2013/07/31

Fakta Ramadhan Yang Semua Orang Tahu Tapi Buat Buat Tak Tahu...

Fakta Ramadhan Yang Semua Orang Tahu Tapi Buat Buat Tak Tahu...

  1. Semua orang tahu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan... Tapi ramai orang buat buat tak tahu kewujudan malam al-Qadar dengan memenuhkan shopping mall, menyemakkan Jalan TAR, mengimarahkan SOGO...
  2. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)... Tapi ramai orang buat buat tak tahu adanya malam al-Qadar dengan memenuhkan hotel hotel berbuka puasa sehingga perut nak meletup sampai nak solat terawih pun malas... Silap silap nak bangun pi Maghrib pun ke laut... 

2013/07/30

Aku Benci Puasa Bila...

Aku benci puasa bila...
Orang kata puasa melatih kita bersabar...
Tapi hakikatnya bila puasa, kita boleh tengok tahap kesabaran orang yang berpuasa...
Masing masing mementingkan diri...

Bila di atas jalan raya...
Masing masing nak cepat...
Semua mementingkan diri sendiri...
Cilok sana cilok sini...
Parking menyusahkan orang...

Aku benci puasa bila...
Orang kata syaitan dikurung...
Yang tinggal hanya nafsu...
Nak nak hujung puasa ni...
Mall Mall penuh...
Jalan TAR jangan cerita la...
SoGo tu kalau tak berlanggar bontot tak usah cerita...
Bazar Ramadhan... Ermmm... Kalau tak bawak balik kiri kanan plastik penuh tak usah cerita la...
Orang kata puasa melatih mengawal nafsu...
Cait!!!... Macam membela nafsu secukup makan lagi ada la...

Cakap tak serupa bikin...

Benci... Benci... Benci...

2013/07/28

Saja nak kongsi gambar anak... Apa? Ada aku kesah?... Ah... Lantak la... Ikut suka aku la... Tengok... Tajuk je pun dah panjang dah....





Gurauan Suami Isteri Di Malam Hari...

suri: Bang Musang...

Musang Berjanggut: Ermmm... Pedia?

Suri: Bang Musang... ( dengan nada menggoda )

Musang Berjanggut: Godio mu ni? Siang puasa ni mano boleh ehem ehemmmm...

Suri: Isk abang ni... Tak terliur pun nengok perut boroi abang tu...

Musang Berjanggut: Abis tu? Gapedio mu nok?

Suri: Abang dah gaji dah kan... Jom gi shopping... Raya dah dekat dah... Duit abang duit sayang gak kan... Jom la... ( dengan nada yang lebih menggoda )

Musang Berjanggut: ooooo... Kalau duit sayang?

Suri: Duit sayang la... Hikhikhik...

Musang Berjanggut: Harta abang?

Suri: Harta sayang gak....

Kriiiiikkkkkkk.... Kreeeekkkkkkkkk... ( bunyi cengkerik...)

Proooooottttttttttotottttttttttttttttt.... 

Suri: Abang ni... Potong selera nak sahur... Kentutkan kita pulak...

Musang Berjanggut: Hokaloh... Kentut abang pun... sayang punya jugak kan?
Sharing is caring.................


2013/07/27

Cerita berbuka Saya...



X

X de cerita pun...
Ambil gambar sebelum berbuka...


NotaKarut: Tak ada gambar makanan... Bukan apa... Takut aku yang terliur... Aku dah dengar azan dah ni... Azan dah ni... Dah boleh dah ni... Walaupun matahari mencacak ke dahi...

2013/07/26

Kerja Di Hari Jumaat...

Buka excell...

Tekan tekan angka...

TerCongak congak... 

Tolak hutang... 

Tolak bil bil...

Tercangak cangak...

Ketepikan duit sewa rumah...

Ketepikan duit pengasuh anak...

Ketepikan duit minyak kereta...

Tercungap cungap!!!

Kira kira duit raya...

Kira kira duit shopping baju raya anak bini...

Owh... Lemas...

