2012/10/31

Tahukah Anda?

Tahukah anda bunyi tidak boleh bergerak menembusi vakum (kawasan yang tidak ada jirim)
Tahukah anda juga perbuatan mengacau bini anda sedang mem"vakum" rumah, pasti anda akan mendengar bunyi guruh berdentum!

Tahukah anda memotong bawang mengeluarkan gas yang pedih apabila masuk ke mata anda. Badan anda mengeluarkan air mata untuk mencairkan kepedihan itu dan menyingkirkannya daripada mata anda.
Tahukah anda juga lelaki akan berpura pura memotong bawang ketika menonton Adam Dan Hawa bersama isteri!

Tahukah anda susunan QWERTY pada papan kekunci yang digunakan pada komputer telah dicipta pada tahn 1860an.
Tahukah anda juga susunan QWERTY selalu menyusahkan aku ketika menulis perkata berikut, soalan ditaip menjadi sialan...

Tahukah anda bunyi petir berlaku apabila udara di keliling kilat menjadi panas dengan cepat dan mengembang pada kadar yang lebih cepat daripada kelajuan bunyi.
Tahukah anda juga bunyi isteri memetir apabila rumah berselerak menyebabkan suami mengangkat kaki pada kelajuan bunyi!

Tahukah anda kucing boleh menjadi pemburu maut dan sangat suka menyelinap, apabila ia berjalan tapak kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan sebelumnya, ini akan mengurangkan bunyi ke tahap minimum dan menghadkan kesan yang boleh dilihat.
Tahukah anda juga lelaki adalah pemburu wanita paling cekap dan sangat suka menyelinap di dalam baju pasangannya, apabila dia berjalan di hadapan isterinya, pijak semut pun tak akan mati...

Tahukah anda seekor badak air kelihatan besar tetapi ia masih boleh berlari lebih pantas daripada seorang manusia.
Tahukah anda juga kalau rasa rasa nak remuk tulang rusuk, panggil la bos anda dengan panggilan badak sumbu! pasti anda tak akan mampu berlari lebih pantas dari badak!

Gambar Baby Sesaje ni...

Gambar Baby





2012/10/30

5 Jam Di Labour Room...

1.45am 23.10.2012---> Mata aku seperti tak mahu tertutup... Puas bergolek kiri dan kanan... Penat mengira kambing melompat pagar sekor per sekor... Akhirnya kambing terakhir ditangkap serigala... Panas! Walaupun pada hakikatnya tidur di dalam aircond...

2.30am  ----> Suri bangun... Katanya terasa seperti mahu membuang air besar...

3.00am ---> Suri bangun lagi... Katanya seperti tak puas membuang hajat...

3.30am ---> Suri mula terasa sakit... Aku mengajaknya ke hospital... Suri menolak, katanya sakit sedikit sahaja... Dan dia mahu sambung tidur lagi... Oh isteri ku... Dalam keadaan begini kau masih lagi tenang...

4.15am ---> Suri bangun lagi... Katanya perutnya memulas mulas... 5 minit di tandas tapi hasilnya tiada katanya... Aku mengajak suri ke hospital lagi... Mungkin itu tanda tanda dekat waktu bersalin... Dia menolak lagi... Katanya mahu tidur lagi... Esok saja ke hospital... Degilnya atau takutkah dia???

4.40am ---> Suri bangun lagi... Mukanya mula berkerut kerut menahan sakit... Katanya perutnya memulas mulas... Aku mengajak ke hospital lagi... Dia geleng kepala... Katanya mahu tidur lagi... Hati terasa tak sedap... Mula mencari di internet tanda tanda nak bersalin... Dapat info, katanya salah satu tanda nak bersalin, perut akan mula mengosongkan najis najis... Dan memulas mulas... Atau dalam bahasa perubatannya contraction... Aku memaksa suri ke hospital... Kali ini dia mengalah selepas membaca info tu...

4.50am ---> Turun bawah... Masak air panas... Suri kata tak nak mandi air sejuk...

5.30 am---> Menunggu azan subuh...

5.50am ---> Mula bergerak ke SDMC...

6.00am ---> Naik ke labour room... Masa ni mata mula terasa mengantuk...

