2012/07/31

Pergerakan Baby Dalam Kandungan...

Hai...

Kandungan Suri dah masuk 6 bulan lebih...
Dah ada pergerakan yang kuat...
Tendang menendang menjadi rutin harian...

Selalunya selepas berbuka...
Suri akan mengadu...
Baby dalam kandungan tendang tendang...

Selalu juga suri berkata kata dengan baby dalam kandungan...
"Baby rasa Sempit dengan makanan yea? Tu yang tendang tendang..."

Aku sendiri terasa tendangannya bila diletakkan tapak tangan diperut suri...

Lantas... Aku pun meletakkan tapak tangan di perut sendiri...
Owh... Terasa juga tendangannya...

Aku pun berkata...

"Cacing ni main bola pulak dalam  perut abang ni..."
"Kuat pulak tu... Mungkin cacing ni berseronok ronok dapat makanan selepas eharian berlapar..."

NotaKarut: Masih ada lagikah yang ada masalah dengan blog tukang karut?

2012/07/30

Cobaan Testing...

Entry ini hanya sekadar COBAAN!!!

Masih adakah yang tak boleh nak masuk blog ni???
Ada jugak yang link dalam blogslist tak update???

Aghhh!!! Tension... Aku malas nak fikir... terus tukar link baru...
http://t-karut.blogspot.com

So???

Ada perubahan?

2012/07/28

Nak Zakar Besar Dan Panjang.

Nak Zakar Besar Dan Panjang.



NotaKarut: Nak kote, zakar, pelir, batang panjang dan besar mana pun tak tau la... Kalau panjang sangat kang susah nak beli spendar ... Mana pulak nak letak... Tak kan ikat dekat kaki lak kan...

Cerita Bodoh Puasa Saya...

Hai...

"Sesungguhnya susah susah nak buat sixpax, susah lagi nak membentuk onepax..."

Kalau nak dapat 6 pax...
Kena rajin workout... Kurang kurang kena buat bangkit tubi 50 kali sehari... Masuk gim... Bayar yuran trainer... Kena jaga makan...
Susah...
Susah sangat...

Berlainan pulak dengan onepax a.k.a muncit, boroi, buncit...
Kena rajin makan... Kena rajin tidur...
Kurang kurang kena makan nasi lemak 4 bungkus sekali hadap dan tidur selepas kekenyangan... Kalau makan ayam tu... Sebelah ayam tu macam makan kacang rebus je...
Lagi sangat susah...

So... Bersyukur... Sambil tepuk tepuk perut yang sama dangan puan suri...

NotaKarut: Tension! Tadi timbang berat... Masih lagi 80kg!!!!

Sekian... Adakah anda rasa diperbodohkan?

2012/07/27

Mohon Kerjasama...

Salam... Hai...

Dek kerana tangan yang gatal...
Blog tukang karut hampir hampir sahaja nak kena delete...
Hajat dihati nak tukar link blog...
Tapi lain pulak yang jadi...

Jadi di sni... Saya dengan rendah hati...

Memohon Andainya tuan/puan/cik masih lagi sudi meng"follow" blog ini supaya meng"follow" semula... Bagi yang tidak dapat masuk ke blog ini...

Mohon kerjasama tuan/puan/cik juga untuk meletakkan semula link blog ini di bloglist tuan/puan/cik yang cantik tertarik itu...

2012/07/26

Test Testing Testis....

Hai...
Testing 1.2.3...
Test...


blog aku ni korang boleh masuk x????


Published with Blogger-droid v2.0.6

Gatal tangan...

konon nak ubah link blog...

sekali dah tak boleh access...

cuak sekejab...

kembali kepada asal la...

senang...

Pengumuman...

Pengumuman: Link ke blog tukang karut sudah diubah kepada



NotaKarut: Sebenarnya hajat dihati nak beli domain sendiri... tapi... ntah la...

P/s: Ada masalah tak nak masuk link baru blog ni?


2012/07/25

Bonus Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam

KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. - BERNAMA

NotaKarut: Terima Kasih Tok Jib...

Kisah Lucu...

Hai...