2013/07/25

Apa Ke Hal Nye Ni Yob!?

Apa ke hal Nye ni Yob?!

Cimbclicks tak boleh bukak...

Maybank2u slow...

Nak check penyata gaji tak boleh bukak!!!

Apa ke hal Nye ni Yob?!

Apa banyak bebenor duit mengkome semue ni ha?

Sampai hang segala online bagai ni?

2013/07/24

Najib umum bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam, pesara

KUALA LUMPUR; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54, RM250 kepada pesara. Bayaran dibuat pada 31 Julai ini. - Bernama 

Puasa...

Puasa puasa ni...

Otak jadi malas nak berfikir...

Jari jari jadi malas nak menaip...

Ok... Itu je.... babai...

Macam !@#@!## kan kan...

Eh... gaji masuk esok kan?

Patut la pagi tadi suri mengendeng semacam jea...

2013/07/18

Dah Raya Dah...


2013/07/15

Rasa Diri Terbangang Bangang Pulak...

Bila dah lama pakai phone android...
Sekali dapat pakai IPad3...

Rasa kebodohan sendiri...

Mana butang nak tutup ni application ni!!!!

2013/07/14

Aku Benci... Benci... Benci pada mu...,

Pi blog ni ada gambar makanan...

Pi blog tu tunjuk makanan...

Pi FB pun tayang makanan...

Pi instragram lagi la....
Makanan sesaje....

Hoi.... Korang tak rasa bersalah ke?

2013/07/12

Tragedi Di Hari Ke 2 & 3 Puasa...

Assalamualaikum...

Nampak gempak tak tajuk tu?

Ala... Tragedi la sangat kan...

Bukan apa...

Satu kampus Pejabat Kerajaan ni tak ada internet...

Tak tragedi sangat kan...

Yang tak bestnya...

Aku yang jaga internet tuh!!!

2013/07/11

Dugaan Hari Pertama Puasa...

Semalam punya cerita...

Walaupun semalam... Tapi nak kecoh gak hari ni...
Lantak la ada orang nak ambil kisah ke tak...

Semalam... Tepat jam 5 petang... Dengan niat nak balik awal...
Nak ambil anak... Nak masak... Nak mandi... Nak buka... Nak nak nak...

Tapi kecewa... Bila sampai je dekat kuda putih (motor la bagi yang lembab...)...
Tengok si kaki putih dah patah...

Pancit!!!

Cis... time nak cepat ni la motor pancit...

Tengok angin tayar ada lagi sikit lagi... Tayar jenis tubeless... So lambat la habis angin nya...
Agak agak boleh la lepas sampaii pam minyak terdekat... Boleh la pam angin...

Cuba jugak gagahkan diri... Eh... Gagahkan kuda putih tu...
Meredah jugak...

Mula mula tu ok je... Siap boleh bawak 60km/j lagi...

Tiba je dekat area JPS... Tayar belakang dah goncang dah...

Ah... Sudah...

Tengok dah flat dah!!!
Hampeh...
Baru 2km je ni... 

Kedai motor terdekat dekat Bangsar!
Ada lagi dalam 4km...

Kepoh kan... Kepoh sangat kan... Cerita camni pun nak kecoh...

Dengan menebalkan muka... meredah jugak la...
Ko bayangkan tengah jam gila baby(sebut dengan betul! puasa ni)... Siapa yang lalu jalan mahameru tau la jamnya jalan hampeh ni...

Aku bawak motor tergoncang goncang...
Dah macam naik kuda betul dah...
Kiri kanann. kiri kanan senget!!!
Kereta belakang dok bagi lampu...

Hoi!!!!

Aku tau la lambat... Tapi boleh sabar tak...

Ko nak aku tolak motor ni sampai kedai motor ke?

Terbakar lemak aku tau...


Erk... Cukup sampai sini...
1st time entry aku sepanjnag ini!!!!

NotaKarut: Aku sampai rumah jam 6.40pm... nasib baik sempat gak masak...

Apa sengih sengih!!! Ingat aku tak reti masak ke?????

