2016/05/31

Seloka Pagi.

Seloka Pagi.


Pagi ini indah sekali,
Tukang karut mengucap selamat pagi.

Bila matahari mula meninggi
Cari kawan pakat minum pagi

Ada la kawan nak bersembang
Takut bergelar kera sumbang

Sorang sorang datang bertandang
Barulah hangat cerita digebang

Datang lagi kawan sengih nampak gusi
Sampai meja tak cukup kerusi

Macam ni tak boleh jadi
Bos duduk jeling dari tadi

Nak lari macam pentingkan diri
Nak duduk lama dah tak senang hati

Hati bimbang bertambah ahli
Takut bersambung sampai tengahari

Nak bangun sorang, lagi la tak jadi
Takut ada yang kecik hati

layan juga kawan sembang tak reti berenti
Ketawa terbahak-bahak sampai nampak gusi

NotaKarut: Kepala ada pusing pusing...

2016/05/30

29 May...

Selamat hari jadi kepada diri ku sendiri..

Peringatan kepada diri sendiri...

Setahun lagi umur ku dah berkurangan...

Tinggal tak tahu berapa panjang lagi umur ku...

Mungkin hanya esok?

Alhamdullillah...

2016/05/27

Pantun Hari Jumaat.

Pantun Hari Jumaat...


Hari Ni Hari Jumaat
Jauhkan Diri Dari Mengumpat
Jangan Sesekali Berbuat Maksiat
Elok Elok La Bawak Bertaubat

Pergi Masjid Elok Berjalan
Setiap Langkah Dikira Amalan
Banyakkan Baca Quran
Jangan Jadi Kawan Setan


2016/05/26

Zakar Tegang diwaktu pagi?

Zakar Tegang diwaktu pagi?


Hik hik hik... Aduyai...
Kenapa la dicari keyword cam gini...

Bersyukur la kau gersang di waktu pagi...
Itu menunjukkan zakar a.k.a burung kau sihat walafiat bebas mematuk matuk kadang kadang tak sihat sampai muntah muntah...

Untuk tak menghampakan para pencari maklumat... (hoho... betul ke cari maklumat? Atau sekadar nak buat modal untuk menembak cicak je?) Aku nyatakan sebab musabab kenapa... Senang cerita cam ni la... Errrrrrrrr... Tadi kan... Aku kan makan nasi kukus ayam dara... Hik hik hik... Sedap... (lepas ni confirm akan ada pulak yang akan cari "DARA" lak)

NotaKarut: Gersang sangatkah lelaki Malaysia ini?

2016/05/25

Pantun Selamat Pagi

Semalam makan hari ni pun makan...
selepas makan muka ceria...
Selamat pagi Tukang Karut ucapkan...
Pada semua warga malaysia...

Balut tapai diletak ragi...
Biar manis senyum berseri...
Adik manis jangan lupa gosok gigi...
Takut orang pengsan berdiri...

NotaKarut: Pagi ni makan sebiji epal je... Tukang karut kata nak diet... Pasal perut dah maju mengalahkan si suri... Hohohorlick!

2016/05/24

Pantun Selamat Malam.

Pantun Selamat Malam.


Lapar makan kenyang pun makan...
Makan sampai tergigit lidah...
Selamat malam tukang karut ucapakan...
Moga diulit mimpi yang indah...

Makan nugget makan burger...
Itu semua kolestrol tinggi...
Selamat malam para blogger...
Semoga ceria di esok pagi...

Carik carik pucuk paku...
Dipandang orang pucuk meranti...
Selamat malam semua sahabatku...
Kalian semua terbukti blogger sejati...

Tangkap lepas si kambing bebiri...
Hajat dihati menjamu tamu...
Selamat tidur wahai sang suri...
Aku keseorangan di sini merinduimu....

NotaKarut: Semua pembayang pantun pun pasal makan... Guano nak kurus kalau duk fikir pasal makan je ni?

Apa Yang Berlaku Di Malam Pertama...

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

Malu agaknya... Maklumlah malam pertama... bisik hati Ramli.

Dimatikannya lampu dan ia pun berbaring di sebelah isterinya...

Terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, “Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?”

“Dah, apa citer pulak ni ?” tanya Ramli dalam hati...

Separuh malam dia terbaring berfikir...

“Oh, agaknya isteri aku ni teringat kampung halaman.. Kesiannya, sampai mengigau?
Tak pelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya...


Malam ke 2 ,adegan yang sama cuma dialognya yang agak berbeza...

Bisik isteri “Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?”

“Kesiannya bini aku ni... Masih ngigau lagi.. tak pe... Esok pepagi buta aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru’...

“Laaaaa... Kau ni....” keluh ayah Ramli, “Aku hantar belajar sampai ke Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?”

Ayahnya pun mula bercerita perihal kehidupan suami isteri...

“Oh. cam tu.” sengih ramli, “baru la saya paham. Taulah apa saya nak buat malam ni!”


Malam yang sangat ditunggu2 Ramli pun tiba... Adegan sama di kamar tidur... Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa...

“Laaaaa.. Kenapa senyap pulak ni... Takkan dia give up kot” tertanya2 si Ramli...

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata...

“Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?”

Malam dingin semakin sunyi... Sepatah pun tiada jawapan yang keluar daripada mulut isterinya...

“Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?”

Sepi... Masih tiada jawapan…

Ramli mencuba lagi. “Juruterbang dah siap sedia… boleh pesawat turun mendarat ?”

Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, “Maaf tuan… Landasannya baru saje banjir…!!!!”

2016/05/23

Pantun Seloka Selamat Malam

Pantun Seloka Selamat Malam


Jangan sesekali menjadi lalang,
Takut takut dibuang orang,
Siang penat membanting tulang,
Malam waktu melurus pinggang.

Sedap sedap si ikan keli,
Sedap lagi ikan siakap,
Nak berpuisi terasa geli,
Hanya ini mampu terucap.

Pantun sudah, seloka pun sudah,
Lepas ni tak tau apa pulak dah,
Sebelum tidur jangan lupa Syahadah,
Takut takut esok tak sempat dah....





Den Mak...

Mak : jang oh jang.. ekau nengok piala thomas.. mak busy kek dapor ni haa

Anak : den nengok.. td lagi dh abih mak

Mak :  sapo monang jang oii

Anak : Den Mark..

Mak: ekau ckp la boto2 jang oi.. capo monang.. ekau main badminton sekolah lawan tadika upin ipin pun ekau kalah jang

Anak : den dah koba td mak oii.. denmark

Mak : lantak ekau la ehh....

Pantun Pagi...

Mengeliat lentuk di pagi hari...
Taik gusi bersepah di gigi...
Irama keroncong perut menari menari...
Jom kita bersarapan pagi...

Zaman sekarang ramai Gemuk melantun lantun...
Itu petanda orang Malaysia terlebih gizi...
Cukup sekadar serangkap pantun...
Nak tulis banyak kekurangan gizi...

2016/05/22

Pantun Berbuka Puasa 3.

Pantun Berbuka Puasa 3.


Si cantik manis jalan mendada
Dapat bunga muka berseri seri
Di bazar Ramadhan serba ada
Hulur duit dapat selori

Cucur udang cucur badak
Tak lupa jua si murtabak
Kalau berbuka terlampau banyak
Perut bengkak payah bergerak

NotaKarut: Selamat berbuka puasa... Makan tu... berpada pada la... Ingat la orang orang dekat Somalia yang kebuluran sekarang ni... Selamatttttttttt....

2016/05/21

Pantun Sambut Ramadhan...

Tangan si suami jalar meraba
Nafas isteri separuh nyawa
Bulan Ramadhan dah hampir tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Ikan kerapu ikan si sayur kailan
Bila makan tak ingat mama
Bila masuk musim bulan Ramadhan
Penyakit gastrik mula menjelma

Ikan keli masak cili api
Dipancing keli di atas titi
Setahun ada 365 hari
Takkan puasa 30 hari pun dah nak mati?

