2013/01/29

Gelak... Ketawa... Garu Kepala...

TK: Oit Pak Pandir... Buat apa tu?

Pak Pandir: Tengah berak ni...

TK: Eh... Bukan kau tengah makan ke?

Pak Pandir: Dah tu? Kenapa tanya?

TK: Makan apa tu? Macam sedap je...

Pak Pandir: Badak berendam...

TK: Mana? Tak nampak pun...

Pak Pandir: Ni ha... Tak kan dah rabun kot...

TK: Ye la... Aku nampak tepung tu la... Tapi mana badaknya...



2013/01/23

Melatah...

Aku hairan la...
Kenapa kalau orang melatah...
Tak kira lelaki ke perempuan ke...
Semuanya sama jea...

Eh... Bukan... Bukan maksud aku sama tu 'sama'...

Sama tang sebutan...
Kalau melatah tu... Kadang kadang saja je sebut kuat kuat...

"Owh... pantat mak kau..."

Awat ha???

Tau la benda sedap...
Eh... Ini kenyataan lucah ke ni?

2013/01/22

Kosong... Kosong... Kosong...

Ahad lepas... Ajak suri ke kenduri kahwin salah sorang bos lama...
Hajat di hati, lepas tu boleh la ke PWTC...
Nak jenguk jenguk expo baby di sana...
Nak menyempitkan rumah yang dah penuh dengan barang baby...

Hajat di hati nak makan sedap...

Tapi... Bila sampai di dewan...

Tengok sekililing...

Toleh ke suri...

Toleh ke kanan...

Awatnya kosong je ni?



TK: Yang... Bak mai kad jemputan...

Suri: Nah bang...

TK: Yang... Hari ni hari apa?

Suri: Ahad bang... Nape...

TK: Tak ada apa... Rasa tak berselera nak makan nasi minyak lak hari ni...

TK: Jom kita pi cari gerai la... Pengantin dah pi honeymoon dah pun ni... 

TK: Majlisnya semalam...



NotaKarut: Pengajarannya lain kali tengok kad dan kalender betul betul!!!!!!!

2013/01/21

Kasihku Harap Diterima...


Terima kasih... Terima kasih kepada 2795 visitor...
Terima kasih kepada blogger yang ada letak link Tukang Karut ini...

Terima kasih kepada returning visitor seramai 781 orang atau dalam bahasa kasarnya hanya seramai 25 orang sehari orang sama je yang datang blog mengarut ini...

Terima kasih... Kepada yang sudi memberi komen...
Dan tak lupa terima kasih kepada yang mengutuk, mengeji dan mencebik...

2013/01/19

Ini Semua Salah Kerajaan...

Pendidikan percuma... Sepatutnya diberikan kepada semua... Tak kira kaya atau miskin...
Ini semua salah kerajaan... Kerana tak bagi percuma...
Tapi tak nak pulak salahkan diri...
Kenapa la aku tak belajar sungguh2 dulu sampai tak layak pun nak mohon biasiswa?
Padahal, masa sekolah dulu dah pun diberi percuma... Semuanya percuma...

Harga barang naik... Salahkan kerajaan...
Yang geli hati... Peniaga yang marahkan kerajaan...
Padahal... Siapa yang kaut untung?

Owh... Senangnya hidup...
Buat salah... Salahkan kerajaan...
Dipersalahkan... Boleh u turn salahkan kerajaan...

Beli kereta mahal... Salahkan kerajaan...
Beli rumah mahal... Salahkan kerajaan...

Dah tu?
Semua pun salah kerajaan...

Siapa yang kutip untung????
Owh... atau lebih tepat kaum mana yang kutip untung????

Hidup susah pun... Salahkan kerajaan... Padahal diri sendiri malas nak berusaha...
Bangla yang datang sini sehelai sepinggang pun... Bila balik bangladesh, dia dapat rumah sebesar istana dan bergelar jutawan!!!!

