2014/06/30

Pukul Kang Ha...

1.30... Tengok jam...

2.00 tengok jam...

3.00 Tengok jam lagi... Haihhhh...

4.04pm... What? Baru pukul 4...

Apsal lama sangat rasanya hari ni???

2014/06/29

Salam ramadhan...

Assalamualaikum...

Salam ramadhan saudara islam ku...
Semoga ramdhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun lepas dan bulan bulan lainnya...

NotaKarut: Terkejut bila bukak nuffnang pagi ni...


2014/06/24

Tanda Tanda Puasa Dah Dekat...

  1. Kurma berlambak lambak dijual tak kira tempat. Pi la mana pun... berlambak lambak jual... Nak yang macam mana... Yang ada biji... Yang tak ada... Yang yusoppp tayupppp (sila baca dengan nada bisikan!)
  2. Keluarnya Iklan promosi raya dah keluar dah... Perabut nak raya... Air Kelas kau Jah Nak raya... Kasut nak raya... baju raya... Jalan raya... Lebuh raya... Pasar raya... Bunga raya... Pinjaman raya!!! Yang ni aku tak berapa nak faham... Apa kakitan??? (walaupun sebenarnya puasa belum pun lagi!!!)
  3. Bertambahnya sakit sakit yang hanya datang pada bulan puasa sahaja... Ala... Macam la tak biasa... Setakat alasan gastrik tu dah biasa sangat orang buat dah... Buat la taktik sakit lain pulak... Tertelan besi berani ke... Datang bulan penuh ke bulan sabit ke... Terpotong kemaluan ke... Eh?
  4. Wujudnya rancangan masak memasak yang menjadi jadi bila nak puasa... Chefnya pun ntah sapa sapa ntah... yang ada qualification tu ok la, ni pelakon yang dah suam suam kuku jadi chefnya... Pegang pisau pun nampak kekok!!! Ada ke potong ayam pakai pisau roti!!! Yang tak bestnya, yang menjadi kemuskilan aku, kenapa rancangan tu keluar waktu tengah azab... Seperti waktu tengahari... Pukul 4 petang...(What the fuck -belum puasa lagi ni boleh lagi mencarut ok... Tu time kritikal tau... Ko pulak pi tayang ayam masak madu... Perghhhhh...)
  5. Wujudnya ustaz dan ustazah segera di Facebook... Kalau tak caya kita tunggu dan lihat je la...

2014/06/23

Melayu? Baca ni!!!

Sebagai salah seorang umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus melayu. Melayu tidak sehebat bangsa lain yang datang berhijrah. Melayu lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, dalam bidang pekerjaan, Melayu sudah tidak mahu lagi menceburkann diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar, tukang cuci dan sebagainya. Semua itu tidak glamour. Buruh asing sudah lebih 3 juta mengambilalih tugas Melayu.

Kedua, dalam bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur dari program realiti bintang kecil sampai bintang tua. Tidak berhenti-henti menyanyi walaupun sudah tidak bergigi. Semua program realiti akan berakhir pada bulan Ramadhan, kerana pada kefahaman kita, bulan ramadhan bulan ibadat, bulan lain bulan berjahat. Kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, dalam bidang politik, kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Kita tidak sedar atau mungkin sedar, kita hanya ada 50%. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah. Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU 14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas, sumbang mahram dan sebagainya. Bukan bermakna bukan Islam tidak  melakukannya. Merekapun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 38 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, kita lemah dalam bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70% dikuasai oleh bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di lamam sosial, cap masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Kenapa kita benarkan ultra kiasu menggunakan cap atau jenama masjid atau nama-nama ‘Islamik’ yang lain. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak. Begitu juga pendedahan aurat yang sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta. Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan. Ini tidak, terbelah (tertonjol) sana (dada), terbelah sini (singkat). Lebih menjengkelkan bila orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen tv tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Kenapa terlalu banyak rancangan hiburan? Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya? Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Red carpet dibuat pada waktu maghrib, make-up atau solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis-artis ini bersolat zohor, asar dan maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandaraya kita hidup 24 jam? Di negara barat, boleh dikatakan bandaraya mereka senyap sepi apabila menjelang malam. Bandaraya kita hidup 24 jam tanpa henti. Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini.  Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr. Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjamaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu. Namun, jika kita asyik tuduh Cina dan India. Kita tambah dengan Kadazan dan Iban. Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.

Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
(Sinar Harian 23.6.14)
Sumber: Klik Sini

2014/06/20

Hanya Untuk Peringatan...


Saat Tiba Nafas Di Ujung Hela
Mata Tinggi Tak Sanggup Bicara
Mulut Terkunci Tanpa Suara

Bila Tiba Saat Berganti Dunia
Alam Yang Sangat Jauh Berbeda
Siapkah Kita Menjawab Semua
Pertanyaan

Bila Nafas Akhir Berhenti Sudah
Jatuh Hati Pun Tak Berdaya
Hanya Menangis Tanpa Suara
Ooo...

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Ooo... 

Mati Tinggal Menunggu Saat Nanti
Ke Mana Kita Bisa Lari
Kita Pastikan Mengalami
Mati

2014/06/19

Mitos Malam Jumaat...

Orang tua tua kata... Malam Jumaat ni banyak hantu dan syaitan berkeliaran...
Nak nak lagi malam Jumaat keliwon...
Dimomokkan sejak dari kecil sampai dah besar pun takut...

Bila dah besar (matang ye... Bukan besar tang perut atau seumpamanya...) dan berbini...
Baru aku faham mitos ni...

Rupanya... Memang benar...
Memang benar banyak hantu dan syaitan berkeliaran...
Itu sebab mak ayah kita suruh kita masuk tidur awal...
Supaya mereka boleh bunuh hantu dan syaitan tu...

Dan pesan orang orang tua lagi, kalau dengar macam macam yang pelik, jangan tegur... Bunyi orang menangis ke... mengerang ke... Mendengus ke... Jangan tegur...
Nanti keteguran...

NotaKarut: Selamat malam Jumaat semua kepada pasangan suami isteri yang sedang berusaha membunuh syaitan syaitan malam ini...

Masam Manis Masin Hidup Berdua... (Yang kecik2 tak termasuk) V2...

Lanjutan daripada kisah Masam Manis Masin Hidup Berdua... (Yang kecik2 tak termasuk)

AlKisah 3 # 

Musang Berjanggut: Yang... Abang kat kedai makan ni... Ada nak pesan apa-apa?

Suri: Tak mau la bang, nak diet...

Ni kata dalam hati ni ek... "Ermmmm... Kalau dulu dah merajuk pasal tak beli apa apa... Ni kalau tak beli apa apa lagi ni kang, ada yang muncung sampai boleh buat sangkut hanger baju ni kang... "

Selepas setengah jam, dengan penuh kiri kanan tangan bungkusan makanan...
Masuk ke rumah dan suri melihat... Dan tarik muka mucung...

Musang Berjanggut: Apsal muncung lagi lak ni...

Suri: Orang kata tak mau apa-apa... Nak diet... Tak faham ke...

Musang Berjanggut: Ayakkkk!!!



2014/06/17

Faktor Kegagalan Diet.

Suri: Abang Musang... Nak makan apa ek malam ni?

Musang Berjanggut: Kita makan kat luar je la... Kat Secret recipe...

Suri: Ok... Abang nak makan apa? Spageti? Mee kari? 

Musang Berjanggut: Ermmm... Abang nak diet la... Abang ni macam dah masuk pertandingan memabawak belon dalam baju lak ni...

Suri: Ok ok... Cam tu abang makan salad je la...

Musang Berjanggut: Salad je?

Suri: Yea la... Kata nak diet!

Musang Berjanggut: Errr... Abang rasa... Abang rasa nak makan kek tiramisu ngan indulgence cake la...

Suri: Abang... Abang... Itu bukan diet... Itu DIE EAT!!!!


2014/06/16

Testing Testing Testing....



Cobaaaannnn...
Cobaaannnnnnnnnnnnnn....

Satu Dua Tiga...

Muka blog baru... Ada komen?
Semangat menulis masih yang lama... (Macam dah pudar...)

2014/06/11

Berterabur...

