Langkau ke kandungan utama

Catatan

Trending...

Dalam 2minggu lepas... Berita berita Kejadian buang bayi... Terjumpa mayat bayi... Menghiasi dada dada akhbar...tv... Flashback semula... Buat kira kira... 9bulan 10 hari ke belakang... Lebih kurang 31 ogos... Pesta merdeka negara... Terselit pesta seks luat nikah... Bulan ni akan banyak dengar kisah2 ni... Akan menjadi trending...

Catuan air di Lembah Klang dihentikan minggu depan...

Kebimbangan penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan bakal berakhir apabila catuan air yang berlangsung selama dua bulan lalu akan ditamatkan pada minggu depan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan mengisytiharkan perkara itu hasil daripada mesyuarat yang diadakan di Shah Alam petang semalam. Menurut beliau, mesyuarat yang dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan syarikat pengurusan air lain membincangkan beberapa langkah susulan bagi menamatkan catuan air. Beliau yang ditemui selepas Majlis Tautan Kasih Bersama Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri di sini, malam tadi berkata, bekalan tersebut dijangka pulih sepenuhnya sebelum bulan Ramadan ini dan masyarakat terutama umat Islam tidak perlu bimbang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. - UTUSAN ONLINE Sumber:  Artikel Penuh