hidungnya menacap bauan wangi. Wangi seperti bunga... Bunga yang kembang di waktu malam...

Terkumat kamit mulut si jurutera membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .

Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh ke arah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”Apo pasal cik adik ni pakai baju putih malam-malam buto ni ek???

”Ini memang pakaian rasmi saya setiap malam Jumaat bang… ”

” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu...

”Tapi.. putihnya lain macam jo… tak ponah pulak ese nengok eh ” tanya si jurutera tu lagi.

”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”

” Eyea… lain macam bonar la. soram sojuk pulak dibuat eh… ”

” Ehh... Abang ni... Takkan sampai seram kot… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

NotaKarut: Eleh... Takut la tuh!

MindSet...

Hai...

Pagi tadi... Semasa bersidang antara ahli ahli mesyuarat tingkap di cafe...
Semasa sedang enak membelai perut dengan roti banjir berkuah kari yang lazat sehingga menjilat jari telunjuk...

Antara topik hangit yang dibincangkan...

"MindSet orang melayu ni, dari masa kecik hingga masuk U... Adalah nak jadi pemakan gaji... Tak ada semangat nak berniaga atau kalau nak berniaga pun, mengharapkan bantuan kerajaan..."

Ok... Ini serius ok... 
Kalau difikirkan balik... Ada betulnya...

NotaKarut: Jom bercambahkan idea... Mana tau kot kot lahir seorang usahawan... Paling tidak pun jadi cendawan... OK... Ini bukan entry lucah ye... Aku nak ke masjid sebab cik ungu dah ajak tadi!

2012/03/18

Apa Pandang Pandang Nak Skodeng ke?

Kelmarin...
Masa lepas landing di KLIA...

Tempat pertama yang dituju adalah En Tandas...
Nak melepaskan air buangan di atas awan sangat sangat la tak selesa...
Bergoyang goyang...

Ok... Disebabkan bilik tandas dah fully book...
Terpaksa la guna yang berdiri tu...
Jarang guna jenis yang ni... Pasal tak berapa nak selesa...
Tapi pasal dah overloaded punya pasal...
Pejam mata je la...

Opppppssss... Bukan yang ini tau...


Haippp!!! Yang ini pun bukan tau...
No... No... No... No nakal nakal ek...


Ok... Itu je nak cerita...

Eh... Huhu... Rasa nak lempang aku la tu...
Masa tengah sedap membuag tu...
Ada pulak mamat ni duk sebelah nak kencing jugak...

Duk tertengok tengok jeling jeling lak...
Apa Pandang Pandang Nak

Skodeng

 ke?


"Awat? Tak pernah tengok yang kecik lagi ke?"

NotaKarut: Sentuhan listrik... Eh... Sentuhan mengarut tiada... 

2012/03/15

Perhatian Untuk Kamu...

Kamu... 
Khas kamu yang hidup atas duka lara orang lain...
Kamu yang tak pernah kenal erti dosa pahala...
Kamu yang tak reti mengerti titik peluh orang lain...
Kamu yang hanya mementingkan diri sendiri...

Khusus untuk kamu yang bergelar pencuri...

Tahukah kamu...
Aku tak akan maafkan kamu...
Walaupun kamu hanya berkata kamu hanya mencuri KASUT!

Semalam... Si suri telephone bagi tau, rak kasut telah menjadi "kosong"...
Dua pasang kasut si suri, 5 pasang kasut aku... Telah ghaib... Di"pinjam" si pencuri...
Cilaka sungguh...

Yang tak bestnya tu, kasut hantaran aku pun kena tibai...
Wakkkluuu!!! Aku simpan 3 bulan duit gaji baru dapat beli kasut tu tau...
Ntah ntah kau jual 20-30 hinggit... Padahal kasut tu gaji seorang amah indonesia yang baru tau... Cilanat lu!

Selipar jepun tak nak pulak kau tibai!!!

NotaKarut: Sampai mati... Aku tak redha...

"Pagi Sakit"...

Sejak semalam...

Naik belon...
Turun belon...
Naik belon turun belon...

Rasa tekak ni mual... Jangan nak kata aku tak biasa naik belon! Dah beratus kali aku naik belon dah! Bukan takat langgar awan... drop secara tetiba pun pernah...

Pagi ni bangun... Terasa seperti mahu mengeluarkan isi perut...
Owh... Adakah ini yang dinamakan pagi yang sakit a.k.a. : "morning sickness"???

Agak agak boleh berjangkit ke ek dari puan suri?
Ada tak doktor di alam maya yang sudi memberi keterangan terhadap hamba yang jahil lagi hina ini?

NotaKarut: Terasa nak... Nak... Uwekkkkkk!!! Bau ketiak siapa la ni... 

2012/03/14

Penat Nak Fikir Tajuk, So Aku BUat Tajuk Hari NI Tajuk Ntah Apa Apa Ntah... Hoho... Panjang Tak Tajuk NI? Mesti Korang rasa Nak Sula Je kan...

Sila Rujuk Tajuk Di Atas...

Sekian Terima Kasih...

Eh...
Belum habis lagi la...
Baru sampai Kota Kinabalu ni...
Lompat dari Kuching ke Miri dan lompat lagi ke KK...
Aduyai...
Patah pinggang cek ni ha...

Nak mengarut cerita apa?
Tak ada... Saja... Aku nak update entry...
Ada aku kesah?
Ok... Kalau aku depan mata korang mesti nak baling dengan telur busuk kan kan kan...\

NotaKarut: Dengar cerita kawan rapat aku dah berpunya... Segan pulak nak tanya... Ye ke u?

2012/03/13

Terasa

Kemaluan

Ku Membesar lak...

Korang pernah tersalah hantar SMS tak?

Kalau korang tersalah hantar SMS kan kan kan...
Apa yang korang akan buat ek?

Tadi kan... Si suri SMS aku...
Ala... SMS biasa jea...
Tanya dah check in hotel ke belum kan...

Tapi kan... Aku kan... Aku rasa aku dah tersalah hantar la...
Sebab dalam masa yang sama ada SMS dari bos...

Dah la bersayang sayang mayang duk bayang terlayang...

Aku rasa macam nak terjun dari pokok... Kali ni pokok apa ek... Dulu nak terjun pokok taugeh korang gelakkan aku... Dah la aku ni gayat dekat tempat tinggi... Rasa macam nak terjun... Terjun tiruk Pool Hotel Riverside Majestic ni la...

NotaKarut: Aktiviti mengendap "kucing kucing" jinak di Kuching ini terpaksa dilupakan sejak bergelar daddy to be... Ni nak pakai ketayap je ni...

Ok... Aku lupa... Tajuk tu memang bukan macam orang yang baik baik kan... 

Cerita Semalam... Cerita Makian...

Semalam punya cerita...

Kenapa semalam punya cerita hari ni baru mau cerita?
Eh... Dah semalam aku tak berapa nak ada mood nak menulis...

Best tak intro aku?
Rasa macam nak baling kek indulgen kek resepi rahsia tak?
Ke rasa macam harammmm!
Tapi... Ada aku kesah???

Petang semalam... 13 saat selepas detik 2.23pm... 

"kringggg... kringggg..."
Telefon berbunyi... Tak dan nak bunyi untuk kali kedua pun sebab aku dah sambar cepat...

"Hello... Can i speak En. Tukang karut?"... Ok... Ini aku tipu...

"Hello... Selamat petang... Ye... Saya..."

"En jurutera... Kami di sini penduduk &*%^$## Selangor sudah beberapa kali membuat aduan..."
"Dulu En. jurutera ada mari ini tempat..."
"Tapi apa tindakan En. Jurutera?"
"Kami di sini di ambang maut"

"Ye pu..." Tak sempat nak potong nak kena cantas...

"Apa you all buat? Makan gaji buta ka? I tiap tiap tahun i bayar income tax..."
"Gaji gomen pun sudah naik"
"Apa lagi you all mau ha?"
"Mau tunggu orang mati ka?"
"Apa action you"

"Ye pu..." Tak sempat nak potong nak kena cantas...

"I mau you all turun sini"
"Kasi tengok ini tempat..."
"Sudah manyak telok"

"Ye pu..." Tak sempat nak potong nak kena cantas...

"You datang sekarang!!!"