Seperti yang sedia maklum...
Blog ini baru sahaja pulih selepas dihack hacker yang tak bertanggjawab...

Lepas ni sesiapa yang kena hack, mai la jumpa aku...
Aku tau dah nak buat cam mana...

Kepada hacker2 semua...
Henti la buat benda pandai ni...( aku kata pandai sebab tak semua orang tahu cara nak hack)...

Gunakanlah kepandaian anda itu untuk menjana pendapatan...
La ni banyak jabatan kerajaan buat Security Posture Assessment (SPA)...

Setting blog ni berterabur... Sebab nak buang apa yang diinject tu...
Nanti la kalau aku rajin aku baiki balik...
Ke ada yang rajin nak tolong makeupkan blog aku ni???

NotaKarut; baru sampai dari kuala terengganu... Penat...

2014/06/08

Kena Hack...

Ah sudah... Blog cikai macam blog aku ni pun kena hack gak ke?

Aduyai...

Tolong la... 

Tolong la jangan inject mallware....




2014/06/04

Masam Manis Masin Hidup Berdua... (Yang kecik2 tak termasuk)

AlKisah 1 # 

Musang Berjanggut: Yang... Abang kat kedai makan ni... Ada nak pesan apa-apa?

Suri: Tak mau la bang, nak diet...

Selepas setengah jam, Musang Berjanggut balik umah, goyang kaki dan tangan tak beli apa-apa...
Masuk je rumah, tengok suri tarik muka muncong panjang sedepa mengalahkan buaya jenjulung lak...

Musang Berjanggut: Apsal muncung lak ni... Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....

Suri: Memang la orang kata tak mau apa-apa... Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Musang Berjanggut: Ayakkkk!!!


Alkisah 2#

Musang Berjanggut: Abang nak pi pasar tani Shah Alam ni... Nak beli barang masak... Nak beli apa?

Suri:  Beli la kepala ikan merah, ikan parang, ikan tenggiri, bawal jangan lupa... Ikan kembong sekali... Ayam sekor... Sayur campur campur la bang...

Selepas sejam...

Musang Berjanggut: Nah... Abang beli macam macam ni... pi la masak...

Suri: Ok...

Selepas sejam.... Krik krik krikkkkk...

Suri: Bang... Oooo Bang...

Musang Berjanggut: Erm...

Suri: Kita makan kat luar la bang...

Musang Berjanggut: Ayakkkkkk!!!

2014/06/02

Isnin, Kenapa Murung?

1.Kajian saintis dan pekerja veterina yang menjaga panda Malaysia, kebanyakan pekerja akan bermuka masam sebaik sahaja mereka sampai ke pejabat dan hanya akan senyum bermula pada pukul 10.35 pagi Isnin secara puratanya...

2.Kajian yang dilakukan juga mendapati untuk mengatasi sindrom monday blues yang melampau ini, kebanyakan pekerja tidak terus melakukan kerja sebaik masuk ke pejabat sebaliknya mereka akan mengemaskini status di FB menunjukkan betapa malasnya mereka bekerja pada hari Isnin...

3. 30 Minit adalah masa yang diperlukan pekerja untuk mengeluh dan meluahkan rasa bencinya pada hari Isnin... Tapi Encik Isnin bin Selamat tidak bersalah di dalam hal ini...

4. Kajian akedemik dan hasil audit Jabatan Perangkaan dan Penerangan Malaysia mendapati mereka yang mengalami monday blues paling teruk adalah mereka yang berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun...

5. Hanya kira-kira 3 jam 30 minit sahaja tumpuan sepenuhnya terhadap kerja menunjukkan Hari Isnin adalah hari yang paling tidak produktif... Contohnya aku ni... Eleh... korang pun sama!!!! Mengata dulang paku serpih... Habis madu sepah dibuang... Harapkan pagar pagar makan padi... Dah... jangan tanya apa kaitan peribahasa di atas...

6. Jika ingin traffic yang tinggi di blog atau reply komen di status fb anda, sila post pada hari isnin memandangkan kebanyakkan yang bekerja akan online membaca blog dan buka fb! Tak caya tengok siapa yang komen dulu ni...