2016/11/30

selamat bersidang kepada perwakilan PAU.

Saya ucapkan selamat bersidang kepada perwakilan PAU.


Saya harap Ringgit akan bertambah kukuh minggu ini.

2016/11/23

Suami Gila Isteri Jiran...

Suri: Abang, sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita tu...

Laki: Ape halnya sampai awak yang sejuk hati?!

Suri: Ye laaaa, tiap tiap hari bila suami dia balik kerja... Mesti bagi isteri dia bunga, kiss dan coklat...

Laki: Habis tu kenapa???

Suri: Kenapa ek abang tak buat macam tu….?

Laki: Hishhhhh!! Awak ni... Gila ker!!!?? mane saya kenal dia!!!!

Suri: *&#$%^&*%**%

2016/11/17

Good Morning...



Who will work in my absence?
Sun askes entire world

During sunset

Everyone remained silent....

But candle whispered

"Will try my LEVEL BEST...."

It's not the matter of
SIZE or STATUS, but

It's the ATTITUDE that SHINES...

Good Morning....

2016/11/10

Pesanan Buat KERAjaan...

Berita TV sekarang dah jadi propaganda KERAjaan.

Hari hari keluar berita tentang penyeludupan, penyelewengan dan penyorokan barangan kawalan subsidi.

Hari hari juga keluar berita tentang keritisan subsidi...

Isu yang dibangkitkan telah menjadi rahsia yang diketahui umum sejak zaman tok kaduk lagi.

Wahai KERAjaan...

Kalau dah tiada duit, mengaku sahaja.

Tariklah subsidi kami...

Kami sebagai rakyat yang bodoh rela diperas sehingga putih tulang kami...

Tapi jangan tipu kami...
Jangan momokkan kami dengan dakyah takut kamu...
Jangan kamu berlagak mengeluarkan alasan alasan bijak kamu.
Jangan dibanding  beza dengan harga negara luar.

Kamu tahu itu tidak benar...

Ianya bahan lawak...

Orang politik juara sebenar MAHARAJA lawak...

Kos ECRL Tinggi - Mereka Yang Berpengalaman Tapi Kritik Semuanya Bodoh, Yang Pandai Hanyalah Pro 1MDB



Pada kos sebanyak RM91.67 juta bagi setiap kilometer, pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menjadi salah satu daripada laluan kereta api dan kargo antara negeri yang paling mahal yang akan dibina di dunia, menurut pemain industri.

"Ia boleh menjadi projek infrastruktur kereta api yang paling mahal di dunia dalam kelasnya...Ia projek yang baik tetapi tidak pada harga yang tidak masuk akal ini," kata seorang eksekutif dari sebuah syarikat pembinaan.

Seorang penganalisis yang enggan namanya didedahkan turut bersetuju. "Terdapat unsur terlebih bayar tetapi tidak pasti apa perkaranya. Pengangkutan kereta api negeri tidak secara umumnya menelan kos yang begitu banyak."

Apabila ditanya sama ada harga yang tinggi itu mungkin kerana keperluan untuk membina terowong melalui banjaran gunung Titiwangsa, beliau menjawab 'tidak', memetik laporan oleh theedgemarkets.com. - Mkini 

"Di manakah rasionalnya apabila kos pembinaan bernilai RM55 bilion, ini bermakna 1 kilometer boleh dianggarkan mencecah RM91 juta, sedangkan landasan berkembar dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu hanya berjumlah lebih kurang RM3 juta secara keseluruhannya," kata beliau, memetik laporan Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut, laporan yang sama berkata, eksekutif berkenaan menganggarkan kos pembinaan landasan kereta api itu boleh dilakukan pada hanya RM36 bilion.

Beliau berkata, rakan sekerja industri pembinaan yang berasal dari Eropah pula percaya kos untuk pembinaan projek itu ialah RM32 bilion bagi keseluruhan laluan.

"Kedua-dua anggaran tersebut termasuk kos untuk membina terowong melalui banjaran gunung Titiwangsa," kata beliau lagi.

Itu kata professional dalam bidang mereka yang berkaitan sepertimana laporan paper2 .... di bawah ini pula saya kongsikan emel pandangan daripada seorang pengomen yang biasa kita baca di beberapa blog ternama, iaitu Rahman JPC yang pernah terlibat aktif dalam industri pengangkutan khususnya keretapi -

1) Sungguh pun telah bersara selama 13 tahun daripada perkhidmatan kerajaan, namun saya masih lagi berinteraksi dengan pakar runding dalam industry perkereta apian.



2) Malahan pada akhir 2013 saya berkesempatan mengadap baginda Sultan Johor untuk berbincang mengenai industry rail khusus nya projek landasan berkembar elektrik 'Gemas-JB'. Dalam dialog saya dengan baginda Sultan, saya sempat membangkitkan 'rationale' mengapa ianya TIDAK perlu ditawarkan kepada syarikat dari Negara China dengan harga yang jauh lebih mahal jika di banding dengan syarikat2 tempatan yang saya yakin mempunyai kepakaran untuk melaksanakannya. Baginda yang banyak pengetahuan mengenai industry rail telah berkenan mengambil maklum.