2013/07/09

Selamat Berpuasa Puasa...

Hai...

Entry ringkas...

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat...

Semoga mendapat keberkatan dan pahala yang lumayan di bulan Ramadhan ni...

2013/07/08

Titik Dot Dot Dot...

Isnin => Malas.

Isnin => Ngantuk.

Isnin => Penat.

Isnin => Tak ada mood.

Isnin => Banyak masalah....

Isnin => Apa lagi?

2013/07/05

Al Kisah Pak Pandir Moden...

Pak Pandir sering mengeluh sakit kepala dan dada lalu dia dengan ditemani tukang karut berjumpa dengan doktor...

Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman berkabonat. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Pak Pandir...

Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan banyak sayur-sayuran dan daging haiwan yang hanya boleh berenang dan terbang"...

Setelah tiga hari berlalu, Tukang karut mengingatkan Salleh tentang arahan doktor kepadanya agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja...

Tiga bulan kemudian Tukang Karut mengunjungi ke rumah Pak Pandir untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh mak Andih, Pak Pandir ada di kolam renang...

Mendengar itu, Tukang Karut merasa tenang kerana menyangka Pak Pandir bukan hanya mengikuti arahan Doktor, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya...

Tukang Karut  bergegas menuju ke kolam renang di mana Pak Pandir berada...

Melopong mulut Tukang Karut meilhat gelagat kawan baiknya itu...

Pak Pandir berada di dalam air melatih kambing berenang!!!

2013/07/03

Lari Dari Masalah...

Kadang kadang... Bila lari dari masalah...
Terutama lari daripada masalah pejabat ni, seronok jugak kan...
Tapi bukan lari berganti ganti 100m x 4 lak tau...
Kahwin lari pun jangan...
Kang ada pulak lesung batu naik ke kepala...

Biarkan... Biarkan... Biarkan orang lain pulak yang selesaikan masalah...

Dah tu... Semua orang atas atas dan atas nak lepas tangan...
Gaji sebulan ribu ribu lemon...

NotaKarut: Jadi pengasuh bayi lagi bagus... Aman dunia...

Mood: Phone mati... Emel... Tutup... Telinga buat pekak...

2013/07/02

Panduan Puasa Ramadhan...

Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat...

Hukum Mngerjakan Puasa 
Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini ditetapkan oleh dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak Ulama:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
 (Surah al-Baqarah: 183)


Rukun Puasa

Rukun puasa ada tiga (3) iaitu:

1. Orang yang berpuasa

  • Seseorang yang berpuasa itu hendaklah seorang muslim, baligh, berakal, berkeupayaan dan bersih daripada haid dan nifas.
  • Tidak sah puasa orang yang kafir kerana puasa adalah ibadah dan orang kafir bukan ahli ibadah.Panduan Puasa Ramdhan12
  • Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil.
  • Orang yang tidak mampu untuk berpuasa di mana jika dia berpuasa boleh mengakibatkan mudharat seperti orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, maka tidak wajib berpuasa. Akan tetapi wajib diganti dengan secupak makanan bagi setiap sehari puasa yang ditinggalkan.
  • Bagi perempuan yang datang haid atau nifas maka tidak sah puasa mereka pada hari datangnya haid dan nifas. Sekiranya haid dan nifas datang pada siang hari, maka batallah puasanya pada hari itu. Sekiranya dia bersih daripada haid pada malam hari, wajib ke atasnya puasa keesokan harinya sekalipun belum sempat mandi wajib. Mereka hendaklah mengganti puasa tersebut mengikut bilangan hari-hari yang mereka tinggalkan selepas bulan Ramadhan.
  • Harus berbuka bagi orang yang bermusafir jauh sekiranya dia takut ditimpa mudarat. Sekiranya musafirnya tidak mendatangkan mudarat maka lebih afdhal dia berpuasa. Dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan selepas bulan Ramadhan.
  • Harus berbuka bagi orang yang sakit, mengandung dan menyusukan anak sekiranya dia bimbang puasa boleh mendatangkan mudarat ke atas dirinya atau anaknya, dan dia wajib menggantikannya semula selepas bulan Ramadhan. Bagi sakit yang biasa maka tidak boleh meninggalkan puasa.



