Langkau ke kandungan utama

Catatan

2012.

Hallllooooooo... Whatzup apa di atas... whatzup apa di atas... 31.12.2012... Khamis... Hari terakhir yang ada dalam kalender... So... Apa rumusan tahun 2012 korang... Ceria? Bahagia? Keciwa??? Aku? Tahun 2012 ni banyak perkara yang berlaku... Dari tak ada anak... Sekarang dah anak...  Dah merasa kena berjaga malam... Baru tahu apa itu istilah mata panda... Itu yang best nya la... Yang tak bestnya... Di hari terakhir ni 2012... Masa tengah syok membuat perlaburan juta juta di bank TOIlet Berhad... Syok meneran dengan muka muka senget kiri dan kanan... Ada bunyi cair cair sikit yang terkeluar... Mungkin bekas ayam masak gulai kot... Blurrrrghhhh crirt crittttt... Gitu la kot bunyi nya... Ada pulak orang maintenance datang... Duk ketuk ketuk pintu... Lahnat... Sangat lahnat ok... Nak datang betulkan siling tandas yang bocor minggu lepas... Main ketuk ketuk je... Lahnat... Memang sangat lahnat... Mana nak tahan yang hujung hu

Kalender 2013.

Kalender 2013 NotaKarut: Jom merancang cuti untuk tahun 2013...

Alasan Semata mata....

Hai... Masa nak mengarut dah makin singkat... Waktu siang... Buat buat sibuk berkerja... Owh... Jangan baling aku dengan lesung batu... Aku faham ayat tu memang sangat poyo... Sejak puteri zulaikha ni balik rumah... Masa untuk bersosial berblog... Dah makin kurang... NotaKarut: menaip sambil mendodoi anak sangat bahagia rasanya... Published with Blogger-droid v2.0.9

Terapi Selepas Cuti Panjang...

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!" Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram,

Keliru...

Esok krismas ke tahun baru cina? Keliru sekejab... Sana sini bunyi mercun melawan lawan lak... Buat terkejut anak dara aku je... Published with Blogger-droid v2.0.9

Bawak Anak Jalan Jalan...

Bawak anak jalan jalan... Di Cameron Highlands... Bukan bercuti... Tapi bekerja... Sambil tu ambil kesempatan untuk berjalan jalan... Jalan di Cameron penuh dengan kereta... Mungkin nak sambut kriskas di tempat sejuk... Tapi yang hairan bin ajaibnya... Macam ramai melayu je...

Hikayat Pak Pandir...

Arekian, tersebut la satu cerita... Pak Pandir dan Tukang Karut kerja outstation bersama sama... Bersama sama lah mereka meredah laluan berliku Cameron Highlands... Hatta, kepenatan la mereka berdua dek kepeningan jalan berliku yang mendaki... Tanpa berlengah lagi, mereka pun check in di hotel Equatorial... Dek kerana badan kepenatan... Pak Pandir pun naik la ke bilik dahulu meninggalkan tukang karut mengambil beg... Hatinya tiba tiba menjadi sangat marah sebaik sahaja memasuki bilik hotel tersebut lalu menelefon kaunter reception... Pak Pandir: Halllooo... ha... Apa punya hotel ni... Nama je 4 bintang... Fasiliti langsung tak ada... Gadis menjawab telefon: ye encik... Kenapa marah marah ni... Apa yang tak ada di bilik encik tu. Nanti saya panggilkan maintenance... Pak Pakdir: Ni ha... Mana korang sorokkan aircond bilik aku ni ha... Sejuk bebenor ni ha... Tak tahan aku! Published with Blogger-droid v2.0.9

Tips Nak Update Blog Di Kala Tak Ada Idea...

