Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cabaran tahun 2021.

Kurang 14 hari lagi akan berkahir la tahun 2021. Tahun yang mencabar semua manusia di dunia ini. Dihimpit dengan pelbagai masalah, karenah birokrasi, penyakit berjangkit, kekurangan pendapatan dan kesempitan hidup. Dalam 12 bulan ni, hanya 5-6 bulan sahaja yang ebanr benar bebas untuk kita lakukan apa-apa sahaja. Itu pun bukan la bererti kebebasan sepenuhnya, masih diikit dengan perkara -perkara yang dibataskan SOP terutamanya kita sebagai rakyat marhain ni. Sudah ramai peniaga yang tumbang. Sudah ramai yang dahulunya bergelar pekerja sekarang bertukar gelaran pengganggur! Anak-anak yang dahulu seronok belajar di sekolah, kina hanya mampu memandang kosong skrinskrin sahaja. Ntah masuk pelajaran di otaknya atau tak, ntah la...

Penapis air.

Ada orang telelefon aku. Katanya nak jual penapis air. Aku bagitau la dah ada dah kat rumah . Dia tanya jenama apa. Aku jawab aku pun tak pasti. Dia suruh ambik gambar. Dan bila aku dah sent gambar dia terus block aku. Dah kenapa? Apa salah aku?

RESEPI AIR JANDA PULANG RESEPI NOGORI SEMBILAN

Amaran: Jangan beritahu isteri anda nama Air ini jika hendak selamat dunia dan akhirat.  RESEPI AIR JANDA PULANG RESEPI NOGORI SEMBILAN - Gula enau seketul (kalau boleh dapatkan original dari Negeri Sembilan ) - Daun pandan 3  helai - Air kelapa muda dan isi sebiji - Buah beluluk/buah nau - Ais kiub Cara-caranya Masak seketul gula enau dengan sedikit air dan daun pandan untuk menaikkan bau air gula. Kalau nak tambah manis lagi boleh letak gula pasir tapi sekiranya sayang kaki boleh la elakkan. Masukkan ais kiub ke dalam jug air Tuang air gula tadi secukup rasa pokok dek kau la.. Masukkan buah keluluk/nau & isi kelapa muda Masukkan air kelapa muda perlahan2.. Kacau perlahan-lahan supaya sebati, dan jangan kau kacau janda pulak, confirm hidup kau tak tenang nanti. Tuang dalam gelas Ingat! Jangan beritahu isteri anda nama air ini... Sakit pinggang kau kena smackdown, acik tak tau.

Semua Orang Pening SOP

Dahulu dimulai dengan satu angka sehari Semua Orang Pening Kemudiannnya perlahan lahan naik ke dua angka sehari Bertambah Semua Orang Pening Ahhhh... seterusnya naik tiga angka sehari pula Semua Orang Pening semakin ketat Apabila Semua Orang Pening Angkanya mulai turun perlahan-lahan Sehinggalah pernah berjaya bebas. Namun, bukan Semua Orang Pening suka pening Orang Pening memang selalu buat Semua Orang Pening Mula2 satu ribu. Lama sikit biasa dah. Naik pula lima ribu. Lama sikit biasa dah. Naik pula sebelas ribu. Lama sikit biasa dah. Sekarang bila sampai tujuh belas ribu. Biasa la tu. Orang kata... Alah bisa, tegal biasa. Semua Orang Pening. Sakit tumit kaki memang tidak selesa. Apatah lagi hendak berjalan.

Sakit Mata dan Sakit Hati Melihat Telatah Ahli Politik Malaysia

 Kerana rakyat, kata mereka. Tapi aku sebagai rakyat yang mewakili siapa-siapa mengetahui ianya bukan kerana rakyat sebenarnya. Jika ianya benar dan ikhlas kerana rakyat, pemikiran ahli-ahli polittik tidak sebegini rupanya. Berebut kuasa, bermuka-muka, mengeluarkan kenyataan yang boleh dikategorikan memperbodohkan rakyat, mendahulukan kepentingan sendiri melebihi keperluan rakyat dan banyak lagi yang menyakitkan mata dan menyakitkan hati melihat telatah dan kelaku ahli-ahli politik di Malaysia ini. Sakit Pinggang ada ubatnya, Sakit kaki boleh diubatkan. Tapi sakit hati meluat ni, ubatnya adalah tunggu sahaja Pilihan Raya Umum kelak, akan aku luahkan segalanya di atas kertas undi untuk menolak monyet-monyet POLITAIK ini.

Lemang, resepi dan cara membuatnya dari mula hingga siap

Lemang adalah makan tradisi yang perlu ada setiap kali orang melayu menyambut perayaan. Namun, proses untuk membuatnya yang leceh dan renyeh, kebanyakan orang lebih rela mengeluarkan duit membelinya sahaja. Dibimbangi sekiranya budaya membeli ni berterusan, maka lambat laun akan hilanglah kemahiran membuat lemang ini dan tidak diwarisi generasi berikutnya. Bahan-bahan untuk membuat lemang tidak banyak sebenarnya dan mudah untuk dicari. Bahan asasnya adalah beras pulut, santan dan garam. Bagi menghasilkan rasa lemak pada lemang, santan yang digunakan mestilah yang berkualiti daripada kelapa tua tidak dicampur dengan banyak air.  Perkara yang membingungkan kebanyakkan orang yang hendak membuat lemang adalah NISBAH campuran lemang itu sendiri. Resepi orang lama adalah kiraan nisbah berat ''gantang'' dan biji kelapa. Tetapi dengan arus pemodenan kini, nisbah kiraan ini agak membingungkan. Pada asasnya nisbah untuk membuat lemang adalah 1 gantang beras pulut memerlukan santa