2016/06/30

Impian Ramadhan Yang Tak Kesampaian...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan berlalu pergi...

Pejam celik pejam celik... Dan masuk 25 Ramadhan...

Impian ramadhan yang aku rasa semua orang nak ialah mengurangkan berat badan...

Aku target dapat 75 kg hujung ramadhan ni... Tapi setakat hari ni... 79 je...

Turuyn 7kg...

Itu pun rasanya harapan palsu...

Silap silap raya nanti naik 14 kg pulak!!!


Apa apa pun, yang nak balik raya esok... Pesanan aku, pandu kereta bukan pandu babi! Sekian...

2016/06/21

Bahaya shopping baju raya semasa ramadhan...

Bahaya shopping baju raya semasa ramadhan...
Terutama di hujung hujung ramadhan...

Sebabnya lepas raya nanti, baju seluar akan mengecut...
Ntah la... Tak tahu kenapa...

Mungkin kain sekarang tak berkualiti...

NotaKarut: Bini dah bising baju raya tak beli lagi.... Hummm... Sayang... Khamis nanti baru gaji...

2016/06/20

Pickup line puasa...

Suri : "Abg jangan pergi bazar..saya dah masak.."

TK: "Awak masak apa?"

Suri: "Saya dah masak dengan perangai abang,pegi bazar nak tengok perempuan.."


Haihhhh....

2016/06/16

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2016...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016... 


Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.

Kalau dilipek sebosar kuku.
Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi.
Kok hanyut dipinteh.
Kok tonggolam disolam.
Datang biarla nampak muko.
Kok poei biarla nampak belakang.
Jauh diimbau,dokek digamit.
Seuntai salam,sojambak kato.
Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri,
Hèndäk makäñ di Aidifitri,
Nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti,
SMS sahäjä dpt ku bèri.
Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi.
SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiN...

ANaK CiNa SUngGuH LaWä JäDì PlüKìS dBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.
SèLämät Mnyämbùt Härì Räyä AìdìLfìtrì MÄÄF ZÄHìR & BÄTìN.

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri, mäÅf zäHir & BÄtin..

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.

Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,rahmat di Ramadhan lalu.

Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah

Jambangan indah lg b’seri..
Mnjadi hiasn diaidilfitri..
Sms dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati..
Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin..


Ramadhan telah kita tinggalkan,
hampir menjelma syawal mulia.
Aidilfitri berbahang gembira,
di sambut dgn rasa suka.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..

although no face to face,
do not shake hands,
but hearts was close to saying sorry for any mistake,
Minal ‘Aidin wal Faizin,apologize and unseen…..

aq nuwun pangapura kesalahan pitutur uga tindakanku marang kowe,
muga-muga kabeh dosaku lan dosamu di lebur ing dino riyoyo Minal Aidin wal Faizin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tesalah kata ku ucap sorry,
tersalah laku jgn dimaki,
Hendak ku ucap salam aidil fitri,
rupanya baru Depavali….!!
Vanikkam Vasantham Central Am’maa…

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya
TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2  & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bln Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

NotaKarut: Entry sekadar ingin menguji SEO blog ini... Sekian...


Koleksi Pantun Hari Raya AidilFitri V1
Koleksi Pantun Hari Raya AidilFitri V2


2016/06/06

Seloka Puasa Ramadhan.

Seloka Puasa Ramadhan...


Jalan jalan bazar Ramadhan
Peniaga tumbuh bagaikan cendawan
Rupa bentuk bikin hati tertawan
Tapi sayang rasanya kurang
Ini macam boleh bikin sawan

Jalan jalan bazar Ramadhan
Rambang mata membelinya sakan
Tapi yang di beli bukan semuanya makan
Banyak yang membazir ditongsampahkan
Dah tentu itu sifat Syaitan

Konon puasa nak jaga badan
Tapi bila berbuka tak ingat sempadan
Penuh semeja dengan makanan
Dah tak peduli orang kiri kanan
Sampai tersandar perut naik bagai dipam pam