Dah orang bertanya... Terpaksa la jawab... Kang kalau tak jawab kang... Dikatakan sombong dan bongkak la pulak kan... Tips #1. Mulakan bangun pagi dengan mengucap dua kalimah syahada... Bersyukur masih lagi bernafas di bumi ini... Tips #2. Mulakan pagi dengan makan sarapan... Jangan nak mengada nak skip makan lak... Jangan la konon konon nak diet bagai... Tips #3. Lepas makan sila tidur sekejab... Tips #4. Nampak...  Nampak tak apa yang aku nampak ni... Nampak tak yang sebenarnya aku tengah mengarut ni... Nampak tak? Tips #5. Nak jugak tips ke... Erm... Ada mata... Pandang sekeliling... Ada telinga... Dengar bunyi suara... Ada mulut... Kasi diam... Ada jari... Kasi gerak... Ada otak... Kasi pakai la! NotaKarut: Update blog ni macam selera makan... Kadang kadang nak makan nasi... Kadang kadang nak makan magi... Kadang kadang kadang nak makan durian... Ha... Nampak tak kaitan kat situ walaupun sebenarnya tak ada kaitan pu

Kepastian...

Mati itu pasti... Bila nak mati tu tak pasti... Bagaimana cara mati itu, bukan kepastian... Sampai masa... Tak kurang... Tak lebih... Walau sesaat... Dari Dia kita datang... Kepada Dia kita kembali... NotaKarut: Maafkan kesalahan hamba sepanjang menulis blog karut ini... Published with Blogger-droid v2.0.9

Majlis Akikah...

NotaKarut: Maaf! Tak sempat nak jenguk kawan kawan... P/S: Tak puas nak tengok gambar ke? Kalau gitu, mai tengok gambar penuh kat sini . ..

Untuk PuteriKu Sayang....

Esok... Hari besar puteri... Majlis akikah....

Boikot!

Boikot tomyam!  Boikot kpop! Eh... Aku memang tak layan kpop!!! Boikot samsung!!! Ah... dah TERpakai S3 la pulak!!! Stressssssssssssssssss!!!!!!!! Confirm pengadil kena sogok dengan 'ayam' siam ni... Tu yang cam cibai... Ahhhh... Ini amarah dunia...

Terbang La Burung Terbang...

Terbang la burung terbang... Terbang la tinggi tinggi... Terbang la burung terbang... Tadi... Masa dekat parkson subang parade... Dengan arahan suri... Mencari aksesori kepala untuk puteri... Menjunjung kasih atas jemala... Cari punya cari... Datang awek parkson... Mungkin niat nak membantu bapa muda ni... Lepas tu berlalu begitu sahaja sambil parkson gelak gelak... Ah... Mungkin ada yang mengelikan hati dia kot... Terbang la burung terbang... Terbang la tinggi tinggi... Terbang la burung terbang... Lalu di sebelah awek parkson lagi... Gelak juga dia... Lalu... Lalu... Sat.... Aku rasa nak pengsan sat... Lalu... Lalu aku pun menoleh ke bawah... Terbang la burung terbang... Terbang la tinggi tinggi... Terbang la burung terbang... Aduyaiiiiii... Terbang la burung terbang... Terbang la tinggi tinggi... Terbang la burung terbang... Burung la sudah terbang... Nasib baik dalam sangkar lagi!!!!

Bunting Gajah...

KL hujan... Perut rasa berlubang... Tetiba terasa nak makan cekodok pisang... Layan pulak dengan kopi o... Lagi sedap kalau cecah dengan biskut lemak... Ini namanya ngidam bunting gajah!!!

Keh Keh Keh... Boikot Dah Habis...

Keh Keh Keh... Gelak sakan sebagai pembuka bicara... Ingat lagi entry  Hik Hik Hik... Boikot Konon... Hik Hik Hik... Kalau tak ingat tak pe... Melayu kan mudah lupa... Tadi ingat nak tapau McD... Rupanya panjang beratur! Ceh!!! Hangat hangat taik ayam katik berbulu itik!!!!

Persiapan kahwin punca terperangkap hutang...

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan masalah kemelut hutang melibatkan nilai sebanyak RM82 juta yang dihadapi kira-kira 2,550 individu sejak ditubuhkan pada tahun 2006 sehingga kini. Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, antara punca utama mereka terperangkap di dalam belenggu hutang tersebut adalah melibatkan pinjaman untuk perbelanjaan perkahwinan. Katanya, kos persiapan perkahwinan yang semakin meningkat telah memaksa golongan muda kini lebih gemar membuat pinjaman tanpa berfikir panjang. "Selain persiapan. faktor wang hantaran yang tinggi termasuk menyediakan barangan hantaran seperti barang kemas dan sebagainya menyebabkan bakal pengantin terus tersepit sehingga terpaksa berhutang melalui pinjaman peribadi dan lain-lain. "Kebanyakan golongan muda di bawah umur 30 tahun yang ingin berkahwin biasanya baru mendapat pekerjaan di antara dua hingga tiga tahun dan sudah tentu tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh s

Macam Hampeh...