Aikk.... Main kasar...
Terus aku letak ganggang telephone dekat tepi radio...

Amboi... Sedapnya budi bahasa dia...
Kalau la aku dibenarkan bercakap kasar...
Dah lama aku bahasa kan dia!!!

Dan ini bukan kali pertama...
Dah 5,6,7 kali dah...
Lagi pun bukannya tak ada action... Lagipun semua ni di bawah BIDANG KUASA MPSJ...
Dah lantik perunding... Dah lantik kontraktor... Sabar je la...

Kamu... Kamu... Dan kamu...
Jika kamu membeli rumah di tepi cerun...
Takukah kamu... Kamu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hartanah kamu...

Bukannya kamu membeli 4,5 biji rumah dengan harga 300k kemudian menjualnya dengan harga 700k dan kemudian kamu mendapat untung seuntung untungnya dan kemudian bila sesuatu berlaku ke atas hartanah kamu, kamu mau JKR membayar kamu atau dalam kata lain membaiki kawasan perumahan kamu! Tidak adil kepada pembayar cukai lain jika kami membaiki kawasan persendirian!!! INi tidak adil tidak adil bagi ku... Eh... Terperasan macam Yuna lak...

Sekian... Pesanan khidmat nasihat teknikal...

NotaKarut: Bersiap nak ke KLIA...

2012/03/12

Doraemon Oh Doraemon...

Hai...

Dulu... Masa aku bujang dulu...
Masa nak keluar outstation mesti aku sangat bercinta!

Dulu aku pernak tulis pasal ni...
Banyak... Ada kat sini, sinun, situ, situn!

La ni... Masa awal awal kahwin dulu sangat la bahagia...
Eh... Sekarang pun bahagia gak la! 

Sebelum si suri terkena mabuk sakit buatan orang ni...
Kalau nak keluar outstation, bagitau je...
Tau tau je dah siap dah baju dikemas dalam beg!

La ni... erm...
Sang suri terbarinng kelesuan dek kerana kemabukan...

Ini membangkitkan penyakit lama aku mai balik dah!!!

Penyakit malas nak kemas baju sendiri untuk dibawak outstation!
Sangat bercinta ok!

Penyakit malas ni kalau ada anugerah... Ermmm....
Rasanya Zizan pun meleleh air liur tengok aku asyik menang je!

Kan ke bagus kalau ada  Mesin Mengemas Baju Untuk Outstation!!!

NotaKarut: Lapar... Aku perlukan nutrisi!!! 

p/s: Esok nak naik belon... 13-14 Mac di Kuching... 14-16 Mac terbang ke Kota Kinabalu... 20-24 Mac Terbang ke Kuala Terengganu! Ok... Aku bukan superman yang gila pakai seluar dalam dekat luar lepas tu gila nak terbang sana sini ok!!! Dah... Jangan nak mencebik... Kang aku debik kang...

Aduyai... Masa si suri mabuk ni pulak la banyak kena keluar outstation!

Lidah Terbelit...


Gapodio menatang primi gravida lak ni Doktor?
Ese ni ha orhang kampung...
Nak nyobut menatang alah ni pun terbelit lidah den ni ha!

Buek sebelum apo namo eh tu... 
Ala yang sobolum jadi primi gravida tu tak yah ajar pun tak po...
Kok Doktor yang nak ngaja ese pun tak po...
Ese relo! Eh???


Tahniah kepada El-Jannah kerana menjadi ahli yang ke 700 orang orang yang suka mengarut! Lepas ni jangan menyesal pulak follow blog yang banyak mengarut ni... Ramai dah yang menyesal dan unfollow!

NotaKarut: The End!!! Bos panggil la pulak...


2012/03/11

Geli Geli...

Hai...
Salam hujung minggu...

Report hari ni... Menjadi suri rumah membasuh menyidai dan melipat baju...
Penyangkut bajunya sahaja kalau disusun dari aras lantai dah melebihi paras lututssss...
Bayangkan la pulak berapa banyak baju yang ada...
Ye la... Puan suri terkena "sakit buatan orang" atau dalam kata lain, tak ada penyakit pi cari penyakit...
Bukan orang lain yang buat... Salah aku jugak kan...