3) Saya telah juga berkesempatan untuk berjumpa dengan Tun Mahathir di mana beliau bersependapat bahawa setelah berjaya melaksanakan hampir semua projek2 rail di dalam negara, maka tiada sebab projek2 berikutnya perlu ditawar kepada syarikat rail daripada negara2 lain. Malahan Tun berpendapat sudah sampai masa nya syarikat2 tempatan kita pula yang memasarkan kepakaran mereka kepada negara2 membangun yang lain.



4) Hanya terdapat satu projek yang nilai nya agak besar (rm400 juta) yang di tawar kan kepada syarikat IRCON (Indian Railway Construction Co.) dengan menggunakan kaedah 'counter trade/ offset'dengan pembekalan minyak sawit bagi mengatasi sabotaj daripada 'anti palm oil lobby' yang berpusat di USA.



5) Bagi negara2 yang sedang membangun, dan  mempunyai hasil bumi yang kaya, maka kaedah  ini amat berkesan untuk mengujudkan 'win win situation'.



6) Ada ura2 pada satu ketika dahulu untuk memberikan jajaran rel berkembar Seremban-JB  kepada syarikat daripada negara China dan jajaran Ipoh-Padang Besar kepada IRCON (India). 



7) Namun di hari2 terakhir Tun Mahathir menjadi PM, kedua2 jajaran tersebut telah ditawarkan kepada syarikat tempatan dengan harga keseluruhan rm14 bil .



8) Setelah Pak Lah mengambil alih sebagai PM, tawaran tersebut telah ditarik balik degan alasan kerajaan tiada peruntukan.



9) Mungkin atas desakan pihak tertentu jajaran Seremban-Gemas telah akhirnya di tawarkan kepada IRCON dengan kos lebih kurang rm5 bil, dan jajaran Ipoh-Padang Besar kepada syarikat tempatan  dengan kos lebih kurang rm14 bil.



10) Saya telah mendapat maklum bahawa  jajaran Gemas-JB  telah akhirnya ditawarkan kepada syarikat daripada Negara China dengan harga lebih kurang rm7.5 bil.(sungguh pun sudah bertahun tertunda khabar nya projek ini masih belum di mulakan).



11) Maklumat yang ingin saya kongsi bersama ialah mengenai kos keseluruhan projek untuk jarak lebih kurang 700 km yang pada mulanya  hanya rm14 bil (sebut harga syarikat tempatan) telah melambung kepada rm26 bil.



12) Sungguh pun demikian bagi jarak yang lebih kurang sama kerajaan Malaysia telah rela menerima harga  yang saya rasa lansung tidak masuk akal bagi projek ECRL (rm55 bil).



13) Sebaik sahaja kami (rakan2 perunding) mendapat maklum bahawa ECRL akan di bina dengan harga yang begitu fantastis, kami turut  tergamam. Kami sedar bahawa projek ini telah di fikirkan sejak 2008 lagi tetapi pihak perunding jelas menyatakan 'it is going to be a non starter'.



14) Kajian kemungkinan ( feasibility study ) tidak dibuat. Kami yakin 'ridership' nya ( penumpang ) serta 'volume cargo' nya tidak langsung memberi justifikasi yang kuat untuk membinanya sekarang. KTMB kerugian hampir setiap tahun  dan memerlukan bantuan  rm beratus juta (hutangnya tidak mungkin dapat dibayar balik). Projek yang tidak diperlukan sekarang sudah pasti menaikkan kos penyelenggaraan dan memburukkan lagi kedudukan kewangannya.



15) Sebagai panduan (rule of thumb), kos membina 1 km landasan berkembar ialah rm30 juta. Ini termasuk 'earth works', 'structures' 'signaling and comms', 'electrification' dan 'rail installation'.



16) Bagi ECRL kosnya dianggar sebanyak rm90 juta untuk 1km dan ini sungguh tak masuk akal ! Ini pun kami mendapat maklum bahawa ianya 'single line' dan tiada 'electrification' - bemakna kos sebenar akan jauh lebih murah daripad kos panduan rm30 juta per 1km. Berdasarkan panduan ini kos keseluruhan ECRL tidak mungkin melebihi rm 20/25bil .



17) CCCC, syarikat yang dikenalpasti untuk melaksanakan projek raksasa ini mempunyai 'business practice' yang kurang 'ethical' dan pernah disenarai hitam oleh 'badan dunia'. 'Track record' nya juga tidak menyakinkan.