Terasa macam hampeh bila, masa tengah tengok bola, ada pengkritik tak bertauliah di sebelah... Lagi terasa macam hampeh bila perlawanan yang ditonton seri... Diri terasa hampeh lagi bila kentut tak lepas... Itu angin pusing pusing dekat ulu hati... Dah dekat sangat dengan pintu keluat tapi tak nak keluar... Ni yang hampeh sangat ni, bila ngadap laptop nak menulis, tapi tak ada idea... Korang mesti rasa macam hampeh je kan bila baca entry macam ni... Lepas tu korang pun akan menulis komen yang hampeh gak kan! Ah... Itu tak cukup hampeh lagi... Hari ni rasa macam nak makan durian crepe... Geram pulak aku bila tengok irang duk upload cerita durian crepe bagai ni... Mana nak cari oi!!!! Hampeh betul la tukang karut ni... Penat je aku baca... Sat... Aku rasa nak kentut dah ni... Aghhhhhh... Lega... Sat... Ada lagi... Dah kat hujung dah ni... Betul ke lelaki akan beriubah menjadi macam hampeh bila dah kahwin? owh... OK... Aku rasa ramai yang akan kata betul!!! Dah la... Baik aku

Hikayat Pak Pandir #7

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering. Pak Pandir: Pukul berapa perpustakaan akan di buka? Pustakawan: Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" Pak Pandir: Tak boleh buka awal lagi ke? Pustakawan: Mana boleh! Pustakaan tidak akan dibuka sebelum pukul 9pagi!!! Pustakawan: Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk? Pak Pandir: Siapa kata saya mau masuk? Pak Pandir: SAYA MAU KELUAR!

Hikayat Pak Pandir...

Satu pagi di stesen keretapi... Pak Pandir dengan ramah tamah menyapa penjaga tiket... Pak Pandir: Saudara, keretapi sampai jam berapa?? Penjaga Tiket : Yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang... Dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur pulak sampai jam 4 petang... 1 jam lagi datang dari Gemas... Pak Pandir: Owwwhhh... Penjaga Tiket : Pak Cik nak ke mana??? Pak Pandir: Tak ke mana mana la... Aku nak melintas landasan keretapi ni jea...

Puasa Wajib VS Puasa Sunat...

Isnin - Khamis... Berada di Melaka... Renaissance Hotel Melaka... Mesyuarat pagi petang siang malam... Sibuk dunia... Bila tiba waktu untuk balik... Dah tak nyempat nyempat... Hingga ditegur bos... Bos Besar : Aik... Cepat sangat nak balik? Bini bukan ada dekat rumah pun... TK: Ha la bos... Bini memang la tak ada dekat rumah bos... Tapi ni nak balik kampung sat... BB: Oohhhh... Awatnya nak balik cepat pun... Kan dalam pantang lagi.... Dapat tengok je pun... TK: Ha... Tu la nak balik cepat ni bos... Pantang dah habis dah semalam bos! BB: Owh... Patut la... Air dah melimpah la ni... Tapi... TK: Tapi apa bos? BB: Memang la puasa wajib 44 hari dah habis... Tapi hang KENA puasa sunat pulak sampai genap 100 hari! TK: Owh... kecewa!

TekaTeki Garu Kepala...

Dalam banyak2 pertandingan, pertandingan apa yang perempuan tak akan menang lawan lelaki sampai bila bila? Dalam banyak2 binatang, binatang apa yang paling banyak telur? NotaKarut: Siapa dapat jawab.... aku belanja musang king!

Bila Semua Nak Di Omputih kan kan kan...

1) frog under coconut shell 2) monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation 3) let the child die, please do not custom perish 4) throw stone hide hand 5) already fell in befall ladder 6) harpoon two eyes 7) wife will love live will stay, child will honey will hand hand 8) banana fruit twice 9) sparrow equivalent hornbill which flaying with 10) dog barked hill

Selamat Malam - Pantun.