Nikmat Allah tu luas...
Tak tergambar dan terucap dek kata kata...

Tapi... Tapi kan... Orang selalu kata kalau kita korek hidung...
Orang mesti kata...
"Eiiii! Pengotor loklak kau ni!"

Tak pun kalau kita TERkentut depan orang ramai...
Mesti kena kutuk kawkaw punya la...

Hellloooo! Itu salah satu nikmat Allah jugak tau...

Ce kalau kita ta boleh nak korek hidung...
Ce bayangkan...
Confirm tersumbat hidung kita tu dengan bijih bijih timah+emas+tahi besi tu!
Tak ke susah nak bernafas...  Tak ke haru tu...
Dah la bulu hidung pun terkeluar keluar... Halus halus lak tu bak jerami padi!

NotaKarut: Lubang hidung dah besar pasal hari hari dijolok dengan jari sebesar balak! Terasa macam nak pakai lidi la pulak lepas ni biar mancung je macam ShahRukhKhanCing!

2012/03/10

Blog Brutal...

Hai...

Salam malam hujung minggu...
Apa menu makan malam ni?

Ayam percik?
Sate?
Ikan bakar?
Apa yang istimewa bagi kamu???

Aku?
Menu aku kelmarin jagung rebus!

Semalam pun jagung rebus...

Malam ni pun jagung rebus!!!

Esok malam pun confirm jagung rebus!!!

Ini semua gara gara terbeli banyak jagung masa balik dari kelantan hari tu....
Tersinggah pulak dekat cameron highlands...

Sampai berak pun terkeluar sebutir sebutir jagung...
Kuning je...
Ce bayangkan la jagung tu keluar sebutir sebutir...

NotaKarut: Kadang kadang kalau tulis

lucah

sikit sikit tak pe kan?

NEELOFA

Pening... Pening... Pening...

Dalam kepala ada banyak wayar putus...
Hari sabtu pun kena kerja...

Time pening ni layan blue dan gambar lucah  gambar seksi

NEELOFA

 pun best gak ni...








NotaKarut: Sabun di bilik mandi... Sabun di bilik mandi... Sabun! Kenyang makan nasi lemak 2 hinggit...

Tercongok Macam Kayu...

Hari ni hari Sabtu...
Hari cuti okehhhh!

Tapi hari ni sifat RAJIN aku datang membuak buak...
Pukul 9 pagi dah tercongok dekat ofis...

Lengang...

Memang la kan...

NotaKarut: Jadual bulan 3 dah penuh... Terpaksa datang ofis hari sabtu nak siapkan kerja... Haihhh... Tapi dah 1/2 jam duk asyik tengok internet je ni... Guano ni...

2012/03/09

Mutiara Kata Jumaat

...

Kata Kata Jumaat.

Islam itu mudah, melaksanakan yang diperintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA...

Cukup mudah kan?...

Kebanyakkan perkara yang menyusahkan dalam ISLAM adalah ciptaan manusia... 
Setuju?

Kalau setuju, nanti aku belanja makan dorayaki...

NotaKarut: Mati itu pasti... Cedukkan dari khutbah Jumaat...

2012/03/07

Hotel Berhantu...

Cerita pasal hotel berhantu ni, rasanya dah merata satu malaysia ni aku jelajah dah...

Bukannya aku nak cakap besar...
Selalunya bukan hantu betul yang aku jumpa...
Selalunya yang terjumpa hantu berbetis bunting padi...
Kadang kadang ada jugak yang terjumpa yang bulu hidung bak jerami padi!

Cerita seram dalam entry sebelum ini di sini dan sini hanyalah rekaan dan imaginasi aku sahaja...
Ilham ketika dalam kebosanan dalam perjalanan yang jauh...

Dah... Cukup... 
Jangan nak mencuih mulut sampai nak sama dengan muncung itik nak ngata cakap belakang...

Jurutera memang mempunyai imaginasi yang tinggi...
Tak percaya tanya la Puan Jat...