Hai... Ada yang sakit hati dengan aku ke dengan entry yang sebelum ini?
Maafkan la hamba...
Sesusungguhnya hamba ini insan yang lemah...
Nak nak lagi kalau otak hamba ni kekurangan nutrisi yang secukupnya...

Aku tengah baca satu kisah lucu ni...
Lucu gila la...
Sampai boleh ketawa guling guling...

Pagi tadi aku meroyan dengan entry ni kan kan kan...

Petang ni aku jadi sewel sikit...
Jadi sewel lepas baca satu kisah lucu ni...
Gila punya lucu la...

Duk ketawa lucu bila terpandang statement bank...
Hahahahaha... 
Tadi Masuknya banyak... 
Keluarnya pun lagi banyak...

Lucu... Tak sempat nak pegang pun duitnya...
Dah habis dah pun...
hahahahahaharuanikankelibakarcecahairasamsedap!

NotaKarut: Tengah Buat kira kira untuk raya... Kali ni dua kali raya... Raya rumah aku...Lepas tu raya rumah suri... garu garu kepala... Aduyai...

5 Sebab Kenapa Aku Jatuh Cinta Dengan Tizz Zaqyah...

Hai...

Amacam puasa hari ni?
OK ke KO??
Dah solat???
Kalau belum... Elok la pi solat dulu sebelum sampai masa disolatkan...
Ok... Jangan nak baling batu...
Aku sedar diri yang intro aku ni agak Tak beragak...

Ok... Tajuk kat atas tu tak ada kena mengena pun...
Macam biasa la kan...

5 Sebab kenapa aku malas nak tengok drama atau filem melayu...

  1. Kalau ada pergaduhan ke... Adegan tembak menembak ke adegan kejar mengejar... Yang ada bunuh bunuhan sampai bergelimpangan tu... yang sudah semestinya hero yang menang... Confirm polis akan datang masa lepas dah selesai semua... Awat? polis ni kerjanya tukang cuci je ka?
  2. Kalau berlakon jadi kaya tu... Kaya ya amat... Rumah besar... Kereta besar... Lepas tu dia la pengarah urusan... Adik dia pengurus... Ipar dia itu ini... Tapi... Tapi bila ada kes kes bodoh bodoh pun tak boleh nak settle... 

Aghhhh... tension... Malas nak tulis...
Babai... Otak beku...

Pagi Pagi Sudah Bikin Kepala Pusing...

Hai...

Hari ni 25 Julai...

Ada makna bagi korang?

Tiada... Mungkin tiada... Mungkin juga ada...

Ada aku kesah?

Tapi... Hari ni...

Aku tunggu lama dah...

Dari minggu lepas lagi...

Kenapa???

Sebab... Hari ni gaji masuk...

Tapi...

Tadi aku check... Tak masuk lagi!!!

Apahal???

Tak kan dah campak aku ke tempat kerja yang asyik termenung ni...  tak nak bagi aku gaji kot???

Pagi pagi lagi dah bikin panas...

2012/07/24

Hahahhaharuanmakananaksendiri...

Hahahahahahahahahahaha...

Ketawa guling guling...

Padan muka...

Networkdown...

User complaint... Internet lembab... Emel lembab...

Lepas tu suruh aku tengok tengok kan...

Dah... Aku dah tengok dah... Tengok dan pandang saja je network dan server tu...

Tapi tak ada perubahan pun...

Hahahahahahahahahahahahaha...

Letak lagi civil engineer dekat position network engineer...

Hahahahahahahahahahahahaha... 

Nak bagi arahan suruh betulkan pun tak tau nak bagi arahan apa....

Hahahhahahahahahahhahahahaha...

NotaKarut: Entry sakit hati dan menyakitkan hati... Hahahahahaha...

2012/07/23

Menawan Keluarga Bahagia...

Hai...

Perbualan antara suami isteri yang bahagia di dalam kereta semasa dalam perjalanan balik...
Perjalanan balik ke kampung suami untuk menyambut puasa bersama sama dengan orang tua...

Isteri : Abang... Abang bahagia tak?

Suami : Bahagia la... Kenapa...