Pecah kaca pecah pinggan... Terkena pula beg bonia... tukang karut tak menang tangan... Sibuk mengurus urusan dunia... Pahit pahit petai dibuat ulam... Manakan sama dengan pahitnya jering... Sesudah siang datangnya malam... Apa ditunggu, jom la kita pi baring...

AES Dari Sudut Pandang Engineer...

Sana sini heboh orang memperkatakan Saman Satu Malaysia a.k.a. AES ... Perlu penerangan ke? Rasanya tak perlu... Rakyat Malaysia semkin bijak pandai... AES... Daripada pandangan seorang jurutera... Kenapa jurutera? Sebab jurutera tu... aku laaaahhhhhhh... AES... Pada dasarnya aku menyokong penuh dengan AES ni... Tapi itu pada dasar...  Pada permukaanya pulak, aku bangkang...  Terutamaya lokasi terletaknya camera AES ni... Apa hal pulak AES ni pasang dekat lebuhraya yang mempunyai 3 lorang... Yang kalau ikut rekabentuk geometri jalannya, hadlaju yang dibenarkan adalah 110km/j... Tapi... Dek kebodohan... Atau kebahalolan... Atau apa saja la... Had laju lebuhraya tersebut di hadkan kepada 70km/j! Sah... Sah bengong... Confirm la dapat banyak saman dekat sana... Jalan lurus yang sesayup pandangan... Kawalan keluar masuk terkawal sepenuhnya... Lebar jalan mencukupi... Kenapa... Kenapa 70km/j???? Tapi dengan hadlaju tersebut, motor kapcai honda

Segmen Tahukah Anda Karut....

Tahukah anda madu dapat meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia... Madu juga adalah sumber laxative yang natural dan lembut yang kaya dengan vitamin dan mineral... Tahukah anda juga bahawa madu tidak elok disimpan dirumah??? Kenapa? Apa sebabnya? Kalau rasa nak berperang dengan isteri, simpan la "madu"nya di rumah!

Posing Baik Punya....

Kena Jual...

Pagi ni kena jual... Kena jual dengan alarm... Bukan salah alarm pun... Mungkin alarm tu yang termasuk dalam mimpi... Dah alarm berbunyi... Bangun mandi... Mata terasa berat nak bukak... Mandi punya mandi... Terasa air sangat sejuk tak seperti biasa... Jenguk kel luar celahan tingkap... Dalam hati ada berkata... Mungkin malam tadi hujan agaknya... Itu yang keadaaan di luar gelap semacam dan sejuk hingga ke tulang hitam... Bila mata dah segar... Mata terpandang jam handphone! Pukul 3.30 pagi! Apa kejadahnya aku bangun ni!!!!!!

Pemikir... Blogger... Glamour... Otak... Beku...

Pemikir... Orang yang selalu berfikir... Semua benda nak difikirkan... Hatta nak pilih jamban cangkung atau duduk... Blogger... Orang yang menulis blog... Ada yang kelakar... Tapi tak lucu... Ada yang peribadi... Tapi bosan... Banyak yang pencinta... Tapi penipu... Membaca entry di kalangan blogger pemikir kadang kadang boleh membuatkan kita malas berfikir... Glamour... Ramai blogger yang glamour... Ada follower riban riban... Komen beratus... Tapi bila dibaca isinya... Photoshoot di mana mana... Kalau digaru kepala boleh gugur seluruh bulu ketiak... Owh... Bila la aku dapat jadi begitu? Owh... Mungkin tak! Otak... Tanpa otak... Siapa la blogger tu... Ada jugak yang menulis tak pakai otak... Itu yang banyak kena  "otak hang"... Tapi apa apa pun otak otak kempas adalah yang baik! Beku... Menaip entry di kala otak beku adalah satu perbuatan yang sia sia... NotaKarut: Kadang kadang malas nak menulis di kala kepala berdenyut denyu

Wan Zack Haikal Wan Noor Hero Baru Bola Sepak Malaysia?

