2016/10/22

Kesimpulan Pembentangan Bajet 2017

Kesimpulan Pembentangan Bajet 2017

Berikut adalah isi (intipati) daripada ucapan bajet daripada Menteri Kewangan sebentar tadi:

1) Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, 3.4% lebih tinggi daripada Bajet 2016 sebelum ini.

2) Kerajaan menjangka untuk mencapai 3% defisit fiskal pada tahun 2017.

3) Hanya 2.1 juta pembayar cukai pendapatan daripada 14.6 juta jumlah tenaga kerja negara.

4) Tiada kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk 2017.

5) Ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan persepsi. Kerana tanpa keyakinan, tidak akan ada pelaburan untuk memacu ekonomi.
Untuk menghargai sumbangan penjawat awam, yang berikut telah diumumkan:

1) Untuk memanjangkan tempoh “Fully-Paid Study Leave” dengan biasiswa kepada Kumpulan Sokongan (Support Group), yang pada masa ini terhad kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

2) Cuti kuarantin sehingga 5 hari tanpa rekod untuk penjawat awam yang mempunyai anak yang sakit dan perlu dikuarantinkan.

3) Kemudahan pinjaman komputer yang dilanjutkan bagi pembelian smartphone. Penjawat awam boleh gunakan ini sekali setiap 3 tahun, dan terhad kepada pembelian sebanyak RM5,000.

4) Peningkatan had pinjaman motosikal untuk penjawat awam, daripada RM5,000 kepada RM10,000.

5) Meningkatkan pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM200,000 dan RM750,00, daripada RM120,000 dan RM600,000.

6) Menyiapkan 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Ia akan dijual pada harga RM90,000 hingga RM300,000, iaitu 20% di bawah harga pasaran.

7) Melanjutkan kontrak perkhidmatan dan kontrak bagi pegawai-pegawai perkhidmatan yang tamat pada akhir tahun ini, kepada sekurang-kurangnya untuk tempoh 1 tahun lagi.

8) Bagi menangani isu doktor pakar berhenti daripada kerja di hospital Kerajaan dan kelewatan naik pangkat, Gred 56 diperkenalkan di antara Gred 54 dan JUSA C untuk pakar-pakar perubatan dan pergigian.

9) Untuk melantik kumpulan pertama doktor, doktor gigi, dan ahli farmasi dengan kontrak terbaru sebelum Disember 2016, disebabkan oleh kekangan dalam jawatan tetap.

Dalam erti kata lain, hampir 2,600 daktor tanpa pengalaman “housmanship” dibenarkan bekerja di hospital Kerajaan berdasarkan kontrak.
Bagi kesejahteraan rakyat, Kerajaan terus komited untuk melaksanakan projek-projek mesra rakyat dan program di kawasan bandar dan luar bandar, seperti berikut:

1) Untuk mencerahkan kawasan kampung pada waktu malam, sebanyak 97,000 lampu jalan dan 3,000 lampu LED akan dipasang di persimpangan jalan untuk 7,500 kawasan kampung di seluruh negara.

2) Untuk meningkatkan hubungan jalan antara kampung dan bandar, 616KM jalan raya dan jambatan kampung akan dibina dan dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

3) Untuk memastikan jalan negeri, sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan kepada semua negeri-negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Malaysian Road Records Information System).

4) Untuk membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah miskin dan usang di kampung-kampung terpencil dan penempatan orang asli dengan peruntukan sebanyak RM350 juta.

5) Untuk meningkatkan bekalan air bersih dengan peruntukan sebanyak RM732 juta, mensasarkan 5,200 rumah dan menaik taraf sistem bekalan air Felda.

Dana bekalan air akan ditubuhkan dengan segera, dengan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk menangani isu bekalan air diseluruh negara.

6) Menyediakan bekalan eletrik di kawasan luar bandar, menyasarkan kira-kira 10,000 buah rumah dengan peruntukan sebanyak RM460 juta.

7) Kerajaan mengambil berat tentang kebajikan kediaman bandar, terutamanya rumah pangsa. Rumah pangsa yang ada sekarang ini kekurangan penyelengaraan dan fungsi lif yang baik:

8) Kerajaan akan melaksanakan projek mesra rakyat dengan peruntukan sebanyak RM800 juta, dengan keutamaan diberikan kepada kontraktor tempatan G1 dan G2.

9) Sebanyak 69 rancangan pengurangan banjir akan diteruskan di seluruh negara, dengan peruntukan sebanyak RM495 juta.

10) Kerajaan akan melaksanakan MyBeautiful New Home, terutamanya bagi kumpulan B40 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.

Pada peringkat awal, sebanyak 5,000 unit akan dibina dengan harga antara RM40,000 hingga RM50,000 seunit. Kerajaan akan membiayai RM20,000, manakala baki akan dibayar secara ansuran oleh setiap pemilik.

11) Sebanyak 9,850 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM134 juta.

12) Sebanyak 11,250 rumah PPR sedang dibina dengan peruntukan sebanyak RM576 juta. Rumah-rumah PPR itu akan dijual pada harga antara RM35,000 dan RM42,000.
Untuk membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya golongan B40, RM275 juta akan diperuntukkan untuk tujuan:

1) Memperluaskan MySuria Prog di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM45 juta. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600 buah rumah.

2) Memperluas Program Mobileprenuer oleh Giatmara, dengan peruntukan sebanyak RM30 juta, menyasarkan 3,000 peserta menggunakan motosikal.