Isteri : Tak ada la... Singer cakap.... Singer menawan keluarga bahagia... (latar belakang iklan SINGER menawan keluarga bahagia)... Ni nak raya ni... Sayang teringin nak sofa baru... Boleh berlagak dengan orang sebelah...

Suami: Hisshhh!!! Mana ada... Kalau jumpa singa... Bahagia apanya! Kena ngap ada la... Singa tu yang bahagia...

NotaKarut: Tidak ada kena mengena dengan yang masih mati atau sedang hidup...

2012/07/21

5 Perkara Pelik Berlaku Di Bulan Puasa...

Hai...
Selamat berpuasa semua...

Amacam puasa setakat 11.26 pagi ni?
Ada yang dah bukak periuk kah? KahKahKah???

5 Perkara Pelik Berlaku Di Bulan Puasa...

  1. Penyakit perlupa merebak seperti wabak taun di hari pertama puasa... Ada yang pagi pagi lagi dah terlupa dan terkorek hidung lalu mengoreng telur mata dimakan bersama nasi lebihan sahur pagi tadi lalu selepas menghabiskan dua pinggan nasi dan tiga biji telur goreng tiba tiba beliau teringat hari itu adalah hari pertama puasa seraya beliau pun berkata "ayakkkk! Aku terlupa puasa hari ni..." Lalu berkata, kalau terlupa tak apa sambil beliau tersendawa berbau telur goreng! (Sila baca dalam satu nafas kerana tidak ada koma atau noktah di situ!)
  2. Mengamalkan sentiasa dalam keadaan wuduk... Ok... Itu tak pelik... Tapi yang peliknya setiap setangah jam, beliau pergi mengambil wuduk dengan, setiap kali itu la beliau berkumur kumur... kuantiti air yang masuk di dalam mulut tidak sama dengan yang diluahkan... Dan yang lagi pelik... perangai mengamalkan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk ini hanya berlaku semasa waktu siang di bulan puasa sahaja...
  3. Bermacam macam jenis kuih muih yang tak pernah ditemuai di masa yang lain akan muncul di bulan puasa... Ok... Itu tak pelik... Ada yang lagi pelik bila ada seorang lelaki yang sihat walafiat datang membeili kuih muih pada jam1.30 petang... Owh... Mungkin nak simpan untuk berbuka bila terdengar azan zohor kot...
  4. Telinga lintah... Apa yang peliknya dengan telinga lintah? Sebelum sebelum ni tak pernah pun nak pasang telinga nak dengar azan... Bila tiba bulan puasa ni... Dengar azan Asar pun dah mengelupur mencari kurma... Hellooooo... Buat buat lupa la tu buka waktu azan maghrib je... 
  5. Datang bulan... Eh... Tak pelik la datang bulan... Standard la tu kan... Tapi yang peliknya bila yang datang bulan tu ada bulu kaki yang serabut dan halkum sebesar buah epal!
Extra: Munculnya post post mengenai agama dan puasa di FB... Ntah betul atau tidak hadis atau apa sahaja yang cuba disampaikan... Hati hati dalam share mengeshare ni... Takut terkena hadis palsu...

Extra 2: Munculnya post post baru balik dari terawih pada pukul 8.45 malam... What the??????? Atau baru lepas sahur pada pukul 7.59 pagi... What??????

NotaKarut: Teruja dengan Uniques View Nuffnang... Tetiba je melambung naik mencanak canak kerana orang mencari pantun sambut Ramadhan... 1st time dapat 600++ UV dalam satu hari... Perghhhhh... Teruja i...

2012/07/20

Hisap Susu?

.
Cis!!! Ada rupa botol susu ke macam ni?

NotaKarut: Ada orang kata tukang karut minum susu dari botol susu!

2012/07/19

Lawak Ker Der?

Cerita ini berlaku disatu perkampungan orang asli sewaktu jurutera datang membuat pemeriksaan jalan di Cameron highlands itu..

Setibanya jurutera di sebatang sungai...
Dilihatnya di tepi sungai itu ada 3 orang asli yang sedang asyik menghisap rokok...
Jurutera ini sebenarnya lapar dan mahu menangkap ikan di dalam sungai itu untuk dipanggang...