6.05am ---> Alhamdulillah... Doktor yang akan menyambut kelahiran anak ku berada di hospital... Katanya dia baru sahaja menyambut seorang baby jam 5.30am tadi... Tak perlu nak call dan menunggu Dr. nak datang hospital pepagi buta ni...

6.10am ---> Dr. mula memeriksa suri... Belum sempat diperiksa... Air ketuban suri telah pecah... Ada sedikit keruh... Katanya baby telah buang air besar di dalam kandungan... 
"Ok... Baby akan keluar hari ini... So tak perlu balik lah ye" katanya...

7.00am ---> Suri mengadu lapar... Aku terus ke kaunter dan minta sarapan disediakan di bilik secepat mungkin...

8.00am ---> Dr. mula memasukkan sejenis cecair untuk mempercepatkan kadar contraction... Katanya takut baby lemas kalau lambat...

9.00am---> Suri mula mengadu kesakitan...

9.10am---> Suri mengadu kesakitan lagi... Nurse di sana mencadangkan suntikan tahan sakit jenis morfin...
Suri menggelengkan kepala... Katanya mahu merasakan sakit bersalin...

9.30am ---> Tangan aku digenggam kuat suri... Mukanya berkerut kerut... Pertanyaan ku bertalu talu tak dijawab... Lantas punat kecemasan ditekan... Nurse tergesa gesa masuk... Kali ini suri mahukan suntikan tahan sakit...

9.40am ---> Suntikan diberi... Nurse kata kesakitan yang dapat dikurangkan 20% sahaja...

10.20am ---> 40 minit yang sunyi... Hanya kalimah di bawah yang dibisikan ke telinga suri...

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau 
Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim."

10.30am ---> Suri menggenggam tanganku dengan kuat... Katanya sakit yang teramat sangat... Aku hanya mampu berkata... Bertahan la... Dah tak lama dah... Sikit masa lagi orang baru akan tiba... Sambil berbisik kalimah suci di atas...

11.00am ---> Suri dah tak tertahan sakitnya... Punat kecemasan ditekan lagi... Nurse masuk lagi... Dan terus memeriksa... Katanya baru 4cm... Belum terbuka lagi...

11.05am ---> Kali ini suri dah tak tertahan sakit lagi... Mukanya merah menyala menahan kesakitan... Katanya sakit yang bukan kepalang... Tangan ku digengam dengan kuat selang seminit... Ayat suci Kursi dibacakan ke telinga suri... Punat kecemasan diperiksa lagi... Nurse masuk lagi... Aku mengadu yang suri dah tak tertahan lagi... kali ini aku meminta gas penenang pula... Tapi kali ini Nurse memeriksa lagi... Katanya dah 9cm!!! Dah tak sempat gas dah!!! Kelam kabut dia keluar...

11.10am---> Segala persiapan menyambut baby telah dibuat... Pantas... Aku puji nurce2 di SDMC yang sangat cekap dan sopan... Nurse2 melayu beragama Islam memulakan segala pergerakan dengan Kalimah Bismillah... Nurse mula mengajar cara suri meneran sementara menunggu Dr. datang...

Muka suri berkerut menahan kesakitan... Aku tak sampai hati melihat suri berkeadaan itu... Rasanya jika aku berada di situ... Sesungguhnya aku tak kuat menahan rasa kesakitan itu... Bersalin itu diumpamakan berada di hujung nyawa... Hanya mampu kukatakan... Kuatkan semangat...Kuatkan semangat...

11.20am---> Dr. mula masuk... Katanya dia dah nampak kepala baby dah pun keluar... "Encik nak tengok kepala baby?" Pelawaan yang aku tolak dengan gelengan kepala... Aku tak mahu pengsan melihat darah... Kerana itu adalah kelemahan ku... 

Aku tak sanggup melihat muka suri ketika meneran... Kesakitan yang penuh tergambar di muka yang tak perlu diperkatakan lagi... Ayat kursi berselang dengan kalimah di atas... Itu sahaja yang aku mampu... Aku menitiskan air mata... Bila aku melihat kesakitan itu... Kata kata semangat... Kata kata "push" yang aku ulang mengikut kata Dr... Itu sahaja yang aku mampu... Dr. Seperti memahaminya... Dia mula diam bila aku mulakan kata kata perangsang tersebut...

11.33am---> Tangisan pertama Izz Zara Zulaikha yang aku dengar... Menitis air mata ini... Aku terharu... Bukan kerana baby itu... Tapi kesakitan yang ditanggung suri... Baby itu terus menangis di atas perut ibunya...

Owh... Hampir terlupa... Aku hampir pengsan bila aku dengar tangisan Zara di atas perut ibunya yang masih berdarah... Aku memang kalah dengan darah...

Ku azankan... Ku belai... Ku kucup... Anak ku yang sulung... Tahniah sayang... Kita dapat anak perempuan...

NotaKarut: Wahai lelaki sekalian! Berbuat baik la kamu dengan perempuan terutama Ibu mu... Ibu mu... Dan ibu mu... Sesungguhnya kesakitan bersalin itu adalah yang paling sakit di dunia ini... Jaga lah perasaan ibu kepada anak anak mu... Kerana ibunya yang menanggung kesakitan ketika mengandung dan bersalin... Wahai lelaki sekalian... Kalau berpeluang... Masuklah ke labour room... Bersama sama merasai saat saat kesakitan ketika sakitnya bersalin....

2012/10/29

Hai...

Hai... 
Nak cari mood menulis balik ni selepas seminggu mendiamkan diri...

Bukan apa...
Saja nak meluangkan masa bersama sama puteri yang baru lahir ke dunia...

Nama puteri???

Ada yang nak tanya tak?

Ada tak???

Ada la...

Please...

Ada aku kesah kalau ada yang tak nak tanya...

Baru je selesai membuat pendaftaran baby di JPN Shah Alam...

Nama baby yang dipilih... 
Adalah Izz Zara Zulaikha...

NotaKarut: Hari ni hari isnin ek...

2012/10/23

Alhamdulillah...

Dah pun selamat...
Baby girl...

Dengan berat 2.93kg...
Lahir pada 11.33am 23/10/2012...

NotaKarut: agak2 aku pengsan x? Ce teka... Nanti cerita next entry...



Serba Tak Kena...

Duduk salah...

Berdiri salah...

Nak baring... Lagi la tak kena...

Nak jalan jalan... Lagi lagi lagi la tak kena...

NotaKarut: dalam labour room... Menanti saatnya... Harap harap jangan pengsan dah la... Baru bukak 3.5cm...

Published with Blogger-droid v2.0.9

2012/10/22

Lawak Isnin...

Pak Pandir dan Tukang karut sedang berjalan kaki menuju ke Pudu Sentral...
Tiba-tiba dia terjumpa sebuah cermin kecil elok terletak di tanah.

Pak Pandir pun memungut cermin tu dan melihat ke dalam cermin itu.

Tiba-tiba, dia tersentap abis..

“Ceh..!! Buruk giler gambar nih, padanlah tuan dia buang camtu jer. ”


Selepas itu, Pak Pandir dan Tukang Karut pun menaiki sebuah bas dua tingkat.

Inilah kali pertama mereka menaiki bas dua tingkat.
Pak Pandir bertanya akan Tukang Karut di mana patut dia duduk...

Tukang karut kata dia hanya mahu duduk di bawah sahaja...

Pak Pandir pula mengambil keputusan untuk duduk di tingkat atas bas itu.
Namun tak lama kemudian ia turun dengan tergopoh-gapah.

“Mengapa ko tak duduk saja di atas?”, tanya Tukang Karut.

“Kau gila ke apa?!

Kat atas takde pemandu doh!”, jawab Pak Pandir.

2012/10/21

Macan Macam Masin Masam...

Itu ada dalam mulut...
Itu ada rasa...
Macam macam rasa...
Itu ada rasa macam tarak senang punya rasa...
Itu rasa ha, macam ada orang bikin itu kerja gerudi...
Bukan itu gerudi inul seksi ka apa ka... Itu gerudi ha... Rasa macam gerudi konkrit...
Itu rasa... Susah mau kata tau...
Mau makan pun tarak senang...
NotaKarut: semalam tukar tampal gigi yang dah berkurun... Dah 16 tahun dah...
Published with Blogger-droid v2.0.9
Siapa Vivian Lee??? Apa kaitan dengan sexcapade... Trending betul tu... Apakah aku ketinggalan...