3) Pengenalan program usahawan dalam sektor pertanian untuk melahirkan 3,000 usahawan muda dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

4) Menghidupkan semula program eUsahawan dan eRezeki di bawah MDEC, yang terdiri daripada 300,000 peserta dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

5) RM10 bilion diperuntukkan untuk subsidi, yang terdiri daripada subsidi bahan api termasuk untuk gas memasak, tol, pengangkutan awam dan pelbagai insentif lain.

6) Untuk membantu petani, Kerajaan akan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk memberi subsidi harga, benih, dan baja termasuk padi bukit.

7) Sebagai insentif kepada pekebun getah kecil-kecilan yang berdaftar, Kerajaan akan memperuntukkan RM250 juta untuk pengeluaran getah.

8) Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Musim Hujan dengan jumlah sebanyak RM250 setiap bulan selama tempoh 3 bulan pada bulan November, Disember, dan Januari.

9) Elaun kos hidup bulanan untuk para nelayan sebanyak RM200, dinaikkan kepada RM300. Ini akan beri manfaat kepada 57,000 nelayan di negara ini.
Bantuan BR1M bagi tahun akan datang, yang akan memberi manfaat kepada 7 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion, dinaikkan seperti berikut:

1) Bagi isi rumah di dalam pengkalan data e-Kasih dengan pendapatan bulanan bawah RM3,000, ia akan ditingkatkan kepada RM1,200, daripada RM1,050 dan RM1,000.

2) Untuk isi rumah yang berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, ia akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM900.

3) Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, ia akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

4) Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000, yang akan diberikan kepada waris penerima BR1M dan orang yang tergolong dalam kategori warga tua.

5) RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pendidikan TVET. 4 institusi TVET akan dijadikan politeknik, dan 4 lagi kolej vokasional dan 1 lagi akan menjadi sebuah pusat latihan untuk tenaga pengajar TVET.

6) RM220 juta diperuntukkan untuk menaik taraf peralatan pendidikan di institusi TVET, serta RM360 juta untuk Dana Koperasi Pembangunan Kemahiran (Skill Development Fund Corporation).

7) Potongan cukai sebanyak 2 kali untuk diberikan ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat swasta untuk menyediakan Program Latihan Berstruktur untuk pelajar di bawah TVET.

8) RM50 juta diperuntukkan untuk melanjutkan program SL1M oleh GLC kepada 20,000 graduan pada tahun 2017, berbanding dengan 15,000 graduan pada 2016.
Bagi sektor perumahan, yang berikut telah diumumkan untuk meningkatkan pembeli rumah pertama:

1) Menyediakan tanah kosong Kerajaan di lokasi-lokasi strategik untuk GLC dan PR1MA untuk membina lebih daripada 30,000 rumah dengan harga jualan, atau RM150,000 kepada RM300,000.

2) Untuk membina sekitar 10,000 buah rumah di kawasan bandar untuk disewa kepada belia yang layak dengan pekerjaan, tetap termasuk graduan muda yang memasuki pasaran buruh.

3) Untuk membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat, dengan Kerajaan memberi subsidi sehingga RM20,000 seunit. RM200 juta akan diperuntukkan kepada SPNB.

4) Skim baru khas “penambahan” pembiayaan akhir (end financing) untuk program PR1MA, di mana 12,000 unit bernilai RM3 bilion telah ditempah.

5) Pembiayaan akan menjadi lebih mudah untuk pembeli dengan jumlah pinjaman sehingga 90% kepada 100%, dengan kadar penolakan pinjaman akan dikurangkan secara drastik.

Sebagai contoh, pemohon yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000, kini layak untuk meminjam lebih daripada RM187,000, akan dapat pinjaman sebanyak RM295,000.

6) Pengecualian duti setem akan ditingkatkan kepada 100% ke atas instrumen pemindahan dan pinjaman perumahan (instruments of transfer and housing loan instruments), untuk membantu kurangkan kos pemilikan rumah pertama.

Pengecualian ini adalah terhad kepada rumah dengan nilai sehingga RM300,000 untuk pembeli rumah pertama untuk tempoh 1 Jan 2017 ini hingga 31 Disember 2018.

7) Rumah Generasi Ke-2 pembangunan infrastruktur, sejumlah RM200 juta diperuntukkan kepada Felda, RM100 juta untuk Felcra, dan RM100 juta untuk Risda.

8) Pelepasan cukai diperluaskan untuk memasukkan pembelian surat khabar yang dicetak, telefon pintar serta tablet, langganan Internet dan juga yuran keahlian gimnasium.

9) Untuk pembangunan sukan, sejumlah RM1.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

10) Sebanyak RM25 juta diperuntukkan untuk program penjagaan kesihatan, serta projek menaik taraf kemudahan hospital di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM536 juta.

11) Kerajaan akan melancarkan satu inisiatif untuk perkhidmatan jalur lebar Ethernet di universiti awam, yang akan dinaikkan kepada maksimum atau 100GB sesaat.

SKMM akan menyediakan RM1 bilion untuk memastikan liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencecah sehingga 20MB sesaat.

12) Untuk menggalakkan pembangunan PKS, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM75 juta untuk melaksanakan program di bawah Pelan Induk PKS. Rebat 2% akan diberikan pada kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam PKS dibawah skim SJPP itu.