Lalu sang jurutera itu pun menghampiri 3 orang asli itu untuk memberitahu yang hajatnya mahu menangkap ikan di dalam sungai itu...
Yer la kan...
Kena la minta izin dulu...
Mane la tahu ada buaya dalam sungai tu...
Buaya pun sekarang ni dah naik ke darat dah...

Jurutera : Tok..Banyak tak ikan dalam sungai ini???

Belum sempat jurutera itu nak tanya soalan yang ke-2, orang asli itu menjawab dengan slumber badak...

Orang asli : Entahlah..kalau encik nak tahu pergi la turun kira...

NotaKarut: Makan biskut lemak direndam dalam air kopi panas pun sedap ni.... Nyum nyum nyum.... Sedapnya... Dah la cuaca pun sejuk sejuk ni...






Eh... Semalam aku kata nak berhenti menulis ek... Abaikan je la... Huhuhuhu...

2012/07/18

Menulis Blog Itu satu Beban?

Hai...

Menulis blog itu satu beban?

Yup... Bagi yang tak berminat dan tak punya banyak idea...
Tidak... Bagi yang gila menulis dan banyak idea...

Menulis memerlukan otak kanan berfungsi dengan baik...
Idea menulis boleh dicari atau datang dengan sendiri... 
Melalui pengamatan persekitaran... Pengalaman... Dan hal hal peribody masing masing...

Kadang kadang... Ada orang punya idea yang gila kentang punya best! 
Tapi cara penyampaian penulisan dia yang buat tak best... (ok... Aku tau, itu aku!)...  (Perghhhh... Perasan gila idea sendiri best! haktuihhhh la...)

Ok... Aku tau... Ini dah mengarut...
Yang sebenarnya... Aku dah tak minat nak menulis...
(Konon la... Kot kot tetiba kang idea datang mencurah curah bagaikan mencurahnya coklat di ladang gandum dan terjadi la conflake!)
Atau dalam kata lain... Yang sebenarnya aku dah malas berfikir nak tulis apa...

NotaKarut: Mungkin ini entry terakhir sehingga mendapat idea menulis entry... (Propa je ni...)

Spoil...

Hai...

Pagi pagi mengadap cermin...
Cuba menampakkan kacak bergaya...
Jambul rambut disikat tegak berdiri...
Badan dah wangi sewangi Mawar...

Tetiba masa dah kacak bergaya  mutu keunggulan tu la...
Time tu la... perut nak memulas!
Potong betul la...
Tadi penat duk teran tak mau keluar...

NotaKarut: Spoil mood...

2012/07/17

Biru Mata HitamKu...

Hai...

KL hujan lebat hari ni...
Ok... Ini hebahan percuma...
Tak perlu nak bayar...

Hujan yang lebat menyebabkan lantai koridor ditakungi air...
Sebahagian lantai menjadi licin...
Sebahagian tapak selipar juga dah licin...
(Almaklum la... Kedekut taik hidung manis... Selipar pun guna sampai haus...)

So... Korang boleh bayangkan kalau badak sumbu jatuh terduduk tak?
Cam mana?
Confirm bergegar bangunan!
Ye tak?

Ye... Aku tau...
Cam mana aku tau???

Humppp... Tadi aku dah buat uji kaji dah...
Aku dah rasa dah...
Bergegar bangunan pejabat 17 tingkat aku tu...

Ngam ngam landing dekat lopak air...


NotaKarut: Patutnya tajuk tu biru bontotku jatuh terduduk...

Sedey...

Hai...

Aku tengah sedey ni...
Sedey gila la...
Sampai menitik air mata jantan ni...

Duduk termenung dari tadi...
Dah... Jangan kata aku tak buat kerja... 
Termenung itu pun dah jadi satu rutin kerja aku sekarang...
Dah letak aku kat network engineer apahal... Aku civil engineer la... Mana la aku tau apa apa pasal network ni... Bayar gaji buta je la...

Tapi... Itu bukan kesedihan pun...
Lantak kome la...

Semalam kan...
Aku kan...
Aku kan... gi timbang berat...