2012/10/20

Tips Kekalkan Hubungan Suami Isteri...

Hai...

Hari ni terasa rajin sikit nak menulis...
Menulis tips tentang suami isteri...
Berdasarkan pengalaman tak sampai setahun jagung dalam alam perkahwinan ini...

Orang kata... Orang lain yang kata...
Kalau nak kekal persefahaman... Semua perkara kena buat sama sama...

Mandi bersama? Itu biasa sangat la...
Makan bersama? Itu harus la...
'Bersama'? Eh... Ini keperluan batin la... Ini wajib... Hohoho...

Cuba buat lain dari yang lain...

Contohnya... Kalau suami kentut kuat kuat dalam kereta...
Isteri jangan cepat naik darah...
Cuba sedut dalam dalam dan menghayati bau bauan penenang jiwa tersebut...
Lepas tu, Isteri kena la membalas kentut tersebut dengan nada yang lebih manja...
Lebih afdal kalau bau telur rebus... 
Baru la suami rasa sangat dihargai...

Kalau suami melombong bijih timah dengan bersungguh sungguh...
Isteri pun kena seiring berirama melombong bijih timah jugak...
Kalau nak merapatkan lagi hubungan...
Sama sama mengentel hasil bijih timah tu sampai lumat kehitaman...
Lepas tu jentik bijih kehitaman tu sama sama...
Tengok siapa punya yang lagi besar dan lagi jauh dijentik...

NotaKarut: Ini karut ok... Tapi... Apa salahnya mencuba.. Sebab aku dah tau dah... Hahahaha...

Perlawanan Akhir Kelantan vs ATM...

Senak perut ni...
Bila mak tanya...
Mak mertua pun tanya...

Bos pun nak tanya jugak...
Mak mak bedah ofis awal awal lagi menyibuk nak tanya jugak...
Mana la aku ada jawapannya...

Sibuk tanya bila baby nak keluar...

NotaKarut: due baby minggu ni...

Owh... lupa... aku sokong ATM malam ni...

2012/10/19

Perempuan Vs Lelaki...

Perempuan Vs Lelaki...

Lelaki... Kalau  berkumpul di satu sudut... Berborak pasal hidup... Bola la... Cerita minat masing masing...

Perempuan... Kalau berkumpul... Suara yang kuat menjadi berbisik... Tak lain tak bukan... Mengumpat la tuh...

 NotaKarut: bosan berkerja dengan mak2 orang dan dikelilingi ramai perempuan ni... Asyik dengar umpatan je...
Published with Blogger-droid v2.0.9

2012/10/18

Cerita Seram Malam Jumaat...

Di kawasan hutan itu mengikut cerita orang kampung terdapat anak sungai yang pecah akibat banjir. Mengikut cerita orang kampung lagi, di situlah kawasan lubuk ikan ketutu. Ketutu suka mendiami kawasan lubuk yang dalam dan mempunyai rimbunan pokok mengkuang.

Nik Aziz dan Mat Sabu tiba di kawasan Hutan Tebal itu tepat jam 6.45 petang. Berbekal dua batang Joran dan umpan anak ikan. punggung dilabu dan umpan di kail dilemparkan jauh ke tengah anak sungai itu. Mereka memulakan aktiviti memancing bersebelahan dan berharap malam itu mereka pulang dengan sebaldi penuh hasil tangkapan.

Selang seditik, hujung joran mula bergoyang menandakan umpan diragut ikan. Lantas Nik Azizi mengerah kudrat menarik tali pancingnya. Senyuman terukir di bibirnya bila dapat menaikkan ikan ketutu. Selang ketika tersebut mereka bergilir gilir menaikan ikan menyebabkan mereka mula gila nak mancing lagi. Nik Aziz maklum sangat dengan perwatakan Ikan ketutu yang aktif bila waktu malam manakala di siang hari ia akan jadi bodoh macam tunggul kayu.

Tiba-tiba hujan renyai2 di waktu bulan mengambang pada malam itu. Terdetik kehairan kerana ribut tak ada, guruh pun tak ada tiba2 hujan. Tapi mereka seperti kerasukan ketutu mengendahkan hujan dan tidak berputus asa malah meneruskan aktiviti memancing ketutu pada malam tersebut.

