Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pasca Raya...

Assalamualaikum. 1. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya... Mohon maaf andai ada perkataan yang menyinggung perasaan... 2. Peringatan untuk diri sendiri... Raya memang raya... Tapi jangan dilupakan puasa sunat 6 hari... Tambah 6 hari je lagi... Sebulan ramadhan + 6 hari syawal bersamaan setahun berpuasa... Ko mampu ke jemah nak puasa setahun? Nak puasa setahun ke nak puasa 6 hari syawal? Pandang air tebu berpuluh peluh tun iman dah tak kuat... Ada hati nak puasa setahun... 3. Lepas raya ni, semua rasa dah kembali ke normal... Seluar yang longgar dah ketat balik... Baju yang longgar dah fit ngam ngam... berat pun tambah ' sikit' je dari sebelum puasa... haiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... 4. Mari menghitung hari... Hari ni baru 14/7/2016... Jauh lagi perjalanan... 25/7/2016... Haiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh NotaKarut:Masa ni la serdak serbuk kuih raya nampak sedap!!!!

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Takbir dialun selepas senja, Tanda tiba hari nan bahagia, Tangan dihulur maaf dipinta, Terjalin kukuh ikatan mesra. Andai kata pada pelita, Gelap gelita di malam hari, Andai ada terlanjut kata, Maaf dipinta setulus hati, Selamat hari raya aidilfitri,

Impian Ramadhan Yang Tak Kesampaian...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan berlalu pergi... Pejam celik pejam celik... Dan masuk 25 Ramadhan... Impian ramadhan yang aku rasa semua orang nak ialah mengurangkan berat badan... Aku target dapat 75 kg hujung ramadhan ni... Tapi setakat hari ni... 79 je... Turuyn 7kg... Itu pun rasanya harapan palsu... Silap silap raya nanti naik 14 kg pulak!!! Apa apa pun, yang nak balik raya esok... Pesanan aku, pandu kereta bukan pandu babi! Sekian...

Bahaya shopping baju raya semasa ramadhan...

Bahaya shopping baju raya semasa ramadhan... Terutama di hujung hujung ramadhan... Sebabnya lepas raya nanti, baju seluar akan mengecut... Ntah la... Tak tahu kenapa... Mungkin kain sekarang tak berkualiti... NotaKarut: Bini dah bising baju raya tak beli lagi.... Hummm... Sayang... Khamis nanti baru gaji...

Pickup line puasa...

Suri : "Abg jangan pergi bazar..saya dah masak.." TK: "Awak masak apa?" Suri: "Saya dah masak dengan perangai abang,pegi bazar nak tengok perempuan.." Haihhhh....

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Koleksi Ucapan Whatapp Hari Raya 2016...  Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin . Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin “Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk

Seloka Puasa Ramadhan.

Seloka Puasa Ramadhan... Jalan jalan bazar Ramadhan Peniaga tumbuh bagaikan cendawan Rupa bentuk bikin hati tertawan Tapi sayang rasanya kurang Ini macam boleh bikin sawan Jalan jalan bazar Ramadhan Rambang mata membelinya sakan Tapi yang di beli bukan semuanya makan Banyak yang membazir ditongsampahkan Dah tentu itu sifat Syaitan Konon puasa nak jaga badan Tapi bila berbuka tak ingat sempadan Penuh semeja dengan makanan Dah tak peduli orang kiri kanan Sampai tersandar perut naik bagai dipam pam Bila pertengahan Ramadhan menjelang Masing masing sibuk memenuhkan balang Anak bulan raya belum kelihatan Kuih dah penuh lori satu tan Baru dua minggu puasa lagu raya dah berkumandang, Macam esok raya dah diumumkan Hello kawan kawan puasa korang sempat cukupkah sebulan?  Amal ibadat itu lebih  baik diutamakan Tahun depan entah sempat entah la kan Takut takut belum raya lagi dah jalan Baju raya berkain kapan Pagi raya ramai saudar

Pantun Berbuka Puasa lawak.