Wuaaaaaa... Berat dah 80kg maaaaa...
Jarum pemberat tu macam mengejek je...
Cis!!!

Persoalan kenapa setiap kali selepas baju aku dibasuh mengecut terjawab...
Badan ni yang mengembang rupanya...

NotaKarut: Harap harap puasa ni boleh la turunkan 5 kg kembali ke asal...

Bila Tukang Karut Rasa Bosan 2...





Lokasi : Penang...

NotaKarut: Gambar menceritakan sesuatu... Otak malas berfikir mengatur ayat...

2012/07/16

Bila Tukang Karut Rasa Bosan...







Lokasi : Langkawi...

NotaKarut: Kadang kadang menulis itu juga satu beban bagi otak...

2012/07/15

Kebaikan Makan Di Kedai...

Hai...

Sejak berbadan dua ni...
Dah jarang masak di rumah...

Selalunya makan di kedai...
Selalunya tempat yang dituju adalah kedai yang sama...

Jika makanan yang dipesan tak sesedap yang sebelum ini...
Mesti kesimpulan akan dibuat...

"Comfirm tukang masak ni bergaduh dengan bini dia ni... "
Tak pun "Mesti tukang masak dia ni tak dapat malam tadi ni..."

NotaKarut: Tajuk tak ada kena mengena dengan isi kerana aku buntu nak letak tajuk apa...

2012/07/14

SUKMA...

Hai...

Boring baring ni layan SUKMA di Pahang pun best gak ni...
Nak nak lagi kalau layan sukan Gimnastik wanita...
Tak pun acara renang kupu kupu wanita...

Perghhh... Seksi...
Melentok lentok montok...
Meleleh ari liur...

NotaKarut: Tadi pi SOGO... Humpppp... Tak tau la pulak hari ni ada sale... Jem se jem nya... Manusia seramai semut menghurungi kecing orang kena diabetis!

2012/07/13

Terserempak Dengan Lembaga...

Usai solat Jumaat, sang jurutera bergegas balik ke rumah...
Dia bercuti hari itu...
Menenangkan fikirannya yang kusut...

Sedang dia menunggang kudanya...
Tiba tiba... Terlintas di ekor matanya satu lembaga...
Dia menoleh ke sudut simpang jalan...

Cepat cepat dia memalingkan mukanya...
Meremang bulu tengkuknya...

Hitam... Besar...

Ah... Lembaga apa pulak tengah tengah hari Jumaat ni? Bisik hatinya...
Terkumat kamit mulutnya membaca Surah yang dingatinya...
Lembaga itu mengejarnya...

Minyak motor dipulas ke tahap maksimum...
Jalan kecil diciloknya mengharapkan lembaga itu tidak mengekorinya...
Semakin lama semakin menjauhi dari lembaga tersebut...

Sesampai di rumah...
Si suri menunggu dengan setia di pintu...
Terlihat akan keadaan suaminya yang kelam kabut membuka pintu pagar...
Muka suaminya pucat...

Suri: Abang! Kenapa?

Jurutera : Tadi... Tadi... Abang... aaaaaa... Jumpa...

Suri : Jumpa apa?

Jurutera : Abang... aaa... Abang... (tergagap gagap si jutera)

Suri: Abang... Tarik nafas dalam dalam... Cuba bagi tau pelan pelan... Abang jumpa apa tadi?

Jurutera : Abang jumpa lembaga tadi...

Suri : Ha? Lembaga??? Tengahari buta ni?

Jurutera : Aaah... Besar... hijau... hitam...

Suri: Abang minum air ni dulu...

Terus dicapai gela yang dipegang suri... Dengan sekali hirup... Habis semua air ditelannya...

Suri : Tadi... Abang jumpa apa?

Jurutera : Tadi... Abang... jumpa... Lemmmmm...

Suri : Jumpa apa?

Jurutera : Kereta... Besar... Hitam... Kereta Lembaga Hasil Dalam Negeri!

NotaKarut: Hik Hik Hik...

Jangan Takut Buat Kesilapan...

Hai...

Dalam hidup kita ni...
Kalau kita nak berjaya...
Jangan takut nak buat kesilapan...