Tiba-tiba di jalan laluan balak lama muncul satu kelibat manusia. Mukanya tidak nampak cuma nampak rambutnya panjang memcecah ke bumi.  Dengan cahaya kilat yang memancar mereka melihat susuk tubuh yang dibaluti kain putih.

Kelibat tersebut bergerak pelahan-lahan menuju ke arah mereka.

Sunyi sepi keadaan semasa itu. Nik Aziz hanya mampu memandang Mat Sabu yang sudah pun pucat lesi mukanya..

Yang kedengaran ketika itu hanyalah bunyi wanita sedang menyanyi diselangi hilai ketawa.

Air pasang dalam surut pukul lima,
Nona bangun pagi,
siram pokok bunga

Pokok bunga melur tanam tepi paya
Itik bertelur ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

hikkkkhikkkkhikkkkk...
hikkkkhikkhikkkk.............

2012/10/17

Pantun selamat malam tak siap...

Hujan turun mencurah curah
Bagai awan sepenuh lautan
Apa lagi nak dikeluh kesah
Marilah kita 'membunuh syaitan'

Sejuk sejuk di malam hari
Terasa hingga ke hujung tulang
Hajat di hati ingin beradu
Petir pula berdentum silang menyilang

Otak beku! K. Tu je... Babai...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tahukah Anda Karut.

Tahukah anda bahawa bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu...
Tahukah anda juga bahawa sendi sendi tangan dan jari atau kaki anda akan patah bila anda merenung dada perempuan lain di depan pasangan anda...

Tahukah anda bahawa Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi...
Tahukah anda juga bahawa jika seorang suami menjerit sekali sahja meminta kopi pada isterinya, nescaya isteri boleh memanaskan sejag kopi...

Tahukah anda bahawa hanya dua daripada sembilan planet di cakerawala ini yang tidak mempunyai bulan, iaitu Merkuri dan Venus...
Tahukah anda juga bahawa hanya dua spesis wanita yang tidak datang bulan yang terdiri dari jenis wanita 'arbok' dan wanita mengandung...

Tahukah anda bahawa gajah ada daya ingatan yang kuat...
Tahukah anda juga bahawa lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit...

2012/10/16

Jangan Marah Marah...

Kamu...

Wahai wanita...
Kamu kata kamu bangga dengan tubuh badan kamu wahai wanita...
Lantas kamu menunjukkan kebanggaan kamu...
Menyerlahkan liuk lentuk tubuh kamu...

Tapi jangan kamu marah bila...
Bila ada banyak pasang mata duduk merenung kebanggaan kamu...




NotaKarut: Bengang...


Tersembul!

Fuhhh!!!

Kisah Hidup Mat Rempit...

2012/10/15

Bila Tukang Karut Mula Bosan...

Bosan...










Itu je... Babai...

Lirik Karut...Kau RatuKu...

Makanan yang pertama
Makanan roti untuk selamanya
Aku bagai tak percaya
Roti disapu dengan mentega
Engkau bagaikan ahhh... permataku
Engkau pun jua rotiku

Engkaulah segalanya
Boleh dicicah dengan kopi
Aku hanya untukmu
Kau pun masuk dalam perutku
Kita bagaikan tangan dan ketiak
Tidakkan terpisah lagi
Walaupun terberak
Walaupun terkeluar lauk

Ratapan mayonis
Memanggilkan namamu
Kerana permakanan ini
Akanku 'adabi'kan
Segala resepi
Kulewati 'kaya' itu
Didalam suapanku
Gugurnya pemanis

Di antara kita terbinanya
Satu mercu taik
Sardin yang setia
Meredahi timun meniti jem anggur
Hingga keakhirnya
Kuabadi cinta di roti ini

2012/10/14

Spontan Ahad...

Jangan kamu terlalu menginginkan kecantikan, takut takut menyerlahkan kehodohan diri...

Published with Blogger-droid v2.0.9

2012/10/12

Keputusan terkini Piala Malaysia...

Sokong Negeri Sembilan...
Kalah...

Sokong Selangor pun kalah...

Lepas ni sokong ATM la pulak...