Sakit hati tampal koyok
Jangan sampai jadi hati kerenyuk
Ada orang puasa yang-yang-yok
Pukul 10 pagi dah buka periuk

Imam tua zikir meratib
Tergeleng kepala terlentuk riuk
Waktu berbuka azannya Maghrib
Bukannya azan Zohor dah bukak periuk

LiciK licik si ikan haruan
Gelojoh sampai anak sendiri di makan
Pantun ini sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan. 

Ikan kerapu masak tiga rasa
Dah kena sekali selalu nak merasa
Pantun ini memang kasar bahasa
Tukang karut ucapkan selamat berpuasa

NotaKarut: tinggal brberapa hari lagi nak berpuasa... Jeng jeng jeng...

2016/05/20

Pantun Ramadhan...

Ikan di sungai jangan dituba
Nanti habis diracun semua
Bulan Ramadhan dah pun tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Kalau habis ikan sungai dituba
Duduklah temenung di tepi beranda
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Penyakit gastrik mulalah melanda

Mari berdagang di pantai Morib
Berdagang kita menjual periuk
Waktu berbuka azannya Maghrib
Bukannya azan Zohor dah bukak periuk

Ayah dan bonda di kampung keharuan
Ingat kek anak apakah makan
Pantun ini sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

NotaKarut: Selamat Berpuasa... Ada yang nak menjual pantun? Aku rela dan bersedia membeli... hoho...

Pantun selamat pagi

Pantun selamat pagi


Bangun adik pagi pagi,
Biar muka naik seri,
Jangan lupa adik gosok gigi,
Takut ada mati berdiri.

Sinar pagi cantik sekali,
Cahaya rezeki melimpah ruah,
Perut kosong mintak di isi,
Kan elok dimulakan dengan buah.

Rambut hitam kilat disisir,
Jambul macam burung belatuk,
Nasi lemak roti banjir,
Malas berkerja mata mengantuk.


2016/05/19

Pantun Selamat Malam repost...

Kalau tuan mudik ke hulu,
Kirimkan hamba beras segantang,
Kerja kuat berganding bahu,
Dari pagi membawa ke petang...

Beras siam berbau wangi,
Ditanak secupak penuh sebelanga,
Anak mata berseri seri,
Senyum gatal sampai ke telinga...

Nasi sebelanga dimakan anak,
Bapa menjerkah mata terbeliat,
Dalam hati nak tambah anak,
Ingin mencari pewaris zuriat...

Perut penuh menjadi senak,
Perut boncit penuh lemak,
Punyanya lah lama dodoi si anak,
Ikut terlelap pulak si emak...

Pandang suri terkulat kulat,
Timbul geram di dalam hati
Alamat tak jadi nak tambah zuriat,
Melepas sudah bantal jadi penganti...

Bantal peluk dah naik kusam,
Baunya pulak boleh tahan masam,
Sebelum tukang karut melalut ke laut dalam,
Baik tidur selamat malam...

Nota Karut:Repost

Orang Minyak Mengamuk.

Orang Minyak Mengamuk.


Sudah seminggu sejak kematian isterinya, Leman masih berduka lara. Dia termenung jauh di muka tangga. Ada sesuatu yang mengusik jiwanya. Otaknya ligat berfikir dan menghitung. Pada hematnya, sudah 44 orang perawan sudah dirosakkannya, tetapi kenapa mesti isteri yang tercintanya pergi meninggalkannya dalam keadaan yang sangat tragik. Menjadi korban akibat perjanjian ghaib antara dia dan orang suruhannya dahulu.

Sial! Mesti ada yang dah ditebuk tupai ni. Getusnya di dalam hati. Kalau tak, mungkin isterinya masih hidup dan dirinya menjadi kebal tak lut dek senjata.

Malam ini malam terakhir sebelum perjanjian itu berakhir. Kalau dia tidak berjaya merosakkan seorang lagi perawan malam ini bermakna dia akan melanggar perjanjian. Kesannya sangat buruk. Dia sangat memahami itu syarat itu dulu sebelum menuntut ilmu dulu di puncak Gunung Ledang. Ilmunya akan memakan dirinya sedikit demi sedikit sehingga dia akan menjadi seperti mayat hidup.