Kalau kita takut nak buat kesilapan...
Sampai bila bila pun kita takut nak memulakan sesuatu yang kita tak pernah buat...

Kesilapan lampau membuatkan kita berfikir...
Belajar dari kesilapan...

Contohnya... Kalau kita tak tau macam mana bentuk dan rasa taik...
Kita jangan takut untuk membelek, merenung, mengkaji dan merasa...
Lepas kita rasa... 
Confirm kita akan kata "CONFIRM INI TAIK!"

NotaKarut: Jangan buat kesilapan ke arah yang salah... Sekian... renungan di petang Jumaat...

2012/07/12

Tahukah Anda Fakta Karut?

Hai.

Fakta: Lembu biasa akan tidur pada waktu tengah hari antara jam 11.00 hingga 12.30.

Karut: Manusia yang selalu tidur waktu tengah hari antara jam 11.00 hingga 12.30 selalunya berperangai macam lembu!

Fakta : Di China dan Jawa, telah dijumpai tinggalan seekor kucing seakan-akan harimau, iaitu Panthera palaeosinensis, yang pernah hidup sekitar 2 juta tahun dahulu, ketika bermulanya zaman Pleistosen, tetapi lebih kecil berbanding harimau zaman sekarang.

Karut: Seni urut cakar harimau isteri boleh membuatkan suami hari-hari-mau...

Fakta: Perkataan "iyea" bagi lelaki tidak semestinya membawa maksud "iyea"... Dan sebaliknya perkataan "tidak" yang diucapkan perempuan tidak bermakna "tidak" pada keseluruhannya...

Karut Atau Fakta?: Perempuan boleh berjalan sekitar 4km di dalam pasaraya hanya untuk mencuci mata!

NotaKarut: Hik Hik Hik... Ingatkan nak buat satu cerpen karut... Tapi Idea nak buat cerpen mengarut tak ada... Tapi niat di hati nak buat... Ada cadangan?

Gambar Berbikini Lana Nordin Tersebar...

Pelakon yang digelar Pamela Anderson Malaysia iaitu

Lana Nordin

akui kecewa apabila foto peribadinya berbikini yang sedang bercuti di Bali, Jakarta tersebar di dalam laman sesawang dan blog baru-baru ini.

Malah, Lana Nordin berkata foto yang menampakkan tubuhnya separuh bogel itu telah memberi kesan kepada diri dan keluarganya yang turut kecewa dan telah memarahinya.

"Apabila foto itu tersebar, orang pertama yang saya fikir adalah keluarga. Saya lebih memikirkan hati keluarga daripada orang lain ketika itu kerana mereka adalah orang yang paling penting dalam hidup saya.

"Ibu bapa mana yang tidak marah jika lihat anaknya begitu. Sama juga dengan ibu bapa saya, mereka terlalu marah bila melihat aksi saya dalam foto tersebut. Mereka juga membebel kepada saya atas perbuatan saya itu. Namun mereka pun tidak boleh hendak marah berlebihan kerana saya pun sudah dewasa.



Sumber: Murai...

NotaKarut: Siapa minah ni ek? Kenapa aku tak kenal pun kalau dia seksi???????

2012/07/11

Tukang Karut Bergosip Dengan Kerabat...

Hai...

Pagi tadi punya cerita...
Ini sarapan punya cerita...
Dengan geng geng pejabat lama...

Dikhabarkan...
Ada seorang pegawai tu bersaudarakan kerabat...
Kerabat tengku itu... Kerabat tengku ini...
Bercerita bagai nak rak...

Diorang tak tau...
Aku ni pun kerabat tengku tengku gak!

Aku bagi tau...

Aku ni keturunan Kerabat TENGKUjuh!
Hins Hins Hins... Kembang hidung kerana bangga!!!

NotaKarut: Musim tengkujuh sudah mai... Sejuk sejuk ini membikin perut ku berlubang...

2012/07/10

Cek Nuffnang Dah Sampai...


Kali ke 2 cashout duit nuffnang...
Walaupun tak selebat mana...
Tapi nak tunjuk gak!
Dulik apa aku...