2. Niat

  • Puasa Ramadhan tidak sah tanpa niat.
  • Niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan di mana tidak disyaratkan ‘Talaffuz’ (menyebut niat dengan lisan).
  • Ketika berniat, wajib menentukan jenis puasa seperti Ramadhan bagi puasa bulan Ramadhan.
  • Bagi puasa-puasa yang wajib, niat disyaratkan hendaklah dibuat pada malam hari, iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum subuh. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie ialah tidak sah niat yang serentak dengan ketibaan waktu fajar. Bagi puasa sunat pula, dibolehkan berniat pada siang hari selagi belum tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur).
  • Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan. Ini berdasarkan pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah dan riwayat paling sahih dari Imam Ahmad. Mengikut pendapat Imam Malik dan riwayat dari Imam Ahmad pula, cukup sekali niat sahaja untuk satu bulan Ramadhan dan hendaklah niat itu dilakukan pada malam pertama Ramadhan.


3. Meninggalkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu:
(i) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak, termasuk merokok.Panduan Puasa Ramdhan

  • ljmak ulama mengatakan terbatal puasa dengan makan dan minum.
  • Suntikan melalui kemaluan atau dubur adalah membatalkan puasa. Manakala suntikan melalui kulit pula ulama dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat. Menurut pendapat Dr. Yusuf alQaradhawi, dia tidak membatalkan puasa.
  • Perkara-perkara yang tidak dapat dihindarkan seperti habuk jalan dan air liur adalah tidak membatalkan puasa. Puasa terbatal dengan menelan kahak yang keluar dari kepala atau dada dengan sengaja. 
  • Batal puasa dengan memasukkan jari atau sebagainya ke dalam dubur atau faraj.
  • Puasa adalah terbatat dengan memasukkan sesuatu ke dalam telinga dengan sengaja.
  • Kesemua perkara tadi jika dilakukan dengan tidak sengaja, tersilap atau terlupa maka dia tidak membatalkan puasa.

(ii) Muntah dengan sengaja (seperti kerana memasukkan jari ke dalam mulut) adalah membatalkan puasa dan wajib diganti. Bagi muntah yang tidak sengaja atau menjadi kebiasaannya muntah maka itu tidak membatalkan puasa.

(iii) Keluar darah haid dan Nifas walaupun di penghujung waktu puasa adalah dikira membatalkan puasa dan wajib diganti.

(iv) Keluar air mani dengan sengaja sama ada kerana bercumbuan atau memeluk isteri, atau dengan tangan maka ianya membatalkan puasa dan wajib diganti.

  • Sekiranya air mani itu keluar kerana mimpi atau berangan-angan maka tidaklah membatalkan puasa. 
  • Keluar air Mazi tidak membatalkan puasa.


(v) Jimak (bersetubuh):

  • Haram berjimak bagi orang yang berpuasa pada siang harinya dan ia membatalkan puasa tidak kira sama ada ia dilakukan di faraj atau dubur, keluar air mani ataupun tidak. Liwat yang dilakukan pada lelaki, kanak-kanak atau binatang juga adalah membatalkan puasa.
  • Suami dan isteri yang melakukan jimak maka wajib ke atas kedua-duanya mengqadha’kan semula puasa mereka yang terbatal.
  • Kaffarah (denda) hanya wajib ke atas lelaki (suami) dan tidak wajib ke atas perempuan.
  • Kadar Kaffarah ialah membebaskan seseorang hamba. Bagi yang tidak ada hamba maka hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Sekiranya tidak mampu, dikehendaki memberi makan enam puluh orang fakir miskin.
  • Sesiapa yang menjimak isteri sebanyak dua hari berpuasa atau lebih, maka kaffarahnya juga ialah dua kali kaffarah atau lebih.