Di depannya, melintas seorang gadis sambil menarik beg turun dari bas ekpress dari Kuala Lumpur. Sungguh ayu dan manis berbaju kurung. Diperhatikannya dari jauh lenggang lengguk gadis itu. Diamati bentuk jatuh punggungnya apabila baju kurung yang dipakai gadis itu apabila ditiup angin.

Bagus! Masih bergetah dan belum jatuh lagi bisik hatinya kegirangan.

Ekor matanya tak lepas memandang gadis itu sehingga la gadis itu memasuki rumahnya. Leman menguntum senyuman. Malam ini dapat pucuk muda lagi bisik hatinya.

Pada jam 11 malam itu, dia duduk bersila kemas mengadap bekas tembikar membakar kemayan. Dipetiknya pemetik api dan dihalakannya ke kertas. Api yang marak membakar kertas dan kemenyan yang ada. Dibiarkan beberapa ketika hingga diyakini kemenyan telah menjadi bara... Dihembusnya mematikan sisa sisa api yang masih hidup bernyawa...

Bau asap kemenyan menerawang memenuhi ruang bilik sempit yang menjadi tempat pemujaannya itu. Dikibas kibasnya asap kemenyan putih itu hingga dia terasa seperti ada sesuatu yang menghalang pergerakkan naik asap kemenyen itu. Dengan kemas dia memulakan bicara kata memuja memanggil orang suruhannya datang mengadapnya.

Hai jebuk arum araning menyan
krenges araning menyan
mego mendung kukusing menyan
umbulno langit sepitu
amblesno bumi sepitu
tampakno niatku ngaweruhi

Suasana menjadi sepi. Tiada bunyi bunyian binatang yang selama ini setia menemani menghidupkan suasana malam.

Leman melunjurkan kakinya. Menampakkan ibu jari kaki kanannya.

Zrupppp! Dia terasa seperti ibu jari kakinya sedang dinyonyot sesorang. Dia tersenyum, datang jua orang suruhannya itu. Masih setia walaupun perjanjiannya bakal berakhir malam ini.

Dia terasa seperti nyonyotan itu semakin berkurangan. Diperhatikan ibu jari kakinya yang menjadi pucat. Mungkin sudah kenyang agaknya orang suruhanya. Dia terasa amat lemah kerana darahnya telah dihisap oleh orang suruhannya.

Usai pemujaan, tangannya tangkas memecat baju di badan. Perlahan lahan dilucutkannya seluar yang masih melekat di pinggang... Diperhatikannya satu satunya secebis kain yang masih melekap utuh di tubuhnya. Perlahan dia menanggalkannya meninggalkan senjatanya yang terbuai buai bergoyang. Tersenyum sendiri apabila dia memandang senjatanya yang telah meragut 45 perawan termasuk isterinya sendiri.

Diambilnya minyak kelapa kehitaman yang dimasaknya sendiri, dilumur perlahan bermula dari hujung ibu jari kaki hingga ke pangkal peha disertakan dengan jampi serapah

aku berdiri ditengah bumi
sifat bumi seluruh alam kehidupan
ilmuku simenyan putih
aromamu sudah ku tujukan

Perlahan lahan minyak dilumur ke senjatanya aslinya... Diusapnya dari pangkal hingga ke hujung kepala hingga menjadi gagah berdiri.

kalau tidur maka bangunkan
kalau bangun maka tegakkan
kalau tegak maka jalankan
Dari hujung ke pangkal, diulangnya dari hujung hingga ke pangkal dia mengusap. Terkumat kamit dia meneruskan jampi serapahnya. Setitis air bening terbit dari hujung senjatanya. Puas!

