Langkau ke kandungan utama

Catatan

Yes... So What?

Nak kata sibuk, tak ada la sibuk sangat pun... Nak kata tak sibuk, kadang kadang rasa macam tak cukup 24jam sehari pulak... Dah! Aku tau apa yang bermain di fikiran korang... Nak ngata aku ni penyibuk la ni... Huh! Aku merajuk cari batu Milah batu tertanggup nanti... Telan la aku yang banyak isi ini... Minta maaf... Mungkin tak sempat datang melawat blog masing masing (ayat skema gila macam la ada ramai pembaca! huh!) Tapi aku akan cuba update selalu... NotaKarut: esok adalah outstation terakhir sebelum bercuti panjang... hohoho... JB... Tunggu kehadiran aku!

Kenapa Owh Apakah...

Kenapa apakah ini? Kalau ada cikgu Bahasa Malaysia yang baca blog ni, mesti dia mengangis terharu sambil berlari teresak esak kerana penggunaan Bahasa Malaysia yang salah... Ah... Lantak la... Aku bukannya nak ambil peperiksaan pun... Hik hik hik... Sebenarnyakan... Tak ada apa nak tulis pun ni... Cuma tangan ni rasa gatal gatal je... Nak menampar atau nak menggaru orang kot... Eh? Padahal banyak lagi kerja lain yang nak buat ni... Dah la... Lepas gian sikit je ni... NotaKarut: Kenapa aku suka mengarut? Sebab aku tak tau pun aku boleh mengarut sebenarnya... Hoho... Kenapa pilih nama tukang karut? sebabnya takkan aku nak pilih nama tukang urut lak kan... Kenapa aku? Ntah... Aku pun tak tahu la ni... Tak keruan...

Buka Kaunter Pertanyaan...

Hohohoho... Tersenyum aku baca komen komen entry sebelum ini yang berkenaan PERTANYAAN DI KAUNTER PERTANYAAN... Aduyai... Aku tau aku comey... Tak pe... Lama dah aku tau... Tak perlu la nak memuji berlebihan ek... Aku takut sat lagi kang kembang buntut aku, susah pulak nak pakai sampin baju nikah nanti... Aku rasa... Aku rasa korang pun mesti nak tanya lagi kan... Pasal korang bukannya genius sangat macam aku ni... (aduyai... riak lagi... Sat lagi mesti ada yang suruh aku insaf ni kang...) Mesti tak reti nak jawab kan kan kan... Ok... Dipendekkan entry sebelum aku mengarut ke laut... Aku buka kaunter pertanyaan untuk korang tanya la apa apa sahaja... Yang berbentuk ilmiah, mengarut, atau perkara TABOO... Apa sahaja... Akan aku cuba jawab mengikut cara aku... Sekian... NotaKarut: Berfikir... Merenung... Meratap... Aduyai... Tepuk dahi... Susah jugak nak kahwin ni yea...