(vi) Murtad: Ulama bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah puasanya dan wajib qadha hari yang dia murtad, sekiranya dia kembali memeluk Islam.

(vii) Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal puasanya.

(viii) Menukar niat: Sesiapa yang berniat buruk untuk berbuka puasa maka batal puasanya. Pendapat ini dipegang oleh Imam Syafie, Abu Thaur, Abu Hanifah dan pendapat yang paling jelas dalam Mazhab Hanbali.

Adab-adab dan Sunat Puasa

1 . Bersahur dan mengakhirkan sahur.
Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas Radhiyallah Anhu, bahawa Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata:
“Kami telah bersahur bersama Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh), dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar (bacaan) lima puluh ayat.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam:
“Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka.

3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.

4. Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa. Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara perkara yang ditegah oleh Allah sama ada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat pada apa yang dia tinggalkan daripada makanan dan minumannya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

 Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam juga memerintahkan kepada orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan atau permusuhan maka hendaklah dia sabar dan berkata: ‘Aku berpuasa”.

5. Tadarus al-Quran.

Perkara yang Harus ketika Berpuasa

1 . Menjirus kepala.
Ini kerana terdapat hadis yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana sesetengah sahabat Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:

“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjirus air ke atas kepalanya dan baginda berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan”.
(Hadis riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)

2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak.
Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibli Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Atha’, Hassan, an-Nakhaie serta al-Auzai’e. Inilah juga pendapat Daud az-Zahiri.

3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar.
Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifah, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.

4. Merasai makanan tanpa menelannnya.
Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah. Kata Imam Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari daripada merasai makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa”.

Perkara yang Makruh ketika Berpuasa

1 . Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk secara berlebih-lebihan. 
Imam asy-Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhad telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika beruduk tetapi makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhad Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasa berdasarkan hadis: Ertinya: “Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwuduk) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali ketika engkau berpuasa”.

2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut.
Hukumnya adalah makruh menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam Mazhad Syafie pula ialah hukumnya haram.

3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana takuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.

4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Iman asy-Syafie dan Ahmad.



Sumber: JAKIM... Sini




NotaKarut: Sekadar berkongsi... Al-maklum la... Jarang jarang buat... Takut lupa...

2013/07/01

Pantun Lawak...

Kopi panas di dalam cawan
Sedapnya air tangan ibu
Mata tertawan gadis gedik menawan
Senyum melirik menikam kalbu

Lepas sunat jalan kengkang
Jangan cuba melanggar pantang
Ekor mata pandang belakang
Suri berdiri bercekak pinggang

Pisau sunat diasah tajam
Baru la tak sakit nanti
Bila suri menjeling tajam
Pijak semut pun tak mati

Notakarut: SESIAPA YANG RASA RASA NAK MENCURI PANTUN NI, SILA LA BERFIKIR BANYAK KALI... PENAT OOOO AKU FIKIR NAK KARANG PANTUN...

Tanya La Lagi...

Penyibuk: Aik... Makan ke?

Tukang Karut; Ha... Tengah menyangkul ni!

Penyibuk: Lewatnya makan... Diet ke?

Tukang Karut: Dok aik... Banyak kerja...

Penyibuk: Ke dah tak ada duit dah... Kan baru gaji... Ni mesti kes nak sekali kan makan ni... Jimat sikit kan... Makan pagi sekali kan dengan tengah hari...

Tukang Karut: Tu la... Aku bercadang nak buat cam tu... Ni aku tengah makan untuk lusa la ni!!!

Dup Dap... Dup Dap...

Pagi ni...

Rasa macam nak gugur jantung...

Lif pejabat tiba tiba terjunam setingkat...

Lepas tu cakap (ok... Lif pejabat boleh cakap ok...) 'tingkat 13'...

Kepala hotak dia!!! Mana ada tingkat 13 kat pejabat ni...

Lepas tingkat 12... Terus tingkat 14!!!!!!!!!


Dup Dap Dup Dap lagi ni...


NotaKarut: Mood traumatic ni... Rasa macam kena MC 3 bulan ni... Fobia dah ni...