Bila pertengahan Ramadhan menjelang
Masing masing sibuk memenuhkan balang
Anak bulan raya belum kelihatan
Kuih dah penuh lori satu tan

Baru dua minggu puasa lagu raya dah berkumandang,
Macam esok raya dah diumumkan
Hello kawan kawan
puasa korang sempat cukupkah sebulan? 
Amal ibadat itu lebih  baik diutamakan
Tahun depan entah sempat entah la kan
Takut takut belum raya lagi dah jalan
Baju raya berkain kapan
Pagi raya ramai saudara datang
Lepas tu tinggal la dalam kubur sorang sorang

Owh sungguh kasar bahasa ni kawan
Kalau terasa, mintak diampunkan
Bukan apa, sekadar ingin mengingatkan...

2016/06/02

Pantun Berbuka Puasa lawak.

Pantun Berbuka Puasa lawak...


Sedapnya kuih buah rotan
Sedaplah lagi kuih bahulu
Perut kelaparan azan kedengaran
Jom Buka! Tapi doa la dulu..

Mulut berleter ibarat bertih
Mungkin mulut tak tahu letih
Berbuka puasa jangan berlebih
nanti tak larat pergi Terawih

NotaKarut: hoho... Hari ni makan gulai udang besar... Gulai ikan masin campur nenas, semua masakan mak... dengan air soya nya... Syurga... Syurga dunia...

Seloka Puasa...

Bila tiba bulan Puasa,
Ramai orang pasang niat,
Nak meluangkan masa,
Penuhkan masjid nak beramal ibadat...

Malam pertama tarawih,
Penuh masjid sampai ke jalan,
Nak lagi bagus sampai akhir bulan, Alhamdulillah,
Jangan pulak sekerat jalan...

Pagi pertama dah muka toya,
Nak menunjuk dia puasa,
Dah petang baru nampak muka,
Waktu rehat ghaib entah ke mana...

Tadi toya sekarang ceria,
Datang dekat bau rokok,
Ape jenis punya manusia,
Lebih kurang monyet di atas pokok...

2016/06/01

Pantun Berbuka Puasa...

Burung enggang burung kelicap
Terbanglah burung ke serata benua
Tukang karut hanya nak mengucap
Selamat berbuka puasa kepada semua



NotaKarut: Otak tak boleh nak mengarut pasal otak tak dapat lagi zat besi yang mencukupi... Hoho... Selamat berbuka semua...

Pantun Karut Berbuka Puasa...

Jalan jalan pasar Keramat
Jumpa pulak anak Pak Mat
Masa puasa lesu tak bersemangat
Bila berbuka hantu raya tabik hormat

Resmi si ikan sepat
Hujan rintik melompat lompat
Sana tangkap sini pun rembat
Lepas berbuka mata pun rapat

NotaKarut: Nak komen? Sila komen dengan pantun...

Lawak Pak Pandir Bila Berpuasa.

Lawak Pak Pandir Bila Berpuasa.


Pak Pandir dan Tukang Karut bersama sama ke masjid menunaikan Solat Zuhur.
Kebetulan sebelum solat ada tazkirah...
Lantas mendegar tazkirahlah mereka berdua dengan kusyuknya...

Antara intipati isi tazkirah yang Pak pandir faham antaranya adalah membaca doa sebelum makan.

"Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang." kata ustaz itu...

"Itu yang kadang kadang ada yang makan sampai tersandar dekat tiang seri rumah!" kata ustaz itu lagi...

"Bila makan bayak, mata pun kuyu, badan pun jadi berat... Malas nak ke masjid menunaikan Solat Sunat Tarawih" tambah ustaz itu...

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue.

Selepas berbuka puasa malam tu... Sambil berehat menantikan azan Isyak...

Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali.

Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentut memanjang.

Mak Andih tak tahan, maka ditanya Pak Pandir...

"Awak makan apa sampai jadi camni?".

"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu"...

"Berak-berak makan julap..."

"Suka sangat tumpang makanan orang yang tak baca doa!"