Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pantun Berbuka Puasa...

Burung enggang burung kelicap Terbanglah burung ke serata benua Tukang karut hanya nak mengucap Selamat berbuka puasa kepada semua NotaKarut: Otak tak boleh nak mengarut pasal otak tak dapat lagi zat besi yang mencukupi... Hoho... Selamat berbuka semua...

Pantun Karut Berbuka Puasa...

Jalan jalan pasar Keramat Jumpa pulak anak Pak Mat Masa puasa lesu tak bersemangat Bila berbuka hantu raya tabik hormat Resmi si ikan sepat Hujan rintik melompat lompat Sana tangkap sini pun rembat Lepas berbuka mata pun rapat NotaKarut: Nak komen? Sila komen dengan pantun...

Lawak Pak Pandir Bila Berpuasa.

Lawak Pak Pandir Bila Berpuasa. Pak Pandir dan Tukang Karut bersama sama ke masjid menunaikan Solat Zuhur. Kebetulan sebelum solat ada tazkirah... Lantas mendegar tazkirahlah mereka berdua dengan kusyuknya... Antara intipati isi tazkirah yang Pak pandir faham antaranya adalah membaca doa sebelum makan. "Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang." kata ustaz itu... "Itu yang kadang kadang ada yang makan sampai tersandar dekat tiang seri rumah!" kata ustaz itu lagi... "Bila makan bayak, mata pun kuyu, badan pun jadi berat... Malas nak ke masjid menunaikan Solat Sunat Tarawih" tambah ustaz itu... Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue. Selepas berbuka puasa malam tu... Sambil berehat menantikan azan Isyak... Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu