2013/06/30

Fakta Atau Auta - Filem Melayu vs Filem Tamil...

Daripada menonton filem Melayu...
Lebih baik menonton filem Tamil...

Betul x?

2013/06/29

JDT... JDT...

Go JDT...
Lawan kelantan habis habisan....
Go JDT...

NotaKarut: muka anakanda hamba yang keriangan selepas membuang kumbuhan dengan banyak sekali....

Uwekkkkk...

Tiap kali berjalan mesti tinggalan kesan...

2013/06/28

Final Hujung Minggu...

Minggu yang penuh dengan final...

Final Raja Lawak 7...
Malam ni... Jangan lupa bagi yang ada astro warna tu...
Ramalan pemenang? Ntah... Korang rasa????
Aku rasa meluat dah ni...

Tengok tengok gak, Isyak jangan lupa...

Final Piala FA Kelantan vs JDT... Esok!!!
Ok... Menurut kata orang belaan aku masa aku menurun pagi tadi nak mintak nombor ekor... Dia kata Johor yang menang... Pasal apa JDT menang? Pasal aku tak suka kelantan menang... Hahahahaha...

Tengok bola tu tengok bola gak... Maghrib jangan nak 'Jamak Takyah' lak...
Jangan ingat nak berebut BELI tiket gi stadium jea...
Masjid yang masuk FREE tu, ingat ingat la jugak yea...

Final piala Konfederasi 2013... Brazil vs Spain... Lusa...
Kalau dah bangun  awal pagi tu...
Jangan lupa buat solat malam sekali...
Mana la tau kot kot 'jalan' lak pagi esok kan...

2013/06/27

Perlukah Servis Di Service Centre Proton Apabila Tempoh Warranty Telah Tamat?

Service Advisor Proton(Gegirl tau): Wuaaa... Encik masih servis di proton yea?

Tukang Karut: Ha... Nape?

Service Advisor Proton: Tak ada la... Biasanya, kalau dah habis waranty, orang dah hantar dekat bengkel lain... Ni dah 65k masih setia hantar ke proton...

Tukang Karut: (Dalam hati jea la) Eh... Ikut suka aku la mana aku nak hantar mana pun... Ada pulak cakap dengan customer macam ni... 

Patutnya dia suka pasal aku masih setia hantar ke proton...

Soalan untuk korang yang pakai kereta Proton atau Perodua... Korang hantar kereta korang dekat mana lepas habis waranty?

Apa alasan?






Bagi aku... Aku malas nak fikir... Bila hantar dekat proton, aku tak payah fikir apa nak diservis dan apa yang patut ditukar... Dia kan dah ada jadual apa yang nak dibuat...

Kalau hantar dekat bengkel luar, kita pulak yang kena fikir apa nak buat... Suruh tukar apa yang patut... Kena pantau... Kena check barang ori ke tak... Suruh tu... Suruh ni...

Aku malas... Aku malas nak buat semua tu...

Komen...

Komen aku paling panjang dekat blog orang adalah 2 baris...

Biasanya 3-5 patah perkataan...

Aku pelik bila baca komen orang lain...
Panjangnya berperenggan diatur macam karangan...
Yang bagi aku itu adalah satu entry...

Entry aku pun tak sepanjang itu...

Comment please...

2013/06/26

Owh Anak...



Muka gembira bila dapat paw aiscream papa...

2013/06/25

Suami Tertekan. Stress.

Suri: Kenapa abang Musang call???

Musang Berjanggut: Abang tertekan...

Suri: Abang ok??? Abang ada masalah apa??? Ce citer kat sayang...

Musang Berjanggut: Saya tertekan je la... Mana ada masalah apa apa...

Suri: Kalau abang ada masalah, cerita la....

Musang Berjanggut: Masalah apa nye.. abang ok je la... Abang cuma tertekan je...

Suri: Ye la... Kalau abang tertekan.. abang kena la cerita kat saya... Kita kongsi sama sama... Itu kan tugas kita bersama... Mana la tau kot sayang dapat selesaikan masalah abang...

