Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sia Sia...

Hai... Amacam di hari raya kedua? Ada yang dah mabuk kuih raya ke? Hohoho... Sebulan berusaha... Menahan diri lapar dan dahaga... Dan hasilnya... 6kg lemak lemak degil dapat dinyahbasmikan... Tapi usaha sebulan terasa tak berbaloi baloi... Ngeri tengok timbang tadi... Sikit lagi nak atasi berat sebulan berpuasa... Sia sia!!! Terasa seperti mahu berlari dalam keadaan berbogel berteriak menjerit jerit kerasukan sambil mahu tarik tarik rambut je rasanya! Serba salah dibuatnya... Tak dijamah makan kang, dikatanya tuan rumah kita tak beradab... Dah dipelawa tapi tak makan!!! Sombong... Kalau tak berjalan beraya mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai, lagi la dikatakan sombong! Katak bawah tempurung la, kedekut la itu la ini la... Aduyai... Dah tu? Takkan nak tengok je makan depan mata? Nak nak lagi kalau makanan tu sedap sedap yang memang menjadi pujaan hatiku sejak azali lagi... Siapa boleh tahan beb... Itu yang rasa makin sendat jea... Dah tak boleh masuk pun di tolak

Selamat Hari Raya...

Mudik sungai di pagi hari, Menebar jala menangkap ikan, Tukang Karut menyusun sepuluh jari, Terpincang kata harap maafkan… Salam AidilFitri... Di hari hari baik... hari kemenangan.. hari raya ini... Aku, a.k.a Tukang Karut @ Nasriq @ cabiman @ Acip @ eyrique, dengan rendah diri, menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki, memohon maaf sekiranya terdapat mana mana isi entry entry aku atau komen komen aku di blog anda yang mengguris, menyentuh hati dan menyinggung perasaan sehingga terpalit rasa menyampah dan memualkan... Sekian... Tulus Ikhlas... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Lemang Dah Siap..

Hai... Assalamualaikum... Tak jawab dosa... hoho... InsyaAllah, esok kita akan beraya... Cuma tunggu pengumuman pengesahan dari Atok Kita, penyimpan mohor besar raja raja jea... Apa yang dah di masak di kampung korang??? Aku tengah kepenatan ni... Dipanggang api dari pagi hingga ke petang... Dari masak lemang, hinggalah merebus ketupat... Suma siap... Hoho... Bukan sedikit ooo... Tak caya? Ermmm Korang ni... Tengok gambar jea la berapa banyaknya aku lemang aku bakar hari ni... Mak dan Mak Achik sedang memasaukkan beras pulut ke dalam buluh... Sambil diperhatikan supervisor a.k.a Uwan aku... Hoho... Tengok dan fokus pada pipi diorang tu... Hoho... Sudah terang lagikan bersuluh, gen pipi cabi tu aku dapat dari siapa... Hoho... Panjang tak deretan lemang ni? Ini baru 1batch yang dimasak... Ada 3 kali sebenarnya... Jumlahnya? Tak banyak la... Ada la dalam 500 lebih batang lemang... Hoho... Eh... Bukan aku nak melantak sorang sorang jea... Memang tiap tiap tahun aku buat lemang dan