Langkau ke kandungan utama

Catatan

Panas... Hot oooo....

NotaKarut: dipaksa si suri... Katanya boleh pecah lemak... Lepas ni boleh la jadi duta produk lak... Published with Blogger-droid v2.0.4

Persoalan Tak Terjawab...

Hai...  Lambai lambai tangan sambil usap usap perut yang menegang... Menegang dek kerana kesedapan ikan bakar sekincan... Amik sekor sotong yang besar, ikan cencaru besar, ikan pari tang isi... Semuanya pun bakar... Baru RM50.45... Puas hati gila la... Nak gambar? Tak ada? Malas nak amik... Nanti kang ada yang terliur... Masa makan tadi, si suri ada tanya satu soalan... Soalan yang membuatkan aku bisa mengaru dari hujung kepala, hingga ke hujung kepala lutut... Nasib baik tempat umum nak garu "kepala lain"... "Kenapa abang suka makan ek?" Aduyai... Sampai la ni, tak ada jawapan... NotaKarut: Nak tidur telentang rasa tak kena, nak ngiring takut termuntah ikan bakar... Abis tu cam ne? Rasa rasa macam nak tidur berdiri la... Hohohoho...

Muka Ada Senyum...

Salam... Hai... Kabare? Aku baru perasan tahun ni merupakan tahun lompat... Haipppp! Nak ngata aku tak up to date la tuh! Huh!!! Maknanya? Tak ada maknanya... Cuma aku terfikir, macam mana agaknya yea kalau orang yang lahir pada 29 Februari? Mesti sedih dan gembira... Sedih kerana sambut ulangtahun kelahiran setiap empat tahun sekali... Gembira kerana masih muda! Ye la... Kalau dia lahir tahun 1984, maknanya umur dia baru 7tahun! Itu baru intro tu... Dah mengarut panjang dah! Hins hinssss hinsss bangga!... Confirm... Confirm dah... Dah 4 minggu dah.... Hoho... Hasil bercucuk tanam dah berbenih... Faham? Tak faham? Humppppp... Korang budak budak lagi, mana nak faham pasal hal hal orang tua ni... Apa? Faham? Nampak sangat korang yang belum berkahwin tu gelojoh! NotaKarut: Kemaruk nak makan tempe goreng la... Khir Toyo kata, kulit dia tegang dan licin pasal selalu makan tempe... Aku nak makan gak la... Nak tegangkan kulit dekat perut biar