Musang Berjanggut: Tertekan DIAL handphone pun kena cerita ke???


Topeng Muka Jerebu Yang Selesa...




NotaKarut: Selesa sangat kan... Lembut jea...

2013/06/24

Lapan Bulan Sudah...

Lapan Bulan Sudah...

Cepatnya masa berlalu...






2013/06/21

Cadangan Buat Kerajaan Malaysia....

Disyorkan kepada kerajaan Malaysia...
Supaya pembuat pembuat dan pengimport kereta di Malaysia memansuhkan pemasangan lampu signal...

Kerana ramai pemandu di Malaysia tidak tahu penggunaan lampu signal ketika menukar lorong atau keluar simpang...

Cukup sekadar berniat di dalam hati nak tukar lorong...

Disyorkan juga supaya pemasangan hon juga dimansuhkan...
Biar tak boleh menbunyikam hon panjang bila pemandu menukar lorong sesuka hati... lagipun dah nak mansuhkan lampu signal kan kan kan....

Fakta Bila Lelaki Memasak...

1. 99.999999% lelaki di Malaysia sangat pandai memasak kari... Tapi... Maggi kari jea la...

2.  Lelaki kadang kadang kalau datang mood baik memang suka memasak... Tapi teramat sangatlah malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk...

3. Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang rumah... Bukan main bising lagi...

4.  Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju... Lebih afdal dan sedap jika peluh memercik di dahi dan ketiak...

5. Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap lemak manis dan masin...



Al kisah tukang Karut...

Tukang Karut : Bang, macam mana kira mangga ni?...

Tukang Jual : Sekilo 7 Ringgit!...

Tukang Karut : Umangaihhhh... Mahal gila... 5 ringgit sudah!!!

Tukang Jual : Mana dapat!!! Duit minyak pun tak lepas...

Tukang Karut : Manis ke?

Tukang Jual : Confirm manis gila...

Tukang Karut : Kalau tak manis, macam mana bang?...

Tukang Jual : Kalau tak manis, tak payah bayar!...

Tukang Karut : Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!...

Tukang Jual : "#$%@%&%????...

2013/06/20

Makan Di Kedai Melayu...

Tukang Karut : Dik, mai sini sat...
Tukang Amik dan hantar Order : Ye saya... Ada apa encik?

Tukang Karut : Saya ada masalah dengan tomyam saya ni...
Tukang Amik dan hantar Order : Kenapa encik?

Tukang Karut : Cuba kamu rasa tomyam ni...
Tukang Amik dan hantar Order : Kenapa? Tom yam ni terlalu masin ke encik?

Tukang Karut : Tak!!! Cuba kamu rasa dulu..
Tukang Amik dan hantar Order : Atau tomyam ni terlalu panas?

Tukang Karut : Tak!!! Cuba la kamu rasa dulu..
Tukang Amik dan hantar Order : Ok, baiklah... Mmmmmm, mana sudunya?


Tukang Karut : Haaa. tu la masalah dia...

2013/06/19

Mari Berpantun...

Kalau ikutkan nafsu saya
Mahu membaham sepuluh cucuk sate kajang
Dalam hati tertanya tanya
Kenapa berbaju tapi telanjang???


Rabu Tanpa Kata Kata

.
Cantikkan Payudara Secara Semula Jadi!

2013/06/18

Lelaki Apabila Merajuk, Tak Lama...

Lelaki Apabila Merajuk, Tak Lama...

Al kisah si Musang Berjanggut tiba tiba menjadi seorang yang pendiam seakan merajuk... Dah 3 hari tak bercakap dengan suri...

Suatu petang Suri pun bertanya;

Suri: Kenapa U?
Musang Berjanggut: Ahhhhh!!! nak muntah!!!

Suri: Awat ni? Ni pasai beli kasut baru tak bagitau ker?
Musang Berjanggut: Tak!

Suri: Pasai mak bapak suruh kampung sampai 2 minggu ker?
Musang Berjanggut: Tak!

Suri: Pasai kereta u, i tercalar body ker?
Musang Berjanggut: Tak!

