Langkau ke kandungan utama

Catatan

OFF DUTY

KURSUS INDUKSI 13OGOS - 26OGOS CUTI REHAT 27OGOS -31 OGOS... Lagipun dah tak boleh nak mengarut sangat dah sekarang... Banyak mata yang membaca... chowww... jumpa seminggu sebelum raya...

Malam Kenangan Filem-Filem P Ramlee

17 Julai 2010 Lokasi: De Palma Hotel, Ampang... Makan Malam Cawangan Kejuruteraan Cerun... Tema Pakaian: P Ramlee & Saloma... Tema Persembahan: Sedutan Filem2 P Ramlee... P Ramlee bersama-sama dengan Salomanya... Sama padan tak??? Jangan jelous arrrr... Geng Penyamun Tarbus... Pengacara majlis, Tuah (DJ Suria FM) bersama-sama Dato' Pengarah. Sesi persembahan unit-unit... Aku tengah menyorok kat belakang tabir... Pemalu la katakan... (konon2 nak jadi pengarah la tu)... Sedutan daripada filem 3 Abdul.... Kalau ada hamba yang nak kena jual selawa cam ni, aku sanggup beli... Huhuhu... Wajah kasihan Penasihat 25% selepas kena lelong dengan Abdul Wahub...

Amatur

Memperembahkan para pelakon Sketsa 3 Abdul dari unit keselamatan cerun, pada makan malam "kenangan filem-2 P Ramlee & Saloma" anjuran Cawangan Kejuruteraan Cerun.

Penat jea belajar tinggi-tinggi.

Warrrrggggghhhhhhh!!! Bosan betul la... Aku rasa tak ada pulak lecture aku dulu ajar benda ni... Mengarut betul... Nak fikir ayat 1 perenggan pun kepala dah berpusing-pusing dah... Salah ayat maknanya salah maksud... Kesannya sangat besar... Dalam mesyuarat, bukanya kita tau apa yang penting, apa yang patut off record, apa yang mengarut, kadang-kadang banyak borak dari bincang hal berkaitan... Penat jea belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap... Tapi buat minit mesyuarat pun terhegeh-hegeh!!!

Itu tandanya???

Ramai orang berkata-kata apabila seseorang tersenyum itu tandanya setuju... Ada orang bermadah pujangga apabila seseorang itu tersenyum itu tandanya dia sedang bahagia... Ada juga orang bertutur kata seseorang itu tersenyum tandanya sedang menahan marah!!! Ada juga orang berkias kata apabila seseorang itu tersenyum, dia sedang menipu... Bahayanya senyuman itu... Satu senyuman dengan seribu makna...

Fitrah Lelaki...

Segarang mana pun seseorang itu, sebengis mana pun lelaki itu, setegas mana pun jantan itu... Tapi bila berdepan dengan orang yang tersayang... Tak kira la apa pun jenis hubungannya... Semua perasaan itu bagaikan lenyap dibawa arus...

Karnival Sukan KSCKC

KARNIVAL SUKAN ANJURAN KELAB SUKAN CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN LOKASI : KELAB SUKAN DBKL, JALAN TUN SAMANTHAN. TARIKH : 10.07.2010 PASUKAN BERTANDING : 5 UNIT Ahli-ahli pasukan dari Unit Keselamatan Cerun. Tahun ni, bos pilih warna kuning, konon-konon la ramalan Brazil akan masuk final piala dunia... Siap beli bendera Brazil lagi... Beli dekat Brazil lagi(En Bos pergi Brazil Bulan Jun)... Tapi hampeh... Sejak Brazil kalah dengan German, Bos suruh sorok bendera tu... "Jangan pakai" katanya... "Buat sial jea nanti"... Sesi bergedik-gedik sakan sebelum perlawanan bola tampar untuk buat pihak lawan berpinar-pinar mata... Yang aku hairan ni... Kenapa aku boleh melompat lak ni??? Padahal bola tu pergi membelon jea tu... Kalau Pro yang main, biasanya akan main 3kali... Tapi yang ni semi amatur... diulang... semi amatur... tak sempat nak tarik nafas, bola dah datang balik dah... Kesudahannya, walaupun main bermati-matian, (main 3 game, 7 set) hanya mampu dapat tempat k...