Kelantan 2 - Selangor 0

Published with Blogger-droid v2.0.9

Cara Tidur Yang Betul...










2012/10/10

Oh BiniKu...

Owh Bini Ku...
Dah sarat sarat begini pun...
Masih mampu mengajak shopping...

Jangan nuras ke anak nanti dah la...
Botak aku nanti...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Lelaki Itu Dirogol Berberapa Kali!

Berkerja dari rumah terasa ke"best"an nya...
Hantar invitation meeting...
Hantar email tu...
Jawab email ni...
Hantar reminder...
Jawab call vendor...
Jawab call staf..
Best betul!

Sibuk je la... Aku nak cuti la.................................................

NotaKarut: Tajuk tu? Ermmm... Aku rela dirogol...



2012/10/09

Hikayat Pak Pandir...

Alkisah, di suatu petang yang suam suam kuku...
Pak Pandir dan Mak Andih meronda ronda keliling Shah Alam...

Tiba tiba, Pak Pandir tidak dapat menahan kentut...
Lalu Pak Pandir pun mengangkat sedikit punggungnya...
Maka terkeluarlah satu haruman semerbak...

Arakian, terbau la akan Mak Andih bay busuk tersebut...
Terkembang kuncup la hidung Mak Andih mencari punca bau busuk tersebut...

Mak Andih: Pak nya! Kentut busuk gila la...

Pak Pandir: Eh! Mana ada... Kita kentut wangi la...

Mak Andih yang tak berpuas hati dengan jawapan tersebut terus menghirup bau itu sedalam dalamnya....

Mak Andih: Iye la... Kite kenal bau kentut pak nya...

Pak pandir: mana ada la... Kita tak kentut la...

Mak Andih yang masih tak berpuas hati terus merapatkan hidungnya ke arah punggung Pak Pandir... Lantas disedut bau itu sedalam dalamnya...

Mak Andih: cis! Confirm pak nya kentut... Busuk gi la...

NotaKarut: aduyai... Apa aku ngarut ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

2012/10/08

Kemahuan...

Kemahuan... Adalah satu sifat yang ada pada manusia...
Banyak yang bersifat ke arah nafsu...
Kurang yang bersifat baik...

Ada orang mempunyai kemahuan...
Kemahuan untuk berjaya dalam hidup...
Kemahuan sanggup berdikari...
Kemahuan sanggup menghadapi cabaran...
Kemahuan berkorban masa...

Tak kurang juga ada orang mempunyai kemahuan...
Kemahuan untuk mengeluh... Duit tak cukup... Harta tak ada... Subsidi tak banyak... Biasiswa tak ada... Bantuan kerajaan tak ada... Bonus kerajaan bagi tak dapat...
Kemahuan untuk mengutuk usaha penat lelah orang lain...
Kemahuan untuk tak bersyukur atas nikmat yang telah diberikan...

Ada sesiapa tengok buletin utama tadi? Dah tengok bagaimana mewahnya WARGA ASING hidup berniaga di Malaysia? Tapi orang kita banyak yang mengeluh... Katanya kos sara hidup di Malaysia ni dah keterlaluan tinggi... Aku malu... (sebab aku pun ada terfikir begitu.) 

Tapi WARGA ASING yang pada awalnya sehelai sepinggang semasa datang ke Malaysia ini sangat bangsat keadaan nya dah mempunyai harta melimpah ruah dengan hanya berniaga di tepi jalan... Jalan TAR yang dahulunya terkenal dengan peniaga melayu dah pun bertukar rupa bangla dan pakistan... Chowkit yang dulu tempat jual beli penduduk tempatan dah dijajah indon...

Mungkin itu kemahuan kita... Kemahuan kita untuk dimanjakan oleh kerajaan dengan bantuan sehingga menghilangkan kemahuan kita untuk berusaha dan menghadapi cabaran...

Mungkin itu pilihan kemahuan kita... Kemahuan untuk terus merungut...
Kemahuan untuk terus berada dalam zon selesa yang bukannya selesa sangat pun keadaanya...

NotaKarut: Mungkin saudara Talif boleh tolong menghuraikan entry ini sebaiknya... Kerana aku tak pandai bermain kata...

