Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pantun Malam Jumaat...

Ubi kayu sedap dibuat pengat Lagi sedap kalau dimasak siti Malam Jumaat datang semangat Almaklum banyak agenda sedang menanti Sedapnya pengat ubi teringat ingat Manakan terlawan si roti jala Ambillah berkat malam Jumaat Mengerat kasih mendapat pahala Di malam hari terasa hangat Memang enak minum air kelapa Malam ni malam Jumaat Tongkat ali jangan dilupa Dah perkena tongkat ali secawan Dicecah bersama kuih bahulu Hendak berblog,berbloglah kawan, Saya bermohon tidur dahulu. NotaKarut: Nak komen? Sila pantun jua... Hahahahahaha... Sekadar gurauan di malam Jumaat... Tak ada apa agenda pun malam ni kecuali nak buat solat hajat dan zikir lebih sikit...

Pucat...

Hari ni Wilayah Persekutuan cuti... Sempena cuti ni nak jumpa doktor gigi... Arahan dan amaran keras daripada mem besar... Tak sakit pun... Tapi disuruh buat pemeriksaan... Ingat ingat semula kali terakhir jumpa doktor gigi adalah masa darjah 6 dahulu... Kira kira 16 tahun berlalu... Hohohoho... Ntah apa la doktor gigi tu nak buat nanti... Mana tau kot kot dapat doktor laki... Ha... Kau... Main sentap jea... Tapi kalau dapat doktor ni... Hari hari gi check gigi pun tak pa... Nak cabut sebatang gigi sehari pun tak pa... NotaKarut: Muka doktor ni ada iras iras dengan seorang sahabat baik aku la... Lama dah nak cakap... seiras sangat lagi lagi tang jelingan dan senyuman dia tu... mintak izin ye eda nak letak gambar facebook...