Diusap usap secara berpusing pusatnya dan diusapnya ke atas hingga ke pangkal leher sambil mulutnya terkumat kamit membaca mantera

angkatkan kehadapanku
kumpulkan dengan rasaku
rasanya rasaku
nyawanya nyawaku
datang sujud ke hidupku

Akhirnya, dengan cermat dia melumurkan sisa minyak ke kepalanya dan melafaskan jampi terakhirnya

hai si menyan putih
sampaikan salamku
seberat bumi dan langit
mustajab diaku
berkat diguru

Diyakininya keseluruhan badannya dilumur minyak... Teringat dia akan pesanan gurunya... Kalau dia tidak dapat merosak perawan seramai 44 orang dalam tempoh setahun, ilmu yang dipelajarinya akan sikit demi sedikit akan memakan dirinya bermula dengan keluarga terdekatnya... Hatinya sedih bila mengenangkan berpisahnya dia dengan isteri tercintanya seminggu yang lalu... Esok... Genaplah setahun perjanjian ghaib yang dia pernah lafazkan dahulu... Malam ini, dia terpaksa mengorbankan perawan terakhirnya sebelum dia benar benar kebal dan menguasai ilmu yang diwarisi dari tok gurunya...

Susuk tubuhnya kini diselaputi minyak. Licin, hitam berkilat apabila disuluh di bawah lampu. Hanya warna matanya sahaja yang masih berwarna putih.

Dia kini bukan lagi Leman yang biasa bagi orang kampung. Leman yang biasanya ringan tulang, tak pernah menolak permintaan orang kampung yang berjumpanya untuk berubat cara kampung. Dia kini menjadi seseorang yang asing yang dikuasai dan menuruti nafsu serakah orang suruhannya.

Di depan rumah gadis yang diperhatikannya siang tadi, diambil dan digenggamnya tanah di depan rumah itu. Perlahan dibawa tanah itu rapat ke mulutnya lalu membaca jampi untuk memukau orang orang yang ada di dalam rumah itu.

Kata Hak Aku Katakan
Berkat aku memakai Doa
Pitunduk, Pilayah, Pigaring, Pigantar
harimau jantan dihadapanku
Gajah Tunggal Mengiringkan aku
Barang kataku tak dapat disanggah
Lidahnya sudah kupasak
Hatinya sudah kukunci
Mulutnya sudah kurapat
Entah hak berkata mayat di dalam kubur
Entah hak berkata ayam didalam telurnya
Matanya buta
Telinganya pekak
Matanya buta
Bumi Tuli
Langit bisu
Berkat doaku
Mustajab”


Senafas jampi dibaca, seraya itu dihembus dan dilemparnya jauh ke arah atap rumah.

Suasana menjadi sunyi sepi... Diyakininya orang orang di dalam rumah sudah terlena dek ilmu pukaunya, dia pun perlahan lahan menjejak kaki menaiki tangga rumah itu.

Dengan bantuan orang suruhannya, pintu rumah yang terkunci dari dalam dibuka dengan sekali hembusan sahaja.

Dalam keadaan yang gelap gelita itu, yang kelihatan hanyalah tubuhnya yang berwarna hitam berkilat itu. Yang paling ketara senjatanya yang dari tadi sedia tegak selepas di "asah" hingga ke pusat hanya menunggu mangsa untuk dikorbankan.

Terhendap hendap dia mencari bilik si gadis. Terbau akan dia bau yang harum semerbak wangi tubuh si gadis...

Owhhh.. Hatinya girang tak terkata melihat sesusuk tubuh yang hanya berlapiskan sehelai kain nipis yang menampakkan lekak lekuk tubuhnya sedang lena dibuai mimpi.

Dia menelan air liur menahan gelora nafsu di hati.

Perlahan dia menghampiri kaki gadis dan menciumnya. "Wangi!" Perlahan diselaknya gaun tidur yang dipakai gadis. Makin bernafsu apabila dia melihat betis licin bak bunting padi. Rakus dia mencium betis itu hingga ke peha sambil terjelir jelir lidahnya menikmati kemanisan betis gadis sunti.

Puas... Diselaknya gaun tidur itu hingga menampakkan segitiga emas yang masih berbalut kain gadis itu.

Perlahan dia menanggalkan seluar dalam gadis itu.

Dia terkejut!

Sial!!!
Sial!!!

Getus hatinya!!!

Habis la aku malam ni...

"Kenapa aku boleh termasuk dalam bilik pondan pulak ni"

Sial!!!



Sekian...


