2014/12/31

Kalau tak boleh nak tolong, 
tolong duduk diam boleh tak?

“MEMBACA komen-ko­men di Facebook (FB) boleh buat kita rasa sedih dan marah. Nampak sungguh ada kalangan rakyat Malaysia yang tak tahu erti bersyukur langsung. Ada saja yang tak kena. Bila sudah diberi cuti... tanya perlu ke bagi cuti... tak cukup seminggu cuti patut sebulan...kenapa tak sebulan... kenapa cuti untuk semua? Bila tak bagi cuti... mengata pula menteri bebal, tak sensitif... tak tahu kesusahan mangsa (banjir). Bila dah turun padang, tanya pula kenapa nak datang... kenapa tak naik bot... kenapa cuma datang Kelantan... kenapa tak mere­dah air... kenapa tak guna kapal selam (arghh). Cukup-cukuplah...” 

Berita Penuh di sini. 

2014/12/27

Hancur hatiku...

Hancur hatiku...
Melihat dikau...
Menjadi keping keping...
Yang tak berharga...

RM melayang layang terbang...

2014/12/26

Pantun Banjir.

Orang lain makan nangka,
Lain orang kena getah,
Orang lain yang ditimpa bencana,
Lain orang pulak yang melatah.

Dunia tua akhir zaman,
Hanya tunggu Arahan Tuhan,
Fitnah berleluasa menjadi mainan,
Nyawa manusia jadi taruhan.

Masih tak sedar kesalahan diri,
Menjadi penyebab turunnya bala,
Daripada leka berbalah sesama sendiri,
Mari bermuhasabah perbanyak pahala.

Kenapa fitnah dan khabar angin menjadi mainan?

Wira jari menonjol bangga,
Menyebar khabar yang tak tahu punca,
Nak hulur seringgit dua,
Punyalah payah macam berjuta.

Pos Laju... Bikin Hati Panas...




2014/12/24

Banjir? Apa Yang Perlu Dilakukan.

P. Ramlee dah buat dulu lagi dah...


Iklan Nuffnang

2014/12/18

Suami Isteri Tengok Bola...

Isu sensitif dan panas di FB & Tweeter sekarang bila perempuan tengok bola...
Ok... Aku setuju dengan semua komen tu... Perempuan kalau tengok bola, bukannya dida tnegok bola pun... Dia nak tengok player yang kacak bergaya jea... Ada yang nak bangkang ke???

Berbalik ke tajuk atas.

(Minit ke 25)
Suami : Syukor malam ni tak boleh main... 
Isteri: Abang ni... pandai je...
Suami: Ye la... Dia buat clearance pun ke laut...
Isteri: Ha... Hujung minggu ni Nichi ada buat clearance SALE!

(Minit ke 30)
Suami: Fadli pun hancur malam ni... Tak ada fokus...
Isteri: Abang ni... Orang tu dah main bermati matian dah...
Suami: Haihhhhhh...

(Minit ke 65)
Suami: Dollah kena tukar midfield ni... Hancur... Tak ada defensive midfielder... Syafiq tak ada output pun... 
Isteri: Biar la syafiq main... Hensem apa!
Suami: Haihhhh...

(Minit ke 70)
Goal...

Sunyi...





Aku amik kunci motor...






Dan tengok kat kedai...
lagi aman....


Haihhhhhhh...

2014/12/16

Cari Kitchen Hoob, Hood dan Build In Murah dan Berbaloi Baloi.

Perkara pertama yang aku buat bila nak masuk rumah baru adalah menyiapkan dapur.
Bukan apa... ini la tempat yang paling aku suka...
So... kebanyakan barang @ kabinet adalah pilihan aku... lepas ni aku belanja sikit gambar... tapi ntah bila la...

Cari Kitchen Hoob, Hood dan Build In Murah dan Berbaloi Baloi.


Entry ni pun patut aku buat 3bulan yg lepas.
Ok... berbalik ke pangkal jalan...
Nak cari hood murah?
Pening nak survey hoob murah...
Oven built in???

Ok. Tak payah merapu sangat.
Pi je kat kedai ni..

JF Home Appliances Sdn Bhd

23-1, Jalan USJ 9/5N, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
03-8023 6299


Ko nak apa? Dapur. Bilik mandi... semua ada.
Dan yang paling best...

MURAH DAN BERBALOI BALOI....

Serius wa cakap lu... aku dah buat survey kat 4expo deco & 4 kedai kitchen appliance & 2kedai elektrik...
Jauh gila beza harga...
Lurus kepada titik la ye... Aku jimat 2500 benda yang sama aku beli dengan kat luar +++dapat free 4 item... bukan cikai punya free gift tau...
Serius... wa tak kencing sama lu...
Apa barang yang aku beli... tunggu la next entry... mungkin tahun depan... hahaha...

2014/12/15

Apa Ciri Ciri Email Scam?

Hai... Assalamualaikum...

Kaku sikit nak mula menaip pagi ni...
Almaklum la... Dah berkarat dek lama tak update blog yang sepi dan sunyi ini...


Nasihat: Berhati hati jika mendapat scam email seperti ini. Ini salah satu email yang aku dapat pagi tadi... Kalau ikut nafsu, memang akan melompat kegembiraan... Ye la... Siapa yang tak gembira bila dapat hadiah kan kan kan??? Atau yang dapat email daripada bank yang suruh update data peribadi...

Ni nasihat aku bila dapat email macam ni... SILA ABAIKAN EMAIL MACAM INI WALAUPUN NAMPAK MACAM SANGAT MENYAKINKAN DAN MENARIK PERHATIAN!
  • Jangan klik pada mana-mana pautan dalam e-mel penipuan itu.
  • Jangan balas e-mel atau hubungi penghantar dalam mana-mana cara.
  • Jika anda klik pada pautan dalam e-mel, tidak membekalkan apa-apa maklumat di laman web yang boleh dibuka.
  • Jangan buka sebarang lampiran yang tiba dengan e-mel.

Scam email selalunya (tetapi tidak semestinya) memaparkan beberapa ciri-ciri berikut:
  • Alamat e-mel penghantar tidak sama dengan alamat laman web organisasi yang dipercayai itu.
  • E-mel yang dihantar daripada alamat yang sama sekali berbeza atau alamat mel web percuma.
  • E-mel yang tidak menggunakan nama betul anda, tetapi menggunakan ucapan tidak spesifik seperti "sayang pelanggan".
  • Bertindak segera; contohnya ancaman itu melainkan jika anda bertindak segera akaun anda ditutup.
  • Pautan laman web terkemuka. Ini boleh dipalsukan atau seolah-olah hampir sama dengan alamat yang betul, tetapi perbezaan walaupun yang bersifat tunggal bermakna laman web yang lain.
  • Permintaan bagi maklumat peribadi seperti nama pengguna, kata laluan atau maklumat bank.
  • E-mel yang mengandungi ejaan dan kesilapan tatabahasa.
  • Anda tidak mengharapkan untuk mendapatkan e-mel dari syarikat yang muncul kepada kitab itu.
  • Keseluruhan teks daripada e-mel yang terkandung dalam imej daripada format teks biasa.
  • Gambar mengandungi hyperlink terbenam ke laman web yang palsu.