Tahniah Harimau Malaysia... Membenamkan Laos 4-1... Tahniah juga kepada hero baru bolasepak malaysia.... Wan Zack Haikal Wan Noor... Menjaringkan satu gol dan assist satu gol kepada Safee Sali... Personal information Full name Wan Zack Haikal Bin Wan Noor Date of birth January 28, 1991  (age 21) Place of birth Maran ,  Pahang ,  Malaysia Height 1.70 m (5 ft 7 in) Playing position Winger Club information Current club Harimau Muda A Number 12

Teka Teki Pening Kepala...

Siapa sini masa SPM dulu dapat A? Siapa sini yang kata dia jaguh bahasa inggeris... Siapa cakap English tu senang? Angkat tangan... Sila jawab soalan ni... Mudah sangat... Isikan tempat kosong samada 'yes' or 'no'! Soalan: (____________), i'm crazy! NotaKarut: Kenapa garu kepala? Soalan mudah je ni...

Tindakan Drastik Team Malaysia Untuk Elak Kekalahan Perlawanan Seterusnya...

KihKihKihKihKihKih... Sumber Gambar: Sini.

Pesanan Khas Untuk Raja...

Dear Raja... Itu hari... Gua sudah cakap sama lu... Lu tak nak dengar... Lukasi pekak lu punya telinga... Itu siapa... Tan Sri Anuar Musa pun sudah sound sama lu... Tapi lu kasi adu itu sama Sultan... Belakang cerita, Sultan kasi pecat itu TS... Ha... Ini hali... Gua pulak mau sound sama lu... Itu ha... Bola punya pasal ha... Tarak boleh bikin eksperimen maaa... Lu ingat lu budak sekolah kimia ka mau main main eksperimen... Apa lu ingat ini pertandingan antara sekolah ka? Main itu selupa main nyoyok nyorok dan kawin kawin saja... Itu lu punya taktik ha... Gua yang bodoh lagi hina ni pun, gua pun sudah boleh agak maaaa... Talak payah susah susah mau amik itu sijil kejuruletihan... Gua letih la tengok lu punya latih taktik... 3-0 maaaa... Nasib baik tarak koyak itu jaring malaysia punya... Lepas ni ha... Gua bagi lu satu cadangan... Lu guna itu taktik 1-9-1... Senang maaaa... Lu kasi taruk 9 orang depan itu gol... Bikin itu

Tahukah Anda Versi AFF...

Tahukah anda megapa permainan bolasepak hanya berlangsung selama 45 minit dan bukannya 30 minit atau 1 jam untuk separuh masa? Fakta:  Dalam satu perlawanan terdapat 2 pasukan, setiap pasukan ada 11 pemain. Karut: Setiap pemain membawa 2 biji “bola”...  Jadi jumlah “bola” untuk kesemua pemain dalam 2 pasukan tu adalah 44 biji “bola”... Ditambah 1 biji bola yang sebenar menjadikannya angka 45... Setiap biji bola mewakili 1 minit maka jadilah 45 minit. Kadang kadang sampai masa tambahan 2 minit… Itu adalah 2 biji “bola” pengadil...

Soalan Yang Rasa Nak Bagi Lempang Laju Laju tahap 7 halilintar petala langit ke tujuh sahaja kalau kena mau makan nasi pakai straw ikut hidung dan terlantar di hospital selama 6 hari setengah sambil ditemani nurse sebijik macam neelofa si gadis yang seksi....

Tunggu lif... Melongok... Jumpa kawan...  Eh... Bukan kawan pun... Ntah sesape ntah... Ni apsal muka monyok je ni? Confirm tak "dapat" malam tadi ni??? Bongok! Baru 31 hari maaaa... Ada 69 hari lagi nak menunggu tempoh bertenang dan berpantang... NotaKarut: Eh... Aku perasaan tajuk tu panjang gila!

Mari Kita Tengok Siapa Yang Kena...

Sindrom Kepala Masuk Air...

1. Hilang selera makan... Walaupun pagi tadi dah breakfast bihun gireng berlauk paru gooreng dan begedil daging1.4 bungkus... Ni pun ada rasa perut ada ruang sikit lagi ni... Boleh sumbat lagi sikit lagi ni.... 2. Tak lena tidur... Kejab kejab terjaga nak cari bantal peluk...  3. Korek hidung tu, akan dikorek sehingga ke dalam lelangit... Sambil buat pusingan lagi... 4.Tengok awek pakai baju kurung ikut bentuk badan... Mula la mata tu tak duduk diam... 5. Menahan air liur bila tengok cleaner indon menonggeng sambil terkedek kedek kutip sampah... 6. Rasa geram bila tengok anjing sebelah rumah... Ekornya bergoyang ala doggy style je... 7. Apa yang aku tulis ni.... Arghhhhhhhhh!