2 Telur Tergantung...

Hai...

Peristiwa di gerai yang menjual rojak...
Dah tajuknya pun pasal rojak...
Mesti la pasal rojak kan kan kan...

TK: Kak... Rojak sebungkus...

Akak Penjual Rojak: Sebungkus tu berapa? nak letak apa?

TK: Mee ngan kueh je la... Yang lain lain tak mau...

Akak Penjual Rojak: Telur? Nak?

TK: Tak mau la... Dah ada dua biji telur dah...





1000 Sebab Kenapa Tukang Karut Suka Mengarut...

1000...

Yes... Sambil melonjak gembira sampai ke siling...
Akhirnya... Jejak jua angka 1000...

Ok...

Apa kata kalau korang bagi aku apa2 sahaja idea, soalan, kritikan, ...
Idea untuk mengarut, kutukan, pertanyaan, kemuskilan, soalan matematik, peribody, gosip, agensi cari jodoh, pantun karut, sajak, puisi, lirik karut... Idea bodoh... Cerita karut... Seram... 

Apa2 sahaja la...
Dan aku akan buat 1 entry khas berserta link korang yang baik hati lagi bijaksanasini sempena entry aku yang ke 1001...

2012/07/09

MasterChef Vs Bola...

Hai...

Ini sabtu punya celita...
Itu celita ala dekat itu kampung...
Itu kampung ha... Itu kampung gua ma...

Ini celita ha... Pasal mak ayah gua ha...

Mak: Angah (itu gua la)... Pi tukar 104... Ado masterchef...

Ayah: Ha! Kalau berani tukar la! Den nak nengok bola malam ni... Tv sebolah ni lak den nak tengok PM bagi ucapan Felda...

Mak: Tamak... Pi la makan bola tu...

Ayah: Nengok Masterchef hari hari... Resepi lauk kek kodai dopan... Resepi kuih kek kodai simpang...



Pssstttt... Nasib baik masterchef tak ada malam sabtu lepas... Kalau tak... Perang dunia ketiga la...

NotaKarut: Tak ada mood...
Entry ke 999...

2012/07/06

Seribu Terbaik...


  1. Pantun Selamat Malam...
  2. Pantun Selamat Malam...
  3. Seksinya NeeLofa...
  4. Koleksi Pantun Hari Raya AidilFitri V1...
  5. NEELOFA
  6. Pantun Berbuka Puasa...
  7. Pantun Selamat Pagi
  8. Pantun Malam Jumaat...
  9. Pantun Berbuka Puasa V2...
  10. Petua menghilangkan Sakit Kepala...

NotaKarut: 10 terbaik antara 1000...
P/S: Entry yang ke 998... Ada cadangan apa nak tulis entry yang ke 999???

Sakit Hati...

Hai...

Sakit kepala ada ubatnya...
Telan je panadol... Hilang sakit kepala...

Tu sakit kepala...
Kalau sakit hati???

Sakit hati... Humppp...
Tampal koyok la...

NotaKarut: Aku bukan "gila talak" la... Pi mati la... Jangan harap aku nak turun lagi...

2012/07/05

Rozita Che Wan Artis Paling Seksi 2012...


Aktres Rozita Che Wan dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi di malam kemuncak Anugerah Stail EH! yang berlangsung pada semalam di Grand Dorsett Subang...


NotaKarut: Nyum nyum nyum... Goreng pun sodap ni...

Berdasarkan Analisis...


Sumber : Sini... Alexa...

NotaKarut: Angguk je la...

Jangan Main Main Kutu Pun Boleh Mati Lho...

Hai...

Sudah sebati dengan kesibukan...
Sudah sebati dengan kerja yang bertimbun...
Sudah sebati dengan phone call yang tak putus putus...

Laa ni... Di tempat baru ini...

Tak betah duduk diam sahaja...
Tak betah tidak berbuat apa apa...

Ini macam  kalu... Kutu atas kapla pun boleh mati lho...

NotaKarut: Stressssssssssssssssssss...

2012/07/04

Kereta Kotak...

Hai...

