2013/05/29

Hahaha... Tak Terkata Dah!!!


Satu Angka Berganjak Lagi...

29.05.2013...

Satu angka berganjak lagi...

Meninggalkan satu angka kurangnya waktu bernyawa...

Satu angka lagi berganjak ke 3 series...

Ahh!!!! Tua dah aku  ni rupanya!!!

Terasa berumur baru macam 14 tahun lebih jea...

2013/05/28

Pahang vs Johor...

Kopi O siap...

Biskut lemak kering pun siap...

Hanya menunggu sepak mula sahaja...

Tapi... setakat 10.20pm...

Tiada tanda tanda akan dimulakan...

Atau ditangguhkan...

2013/05/27

Kepala Ting Tong...

Ting Tong...

Tong kosong...

Ting tong...

Kepala ting tong...

Mood isnin: Ngantuk!

Punca: Lewat sampai rumah... 

Akibat: Anak berzikir sampai pukul 3 pagi...

Simptom: Mata bertongkat mancis! Mual mual dan rasa nak makan KFC... Mata ada nampak bintang menacari bintang berterbangan di atas kepala...

Nota Karut: Eh... Lama tak update dah ek...

2013/05/20

Tanda Tanya...

Agak agak... Bila kita (pemilik blog, laman sosial etc.) dah tiada di dunia ni...

Adakah blog kita ni... Akan ditutup?
Persoalannya siapa yang nak tutup?

Jika ada tershare gambar gambar yang seksi...
JIka ada tershare fitnah fitnah...
Persoalannya adakah kita akan dapat satu fix deposit dosa bila dah mati?
Apa jalan penyelesaiannya?

Adakah perlu kita maklum dengan orang terdekat password kita dan memberi amanah supaya menutup blog dan membuang entry2 kita atau membiarkannya terus sebagai kenang kenangan?

2013/05/13

Lawak Hari Ini...

Krohkrohhhhhhkrokkkkkk....

Pak Pandir: Tukang karut, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

Tukang Karut: Ha???Iye ke?

Pak Pandir: Iye... Teruk bebenor bunyinya...

Tukang Karut: Erm... Kalau gitu, aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi...

2013/05/12

Hari Ibu...

Ada orang berkata kata...

Hari harinya adalah hari ibu...

Tidak ada hari khusus untuk menyambutnya...

Bertebaran la kata katanya di FB...

Menampakkan dirinya menghargai ibu...

Ini semua poyo...

Ini semua poyo bila telefon mak di kampung bertanya khabar sekali sebulan pun payah...
Lagi banyak call kekasih hati setiap jam...

Ini semua poyo bila... Hadiah diberi setahun sekali...
Bagi hadiah dekat awek seminggu sekali... Nak nak kalau awek merajuk...

Ini semua poyo... Bila dengan mak, besar punya bakhil... Nak belanja makan KFC pun berkira... Kata tak gaji lagi...
Tapi... dengan awek, habaq mai nak pi makan mana... Nak makan kepala gajah pun tak pa....

Ini semua poyo....

2013/05/08

Selera Gajah...

Hai... Guten Nacht...

Ntah kenapa...

Malam ni rasa macam nak kunyah sesuatu...

Gigi... Atau gusi yang rasa berdenyut denyut ni...

Kalau yang bawah tu berdenyut denyut tu tau la nak cari siapa...

Ni... Rasa macam nak mengunyah...

Rasa macam nak kunyah tebu jea...

NotaKarut: Perasaan yang datang bila kena audit projek lusa ni!!! Tak suka! Tak suka!!!

2013/05/06

Pasca PRU 13...

Seronok tengok keputusan PRU 13?

Selepas bersorak sarai... Seronok?

Fitnah memfitnah di FB... Seronok?

Melaung pelbagai slogan... Seronok?

Ubah??? Seronok diubah?

 BN = 133 

 PAS = 21 

 PKR = 30 

 DAP = 38

Seronok?

Menang sorak kampung tergadai?

Seronok?

Beronok ronok?

M#l@yu sama M#l@yu bergaduh berebut undi, C!N@ yang menang... Seronok?

Siapa yang tepuk tangan yamsee malam tadi? Seronok???

Tengok FB Tok Jib sini... Siapa yang seronok sangat ni?

2013/05/04

Lagu Karut PRU 13... Balik Kampung Mengundi...

Perjalanan jauh tak ku rasa
Semangat PRU13 ku melonjak sama
Bermacam poster perang bendera
Sampai naik serabut di mata

Bendera menghijau di atas gunung dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Biru laut turut sama menjadi jaguhnya
Semuanya bagaikan turut berpesta

Balik kampung oh oh
Kepala pening
Ho ho... Balik kampung
Nak pilih siapa

Terbayang wajah-wajah calon ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Mencari siapa yang berkenan di hati
Boleh menjadi pemimpin ku nanti

Balik kampung oh oh
Kepala pening
Ho ho... Balik kampung
Nak pilih siapa

Balik mengundi oh oh
Kepala pening
Ho ho... Balik kampung
Nak pilih siapa

2013/05/03

Seloka PRU13...

Penyokong PR kata ' Ini Kalilah '...

Pengikut BN balas pulak ' Lain Kalilah '...

Tukang karut pulak kata ' ape ape je.la '...

Published with Blogger-droid v2.0.10

2013/05/02

Pantun Selamat Malam Jumaat.

Pantun Selamat Malam Jumaat.


Penat sungguh otak berfikir
Senang senang orang datang curi
Malam Jumaat ingat nak berdikir
Tapi sayang tak dilayan suri

Kiasan karut tak difaham orang
Hanya jauhari yang mengenal manikam
Malam Jumaat paling dinanti orang
Tengok seksinya suri rasa nak terkam

Senyum si kambing cantik berseri
Telur tergantung Digelak buntal
Suri sibuk mengurus Puteri
Makan hati peluk la bantal...

NotaKarut: Kalau ada gak yang copy entry ni, aku tak tau la nak kata apa...

2013/05/01

1 May...

1 May...

Hari pekerja...

Hari pekerja bercuti...

Bercuti dari kerja....

Maknanya...

Bangun pagi makan...

Lapar je makan...

Tengahari je makan...

Tak lapar pun makan...

Ni pun ada rasa lapar gak lagi ni...

Hai perut... Ko tak cuti ke???