Suri: Err! pasai i kelaurkan duit u RM1,000 tak bagitau u ker?
Musang Berjanggut: tak!

Suri: Pasai i tak iron baju u ker?
Musang Berjanggut: Tak

Suri: Pasai u kena basuh dan sidai baju kita ker?
Musang Berjanggut: Tak!

Suri: Abis tue??? awat nie??? jangan la buat i macam ni...

Musang Berjanggut: Err! kenapa u dah boleh sembahyang... Tak cakap dengan i pun!!!

2013/06/17

Pantun Romantik Atau Cemburu

Pantun Romantik Atau Cemburu

Panas besi merah membara,
Diketuk ketuk dibuat loyang,
Kalau cemburu sudah membara,
Pinggan mangkuk terbang melayang...

Jangan dinilai kulit buku,
Pandang renungkan dalamnya ilmu,
Padamkan api cemburu itu wahai sayangku,
kerana hati ini sentiasa ada kamu...

Tinggi tinggi pokok betik,
Nampak jauh di tengah kota,
Berpuluh beratur wanita cantik,
Cuma kamu yang aku cinta...

NotaKarut: Nak komen???? Sila berpantun yea...


Gempar! Tapak Kaki Bigfoot Di Kepis, Kuala Pilah

Kuala Pilah: Penemuan lebih 200 kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun getah berhampiran Kampung Kepis Baru, di sini, kelmarin, menggemparkan penduduk setempat.
Penduduk kampung itu, Adnan Pungut, 48, yang mendakwa orang pertama menemui kesan tapak kaki ganjil itu berkata, dia ke kebunnya jam 3 petang untuk membersih serta membakar longgokan kayu pokok getah yang ditebang.
Bagaimanapun, dia terkejut dan segera pulang selepas menemui kesan tapak kaki ganjil yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hidup.

“Sebaik melihat kesan tapak kaki bersaiz luar biasa yang ganjil itu, saya melarikan diri pulang kerana sangat takut. Saya memaklumkan kepada jiran dan penduduk kampung sebelum kami bersama-sama pergi semula ke kebun getah itu.
Foto
PENDUDUK menunjukkan kesan tapak kaki yang luar biasa ditemui penduduk Kampung Kepis Baru.

“Kami menemui lebih 200 kesan tapak kaki ganjil bersaiz sama sepanjang menjejaki binatang itu. Kesan tapak kaki yang ditemui itu berbentuk hampir bulat dengan garis pusat dianggar 18 sentimeter dengan lima jari bersaiz lima sentimeter panjang dan lima sentimeter lebar.

Sumber: Harian Metro...


NotaKarut: Wow... Rasa macam nak balik kampung je ni... Ni kena siasat ni... Kalau dapat tangkap hidup2, boleh buat zoo ni... RM30 sekepala kalau nak tengok...

Isnin Yang Haru Biru...

Kau mampu?

Kau mampu datang pejabat dengan selipar selah lain sebelah lagi lain...

Sebelah warna coklat sebelah warna biru?

Kau mampu???

Aku...

Aku terbuat buat mampu lak tadi...

Aduyai... Mana nak sorok kaki ni...

Tapi... kau mampu?

Aduyai... MAMPUssssssss...

NotaKarut: Datang ke pejabat memakai selipar adalah perkara biasa bagi penunggang motor, kalau tak bertakung la air hujan dalam kasut... 

2013/06/16

Teknologi Memusnahkan...

Si bapa memegang iPhone...
Si ibu mengadap S3...
Si anak leka degan iPad...
Si anak lagi ulik menyentuh skrin samsung tab...

Mungkin...
Mungkin hajat keluarga ini hendak menyambut hari bapa di luar dengan makan bersama...

Tapi sayang...
Hanya medium maya yang dipilih...

Si ayah bercakap dengan Instragram...
Si ibu upload gambar di FB...'Kami keluarga bahagia sedang menyambut hari bapa,'...
Anak sibuk bertwitter...
Dan anak lagi sibuk bermain candy crush saga....

Zaman ini.. Teknologi memusnahkan komunikasi nyata...

