Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dimanakah kekuatan korea utara???

Minggu ni heboh pasal isu Korea Utara...semuo nak tunjuk pandai... jadi ni ado satu teka toki...jawapan disertakan dibawah... Dimanakah terletaknya kekuatan Korea Utara, pada  senjatanyakah? Pada tenteranyakah atau pada pemimpinnyakah? Sila jawab ahlil nujum negara... Kekuatannya terletak pada huruf 'K'. Jika ditukar kepada huruf 'B' ia akan menjadi Borea Utara, anda kenal Borea Utara?

Lawak Petang Ini...

Soghang budak umo onam taun telopong topi kolah sughau nengok siak amik air smayang. `Apo tengok acik camtu lak` tanyo siak `Acik amik air smayang tak boto` tey budak kocik tu Bedoba siak di buek ey.Dio comeh mandang kighi kanan takut oghang lain nampak budak kocik nogur dio bowudhu` tak boto. `Apo ey yang tak boto?` tanyo siak balik `Tak samo macam atuk adik buek` jawap budak tu `Cemano atuk kau amik air smayang ?` `Sebolum kumo-kumo dio lotak gigi ateh kolah dulu` jawap ey series lalu naik ke sughau poie kek atuk ey

KEJADIAN BUDAK BERBASIKAL DI JALAN LINGKARAN DALAM, SALAH SIAPA?

Kita pun ada anak. Jaga and monitor anak masing2. No one else will do it for for you. Not pihak berkuasa Not politician Not any car drivers.. Apa yang dititah Sultan Johor amat tepat sekali. Kita bagai sudah lupa akan tanggungjawab kita walhal saya pasti ketika kita kecil dahulu, itulah pegangan ibubapa kita. Mengapa kita berubah dan membiarkan anak-anak kita berkeliaran di jalanraya sehingga malam sudah hampir bertemu subuh? Titah baginda, biarlah anak menangis jangan kita menangis. "Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka. "Biar mereka menangis, jangan kita yang menangis," titah baginda selepas menziarah keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam melibatkan sebuah kereta dan enam basikal. Salam takziah kepada keluarga yang terlibat.