Rebat ini adalah terhad kepada jumlah pembiayaan yang terkumpul sebanyak RM1 bilion, dimana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk tempoh 5 tahun.
Insentif yang disediakan dalam bidang pendidikan untuk membantu ibubapa mengurangkan beban persekolahan anak-anak adalah seperti berikut:

1) Menyediakan Program Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap pelajar yang berada dalam kelompok isi rumah yang berpendapatan sehingga RM3,000, yang dijangkakan akan diterima seramai 3.5 juta pelajar.

2) RM1.1 bilion diperuntukkan bagi Program Bantuan Makanan Asrama kepada 365,000 pelajar.

3) RM300 juta bagi Program Bantuan Makanan Tambahan bagi pelajar sekolah rendah.

4) RM1.1 bilion diperuntukkan sebagai bantuan tambahan bagi membayar yuran sekolah, bantuan buku teks dan bantuan geran per kapita.

5) Kerajaan akan menyediakan geran sehingga RM50 bagi simpanan yang terkumpul dalam SSPN-I bagi pelajar darjah satu di sekolah kebangsaan dan setara.

6) Baucar buku akan digantikan dengan kad debit pelajar berjumlah RM250 yang boleh digunakan untuk membeli buku, alat tulis, peralatan komputer dan juga akses internet.
Dalam usaha bagi menggalakkan pembayaran kembali PTPTN, insentif-insentif seperti yang berikut akan diberikan:

1) 15% diskaun jumlah keseluruhan hutang untuk hutang yang dibayar penuh.

2) 10% diskaun jumlah keseluruhan hutang untuk pembayaran sekurangnya 50% daripada jumlah penuh hutang dibuat dalam satu pembayaran.

3) 10% diskaun bagi pembayaran melalui potongan gaji atau secara “direct debit” mengikut jadual pembayaran yang ditentukan.

4) Diskaun berikut akan berkuatkuasa secara efektif bermula Sabtu, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.
Kerajaan juga komited dalam usaha menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam bagi kawasan luar bandar. Berikut merupakan langkah yang bakal diambil:

1) Bantuan kewangan bagi keluarga miskin, termasuk bantuan am bernilai sehingga RM300 sebulan dan juga bantuan penjagaan kanak-kanak sebanyak RM450 sebulan.

2) Peruntukan sebanyak RM424 juga akan diberikan kepada golongan warga emas dalam bentuk bantuan sebanyak RM 300 sebulan.

3) RM535 juta diperuntukkan bagi golongan kurang upaya termasuk elaun pekerja, elaun latihan dan bantuan kanak-kanak bagi golongan kurang upaya yang tidak mampu bekerja.

4) Perlepasan cukai GST bagi pembelian alat bantuan bagi golongan kurang upaya.
Diantara projek infrastruktur yang diumumkan dalam bajet 2017 adalah seperti berikut:

1) Pembinaan East Coast Rail Line yang dijangkakan akan menelan kos sebanyak RM55 bilion.

2) Mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

3) Sebanyak RM100 bilion diperuntukkan bagi membaikpulih landasan keretapi Pantai Timur di Gua Musang-Tumpat yang musnah akibat banjir.

4) RM20 juta akan diperuntukkan kepada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberikan bantuan pinjaman kepada komuniti penjaja.

5) Kerajaan akan memperkembangkan program pra-sekolah ke 50 buah sekolah dengan peruntukkan sebanyak RM10 juta bagi sekolah Tamil.

6) Diantara usaha kerajaan untuk memperkasakan golongan Bumiputera adalah dengan memperuntukkan RM100 juta kepada SME Bank untuk meningkatkan peluang bagi usahawan Bumiputera.

RM300 juta juga akan diberikan kepada Tekun untuk membantu industri kecil dan sederhana melalui skim baharu yang diperkenalkan di bawah nama Temanita.

7) RM1.8 bilion diperuntukkan kepada jabatan pertahanan bagi penyelenggaraan asset dan sejumlah RM322 juta diperuntukkan bagi latihan kendiri di Esscom.

8) Kementerian Perumahan memperuntukkan RM12.8 bilion termasuk sejumlah RM8.7 bilion bagi pihak polis.

9) Untuk memberikan sokongan kepada wanita bekerjaya untuk menyusukan anak mereka, kerajaan memperkenalkan pelepasan cukai sehingga berjumlah RM1,000 bagi pembelian peralatan berkaitan penyusuan.

10) Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diperkenalkan kepada pembayar cukai yang menghantar anak mereka yang berumur enam tahun ke bawah ke nurseri dan tadika yang berdaftar.

11) JAKIM menaikkan elaun bulanan 15,000 Iman di seluruh negara daripada RM750 ke RM850. Insentif lain seperti pembayaran RM500 kepada 16,000 orang bilal dan siak yang menguruskan masjid.

Elaun guru KAFA juga dinaikkan daripada RM800 ke RM900 sebulan.

12) RM85 juta diperuntukkan kepada Permata.

13) Penjawat awam akan mendapat bantuan khas RM500 manakala pesara penjawat awam akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.

[Sumber asal: The Star Online]

2016/10/21

3 Jenis Kawan Di Dunia Menurut Imam Al- Ghazali

3 Jenis Kawan Di Dunia Menurut Imam Al- Ghazali


Kawan yang pertama Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

Kawan kedua Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

Kawan yang ketiga Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia ejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

2016/10/20

Ekonomi Lompong Malaysia

ZINKAN saya berkongsi detik BLINDSPOT di sini; tidak ramai yang memberi perhatian bahawa pada 2014, 29.1% daripada jumlah import Malaysia adalah barangan Elektrik dan Elektronik (E&E). Pada tahun yang sama, 35.7% daripada jumlah eksport Malaysia juga adalah barangan E&E. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku?