Owh... Senangnya hidup!!!

Owh... Bukan... Senangnya hidup di Malaysia...

Listen... 

Ah... Malas nak dengar!!!!!

NotaKarut: Belajar bersyukur... Jangan nak banding2 kan dengan orang lain...

2013/01/18

Siapa Pemenang Maharaja Lawak Mega 2012...

Final Maharaja Lawak Mega 2012...
Penuh dengan gelak ketawa...
Terselit juga sindiran...
Kalau terasa pedas... Itu maknanya tergigit cili...

Kalau tak terasa... Itu maknanya korang makan angin keluar kentut busuk...

Boboi menyindir siapa lagi?

Bila Orang Mempersoalkan Kewarganegaraan Aku!


Bila orang tengok IC aku...
Orang mula mempersoalkan kewarganegaraan aku!

xxxxxx-59-xxxx

Bila ditanya...

Satu je jawapan aku...

Mak aku lahirkan aku masa tengah honeymoon dekat GERMAN!

2013/01/17

Terapi Khamis. Lawak Pendek...

Pak Pandir: Kau rasa kau ni pandai ke tak ek?

Tukang Karut : Awat? Muka aku ada tulis aku bodoh piang ke? Tengok baka la... Mestilah pandai...

Pak Pandir: Emm kalau gitu, ce try jawab teka-teki ni...

Tukang Karut : ha, ape dia?

Pak Pandir : ulat gonggok berapa kaki?

Tukang Karut :  Emmm... Kalau nak kira, mau sampai subuh esok tak siap kira kot... 100 kaki kot...

Pak Pandir : Salah...

Tukang Karut :   99 kaki...

Pak Pandir : Salah!!!

Tukang Karut :  Kau jangan nak kelentong aku... Dah semuanya salah... Abis tu ada berapa kaki??????

Pak Pandir :  Hok aloh... Marah doh... Demo ghoyak pandai sangat...

Tukang Karut : Ok kalau semua salah, apa jawapannya.?

Pak Pandir : Jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je...



NotaKarut: Copy - paste - edit - publish!!! Perghhh... Rasa tak bersalah sungguh...

2013/01/16

Mitos Karut...

TK: Bos... Tumpang makan sebelah boleh...

Bos: Ha... Mai la... Duduk sini...
Sambil beralih duduk ke kerusi sebelah...

TK: Eh... Tak payah la bos... Biar saya yang masuk dalam...TK

Bos: Awatnya???

TK: Orang tua kata tak elok makan beralih tempat ni... Nanti banyak bininya...

Bos: Ha la... memang tu la niat aku... Dah 10 tahun aku buat gitu dah... Tapi satu pun tak lekat lagi...


TK: Erk... Glup... tertelan setongkol jagung...


2013/01/15

Surat Khabar Lama....

Rutin harian... 
9.00am... Lepas naik dari minum...
Perkara pertama yang akan dibuat baca surat khabar...
Bukan nak bertanya khabar... Saja nak tau khabar berita...
Mana la tau kot kot kena nombor ekor...

Dah... Jangan nak jahat mulut kata orang GOMEN malas nak kerja...
Abis tu korang ingat aku suka jadi civil engineer yang buat kerja kerja ICT network...
Kerja aku hanya mengarah orang buat kerja... Kalau suruh aku buat kerja memang sampai kiamat pun aku tak reti nak buat apa...


Rutin harian...
2.30pm... Lepas mengerjakan yang wajib...
Perkara pertama yang akan dibuat baca surat khabar...


Sampai ada yang menegur...


Cik N: En. TK bukan dah baca paper ke pagi tadi?

TK: Ha la... Ni.... Ni baca berita tuk petang lak... Pagi tadi punya dah basi dah!!!



2013/01/14

Betul... Betul... Betul...

"Orang yang anggap dirinya sahaja yang sentiasa betul adalah orang yang tak berapa nak betul otaknya!"