NotaKarut: Hoho... Aku tak pandai nak bercerita la... Beberapa kali aku terpaksa mengubah ayat dalam cerpen ini untuk tak menakutkan sangat... versi asalnya, aku pun takut nak baca... Huhu... Ini mungkin kali pertama dan terakhir aku menulis cerpen.... Komen korang? Ikhlas...

2016/05/18

Lawak Atok dan Nenek Yang Lucu.

Lawak Atok dan Nenek Yang Lucu...


Setiap kali ke Hospital untuk pemeriksaan rutin kesihatan atok dan Uwan saya, Doktor akan berpesan...

Doktor: "mak cik, pak cik jaga kesihatan yer... selalu check gula supaya kencing manis terkawal."

Dua tiga hari selepas balik dari hospital...

Uwan perasan ada kelainan pada atok... Atok selalu ke dapur... Dah buang tabiat agaknya...

Dengan rasa curiga sebab masa muda2 atok tak pernah jejak kaki ke dapur...

Uwan pun mngintai dan nampak atok buka balang gula kemudian tutup balik...

2-3 hari aktiviti yang sama atok lakukan...

Masuk hari ke 4, menimbulkan kan kemuskilan pada Uwan, lalu bertanya pada atok...

Uwan:  "Poi mano tuu?'
Atok:  "dapo"
Uwan : "buek apo?"
           "nak masak ko?"
Atok: "Eh!!! Tak la..."

Uwan: "Abih tu nk buek apo?"
             "Rajin amek pulak ke dapo, mudo2 dulu haram nak jongok?"...

Atok: "Kan dokto posan... kito kono perikso gulo tiap2 hari?"

2016/05/12

Penggalak SUSU Ibu MaMom...


Apa Kata Ibu Yang Pernah Guna MaMom Milk Booster.


Ibu 1

"Alhamdullilah.. rasa susu dah banyak. Pagi ini dapat 8oz.. syukur sangat-sangat... rezeki anak"

Ibu 2

"Alhamdullilah.. selepas 2 minggu susu bertambah-tambah meriah.. ini baru pusingan pertama pump.. 3 hari pertama makin dah nampak susu makin bertambah.. inshaAllah akan repeat order"

Ibu 3

"Saa baru makan semalam.. pagi tadi breast sudah bengkak.. saya terus pam, sebelah sahaja boleh dapat 1 botol penuh.. biasanya 3oz pun payah.. Alhamdullilah seronok sangat."

Ibu 4

"Salam sis.. ada berita gembira! Susu dah banyak tau sis.. Hari tu kan saya beritahu hari 1st consume MaMom susu tiba-tiba drop.. tapi saya nekad teruskan jugak amik MaMom.. dan hari ini bila pump sebelah sahaja dapat 7-8oz. Total kedua belah dapat 15oz. Sangat terkejut sis sebab sebelum ini belum pernah dapat banyak ini."

Ibu 5

"Ada perubahan. Alhamdullilah increase, officemates pun try. Now semua nak order. Nak repeat order 4 kotak"

Ini hanya sebahagian kecil sahaja feedback mengenai produk ini. Ada banyak lagi sebenarnya.


Dimana Hendak Dapatkan Produk Ini?


Anda boleh dapatkan terus melalui The Baby Store. Hanya order online sahaja ... terus sampai ke rumah anda.

Kenapa saya sarankan beli melalui The Baby Store? Ini kerana setiap belian anda membeli di website ini. Anda dapat kumpul mata ganjaran dimana anda dapat tebus pada belian seterusnya. Memang menjimatkan.

Oppss lupa... setiap pendaftaran baru. Anda dapat 200 mata ganjaran yang boleh ditebus untuk belian pertama. Wow....

Selain itu, website yang boleh dipercayai... kalau anda risau bab-bab kene tipu dengan seller online. Kalau di website ini anda tidak perlu risau. Konfiden 100% selamat. Website pun cun!

Klik link ini ---> http://thebabystore.com.my/MaMom-Milk-Booster




Hisap Zakar juga dicari orang...

Hisap Zakar juga dicari orang...


Dalam banyak banyak keyword...
Perkara berkaitan hisap zakar juga dicari orang...
Tak pasti yang mencari perempuan gatal atau pun gay miang!