Pantun Berbuka Puasa lawak... Sedapnya kuih buah rotan Sedaplah lagi kuih bahulu Perut kelaparan azan kedengaran Jom Buka! Tapi doa la dulu.. Mulut berleter ibarat bertih Mungkin mulut tak tahu letih Berbuka puasa jangan berlebih nanti tak larat pergi Terawih NotaKarut: hoho... Hari ni makan gulai udang besar... Gulai ikan masin campur nenas, semua masakan mak... dengan air soya nya... Syurga... Syurga dunia...

Seloka Puasa...

Bila tiba bulan Puasa, Ramai orang pasang niat, Nak meluangkan masa, Penuhkan masjid nak beramal ibadat... Malam pertama tarawih, Penuh masjid sampai ke jalan, Nak lagi bagus sampai akhir bulan, Alhamdulillah, Jangan pulak sekerat jalan... Pagi pertama dah muka toya, Nak menunjuk dia puasa, Dah petang baru nampak muka, Waktu rehat ghaib entah ke mana... Tadi toya sekarang ceria, Datang dekat bau rokok, Ape jenis punya manusia, Lebih kurang monyet di atas pokok...

Pantun Berbuka Puasa...

Burung enggang burung kelicap Terbanglah burung ke serata benua Tukang karut hanya nak mengucap Selamat berbuka puasa kepada semua NotaKarut: Otak tak boleh nak mengarut pasal otak tak dapat lagi zat besi yang mencukupi... Hoho... Selamat berbuka semua...

Pantun Karut Berbuka Puasa...

Jalan jalan pasar Keramat Jumpa pulak anak Pak Mat Masa puasa lesu tak bersemangat Bila berbuka hantu raya tabik hormat Resmi si ikan sepat Hujan rintik melompat lompat Sana tangkap sini pun rembat Lepas berbuka mata pun rapat NotaKarut: Nak komen? Sila komen dengan pantun...

Lawak Pak Pandir Bila Berpuasa.

Lawak Pak Pandir Bila Berpuasa. Pak Pandir dan Tukang Karut bersama sama ke masjid menunaikan Solat Zuhur. Kebetulan sebelum solat ada tazkirah... Lantas mendegar tazkirahlah mereka berdua dengan kusyuknya... Antara intipati isi tazkirah yang Pak pandir faham antaranya adalah membaca doa sebelum makan. "Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang." kata ustaz itu... "Itu yang kadang kadang ada yang makan sampai tersandar dekat tiang seri rumah!" kata ustaz itu lagi... "Bila makan bayak, mata pun kuyu, badan pun jadi berat... Malas nak ke masjid menunaikan Solat Sunat Tarawih" tambah ustaz itu... Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue. Selepas berbuka puasa malam tu... Sambil berehat menantikan azan Isyak... Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu

Seloka Pagi.

Seloka Pagi. Pagi ini indah sekali, Tukang karut mengucap selamat pagi. Bila matahari mula meninggi Cari kawan pakat minum pagi Ada la kawan nak bersembang Takut bergelar kera sumbang Sorang sorang datang bertandang Barulah hangat cerita digebang Datang lagi kawan sengih nampak gusi Sampai meja tak cukup kerusi Macam ni tak boleh jadi Bos duduk jeling dari tadi Nak lari macam pentingkan diri Nak duduk lama dah tak senang hati Hati bimbang bertambah ahli Takut bersambung sampai tengahari Nak bangun sorang, lagi la tak jadi Takut ada yang kecik hati layan juga kawan sembang tak reti berenti Ketawa terbahak-bahak sampai nampak gusi NotaKarut: Kepala ada pusing pusing...

29 May...

Selamat hari jadi kepada diri ku sendiri.. Peringatan kepada diri sendiri... Setahun lagi umur ku dah berkurangan... Tinggal tak tahu berapa panjang lagi umur ku... Mungkin hanya esok? Alhamdullillah...

Pantun Hari Jumaat.