 

2013/01/12

PM, Sila Bubar Parlimen Dan Adakan PRU13 Secepat Mungkin...

Muak! Muak melihat... Muak membaca... Muak mendengar... 
Aku hanya inginkan keamanan...
Untuk anak aku membesar dengan aman dan berpendidikan...

Biar... Biar kami yang LAYAK mengundi ini...
Menunjukkan kuasa kami...
Memilih siapa yang kami percaya...

Bukan MEREKA yang berada di jalanan dan membikin kecoh!

NotaKarut: Bersyukur la dengan apa yang ada... JANGAN SAMPAI YANG DIKENDONG BERCICIRAN, YANG DIKEJAR TAK DAPAT!!!!!!

2013/01/11

Intipati Khutbah Jumaat Hari ini...

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Sekadar berkongsi...

NotaKarut: Malas nak bukak facebook sekarang bila banyak yang like berita yang tak tahu hujung pangkal!

2013/01/10

Lelaki Memang Macam Tu...

Lelaki Memang Macam Tu...

1. Kalau lelaki TERtengok perempuan cantik atau yang seksi terdedah peha dan dada... Lelaki akan tengok sampai tak berkelip mata sebab pandangan yang pertama itu tak haram tapi rezeki bagi mereka... Tapi itu kata lelaki... Perempuan pulak pasti akan menyindir "lelaki semuanya sama!"...

2. Lelaki, walau macam mana alim berkopiah berserban berjanggut hingga ke lutut, jahat mengalahkan syaitan yang direjam pun ada... Dalam hati mesti ada pasang niat... Niat nak kahwin lagi... Pasti perempuan perempuan akan mengutuk "Ah... Lelaki semuanya sama!"... Padahal lelaki hanya baru BERNIAT... Antara berani dengan tidak je nak buat... Sedangkan dengan seorang isteri sahaja sudah cukup memeningkan kepala...

3. Lelaki... Bila dah kahwin... Isteri punya penat membebel bercakap ni atau pun sms... Satu je jawapan dari lelaki... "Humpppp"... Itu pun bernasib baik kalau ada bunyi... Mesti bini akan membebel... "Lelaki semuanya sama! Belum dapat macam macam ayat cinta dapat, dah ada anak berkoyan koyan, nak bukak mulut pun malas!"...

4. Lelaki... Bila pi jogging... Bukan nak pi jogging pun sebenarnya... Niat di hati nak tengok perempuan jogging pakai seluar track suit jea... Huhu... Bergetah beb... Bulat je terhuyung ayang... " Ah... Lelaki semuanya sama kan!"

5. Lelaki... Walau macam mana sedap pun makanan dekat luar... Kalau isteri dia dah masak... Dia pasti akan habiskan dan tak akan keluar makan luar dah... Tak tinggal sisa pun... Apabila ditanya isteri, pasti lelaki akan berkata "sedap yang..." Lepas tu isteri pulak berkata, abang ni tipu la, tau tak sedap...
"Itu la perempuan...Kalau dah tak tau masak tu, pi la belajar!"



NotaKarut: Ah... Lelaki memang macam tu kan!!!



2013/01/09

Apa Nak di Kata...

2013/01/05

AES Mengajar Aku Jadi Sopan Santun...

Tahniah AES...
Kerana telah berjaya mendidik aku menjadi pemandu yng berhemah...

Kerana berjaya membuat aku mengikut peraturan hadlaju...

Walaupun di "highbeam" beratus kali...
Walaupun dicucuk belakang, kiri dan kanan...
Tak kira apa cabaran mendatang...

Namun aku tetap pendirian...

Berada di laluan paling kanan...
Dengan kelajuan yang ditetapkan...
70km/j...

Tahniah AES...

Published with Blogger-droid v2.0.9

2013/01/04

Boboi Menyindir Siapa Di Dalam MahaRaja Lawak 2013...