2012/10/06

Lawak? Lucu? Kisah Kehidupan...

Si cantik manis bernama Zaitun
Lagi manis si bunga cengkih
Tukang Karut hebat berpantun
Sampai ada yang tersengih sengih

Orang kata cinta itu buta
Tapi itu cinta dulu dulu
Bangun tidur celik mata
Laptop di meja dicari dahulu

Kuih karipap kuih bingka
Sedap lagi kuih bahulu
Taik mata berselepet di muka
Tak dan nak basuh ngadap blog dahulu

Pagi pagi menjahit jala
Hendak menebar ikan di paya
Dalam dunia ada macam macam gila
Gila Blog paling bahaya

Lenggang lengguk janda manis lalu
Ditonggek punggung dikembang dada
Hajat di hati nak update selalu
Apakan daya idea tak ada


NotaKarut: Tajuk tak ada kena mengena dengan entry... Aku malas nak fikir... Hahahahahaha...




Pencetus inspirasi!

2012/10/05

Hikayat Tukang Karut VS Pak Pandir...

Pak Pandir: Aku hairan la Tukang Karut...

TK: Hairan??? Aku lagi naik hairan bila kau hairan...

Pak Pandir: Ko ni... Saje je nak main mainkan hati dan perasaan aku kan... Cam ni la... Putus kawan la cam ni...

TK: Alolololo... Merajuk dah... OK... Ok... Apa yang kau hairan ni?

Pak Pandir: Aku hairan la... Aku makan banyak dah hari ni... Merata rata tempat aku cari makan... Sana aku makan... Sini aku makan... Sinun pun aku makan... Tapi tak kenyang kenyang jugak... Hairan betul la aku...

TK: Aik... Pelik ni... Biasanya aku je yang punyai perut berlubang...

Pak Pandir: Tu la... Aku pun hairan ni...

TK: Ko makan apa?

Pak Pandir: Aku pergi zoo makan, pergi sunway lagoon pun makan... Mana mana pun makan... Tak kenyang kenyang jugak... Aku makan angin!

NotaKarut: Esok cuti... Yeahhh...


2012/10/04

Dulu Dulu Vs Sekarang...

Kanak Kanak dulu dulu... Kutip tudung botol oren untuk dijadikan mainan... Aku pun lupa nama mainan ni... Kalau tak salah ada yang gelar main jamban... Permainan yang menguji kecekapan tangan... 

Kanak Kanak sekarang... Merengek dekat makbapak... Mintak ipad... Mintak galaxytab... Main angrybrid... Main game dalam tablet bagai... Permainan yang menguji kecekapan ibu jari...

Kanak Kanak dulu dulu... Pantang tengok air sungai... Mesti terjun tiruk punya la... Ada jugak yang mandi dengan belalai gajah kecut tergantung... Permainan yang menguji fizikal badan...

Kanak Kanak sekarang...  Pantang tengok SmartPhone baru keluar... Confirm berguling guling nak HP baru... Padahal, nak main game je pun... Permainan yang menguji kecekapan jari telunjuk...

Kanak Kanak dulu dulu... Sangat kreatif dan berimaginasi tinggi... Semua benda boleh dijadikan mainan... Main polis polis pun guna pistol buatan sendiri... Raut kayu sendiri... Bentuk kayu sendiri... Buat peluru sendiri daripada gumpalan kertas surat khabar basah... Birat oooo kalau kena badan... Yang tak boleh lupa main pondok pondok dan kahwin kahwin... Siap masak masak lagi... Masak betul betul...

Kanak Kanak sekarang... Otak kurang cergas... Nak main, download je daripada playstore... Balik balik main guna jari telunjuk dan ibu jari je... Bosan gila! 

NotaKarut: Hidup kanak kanak sekarang aku rasa kurang bahagia untuk dikenang semasa usia dewasa mereka... Setuju? Jika setuju sila like banyak banyak kali...

1111

2012/10/03

Perut Itu Lambang Keseksian Lelaki!

Suri: Abang... Lapar la...

TK: Erm... Abang tak lapar sangat ni... Ye la... Siap la...

Suri: Abang nak makan apa?

TK: Tak nak makan berat sangat la... Lewat dah pun ni... Dah moncit sangat dah ni..