Bahasa mudah, asas ekonomi Malaysia lompong dan bermasalah.

Malaysia mengimport komponen-komponen yang murah dari Negara China, memasangnya sebagai produk siap di dalam negara dan mengeksport sebagai barangan untuk dijual.

Malangnya, produk akhir yang dieksport kebanyakan adalah jenis Barangan Pembuatan Asli (OEM); dihasilkan menggunakan tenaga buruh murah bagi syarikat asing. Jarang sekali kita mengeluarkan produk sendiri atau mengeksport jenama negara ini. Hasilnya, nilai tambah dalam rangkaian pengeluaran barangan E&E dianggarkan sekitar hanya 15 peratus.

Konsep yang sama dilakukan buat industri tekstil Malaysia, yang tidak ubah seperti kedai jahitan murah untuk syarikat asing.

Tarikan syarikat asing untuk meletakkan proses pembuatan E&E di Malaysia adalah untuk mendapat tenaga buruh yang murah, subsidi tenaga, cukai yang rendah; dan sebuah syurga perlaksanaan pindahan harga bagi mengelakkan cukai.

Sungguhpun begitu, Malaysia sudah tidak mempunyai tarikan sekuat dahulu. Konsep pemasangan semata-mata tidak akan memihak kepada kita sekiranya kita tidak mempunyai teknologi baru yang semakin hari semakin canggih serta pula ancaman kuasa ekonomi baru membangun yang lain yang mampu menawarkan proses pengeluaran yang lebih berdaya saing.

Tambahan pula, TPP melalui Peraturan Asal-Usul (Rules of Origin) akan menganggu hegemoni ini. Persekitaran selepas TPPA dilancarkan akan menyaksikan kita mengimport dari negara TPP untuk menikmati pengurangan tariff (tidak lagi mengimport dari China) - tetapi ini soal lain yang akan dibincangkan pada waktu yang lain.

Malah, baki pelaburan asing Malaysia turun mencecah tahap negatif pertama kalinya pada 2009 sehingga hari ini. Maknanya, Malaysia lebih melabur di luar negara berbanding pelaburan luar yang masuk ke Malaysia. Penyokong TPPA mungkin akan mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan klausa Pertelingkahan Pelabur Antara Negeri (ISDS) di bawah TPPA yang mengatakan semakin banyak kita melabur di luar negara semakin kita memerlukan perlindungan.

Bagaimanapun, hujah sebegitu tiada maknanya kerana pada hakikatnya- pelaburan Malaysia di luar negara dalam perniagaan kecil sahaja dan majoritinya adalah dalam pelaburan hartanah. MARA?

Jadi mengapa asas ekonomi Malaysia lompong dan bermasalah?

Mengapakah proses pemasangan semata-mata tidak akan berfaedah untuk jangka masa panjang? Saya akan jelaskan menggunakan iPhone. Tahukah anda berapa banyak wang yang diperolehi untuk setiap negara bagi setiap jualan sebuah iPhone?

iPhone ialah produk Amerika yang dipasang di China.  Kita akan membayangkan majoriti keuntungan akan diperolehi oleh negara China dan Amerika. Kita juga mungkin terfikir yang Malaysia memperolehi keuntungan besar dengan pemasangan pelbagai produk E&E.

Andaian sebegitu adalah salah.

Wang daripada setiap jualan iPhone (sumber: WSJ) diperolehi negara-negara berikut- 34% Jepun, 17% Jerman, 13% Korea Selatan, 6% Amerika Syarikat dan hanya 3.6% China.

Mengapakah? Kos dan keuntungan yang tinggi untuk dibayar adalah kepada syarikat teknologi dan komponen mahal yang diimport dari Jepun, Jerman dan Korea Selatan yang digunakan untuk membuat iPhone. Proses pemasangan adalah murah dan tidak banyak menyumbang kepada nilai tambah.

Maka, untuk bersaing Malaysia perlu fokus dan berteruskan meningkat baik teknologi dan pengetahuan kita dalam usaha untuk terus bersaing dalam dunia yang berkembang dengan pantas ini.

Masalahnya sekarang, Malaysia terperangkap di tengah-tengah. Malaysia tidak lagi murah dan Malaysia juga tidak cukup maju. Malaysia tidak mampu bersaing dengan Vietnam dan Indonesia dalam soal kos, dan Singapura dalam soal teknologi.


Negara Berpendapatan Tinggi? Permainan Angka Purata yang Tidak Bermakna

Pada 2010, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilancarkan sebagai sebahagian daripada cita-cita melepaskan Malaysia daripada perangkap Negara Berpendapatan Sederhana Tinggi yang kita duduki sejak 1996. Matlamatnya ialah untuk merancakkan dan meransang pertumbuhan negara bagi mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi menjelang 2020 melalui sasaran Pendapatan Kasar Negara (GNI) per kapita USD$15,000.

Dua tahun kemudian, PEMANDU mengumumkan kadar pertumbuhan tinggi pada 2012, membuktikan mereka berada dalam landasan yang tepat.

Tetapi di sinilah wujud kelompongan dan falasi yang besar, Ringgit berbanding USD ketika pengumuman ETP ialah pada kadar purata RM3.52/dolar sementara pada 2012 ia pada kadar RM3.10/dolar. Bukan pertumbuhan yang tinggi tetapi kadar FOREX yang meningkatkan nombor GNI negara.