Semangat Yang Hilang...

Kesorangan... Kepala rasa ada banyak bintang... Masih sempat balun musang king 2 bijik... Sendi sendi terasa kekurangan bendalir... Sakit semuanya... Mulut bagaikan digam... Menulis? Owh... Mungkin waktu terdekat ini tidak ada apa yang menarik... Mengarut? Satu bakat kesenian yang hilang... Cari dalam gelap hilang terang kusam... Selera? Tak menentu... Mungkin ini yang dinamakan sindrom 'kepala masuk air'

Hik Hik Hik... Boikot Konon... Hik Hik Hik...

Hik Hik Hik... Dalam Facebook ada macam itu ribut punya kalut... Sana sini heboh... Itu semua ada jari tekan tu share... Boikot sana... Boikot sini... Itu bukan apa... Sekadar menunjuk... Itu belakang hari kalu... Makan itu McD ada senyap senyap jugak... Itu boikot talak ikhlas... Tidak dari hati nurani... Boikot itu kalu, jari saja yang boikot... Tak perlu nak boikot boikot la... Itu McD... Itu KFC... Banyak melayu juga kerja... Itu kalu hati ada ikhlas... Tak perlu boikot... Kasi itu derma senyap senyap... Jangan kasi tau itu tangan kiri...  Itu tangan kiri banyak riak kalu dapat tau... Itu boikot ha... Jangan ambil sikit sikit... Kalau suka ambil... Tarak suka kasi tinggal... Kalau mau boikot itu kalu... Kasi butut butut boikot... HP IPhone kasi buang... Itu apa ada kena mengena dengan Yahudi kasi buang suma... Ada berani... Lagi satu kalu... Jangan jari saja boikot... Itu hati dalam manyak hitam... Yahudi sangat

Seloka Malam...

Bagaikan Pungguk Rindukan Bulan, Berbisik Angin Malam Seindah Bahasa, Rindukan Puteriku Jauhnya Berjauhan, Tak Tergambar Terlukis Tertulis Rasa, Terang Bulan Munculnya Senja Ibarat Lagu Tanpa Kata Tidurlah Sayang, Pejamlah Manja, Dari Jauh Kudodoi, Berembun Cinta, Menunggu Fajar Mula Ketawa, Menghitung Hari Jumaat Tiba...

Penuaan...

Subuh subuh hari... Cari kunci kereta... Lupa letak di mana... Nak balik rumah mak mertua... Nak tengok puteri sayang... Cari punya cari... Jumpa pulak coklat... Makan dulu mengisi perut... Perut kenyang mula mencari... Tapi lupa apa yang dicari... Malas berfikir teruskan juga mencari... Tercari cari kunci rumah... Jumpa kunci rumah... Duduk termenung depan pintu... Tepuk dahi termanggu dagu... Apa yang aku cari? Kunci kereta di dalam kereta... NotaKarut: tanda penuaan telah muncul... Owh... Aduyai....

Owh... Lawak Pecah Perut...

Pak Long: Lopeh gi kenduri ni nak gi mano? TK: Nak pi mano lak? Ujan ujan ni ha... Pak Long: Jom pi legoland... Dah alang alang mai JB ni... Mak Tam: Along belanjo ko? Nak masuk pun seratuih ompek puluh sekepalo... Mau gadai sependar kalau nak masuk reramai cam ni... Pak Long: Sapo kato den nak masuk? Den nak tangkap gambar kat dopan gate legoland tu ha! TK: Ha? Nak buek apo? Pak Long: Nak lotak dalam 'pencilbox! ' Den pun nak tunjuk kat orghang kampung gak... TK, Mak Tam dan sedaro maro lain: Ha? Pencilbox ?  Pak Long: Ha la... Kau ingat den tak ada akaun pencilbox ? Anak den buek untuk den... Sambil buat muka tak salah... NotaKarut: Maaf... Lama tak muncul dengan entry baru... TK demam... Entry sebelum ini semasa cuti hari tu  adalah entry autopublish...