Siapa tengok MahaRaja Lawak malam ni? Dah tengok persembahan BOBOI?
Agak agak siapa la yang BOBOI sindir....

Tau?

Aku tau dah...
Tapi malas nak cerita...
Kang kena saman lak kang...

Pada suatu hari, seorang bapa yang sudah tua bersama anaknya yang berusia 10 tahun pergi ke pekan untuk menjual seekor keldai peliharaan mereka. Bapa dan anak tersebut berjalan kaki sambil menarik ikatan keldai yang hendak dijual itu.

Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan dua orang pemuda kampung itu. Mereka terdengar perbualan pemuda kampung itu…

"Bodoh betul bapak dan anak itu, ada keldai tidak mahu ditunggangnya".

Si bapa tua tadi pun memanjat belakang keldai bersama anaknya. Mereka meneruskan perjalanan dengan menunggang keldai bersama-sama.

Tidak lama kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbual-bual di tepi jalan. Mereka terdengar makcik-makcik tersebut mengata…

"Tak berperikemanusiaan betul bapak dan anak itu, keldai yang kecil itu ditunggangnya berdua…"

Terdengar kata-kata itu, bapa yang tua itu pon turun dari keldai itu. Bapa tua itu meneruskan perjalanan dengan menarik keldai yang ditungangi anaknya.

Selepas itu mereka terserempak pula dengan sekumpulan remaja yang sedang bermain guli. Mereka terdengar perbualan remaja itu…

"Teruk betul anak orang tua tu, tak patut disuruh bapanya yang dah tua menarik keldai tu…"

Si bapa terus menyuruh anaknya untuk bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si anak menarik keldai yang ditungganginya. Mereke pon teruskan lagi perjalanan.

Sampai di satu simpang, mereka beselisih dengan sepasang suami isteri yang sedang berjalan kaki. Si bapa tua terdengar pasangan itu bercakap sesama mereka…

"Kasihan budak kecil itu, tidak berhati perut bapanya menyuruh anak yang masih kecil menarik keldai yang ditungganginya.."

Mendengar kata-kata sinis itu, si bapa tua turun dari keldai dan berjalan kaki bersama-sama dengan anaknya seperti mula-mula mereka keluar rumah.

Sebelum sampai ke pekan mereka bertembung dengan beberapa orang lagi yang bercakap-cakap tentang perihal mereka. Tetapi si bapa dan anak itu tidak menghiraukan cakap-cakap orang itu. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka dengan cara mereka sendiri.

Akhirnya mereka sampai ke pekan dengan senang hati, tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekelilingnya.



NotaKarut: Susah nak ikut cakap orang ni... Kan Kan Kan...

Hikayat Pak Pandir Dan Tukang Karut...

Pak Pandir dan Tukang Karut menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup mereka...

Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa dalam perjalanan...

Setelah agak jauh perjalanan mereka pun mula terasa lapar, lalu tukang karut memberikan sebiji pisang pada Pak Pandir....

Dengan gelojohnya pak pandir pun terus menggigit pisang di tangannya...

Tiba tiba kereta api melalui satu terowong yang panjang...

Pak Pandir : Kau dah makan pisang tu?

Tukang Karut: Belum lagi...

Pak Pandir : Eloklahhh... .. Jangan dimakan... Aku baru gigit jea, terus mata jadi buta!...

2013/01/03

Tahukah Anda... Adakah Anda tahu???

Tahukah anda, haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.  Semut juga berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya dan mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan.

Tahukah anda juga bahawa, amalan meminum air bersemut boleh menyebabkan sesorang menjadi pelupa... Sat... Siapa yang kata ni??? Siapa yang pandai sangat memandai mandai reka mitos ni... Apa salah semut... Semut tak salah... Yang salah amalan hidup korang tu... Makan berlemak, manis...