2013/06/14

Jumaat Penghulu Segala Hari

Jumaat Penghulu Segala Hari


Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.



Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain.

NotaKarut: Sekadar mengingatkan yang kadang kadang lupa... Terutama aku sendiri...

2013/06/13

Pantun Selamat Malam.

Pantun Selamat Malam...


Orang berbahasa kita berbudi
barulah indah perilaku
kalau masih ada yang sudi
Marilah berpantun bersama aku

\Duit berjuta harta berkoyan, 
Hidup sorang terasa sunyi
Pantun empat kerat siapa nak layan,
Dua kerat pun boleh asal berbunyi

2013/06/12

Persediaan Malam Pertama.

Persediaan Malam Pertama.


Pagi tadi...

Breakfast punya cerita...

Lalu dekat sebelah awek... tak la cun sangat...

Terdengar perbualan... Atau mencuri dengar kata orang...

Gadis A: "I Nak diet la hari ni... Makan roti bakar jea..."

Gadis B: "Eh... U kan kurus? Napa nak diet lagi?

Gadis A: "Kurus!!! Kurus u kata, i dah berisi la..."

Sambil aku jeling ke arah tubuh mengamati tubuh badannya...

Dalam hati ada terdetik: 'Kalau kau yang kurus keremping bak papan lapis kena belah dua kalau kena tiup dengan angin sepoi sepoi bahasa pun boleh terbang ni kau kata dah gemuk... Abis tu aku yang agak sasa dan sedikit boroi ni nak masuk kategori apa?"


Berkenaan denganTajuk tu, betul apa... Kalau dah rasa tulang jea, apa sedapnya nak peluk????

2013/06/06

Beza Lelaki Dan Belalai Gajah.

Tahukah anda Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter...

Tahukah anda juga beza antara gajah dan lelaki adalah belalainya... Gajah kepalanya yang berbelalai, manakala lelaki pula belalainya yang berkepala...


2013/06/05

Lawak Kelakar Lucu Habis.

Lawak Kelakar Lucu Habis.


Perbualan Pak Pandir, Tukang Karut dan Musang berjanggut semasa kecil.

Tukang Karut : Musang Berjanggut, ko kalau dah besar nak jadi apa?

Musang Berjanggut : Aku kalau dah besar  nanti nak jadik Superman woo... Boleh selamatkan orang... Ko pulak?

Tukang Karut: Kalau kau dah besar jadi Superman, aku ingat masa kecik ni aku nak jadi Superboy dulu la pulak... Lepas tu turn ko pulak la kan...

Pak Pandir: (Sambil korek hidung) Abis tu??? Aku nak jadi apa?

Pak Pandir: Erm... Aku ingat aku nak jadi Supermarket... Macam-macam ada...

2013/06/04

Bulan... Owh... Bulan...

Bulan... Owh... Bulan...

Dalam hati ada takut...

Takut takut kalau ter'accident'...

Al maklum la... Lama dah 'puasa'...

Tak boleh control punya ma...

Tembak ikut suka...

Itu bulan lambat sampai...

Bukan ana punya bulan, itu suri punya bulan...

Itu bulan kalau lambat, ada makna sang Puteri bergelar sulung...

Tunggu punya tunggu...

Hari tukar minggu, nasib baik tak tukar bulan punya tunggu...

Tadi pagi ada muncul... Bulan mengambang di waktu pagi...

Yes... Boleh lagi la lepas ni...

Baru muka ada senyum....

Mintak Nyawa...

Aduyai...

Kejab kejab mintak nyawa...

Kejab kejab mintak nyawa...



Ni semua pasal ketagihan game la ni...

Mintak nyawa... Minta nyawa!!!

2013/06/03

Makna Lain Peribahasa.

Makna Lain Peribahasa.


kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut dibaling tombak, jangan berani nak usha awek lain

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
kalau tidak dipecahkan muka, manakan dapat madunya

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Berpecah pecah muka dahulu, biar hajat di hati kesampaian, berbini satu dahulu, kalau nak tambah biar kemudian

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
Kalau kote panjang sejengkal, jangan harap nak berbini dua tiga