Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rasanya Malam Ni Aku Tidur Luar...

"Ruang tamu ni tak pernah kemas. Kemas sikit sepah. Kemas sikit sepah balik. Zara! Bilik tu dah macam tongkang pecah! Bersepah dengan mainan." bebel si Suri Aku dengan Zara yang tengah leka menonton tivi saling berpandangan. Aku pandang Zara. Zara pandang aku. Zara buat muka mencebik bibir kat aku. "Zara la ni suka sepah-sepah. Kejap lagi pergi kemas bilik." balas aku menambahkan rencah bebelan suri. "Papa la ni tak nak teman Zara kemas bilik." balas Zara pula. Bukan main lagi dia menjawab. Kami berdua pun menyambung kembali menonton tivi. Masing-masing tak bergerak dari tempat duduk. Memecahkan kesunyian aku pun cakap, "nak sentiasa kemas senang je. Ajak la orang datang rumah. Confirm rumah bersih." Suri  menjeling tajam lebih tajam dari sembilu dari jauh bila aku cakap macam tu. Aik. Aku salah cakap ke ni? APA ITU SAKIT TENNIS ELBOW, KAEDAH RAWATAN DAN PEMULIHANNYA.

Lawak Hari Ini. Jutawan Melayu Bedah.

Saya mengesyaki ada seorang wanita jutawan Melayu yang mempunyai saham yang besar dalam semua hospital swasta di Malaysia. Kerana kekayaan dan pengaruhnya, dia juga mendapat keistimewaan di semua hospital kerajaan. Kalau kita pergi kesemua hospital di Malaysia, ramai yang tak perasan ada sebuah bilik khas disediakan untuk wanita ini. Siapa namanya? Saya tak pasti nama sebenarnya. Saya rasa namanya mungkin Zubaidah, mungkin juga Zabedah kerana berdasarkan notis di luar biliknya di mana-mana hospital di Malaysia, tertera nama... ~ BILIK BEDAH! ;)

Petua Menghalau Lipas