Suri: Ok...

Pengambil pesanan: Yea bang... Nak oder apa?

TK: Minum teh o... Bagi kerang bakar je...

Suri: Bagi sotong bakar...

Suri: Arrr tambah tauhu bakar...

Suri : Dik, ada sate?

Pengambil pesanan: Ada...

Suri: Bagi sate daging 10 cucuk...

Suri: Bagi ABC special yea...

Suri: Arrr... Nasi putih sekali yea... Telur bungkus sekali...

TK: Amboi... Lapar ke?

Suri: Baby dalam perut yang lapar ni...

TK: ok...




10 minit selepas makanan sampai... 
Suri: Abang... Errrr... Abang...

TK: Hmmmmm... Apa?

Suri: Dah kenyang... 

Sambil membuat lirikan manja ke arah Kerang bakar masih bersisa banyak... Sotong tak berusik... Sate baru luak 2 cucuk... Telur bungkus yang macam tak dipandang... Nasi baru lauk sesuap...

NotaKarut: Mana la perut ni tak naik mencanak canak... Dah jadi macam lori sampah DBKL dah... Membersihkan makanan yang tak habis... Sumbat selagi boleh...

Aummmmm! Seksi!!!

Bila Tukang Karut Mengarut!

Tahukah anda bahawa seekor buaya memiliki 2000 hingga 3000 batang gigi sepanjang hayatnya...
Tahukah anda juga bahawa buaya darat akan hilang beberapa batang gigi bila mengacau awek orang lain...

Tahukah anda bahawa kedua dua sisi otak lumba-lumba bekerja secara berasingan... Selama 8 jam, kedua dua sisi otak itu sedar... Kemudian sisi yang kiri akan tidur selama 8 jam. Selepas sisi kiri terbangun, sisi yang kanan akan tidur selama 8 jam...
Tahukah anda juga bahawa otak otak kempas yang diperbuat daripada isi ikan sangat sedap!

Tahukah anda bahawa hanya nyamuk betina yang menggigit dan menghisap darah, sementara nyamuk jantan hanya menghisap sari bunga...
Tahukah anda juga bahawa perempuan yang memakai skaf dileher adalah untuk menutup love bite yang dibuat "nyamuk jantan"...

Tahukah anda bahawa siput menghasilkan cairan lekit tak berwarna yang berfungsi sebagai lapisan pelindung untuk mereka merayap? Cairan sangat berguna sehingga siput dapat merayap di hujung pisau tanpa terpotong!
Tahukah anda juga bahawa perempuan menghasilkan cairan lekit tak berwarna bila ada tangan lain merayap di peha...

Tahukah anda bahawa lelaki lebih suka berbohong dari pada wanita sekurang-kurangnya lelaki melakukan pembohongan 3 kali sehari atau 1,092 per tahun sementara wanita bohong hanya 2 kali sehari sama dengan 728 kali dalam setahun.
Tahukah anda juga bahawa Siakap senohong, gelama ikan duri tak ada kena mengena dengan pembohongan! Siapa yang buat pantun ni???

Tahukah anda bahawa lesung pipit disebabkan oleh otot wajah yang disebut otot zygomaticus major yang terbelah dua... Lesung ini terhasil kerana otot wajah tersebut lebih pendek daripada ukuran normal sehingga otot tersebut menarik kulit wajah dan membentuk lekukan pada kulit.
Tahukah anda juga bahawa jangan sesekali mencuba menayang pipit dikhalayak ramai, takut takut lesung batu hinggap di muka!

2012/10/02

Tanda Tanya!!!


TeRTanYA TanYA SiAPa YaNg RaJiN SAngAt Nak AmBiL GamBAr KaPaL TeRBang ni...

AdaKaH SuParMaN YanG AmBIl????

2012/10/01

Bersederhana...

Hati ini ada macam macam...
Hati ni, walaupun pada hakikat fizikalnya banyak ada sama rupa...

Itu ada jauh itu dalam perut, hati ini tak memberi makna...
Tapi itu dalam punya hati, hati ini memberi seribu satu makna tersirat...

Ada sikit  itu orang sangat baik hati...
Ada banyak itu orang, banyak sangat hati busuk...

Tukang Karut 194601102012...