Tahukah anda, Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

Tahukah anda juga, walaupun manusia boleh hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang... apa gunanya... walaupun hidup seribu tahun... kalau tak sembahyang apa gunanya... Dipukul dipalu sehari-hari... Barulah ia sedarkan diri...  Hidup di dunia tiada bererti... Akhirat di sana sangatlah rugi... Walaupun hidup seribu tahun... Kalau tak sembahyang apa gunanya....

Tahukah anda, Gajah Afrika hamil selama 640 hari....

Tahukah anda juga bahawa, lelaki melayu pun boleh 'mengandung' selama 64 tahun?

Tahukah anda, Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya....

Tahukah anda juga bahawa, spesis 'haruan makan anak' adalah orang yang sangat sensitif, pantang terselak peha, anak sendiri pun boleh dibalunnya...

2013/01/02

Cerita Sekolah Saya...

Hai...
Amacam anak anak blogger yang pertama kali ke sekolah secara rasmi...
Ada yang meragam ke tak?
Ke ada yang dah ngorat anak dara orang dah...
Al maklum la...
Budak budak zaman sekarang ni dah advance...

Dulu... Masa aku dulu...
Masa masuk darjah satu dulu...
Aku diam je... Diam... Sediam diamnya...
Tak berkawan... Tak menegur... Tak bersosial...
Hanya memerhati... Mak yang duduk di luar kelas...

Dan... Aku rasa... Mana mana orang pun pernah buat perangai ni kot...
Hik hik hik hik...
Terasa kemaluan membesar pulak bila nak cerita keaiban diri...
Perangai terkincit dalam seluar... Tapi tak nak bagi tau sesiapa...
Hik hik hik... Sampai la  yang cecair tu dah kering dan mengeluarkan haruman semerbak...

Dah... Jangan nak kutuk lebih lebih lak...
Aku luku kepala tu kang...

Lagi satu... Yang masih segar dalam ingatan...
Ni kalau suri aku baca ni, confirm aku tidur luar...
Hik hik hik...

Dulu... Masa tingkatan 3 dulu...
Aku ada minat dengan sorang awek ni... Panggil B je la...
Tiap tiap pagi... Sebelum aku pergi sekolah...
AKu pergi sekolah awal...
Dalam pukul 6.15 dah sampai sekolah dah... Jalan kaki lak tu...
Korang bayangkan la pukul berapa aku keluar dari rumah...

Tiap tiap pagi sebelum pergi sekolah tu...
Aku pi petik bunga ros depan rumah aku tu... 
Setiap pagi... Sampai mak aku pun naik hairan tengok bunga ros nya selalu hilang...
Aku letak... hik hik hik...
Aku letak bawah meja budak yang aku minat tu...
Tapi... Tapi... Aku tak bagitau siapa pun...

Dah la... Rasa macam dah merah lak pipi aku ni...

NotaKarut: Hohoho... Anak aku mewarisi perangai buruk aku... Kentut kuat kuat...

2013/01/01

Come To Papa... Come To Papa...

130001012013...
Selamat tahun baru...
Bagi yang berjaga malam tadi di Dataran Merdeka, Shah Alam, dan Putrajaya dan baru nak bangun, diucapkan selamat pagi...
Satu pertanyaan, banyak tak dosa buat malam semalam?

Kalau konsert, tak kira berbayar mahupun percuma, bersesak sesak sampai berpeluh ketiak pun tak pe... Sesaknya... Ramainya manusia...
Yang di masjid, makanan diberi percuma... air dihidangkan depan mata... 
Apa nak dikata... Banyak tiang seri dari manusia...

Azam tahun baru?
Tak ada... Memang tak pernah berazam...

Perancangan tahun baru?
Membina keluarga bahagia...

Sasaran tahun baru?
Mengempiskan perut yang dah boroi!
Tapi macam tak jea... Anak aku suka pulak tidur atas perut aku ni...
Mungkin empuk agaknya!!!

NotaKarut: Zaman berjimba jimba dah habis... Tajuk