2014/04/23

Biar gambar berbicara...

Trending...

Dalam 2minggu lepas...
Berita berita Kejadian buang bayi... Terjumpa mayat bayi... Menghiasi dada dada akhbar...tv...

Flashback semula...
Buat kira kira...

9bulan 10 hari ke belakang...
Lebih kurang 31 ogos...
Pesta merdeka negara...
Terselit pesta seks luat nikah...

Bulan ni akan banyak dengar kisah2 ni...
Akan menjadi trending...

2014/04/22

Catuan air di Lembah Klang dihentikan minggu depan...

Kebimbangan penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan bakal berakhir apabila catuan air yang berlangsung selama dua bulan lalu akan ditamatkan pada minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan mengisytiharkan perkara itu hasil daripada mesyuarat yang diadakan di Shah Alam petang semalam.

Menurut beliau, mesyuarat yang dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan syarikat pengurusan air lain membincangkan beberapa langkah susulan bagi menamatkan catuan air.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Tautan Kasih Bersama Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri di sini, malam tadi berkata, bekalan tersebut dijangka pulih sepenuhnya sebelum bulan Ramadan ini dan masyarakat terutama umat Islam tidak perlu bimbang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. - UTUSAN ONLINE

Sumber: Artikel Penuh

2014/04/15

Cerita Pagi Saya...

Acara minum pagi yang disertai beberapa otai otai dan budak budak baru nak up...

Mr XYZ: Nak dengar teka teki?
Sambil menghirup kopi o dan nasi lemak telanjang ala 1Malaysia...

Mr TK: Ha... Apa bang...

Mr XYZ: Tau bunyi mercun?

Mr DEF: Pong.... Sonang... Tutup telingo pun pun buleh jawab...

Mr XYZ: Ermmm... Kalau bunyi tulang patah?

Mr HJK: Praaarrkkkkk...

Mr XYZ: Ermmmmmm... Kalau bunyi bulu tercabut?

Mr TK: errr??????

Mr HJK: ?????

Mr DEF: Ado ko bunyi bulu tercabut?

Mr XYZ: Ada... Kalau bunyi bulu tercabut bunyi dia cam ni... "Puihhh... Puiihhhhhhh!!!"

Mr TK: Cam pelik je bang... Awat bunyi cam tu...

Mr XYZ: Dah bulu tercabut melekat kat mulut... Tu yang "puihhhh puihhhh!!!" tu...


NotaKarut: Otak kena kuning sikit baru paham cerita ni... Hikhikhik....

.

2014/04/04

Aku Bangga Mempunya Kau...

Walaupun usia kau dah tua...
Dah berumur... Tapi masih boleh diharapkan...

Bukan nak harap konar baring cecah lutut...
Bukan nak harap boleh willey kepala ke jalan...

Cukup... Cukup diharap untuk selamat sampai ke pejabat...

Cukup untuk diharap menyilok nyilok di celah celah...

Kadang kadang... Terasa macam ada pasang turbo pulak...
Keluar rumah 7.10... Sampai 7.55...
Keluar rumah 7.20... Pun sampai 7.55...
Keluar 7.30... Pun sampai 7.55...

Memang terasa ada turbo tersembunyi...
Hanya keluar bila diperlukan...


2014/04/01

Pilihan Bercuti...

Otak dah penat...

Bukan kerana berkerja... Tapi tak berapa nak produktif berkerja...

Dada pun rasa sesak... (Ok... Kena mulakan senaman rutin... Rasa macam ada yang dah tersangkut kat dalam ni...)

Mana tempat pilihan bercuti yang best menarik tertarik dan tak banyak menghabiskan ongkosyang korang pernah pergi...

Dalam SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja...