Langkau ke kandungan utama

Catatan

Susulan Kes Anak Kecil Dibunuh Di Batu Cave.

Susulan kes anak kecil dibunuh pengasuh di Batu Caves: Para suami-suami sekalian, jangan lagi menghantar anak kecil kepada Pengasuh jika isteri berkerja. Lebih baik kahwin seorang isteri yang muda dengan niat untuk membantu orang kampung yang susah. Isteri baru ini akan mendidik dengan kasih sayang dan menjaga baby/anak kecil kat rumah & juga jaga urusan rumah. Daripada bayar rm300-rm500 kepada pengasuh yang tak dikenali,  lebih baik beri kepada isteri sendiri. Dua anak dah kena sedia  RM600-RM1,000 kalau bayar kepada pengasuh. Rumah bersih & terurus,  balik makan-minum dah siap,  lebih mengeratkan kasih sayang sekeluarga Anda boleh .. kita boleh.. mulakan dari sekarang..Malaysia Baru..Keluarga Baru

Hai... Anak... Anak.... Anak....

Hari Sabtu lepas, waktu tengahari... Zara tak puasa... Zara datang dari arah dapur. Ditangan dia ada seketul nugget ayam. Baru keluar dari kuali. Dihulurnya nugget ayam ngam2 depan mulut aku sambil berkata, "papa nak rasa?". Pantas aku buka mulut nak makan. "Eh! Papa puasa la. Mana boleh makan!" Bertuah punya anak... Nasib baik aku sempat sedar diri. Nota Karut: Tak usahlah dikau berduka tatkala lemak ditubuhmu kelihatan kurang.. Ianya pasti kembali selepas 2 hari beraya.

Pesanan Mak - Puasa...

Setiap kali Ramadhan, pasti aku teringat pesanan  mak.. Walaupun pesanan mak tu sudah lebih 30 tahun. Aku tetap pegang sampai ke hari ini.. Pesan mak "Kalau ko tak larat puasa penuh, cuba la puasa separuh hari..." Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa....