Langkau ke kandungan utama

Catatan

Update Pantas...

Baru jea sedar selepas "pengsan" selama 4jam lebih... Tekak rasa sangat la tak selesa sebab TERLAMPAU banyak jerit, ketawa sampai terguling-guling pecah perut... Suara yang keluar antara dengar tak dengar jea... Badan sakit2, walaupun tak ada aktiviti yang berat... Kepala pun berpusing-pusing berpinar-pinar mungkin akibat terlebih makan atau terlebih makan kambing golek!!! Mungkin agaknya badan aku dah TUA... Kalau orang yang tak kenal aku, mungkin akan cakap aku dah kawen dengan anak berderet-deret beratur... Muka pun nampak dah tua...Umur dalam lingkungan 30an!!! Oit!!! Padahal yang sebenarnya aku baru jea 26 tahun ma...

OFF DUTY...

DATE : 3-5 DECEMBER 2010 LOCATION : SELESA RESORT, BUKIT TINGGI... (tinggi mana??? jangan tanya aku...) Siap sedia untuk didera, diceramah, diuli, dicampur gaulkan sebabnya..... dah nama kursus ni pun membina pasukan (team building)... Apa yang nak dibina pun aku kurang periksa... tunggu jea penghujung kursus nanti baru nampak apa kebaikannya...

Apa Yang Perlu Aku Lakukan???

Macam mana nak buat orang tertarik dengan aku??? Yang follow aku sebab apa yang aku tulis dan bukan sebab terpaksa sebab aku dah melawat atau di lawati dan sama2 meninggalkan jejak... Penat aku cuba berfikir cara otai blogger berfikir... kreatif seperti cik epal , kritis macam ladyrye , atau Fida dengan idea gila2 lucu sedikit lucahnya... atau cik katak merah jambu ... Tapi sangat la hampa... Sebabnya... Aku perasan satu perkara... Aku lebih dominan menggunakan otak kiri berbanding otak kanan!!! Sifat kekreatif tu kurang... Macam mana nak asah bakat kreatif tu yea??? ada sapa yang boleh bantu???