Contohnya orang biasa melihat sebantang pen adalah sebantang pen!
Tapi dengan menggunakan imaginasi, jurutera memandang sebatang pen boleh dijadi rekabentuk untuk menjadi sesuatu yang menarik contohnya bangunan! Paling tidak pun, dengan melihat liuk lentuk badan gadis yang ditiup angin, sang jurutera boleh menghurai lengkuk besarnya nasi lemak... Eh... Apa aku mengarut ni! Ah... Ni semua gara gara outstation lama sangat la ni!

NotaKarut: Satu malam je lagi...

Selamat Pagi.

Hai...
Selamat pagi malaysia...
Guten morgen... Lama dah tak berbahasa German ni...
Wie geht es Ihnen? 

Errr... Tetiba rasa ada "connection lost" ddalam otak pulak...
Dah la...
Itu je...

Tschüss!
Bis später! 

NotaKarut: Hari ni nak pi rantau panjang lak... Nak ukur panjang manakah rantau panjang tu! Ada pesanan dari si suri, nak tudung bawal katanya... Ehem... Tudung bawal tak reti la ambo nak belikan... Kalau ikan bawal masak kicap tau la ambo nak masakkan...

2012/03/06

Orang Kelantan Pelik...

Hai...
Lambai lambai...

Kabare? wes mangan?
Report hari ni berjalan dari gua musang ke kuala menangis (cry=krai=menangis) ke jeli ke pasir mas dan akhirnya ke kota bahru...

Ada yang nak bertanya tu... 
"tukang karut tak penat ke?"
Aku tau walaupun korang belum komen pun lagi... 

Al-maklumlah kan, aku ni ada sedikit darah TokMoh... 
Pakar dalam bidang ramal meramal...

Haipppp! Jangan nak mintak nombor ekor lak... HARAM ok... Haram kalau tak kena, kalau kena halam(halal+haram=halam)... Ok... Cukup ajaran sesat hari ni...

Jawapannya, kerja kena la ikhlas demi Allah... kalau ikhlas, jauh ceruk mana pun tak terasa penatnya... Ok... Aku tau ini jawapan standard! Tak payah nak hurai mengurai lagi dah... Rasa macam nak terjun mandi sungai je ni... Tadi kan aku kan... kan... Kan... kena ngorat oooo... dengan budak tengah tunggu spm... Cun dan manis ooooo... Dekat petronas RnR Jeli... Haippp! Diam diam! Potong lidah nanti!
NotaKarut: Lama dah tak makan Yati Ayam Percik... Yummmyyy... Tapi dah tak ingat jalan... Guano ni?

Selepas Mimpi...

Selepas mimpi yang menyeramkan di waktu senja itu...
Sang jurutera termanggu lama di birai katil...


Berkira kira mahu memulangkan, membuang atau pun membawanya pulang batu itu...

Dalam keadaan mamai... Sang jurutera membuang batu tersebut dari tingkap hotel...
Sayup matanya memandang batu tersebut jatuh betul betul di sebelah kenderaan pejabatnya...

"Ah... Kalau dah batu tu batu la jugak..."
"Tak kan la ada kaki pulak nak ikut aku balik!" Bisik hatinya meredakan perasaan risau...

Selepas itu sang jurutera pun masuk bersiram kerana ada Jurutera Jajahan mahu berjumpanya...

"Eh! Ada balik batu ni!"

Jeritnya apabila terpandang batu yang dicampaknya ke bawah tadi betul betul di sebelah camera D90 kesayangannya...

"Bukan aku dah buang kau ke tadi?" 

Kebingungan...

2012/03/05

Pulangkan...

Sesampai sahaja di tapak kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Gua Musang...

Sang jurutera tercegat memerhatikan keadaan sekeliling...
Mengamati mukabentuk bumi yang bercerun...

Menggunakan kepakarannya menganalisa tahap kecerunan bukit tersebut dengan mata kasar... 60 Degree congaknya... Curam pada hematnya untuk dibina jalan disebelahnya...

Lantas matanya melilau mencari arah larian air permukaan...
Membawanya ke satu arah aliran anak sungai...
Anak sungai yang airnya jernih sehingga menampakkan anak ikan berenang kegirangan...

Tertancap anak matanya ke arah seketul batu bulat... Membongkok dan mengambilnya...
Puas dibeleknya...

"Aneh batu ni... Bulatnya seperti ada mesin pemotong yang begitu halus membentuknya..." Berdetik hatinya...