Pantun Hari Jumaat... Hari Ni Hari Jumaat Jauhkan Diri Dari Mengumpat Jangan Sesekali Berbuat Maksiat Elok Elok La Bawak Bertaubat Pergi Masjid Elok Berjalan Setiap Langkah Dikira Amalan Banyakkan Baca Quran Jangan Jadi Kawan Setan RAWATAN SAKIT LUTUT APA ITU SAKIT TENNIS ELBOW, KAEDAH RAWATAN DAN PEMULIHANNYA.

Zakar Tegang diwaktu pagi?

Zakar Tegang diwaktu pagi? Hik hik hik... Aduyai... Kenapa la dicari keyword cam gini... Bersyukur la kau gersang di waktu pagi... Itu menunjukkan zakar a.k.a burung kau sihat walafiat bebas mematuk matuk kadang kadang tak sihat sampai muntah muntah... Untuk tak menghampakan para pencari maklumat... (hoho... betul ke cari maklumat? Atau sekadar nak buat modal untuk menembak cicak je?) Aku nyatakan sebab musabab kenapa... Senang cerita cam ni la... Errrrrrrrr... Tadi kan... Aku kan makan nasi kukus ayam dara... Hik hik hik... Sedap... (lepas ni confirm akan ada pulak yang akan cari "DARA" lak) NotaKarut: Gersang sangatkah lelaki Malaysia ini?

Pantun Selamat Pagi

Semalam makan hari ni pun makan... selepas makan muka ceria... Selamat pagi Tukang Karut ucapkan... Pada semua warga malaysia... Balut tapai diletak ragi... Biar manis senyum berseri... Adik manis jangan lupa gosok gigi... Takut orang pengsan berdiri... NotaKarut: Pagi ni makan sebiji epal je... Tukang karut kata nak diet... Pasal perut dah maju mengalahkan si suri... Hohohorlick! Pantun Selamat Malam Seloka Selamat Malam

Pantun Selamat Malam.

Pantun Selamat Malam. Lapar makan kenyang pun makan... Makan sampai tergigit lidah... Selamat malam tukang karut ucapakan... Moga diulit mimpi yang indah... Makan nugget makan burger... Itu semua kolestrol tinggi... Selamat malam para blogger... Semoga ceria di esok pagi... Carik carik pucuk paku... Dipandang orang pucuk meranti... Selamat malam semua sahabatku... Kalian semua terbukti blogger sejati... Tangkap lepas si kambing bebiri... Hajat dihati menjamu tamu... Selamat tidur wahai sang suri... Aku keseorangan di sini merinduimu.... NotaKarut: Semua pembayang pantun pun pasal makan... Guano nak kurus kalau duk fikir pasal makan je ni? FISIOTERAPI FROZEN SHOULDER, RAWATAN SAKIT BAHU RAWATAN FISIOTERAPI SAKIT LEHER

Apa Yang Berlaku Di Malam Pertama...

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya... Maklumlah malam pertama... bisik hati Ramli. Dimatikannya lampu dan ia pun berbaring di sebelah isterinya... Terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, “Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?” “Dah, apa citer pulak ni ?” tanya Ramli dalam hati... Separuh malam dia terbaring berfikir... “Oh, agaknya isteri aku ni teringat kampung halaman.. Kesiannya, sampai mengigau? Tak pelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya... Malam ke 2 ,adegan yang sama cuma dialognya yang agak berbeza... Bisik isteri “Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?” “Kesiannya bini aku ni... Masih ngigau lagi.. tak pe... Esok pepagi buta aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru’... “Laaaaa

Pantun Seloka Selamat Malam

Pantun Seloka Selamat Malam Jangan sesekali menjadi lalang, Takut takut dibuang orang, Siang penat membanting tulang, Malam waktu melurus pinggang. Sedap sedap si ikan keli, Sedap lagi ikan siakap, Nak berpuisi terasa geli, Hanya ini mampu terucap. Pantun sudah, seloka pun sudah, Lepas ni tak tau apa pulak dah, Sebelum tidur jangan lupa Syahadah, Takut takut esok tak sempat dah.... Pantun Selamat Malam Lucu Pantun Selamat Malam Lawak RAWATAN SAKIT LUTUT. PEMULIHAN TOTAL KNEE REPLACEMENT (TKR)