Yang dihisap sedap... (Ye kot???)
Yang menghisap? Tak tau la... Mungkin sedap... Mungkin juga lenguh mulut la kot...

2016/05/05

Wawa Zainal vs Isteri dot dot dot...

Sedang iklan #DudaTerlajakLaris bersiaran;

Si isteri bertanya: "Abang, antara Wawa Zainal dengan sayang, siapa lagi cantik?"

Suami: "hummmmppp ( dalam hati: salah jawab tak merasa nikmat malam Jumaat)"

Suami: " Sayang rasa Wawa Zainal tu layak ke nak dibandingkan dengan kecantikan sayang...???"

Ciaa ciaa ciaaaa ♡♡♡

#wawazainal
#malamjumaat
#malamnikerjakerasbro
#sejukhujanmalamjumaat

2016/05/04

Nak Cari Baby Stroller Murah Gila...

Nak Cari Baby Stroller Murah Gila...





Secara Ringkas


Baby Stroller kategori wajib ada untuk keluarga yang kaki travel kerana Aldo Compatto ini boleh dibawa kedalam kapal terbang.

Selain itu, jika anda tidak mahu kereta anda sempit disebabkan baby stroller. Aldo Compatto jawapannya.



Reka bentuk yang “Super-Compact” dan ringan (52x44x18cm bila dilipat), empat tayar, buka dan lipat boleh dibuat dengan satu tangan, seat boleh laras dan fabrik boleh dibuka   dan dibasuh.

Kurang kedalaman tempat duduk berbanding baby stroller yang standard, sedikit   beralun jika diatas permukaan yang kasar dan bakul shopping yang kecil.

Analisa


Rekaan baby stroller ini adalah hampir sama dengan jenama terkemuka Babyzen YOYO. Perbezaan ketara adalah kualitinya sedikit berbeza terutama fabriknya dan frame stroller. Akan tetapi ianya masih berbaloi dimiliki kerana harganya juga jauh lebih murah dan masih boleh lipat dan buka dengan satu tangan.

Walaupun kualitinya sedikit kurang berbanding Babyzen YOYO tapi ianya masih berbaloi berganda kerana banyak aksesori diberi dan padding seatnya lebih tebal dan seat boleh dibaringkan sehingga 180° berbanding Babyzen YOYO hanya lebih kurang 150°. Maknanya ianya sesuai untuk Newborn.

Apa yang ada dalam kotak?


  • Chassis
  • Seat cover and backrest
  • Hood
  • Raincover
  • Manual instruction
  • Cup holder
  • Bumper bar
  • Stroller bag
  • Shoulder strap
  • Stroller restrap
  • Newborn leg cover.

Apa yang kami suka!


Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang benar-benar kompak dan tahan lasak. Aldo Compatto adalah buggy stroller yang sangat berbaloi dimiliki kerana rekaan yang kompak dan ringan. Ianya sangat sempurna terutama yang tinggal di bandar.

Kelebihan terbesar Aldo Compatto ini adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.

Tambahan pula stroller ini mudah dikawal dengan satu tangan tetapi perlu awas juga kerana jangan dibiarkan stroller anda terlepas tanpa dipegang kerana stroller ini ringan dan bila ditiup angin ianya boleh bergerak sendiri. Jadi hati-hati ya.

Sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak anda 18kg. Berat stroller ini hanya 5.95Kg sahaja dan mudah dibawa kemana-mana kerana disertakan dengan shoulder strap dan stroller bag.

Kesimpulan


Stroller yang inovatif dan sangat kompak. Sesuai untuk keluarga yang suka berjalan-jalan dan yang tidak suka stroller memenuhi ruang di dalam kereta.

Dimana hendak beli?


Saya rekemen anda beli Aldo Compatto di The Baby Store 

Sebab apa? sebab ada diskaun hebat menanti anda disana, selain itu setiap pendaftaran baru akan menerima 200 Reward Points yang boleh ditebus pada pembelian pertama dan setiap ringgit yang anda belanja akan dapat mata ganjaran untuk ditebus pada belian seterusnya. Sangat Awesome!!! Penjimatan Berganda tau...