Disimpannya di dalam poket seluarnya sehingga menampakkan bonjolan di seluarnya...

Usai kerjanya, sang jurutera pun "check in" di Fully Inn Gua Musang...

Oleh kerana terasa badannya berlengas, sang jururtera pun  masuk bersiram...
Selepas itu sang jurutera melaksanakan kewajipan kepada yang Maha Esa...

Oleh kerana kepenatan...
Sang jurutera pun tertidur takala senja menjelang...

"Pulangkan!"

"Pulangkan!"

"Pulangkan mainan anak ku!"

"Manusia! Kau menceroboh hak ku! Pulangkan!"

Tersentak sang jurutera terjaga dari tidur dengan dahi yang berpeluh peluh...

"Pulangkan??"

Berdiri bulu tengkuknya memandang batu bulat bercahaya di sebelah lampu tidurnya...

Sarcastic!



Sayang Isteri Tinggal Tinggalkan...

4 hari..
Outstation...

Ke Kelantan...
Ada kerja... Banyak kerja...

Sayang Isteri Tinggal Tinggalkan...
Tapi kalau selalu sangat ditinggalkan guano?

Planner untuk bulan 3 dah penuh...
Minggu ni pi kelantan...
Minggu depan pi Sarawak & Sabah...
Lepas tu pi Terengganu lak ...

Apa? Negeri lain tak pi ke??
Pi gak... Tapi aku balik hari je... Hoho... Dekat sangat nak bermalam pun...
Kalau masa bujang dulu lain cerita la...

NotaKarut: Aku pernah pi kota bahru balik hari pe... pepagi naik belon, petang pun naik belon... Motif entry tak ada? 

2012/03/03

Kecemasan!

Agak agak kalau tertelan biji asam jawa, apa yang akan jadi ek...


Biji asam jawa tu tak boleh mengurai kan? Asid perut besar pun rasanya tak menyerap zat biji tu... Agaknya biji asam jawa tu menjadi benih dan boleh tumbuh pokok asam jawa ke tak ek?


Guano kalau benih tu bercambah? Mesti aku jadi tukang karut kurang asam!


Ataupun, boleh ke biji asam jawa tu keluar esok bersama hasil pembuangan pagi pagi esok? Kalau tersumbat guano? Mau merah padam muka kot nak meneran...


Aduyai... Sedap sangat makan tadi sampai tak sedar tertelan biji asam jawa....


NotaKarut: susah hati...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila Tukang Karut Malas Menulis...





2012/03/02

Seksinya NeeLofa...

Tengah menonton Filem Azura bersama sama si suri...

Tak ada tengok dekat wayang nya...
Download jea...
Hohohoho... Dasar taik hidung masin punya laki!

Kenapa aku baru perasan keseksian dan keayuan

neelofa

ek?
Owh... Mungkin sebab Lisa Surihani dah kahwin kot...

Adei... Kena sengatan berbisa si suri dah!

NotaKarut: Bosan!


2012/03/01

Tajuk Hari Ni Berkenaan Tajuk...

Hai...

Hari ini seperti mahu menulis sesuatu yang serius...
Betul... Ini serius...
Ada haiwan dalam bahaya... Apa yang penting? Kerjasama...
Tengok... Serius sampai berdarah hidung melalui punggung kan... Hinsss hinss hinssssss...

Tajuk adalah sesuatu yang sangat penting dalam penulisan blog...
Diibaratkan seperti "muka manis" atau daya penarik...

"Hari Ni Saya Terjumpa Lisa Surihani"...
Macam tak berapa best sangat je kan... Macam biasa biasa je...

Apa kata kalau tukar sikit tajuk tu...
"Hari ni Lisa Surihani Terjumpa Saya Berbogel"...

Ha... Kan dah panas tu...
Confirm ada SEO datang mencurah curah seperti mencurahnya coklat ke ladang gandum!

NotaKarut: Selalu tertipu dengan tajuk entry dalam blog lain... Ingatkan ceritanya best, tapi hampeh... Balik balik cerita dia dengan pakwe dia je... Macam la dia je yang ada pakwe... Eh... Aku pun tak ada pakwe la!