Peribahasa Karut...

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap. Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer. Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masuk ke sukan Olimpik jua. Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yang macam bagus tu selalunya tak bagus. Peribahasa: Biar putih tulang jangan putih muka. Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jangan berlagak nak jadi Mat Salleh pulak... Peribahasa: Kalau tidak ada angin masakan satu LRT boleh bau busuk? Maknanya: Ada orang kentutlah tu... Peribahasa: Seperti kacang lupakan mamak kacang putih. Maknanya: Orang yangg tak sedar diri.... Peribahasa: Ada udang di sebalik udang lain Maknanya: Jangan sangka yang duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ada sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke. Peribahasa: Biar mati anak jangan mati pucuk Maknanya: Kalau dah mati pucuk cam mana n

Pantun Ketat, Memikat, Tersendat...

Baju Nipis Nampak Bayang, Peha Gebu Saja Ditayang, Lebih Baik Tak Pakai Baju Lagi Senang, Dah Tentu Boleh Tunjuk Terang Terang Tudung Jarang Baju Nipis, Pakai Sikit Boleh Nampak Garis, Mata Lelaki Terbeliak, Kita Membengis, Bila Kena Kutuk, Kenapa Menangis?

Lawak Sabtu

Pandai tanam bunga, diberikan nama -Rosman. Pandai membaiki kereta, namakan -Karman Average dalam golf - Parman Pandai dlm penulisan - Suratman Gagah perkasa - Suparman Boleh mendengar sambil berjalan -Wakiman Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman) Pandai buat kuih - Paiman Pakar jualan - Salman Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar) Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman Doktor gigi - Sugiman Supaya cepat naik pangkat - Yasman Bakal kaki pukul dan dera orang -Deraman Yang ada darah Bengali - Manbai Pandai organise skim cepat kaya -Pakman (Te' Lo) Mat rock - Rokman Jadi polis trafik - Saman Pakar kunci - Lokman Baik budi pekerti - Budiman Ada lagi... .. Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman Suka bagi orang susah - Sukarman Suka mengada-ngada - Ngadiman Dua alam - Herman Paling tak guna - Koman Selalu sakit - Deman Kalau yang kuat berlawan - Ultraman Yg suka main daun terup poker -Pokemon

Kata Kata Jumaat.

Kata Kata Jumaat. Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.” (Muslim) Huraian Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulul

Pengumuman!

Hello... Hellooo.... Helllloooooooooooo... Bukan dengan gaya mengoda yang mengada ek... Pengumuman... Kemunculan blog PuteriKu yang berkisar tentang puteri sulungku kini muncul di alam maya ini... Jangan malu... Jangan segan... Follow la kalau mahu... Kalau tak mahu pun... Nak buat macam mana... Ikut suka korang la... Lantak korang la... Bukan aku yang bayar berukban korang pun... Blog Tukang Karut ini akan menumpukan kepada entry entry yang mengarut sahaja! NotaKarut: Aku rasa aku dah kurus!

Lawak Malam Jumaat!

Wanita lebih sejuk dari peti ais kerana ada barang yang belum sempat dimasuk, sudahpun keras! Beza wanita & gajah - gajah ditembak dulu baru rebah, wanita rebah dulu baru ditembak. Inilah doa isteri jika kemaluan suaminya disengat tungau. "Ya Allah, hilangkan kesakitan yang ditanggungnya, tapi kekalkanlah bengkaknya, Amin.... "Sesungguhnya orang-orang yang bangun dan mandi disubuh-subuh hari adalah orang orang yang mengerjakan bininya malam tadi..."

Sakit Bantal Empuk!

Hari ni tak berapa nak selesa... Leher ni rasa macam terteleng sikit lak... Apa orang kata... Salah urat ketika tidur... Atau sakit bantal empuk! Nak toleh kiri sakit... Nak toleh kanan pun sakit... Tetiba rasa macam nak makan leher ayam goreng tepung lak... Nyum nyum nyum.... Sedap! Yang belum kahwin tu, jangan gatal gatal nak makan leher ayam lak... Nanti ada yang terteleng di atas pelamin lak!