Korang pernah tak semasa memandu di jalan raya walaupun bukan di musim raya...
Korang terserempak dengan kereta kotak...

Kereta kotak???

Ala... Kereta yang kononnya dah bikin tu la...



Ha! Macam ni la rupanya...
Ntah la... Tak berkenan pulak aku tengok...
Ni kira ok lagi ni...

Ada pernah sekali tu aku jumpa dah macam kereta kebal dah...
Badan kereta dah ditukar fullbody fiber... 
Hitam melekat... Sebijik macam kereta batman...

Bikin kereta laju laju pun...
Bila jumpa bonggol... 
Terhegeh hegeh sperlahan macam katak melompat amik side ke kiri kanan lak...
Konon takut bersagat bahagian bawah kereta...

Ntah la... Tak berkenan aku tengok...
Koranbg acaner???????

NotaKarut: Baru lepas bersenam... Takut pulak aku bila dapat berita kawan kawan yang sudah meninggal dunia akibat kesihatan... Harap harap tak hangat hangat taik cicak la... Cait... Cicak ni memang sengaja je tau nak berak atas kepala aku!

2012/07/03

Apakah Syarat Maaf Neelofa Kepada Anzalna?

Pelakon dan pengacara,

Neelofa

atau Neelofa Mohd Nor akui telah menetapkan syarat sebelum Anzalna Nasir bersetuju memohon maaf.

Neelofa berkata dia telah menetapkan beberapa syarat kepada

Anzalna

sebagai jaminan agar pelakon Indra Joned itu memohon maaf secara ikhlas kepadanya dan bukan dilakukan kerana terpaksa.

Namun Neelofa tidak dapat mendedahkan kesemua syarat-syarat yang ditetapkan, sebaliknya menyatakan salah satu daripada syarat yang diberikan.

"Antara syarat-syarat yang dikemukakan adalah Anzalna tidak boleh menyebut nama saya lagi di mana-mana temuramah atau di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, mahu pun di blog-blog serta tidak boleh memanjangkan lagi hal ini," katanya selepas sidang media yang menemukannya dengan Anzalna di Hotel Royale Chulan, petang semalam.

Walau bagaimanapun, Juara Dewi Remaja 2010 itu berkata dia berasa lega kerana konflik yang berlaku di antaranya dengan pelakon, Anzalna sejak sebulan lalu akhirnya dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber : Murai.


NotaKarut: Apa lagi la kesahnya si jantung buah hati aku ni...

Off Record...

Hai...

MrX()*IKOI: Aku pening kepala la...

MrZS%*&: Awatnya? Dah jumpa Doktor...

MrX()*IKOI: Dah jumpa dah... Tu yang menambah pening lagi tu...

MrZS%*&: Lho... Awatnya cek?

MrX()*IKOI: Doktor tu suruh aku kahwin...

MrZS%*&: Ha... Molek benor la tu... Mu pun tuo doh...

MrX()*IKOI: Masalahnya... Aku FOBIA dengan perempuan cantik...

MrZS%*&: Menate beruk ni... Hok kalau Fazura bogel depan mu... Ketaq lutut mu...


Baru nak menulis.. Tetiba di.......................absoisfdasdcafiwoehfnsdmvoasjdgblkfmaopsighn~!!!!!


2012/07/02

Misi Mencari Seribu...

Hai...

Dalam usaha memerah otak untuk menulis entry...
(Aku tak boleh bayangkan macam mana nak perah otak sebenarnya... Adakah sama dengan cara memerah baju basah... Atau perah kelapa...)

Secara tak sengaja...
Terdelete entry yang sebelum ni... Kuciwa...

Ok... Misi mencari seribu...
Apa yang seribu?
Seribu rupiah kah???

Dok aik... Kalau ada seribu rupiah pun nak buat apa kan...
Nak beli gula gula pun tak dapat...

Ok... Misi mencari entry ke seribu...
Sekarang dah mencapai angka 991 sepatutnya...
Tapi... Dah tedelete... Jadi 990 je la...

Ok... Ada soalan?

Ok... Soalan lain????????

NotaKarut: Kepala pusing itu darah sudah naik ke siling...