Seperti pisau bermata dua, FOREX kembali menghantui PEMANDU kerana FOREX kini sekitar RM4.30/dolar. Berdasarkan keadaan semasa, untuk mencapai USD15,000 (RM64,500) menjelang 2020, mengambil kira GNI/kapita ialah ~RM35,000 pada 2014 Malaysia memerlukan 10.7% pertumbuhan GNI tahunan setiap tahun sehingga 2020.

Misi Mustahil!

Negara Berpendapatan Tinggi tidak lagi mampu dicapai. Terbaik yang pernah dicapai Malaysia ialah purata pertumbuhan tahunan sebanyak 9% antara 1988 dan 1997 sebelum Krisis Kewangan Asia.

Walaubagaimanapun, GNI per kapita hanyalah permainan angka purata. Ia tidak memberi apa-apa makna yang bererti kepada rakyat Malaysia yang kini berdepan kesukaran peningkatan kos kehidupan. Ia juga tiada makna apabila negara masih dicengkam kesenjangan agihan kekayaan antara tertinggi di rantau ini.

Untuk penjelasan lanjut, mari buat pengiraan matematik mudah:
GNI per kapita Malaysia (2014): ~RM35,000/kapita/tahun
Purata penghuni per isi rumah:  4.2
Maka,
GNI/isi rumah/ tahun: RM147,000
GNI/isi rumah/ bulan: RM12,250

Angka ini berat sebelah dan tiada makna.

Puratanya, setiap isi rumah memperolehi RM12,250 setiap bulan. Bagaimanapun, memandangkan kita mempunyai kesenjangan yang lebar antara kaya dan miskin majoriti rakyat sangat jauh pendapatannya daripada purata ini. 75% isi rumah kita memperolehi kurang daripada RM5,000 setiap bulan.

Sarawak contoh tepat mengapa status negara berpendapatan tinggi tiada ertinya. Pada tahun 2008, Sarawak telah melepasi kriteria yang ditetapkan World Bank dan boleh dikategorikan negeri berpendapatan tinggi tetapi lihat sahaja keadaan rakyat Sarawak. Status negeri berpendapatan tinggi tiada ertinya.


Ekonomi/Pembangunan dipimpin Eksport tidak lagi berdaya maju

Pada 2010, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui persidangan PBB mengenai perdagangan dan pembangunan (UNCTAD) menggesa penilaian kembali model pembangunan ekonomi dipimpin eksport yang digunakan oleh negara membangun. UNCTAD berpendapat bahawa gaji tinggi dan permintaan tempatan yang kuat merupakan bahan sebenar yang diperlukan untuk pertumbuhan mapan.

Tiga tahun selepas itu, UNCTAD sekali lagi menegaskan supaya pembuat dasar menilai kembali strategi pembangunan yang terlalu banyak berpimpinkan eksport. UNCTAD juga berkata bahawa strategi pembangunan perlu lebih menekankan peranan gaji dan sektor awam dalam proses pembangunan.

Pembangunan dipacu eksport tidak lagi berdaya saing, dan ekonomi akan mempunyai prestasi yang lebih baik dengan strategi yang lebih seimbang.

Apakah maksud ekonomi/pembangunan dipacu eksport? Ia bermaksud eksport dijadikan keutamaan nombor satu negara dan semua strategi ekonomi dirancang berlandaskan strategi ini.


Pendidikan, Inovasi, Kajian dan Pembangunan sebagai Jalan Keluar

Menurut UNESCO, jumlah pengkaji di Malaysia untuk 1 juta penduduk hanyalah seramai 385 orang berbanding 5,416 di Jepun, 5,300 di Denmark, 4,721 di Amerika Syarikat, 4,231 di Korea Selatan malah di Amerika Selatan pun jumlahnya ialah 384. Malah, pemegang PhD di Malaysia hanya sekadar melepasi 15,000 daripada 30 juta penduduk negara.
Kajian yang dikeluarkan Global Entrepreneurship Monitor (GEM) pula meletakkan status Malaysia sebagai ekonomi yang dipacu keberkesanan, dan bukanlah ekonomi yang dipacu inovasi. Malaysia memberikan fokus kepada penambahbaikan proses sedia ada, tetapi tidak menghasilkan inovasi perkara baru yang mampu meraih lebih banyak wang dan tambah nilai.

Memberikan fokus kepada inovasi perkara baru sangat penting kini berbanding dahulu untuk Malaysia, kerana Malaysia tidak lagi mampu menawarkan tenaga buruh murah, tanah dan kilang untuk menghasilkan produk massa yang berdaya saing.

Malaysia terperangkap di tengah-tengah, dan peluang pendidikan ialah faktor penyumbang terbesar. Robert Reich, bekas setiausaha buruh Amerika Syarikat dan Profesor di UC Berkeley, mengeluarkan hujah yang sesuai untuk persekitaran Malaysia.

Untuk menarik pekerjaan dan modal, negara berdepan dua pilihan; pertama dengan membina “gudang ekonomi” yang rendah cukai dan rendah-buruh untuk berdaya saing dengan kos rendah, keduanya untuk bersaing dalam soal kualiti, dengan meningkatkan cukai dan peraturan untuk pelaburan sumber manusia bagi tenaga kerja tinggi produktiviti dan teknologi.

Di Malaysia, perkembangan gaji meningkat selari dengan pertumbuhan produktiviti sehingga lewat 1990an. Sejak 1996, kita sudah berada dalam “perangkap pendapatan pertengahan”,  terperangkap dalam definisi pendapatan pertengahan tinggi World Bank, tidak pendapatan tinggi mahupun rendah. Malah, sejak 10 tahun yang lepas pertumbuhan sebenar gaji berkadar negatif.

77% tenaga kerja Malaysia dengan kelulusan SPM dan ke bawah mewujudkan halangan berstruktur untuk kita masuk ke dalam kumpulan pendapatan tinggi. Sebahagian besar tenaga kerja tidak berkemahiran dan tidak mampu menggerakkan perkhidmatan perburuhan mereka ke atas rantaian nilai yang menawarkan gaji lebih tinggi.

Malaysia memerlukan lebih ramai profesional terlatih dan pereka cipta, dan kita boleh memperolehinya daripada bakat yang tidak melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. Selaku negara membangun, Malaysia sedang berdepan halangan terakhir yang paling sukar bagi mencapai kesejahteraan; iaitu masyarakat berasaskan pengetahuan, dipacu para pemikir dan intelektual.

Ekonomi dan pembangunan dipimpin eksport terbukti tidak lagi berkesan. Malaysia memerlukan dasar dan pendekatan ekonomi yang betul untuk menyelesaikan masalah dan isu asas ekonomi. Malaysia juga perlu bersegera mengurangkan jumlah pekerja asing melalui perlaksanaan had dan kuota setiap industri.

Malaysia perlu bergerak ke hadapan dengan membekalkan peluang pekerjaan yang lebih baik, gaji dan upah yang sesuai serta persekitaran untuk menggalakkan inovasi dan keusahawanan dalam produk dan perniagaan bernilai tinggi kepada rakyatnya. Malaysia perlu mula membina peralatan mesin dan peralatan sendiri.

Jangan terus terperangkap dalam falasi negara berpendapatan tinggi yang tidak mempunyai erti kepada rakyat terbanyak Malaysia. Mari mula berfikir bagaimana negara ini boleh membekalkan peluang, capaian dan ganjaran- seimbang kepada semua warganya. Pembetulan asas ekonomi Malaysia perlu dilaksanakan sesegera mungkin.

*Anas Alam Faizli mempunyai ijazah kedoktoran pentadbiran perniagaan. Beliau merupakan ahli profesional industri minyak dan gas, penulis buku Rich Malaysia, Poor Malaysians dan berTwitter di @aafaizli

**Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

2016/10/18

Cara Baiki Blog yang Tak Boleh di Komen.

Maaf Kawan Kawan...
Terutama Kawan Kawan Blog Lama... Ada yang Sejak 2009 lagi...

Aku baru nak berjinak jinak aktif balik dengan aktiviti penulisan blog ni.

Semasa melawat kawan kawan, perasan ada blog yang tak boleh dikomen.
Mungkin ada masalah.

Bila taip komen di ruangan yang disediakan dan di publish, tiada komen yang dipaparkan.

Mungkin ada masalah di blogspot atau akaun google.

Kalau itu yang terjadi, cara penyelesaiannya adalah seperti berikut:


  1. Setting
  2. Post, Comment and sharing
  3. Comments
  4. Comment Locatian -  Pilih Pop up Window.
  5. Save setting.
Selesai masalah.

Terima kasih.

2016/10/17

Beli Hauck Duett 2 Murah? Baca ini dahulu.

Beli Hauck Duett 2 Murah? Baca ini dahulu.



Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller


Walaupun jenama stroller Hauck masih belum dikenali ramai. (Saya pun sebelum ini tidak pernah mendengar jenama ini). Sebenarnya, jenama ini sangat dikenali di German dan di beberapa negara Eropah. Kini mereka telah memasuki pasaran Malaysia.

Jenama Hauck ini telah wujud sejak hampir 90 tahun dan merupakan salah satu daripada jenama besar antarabangsa untuk produk bayi. Ia telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Model Hauck Duett 2 Double Buggy ialah versi yang di"upgrade" daripada Hauck Duett Buggy, yang telah berada di pasaran sejak 2011, dan sudah tentu menawarkan pelbagai "features" yang menarik.


Apa yang beza dari Model Duett asal?


Terdapat beberapa perubahan pada versi baru Hauck Duett 2 ini. Tempat duduk keduanya mempunyai ruang lebih besar, lebih 3cm besarnya dari model lama.

Pemegang stroller ini juga sudah boleh dilaras ketinggiannya dan rain cover diberi sekali untuk setiap tempat duduk. Memang awesome!


Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Hauck Duett 2 Tandem Stroller


Adakah Hauck Menyelesaikan Masalah Pada Versi Hauck Deutt Pertama? 


Ya! mereka banyak menaiktaraf Duett 2 ini dari Duett pertama. Berdasarkan maklumbalas dari ramai pemilik Duett versi pertama dimana mereka sukar untuk dilipat. Tetapi untuk Duett 2. Jurutera Hauck telah menyelesaikan masalah ini walaupun saya masih gagal lagi cubaan untuk melipat dengan sebelah tangan... Haahaha... sudah pasti sukar sebab ini bukan jenis light weight stroller macam Aldo Compatto. Tetapi memang banyak "improve" di dalam perkara ini. So.. jangan risau.