18) Amat menghairankan dengan sikap kerajaan pusat negara China. 'corruptor' perseoranagn dihukum berat, tetapi dalam international relation,  'institutional curruption' digalakkan  demi 'survival' negara mereka. Banyak negara2 mundur dan membangun telah terpengaruh. Sedihnya Malaysia  sudah pun digolongkan  sebagai Negara yang sudah hilang maruah dan dihimpunkan dalam kelompok negara 'desperate'



RUMUSAN



Saya telah membuat kesimpulan bahawa projek ini sengaja diwujudkan bagi membolehkan 'lanun2 berdaftar' ini merompak  degan cara terhormat sekali lagi.



Pinjaman diberi tetapi bayaran baliknya ditunda selama 7 tahun. Bijak  sungguh 'modus operandi' yang amat lick ini - kos projek sengaja digelembungkan untuk mereka menikmati hasilnya sekarang , dan anak2 dan cucu2 kita dibebankan dengan  pembayaran balik -  'cukup celaka' !



Projek ini wajib dibatalkan dan jika mahu diteruskan juga, ianya perlu diodit terutama dari segi kosnya.



wallahu aklam.



hj Abdul Rahman hj mohd noor,

mantan pegawai kanan MOT,  

mantan ahli lembaga pengarah KTMB.

                          **************************

Kajian mendalam dah dibuat bertahun2 dulu .... ? Standardlah jawapan sebegitu dari kerajaan. Pelaburan 1MDB - Petrosaudi dulu pun dikatakan telah disempurnakan kajian2 bagai. Akhirnya terdedah juga rupa2nya kajian tahi kucing.  Duit lesap, lidah terbelit dan kesemua kabinet dilihat bodoh oleh rakyat.

Kita tidak menolak pembangunan. Apa yang kita mahu adalah KETELUSAN. 

PS - Tajuk artikel itu memang benar pun.... Yang kita nampak setuju dan sokong sangat2 projek ECRL dengan kosnya yang WORLD RECORD itu secara kebetulan adalah mereka yang turut sama menyokong skandal 1MDB. 

Apakah maksud disebaliknya ? 

2016/11/03

Hakikat Sebenar BR1M

Terdapat sebuah kolam pancing Ikan yang yuran masuknya sebanyak RM20 setiap kali masuk kolampancing.

Siapa yang tidak dapat memancing ikan walaupun seekor, akan diberikan saguhati berupa seekor ayam.

Dalam seminggu, berita tersebut cepat tersebar dikalangan pemancing. Kolam pancing tersebut menjadi tarikan ramai dan semua gembira apabila membawa balik seekor ayam.

Satu hari seorang pemancing bertanya kepada tuan kolam itu.

Awak tak rugi ke buat macam tu?

Dia jawab untung gila.

Sebenarnya dia ada ladang ayam tapi ayam tak laku.

Sebenarnya kolam ikan itu memang tiada ikan pun.

Macam Bagi BR1M tapi ambil semula GST...

Politik Dari Kaca Mata Kanak Kanak....

 Pada suatu malam, Ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak yang berusia 9 tahun bertanya pada si ayah, 

"Ayah, apa itu politik?".

Jawab ayah, 

"Politik itu macam keluarga kita, ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. 

Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"

Semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. 

Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. 

Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Ana itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat ibunya sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Dilihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. 

Jemu mengejutkan ibu yang lena, si anak mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. 

Bila dibuka pintu bilik pembantu rumah, si anak melihat si ayah berada bersama-sama dengan pembantu rumah. 

Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu sarapan pagi esoknya, Si ayah bertanya kepada si anak 

"Dah faham apa itu politik?"

Si anak yang sedang makan dengan selambanya menjawab 

"Dah". 

Lantas si ibu mencelah 

"Jadi apa dia politik tu?"

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. 

"Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan perkerja. 

Akibatnya rakyat terabai dan masa depan bergelumangan dengan najis. Itu lah politik".


Politik

2016/11/02

Yang Naik Pasti Akan Turun

Apa nak peliknya...Semalam ia naik....

Dekat hari memangkah nanti, dia turun balik dengan drastiknya.....

Masa tu semua cair n tergoda...

Hasilnya sampai bila bila la...
Past tense, present tense and future tense......

Merokok di dalam kereta

Ada sebuah kereta di depan, anak-anak kecil penuh dalam kereta dengan isteri...

Cuma yang tak sedap tengoknya, si ayah yang memandu itu...

Dengan selambanya merokok. Berkepul-kepul asap dalam kereta...

Mungkin kesihatan anak tak sepenting membuat anak yang dikatakan rezeki dari Tuhan itu.

Mungkin juga lelaki itu hanya fikir kahwin ini untuk sedap saja, dapat anak, jaga ala kadar saja...

Aku tak nak pukul rata semua, sebab aku kenal juga rakan perokok yang tak merokok dalam kereta tatkala si kecil menumpang sama. Cuma itulah, puak-puak perokok yang anggap dunia ini dia yang punya.

Sila meninggal. Tolong jangan membiak.