Melalui review yang lalu. Hauck Duett asal sangat besar (bulky) dan sukar untuk dimuatkan ke dalam boot kereta. Sekali lagi, Hauck Duett 2 ini telah mengatasi masalah ini dan tidak mempunyai masalah ini lagi. Ini kerana Hauck telah design Duett 2 ini lebih compact!

Dan maklumbalas terakhir yang diterima dari Ibu bapa bahawa Hauck Duett asal sangat berat bila menolak stroller ini

Tapi bagi saya ianya berat sebab stroller ini stroller berkembar, jadi tidak mustahil ianya berat. Akan tetapi model Duett 2 ini adalah lebih ringan dan mudah ditolak dan bergerak berbanding dengan versi asal. Jadi, masalah tersebut juga dapat diselesaikan.


Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Hauck Duett 2 Tandem Stroller

Mudah ker Nak Simpan Stroller Ini?


Jika anda duduk di rumah teres dua tingkat. Boleh sahaja simpan di bawah tangga rumah dalam kedudukan menegak atau jika anda ingin jimat lagi ruang, anda boleh cabut kedua-dua kerusi dan lipat stroller tersebut. Jika duduk apartment, saya suggest anda simpan stroller ini dengan mencabut kedua-dua kerusi untuk lebih kompak.

Bila anda sudah cabut kedua-dua kerusi, anda boleh lipat bingkai dan susun letak kedua-dua kerusi diatasnya. Teknik ini juga anda boleh simpan di dalam boot kereta anda untuk penjimatan lebih ruang. Hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk melakukannya.


Bagaimana Dengan Saiz Kerusi?


Jangan risau, saiz kedua-dua kerusi sangat mencukupi. Terdapat banyak ruang di kerusi utama untuk bayi berkembang dan berbaring dan sesuai digunakan dari newborn. Di kerusi kedua juga selesa walaupun dalam kedudukan di mana ruang sedikit terhad. Kedua-dua kerusi tersebut juga dilengkapi dengan tali pinggang untuk keselamatan anak  anda.






Adakah Stroller Ini Senang Ditolak?


Saya dapati yang stroller ini memang mudah untuk ditolak. Rekaan tayar belakang yang lebih besar berbanding tayar hadapan membuatkan ianya lebih mudah ditolak dengan mudah dan sempurna.

Cuma kadang-kadang bila rasa sukar untuk untuk membelok ketika menolak ini disebabkan tayar depan terkunci. Anda cuma perlu betulkan tuil di hadapan sahaja.





Bagaimana Pula Dengan Sistem Break?


Break stroller ini berada ditayar belakang. Anda hanya perlu menggunakan kaki untuk menguncinya. Amat mudah.


Tonton Video Ini.



Besar Tak Bakul Simpan Barang?


Apabila kerusi kedua tidak digunakan, saiz bakul mempunyai ruang yang banyak untuk beg lampin dan pelbagai lagi ketika anda sedang membeli-belah. Tapi bila kerusi kedua digunakan, saiz bakul amat terhad. Jika perkara ini berlaku saya cadangkan anda beli poket tambahan atau alat pegantung untuk gantung barang-barang dan simpanan tambahan.



Bumbung Kedua-dua Kerusi Ini OK Tak?


Bumbung stroller atau hood stroller ini saya sangat suka terutama ketika cuaca cerah kerana ianya mempunyai satu flap tambahan yang boleh ditarik ke bawah untuk melindungi bayi daripada sinaran matahari. Terdapat juga zip yang boleh dibuka untuk mendedahkan lapisan jaring untuk pengudaraan.


Adakah Berbaloi Membelinya?


Serius. Bagi saya memang berbaloi juga dengan harga yang ditawarkan kerana kebanyakkan twin stroller / double stroller / tandem stroller harganya dua kali ganda dari Hauck Duett 2 ini untuk kategori  jenama stroller antarabangsa. Anda boleh survey sendiri.


Di Mana Hendak Membelinya?


Tempat yang saya amat rekemen untuk anda membeli Hauck Duett 2 Tandem Stroller ini adalah di website The Baby Store. Harga di website ini sangat berbaloi dan yang paling penting adalah website ini sangat Trusted. Boleh dipercayai. So anda tidak perlu risau tentang penipuan online.




Selain itu, jika anda berbelanja di The Baby Store. Anda dapat mengumpul mata ganjaran pada setiap pembelian anda dan boleh ditebus untuk membeli barangan lain pada belian seterusnya. Memang amat menjimatkan.


Jika anda pelanggan baru. Anda boleh tebus 200 points untuk pendaftaran pertama dan boleh digunakan terus. So anda jimat lagi.


Terus klik butang dibawah jika anda ingin membeli Hauck Duett 2.






2016/10/15

Mak... Ayah... Punca Pintu Rezeki?

Mak... Ayah... Punca Pintu Rezeki?


Bos aku pernah nasihatkan... Jangan berkira langsung dengan ibu bapa kalau nak murah rezeki!

Sebenarnya, untuk memperolehi rezeki yang melimpah ruah banyak... Bukan dengan berkerja sampai tak kenal siang dan malam...

Sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua... Berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet... Atau seperti kebudak budakkan yang mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati... Berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.

Doa dan keredhaan ibu bapa yang akan membuka pintu pintu rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan insshaAllah mereka akan mendoakan yang terbaik untuk kita.

2016/10/14

Bagaimana Merasakan Hidup Kita Berkat?

Bagaimana Merasakan Hidup Kita Berkat?


Berkat itu bermaksud "Bertambah dengan kebaikan". Bagaimana pula untuk merasainya?

1. Pendapatan yang sedikit, tapi cukup. Malah dapat memberi kepada yang memerlukan walaupun sedikit. Tabung Masjid tidak pernah dilupakan, zakat tidak pernah diabaikan. Mengukur baju di badan sendiri. Nikmat padanya dengan memberi. Seorang ayah yang miskin, mampu memelihara anaknya. Tiada yang kebuluran. Mengapa? Itulah berkat namanya...

2. Pendapatan yang banyak, lagi mudah untuk menolong. Dirasakan yang banyak itu perlu dikongsi. Mencari ruang untuk berkongsi. Memahami sebahagian kelebihan yang Allah berikan itu, ada bahagian untuk yang memerlukan. Tidak perlu orang datang untuk mengemis! Sombong itu tiada dalam diari hidupnya.

3. Masa yang sangat sibuk, tapi mampu untuk melakukan yang wajib dan membiasakan yang sunat. Subuhnya tetap dalam waktunya. Sedar, kesibukan bukan penghalang untuk selalu sujud kepada Nya. Nabi Yusof a.s juga sibuk mengurus perbendaharaan, tapi kekal dengan Penciptanya.

4. Masa yang lapang, mampu untuk menambahkan amal. Tidak menunggu masa yang khusus untuk mula beramal. Sedar, bukan semua daun yang kering akan gugur dulu dari rantingnya. Ada juga daun yang masih hijau, gugur tanpa sempat menjadi kering!

NotaKarut: Jom solat Jumaat!

Pulih Penyakit Dengan Memicit Titik di Tapak Tangan

Pulih Penyakit Dengan Memicit Titik di Tapak Tangan


Pilih titik yang berkaitan dengan sakit anda, tekan dengan ibu jari selama 5 saat,

Lepaskan selama 3 saat.

Ulang semula beberapa kali selama 3 - 4 minit

Amalkan selama 6 - 13 hari, insyaAllah penyakit akan berkurang.

NotaKarut: Jangan lupa share, tak keluar modal pun, ia mungkin akan membantu seseorang yang akan terbaca share yg datang dari anda.

2016/10/13

Cara Nak Tahu Orang Makan Gaji Vs Berniaga Hanya Melalui Facebook!

Cara Nak Tahu Orang Makan Gaji Vs Berniaga Hanya Melalui Facebook!


Senang nak tau orang tu kerja makan gaji atau kerja sendiri(berniaga).
Hanya dengan melawat wall Facebook (FB) dia.

Kalau wall dia penuh dengan cerita sendiri, apa yang dia buat dan iklan... Iklan... Dan Iklan...
Sah... Dia kerja sendiri.

Kalau wall dia penuh dengan share dari page orang lain, puas scroll sampai ke atas ke bawah ke atas, cerita pasal dia satu pun tak jumpa

Confirm dia makan gaji.

Haha!

2016/10/12

Diet gagal? Apa Yang Sering Terjadi?

Diet gagal? Apa Yang Sering Terjadi?

Kegagalan Diet.

  1. Tiada keazaman yang tinggi
  2. Bertangguh untuk memulakan diet yang seimbang


2016/10/07

Berapa Kerap Hubungan Seks Suami Isteri?

Berapa Kerap Hubungan Seks Suami Isteri?




Untuk dibincangkan....

Menjadi rahsia bilik tidur antara suami dan isteri.

Namun seks adalah keperluan utama bagi suami mahupun isteri.

Bilangan berapa kali seks yang perlu dilakukan adalah subjektif.

Namun, sekiranya tiada hubungan sekiranya semua normal adalah menjadi pelik yang perlu disiasat.


2016/10/05

Anak 4 tahun... Apa yang selalu ditanya?

Macam biasa, petang tadi Izz Zara Zulaikha tak lupa bagi pesanan sebelum balik dari tadika...
Zara: Papa... Nanti kita pergi kedai... Jangan lupa beli mainan.
Papa: Kan dah beli semalam...
Zara; Itu semalam, hari ni lain... Nak la nak la beli lagi...
Papa: Hurm.. Yelaaaaa...
Zara: Lepastu... beli yakult...
Papa: Aiscream taknak?
Zara: Nak... Nak... Beli banyak2.
Papa: Apsal nak banyak2 pulak?
Zara: Tu semua zara punya...
Papa: Dah? Itu je?
Zara: tu je. Jangan lupa tau!!
Notakarut: bila anak dah pandai meminta minta.... Selagi poket tak bocor, layan kan aje...

Apa Itu Obsessive Compulsive Disorder (OCDC)

Apa Itu Obsessive Compulsive Disorder (OCDC)

Apa Itu Obsessive Compulsive Disorder (OCDC)

Pantun selamat pagi.

Pantun selamat pagi.


Burung berkicau itik menari
Itik menari di dalam perigi
Mimpi basah tegak berdiri
Sampai tak sedar matahari dah tinggi

Putih dan dinginnya air perigi
Indahnya mandi berteman si dia
Assalamualaikum dan selamat pagi
Semoga semua sihat dan berbahagia.

2016/10/04

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING - TRIVIA PSIKOLOGI

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING - TRIVIA PSIKOLOGI

NLP ialah teknologi terkini yang menggunakan model kefungsian
manusia berasaskan kepada konsep Psikologi. Model kefungsian
manusia merangkumi penggunaan ‘Bahasa Minda’ untuk mengawal
minda dalam menguruskan perasaan (state) untuk mencapai sesuatu
matlamat.