Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Fantasia Bulan Madu...

Demi cintaku pada mu Ke mana saja kan ku bawa Ku hujung dunia ke bintang Kejora Demi cintaku padamu Kukorbankan jiwa dan raga Biar pun harus ku telan Lautan bara Bulan madu di awan biru Tiada yang menggangu Bulan madu di atas pelangi Hanya kita berdua Mengecap nikmat cinta Yang putih tak terbendung Sesuci embun pagi Andai dipisah Laut dan pantai Musnahlah ilham Hilang pedoman Andai dipisah Cahaya dan bulan Gelap gulita Musnah asmara NotaKarut: Babaiiiiii KL... Welcome to Bali... Honeymoon!!!... (1-4Dec) Hohoho... Pak mertua aku kata, nanti dah sampai sana pi cari tempat yang banyak batu... Kat situ ada tempat orang omputih bertelanjang bulat... Hohoho... Kena bawak spek mata hitam ni... Mata dah banyak masuk habuk! ~~Adei... Kantoi ngan bini lak... Adeiiiiii!!! Entry ini terpaksa diberhentian di sini.... Kena tarik telinga la lepas ni... Kalau tak sibuk bercucuk tanam nanti aku update cerita Bali ye...

Hilang Taring...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Fuhhhhhhhhh!!! Hacccuuuuuummmmmmmmmm!!! Berhabuk bersawang... Kesian blog tukang karut ni... Penulisnya sibuk bercucuk tanam... Hai... Ok... Itu je... Babai... NotaKarut: Sudah kehilangan taring dan sentuhan mengarut...

Hadiah Yang Ditunggu...

NotaKarut: Lepas ni aku nak hadiah kereta camry lak ek...

Sejuk Di Malam Jumaat!

Hujan yang turun mecurah curah... Membuatkan suasana dingin malam menjadi sejuk... Tapi malam ni masih tidur keseorangan... Peluk bantal je la malam ni... Tetiba teringat isteri... Yang keseorangan gak! Lambatnya hari Sabtu nak balik rumah mertua balik... Mungkin bendera Jepun dah diturunkan... Hohoho... NotaKarut: sopan tak entry ini? hoho... terpaksa sopan sekejab kot pasal isteri dah tau kewujudan blog tukang karut ni...

20112011...

Entry dipenuhi dengan gambar dari cameraman yang tak berapa nak pro... hoho... nak tunggu cameraman yang diupah lambat sangat... NotaKarut: gambar tidak disusun mengikut turutan!

PERUTUSAN YANG DITUNGGU TUNGGU...

"JELASKAN HUTANG PTPTN ANDA SECARA KONSISTEN UNTUK MENGELAKKAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN. SILA ABAIKAN MESEJ INI JIKA BAYARAN TELAH DIBUAT." Cait!!! Baru bulan ni aku tak bayar dah hantar SMS amaran cam ni... Kat luar tu berlambak lambak orang yang tak bayar tak nak pulak hantar SMS tu! Huh!!! Ini tidak adil!!! Aku nak mengadu dekat PBB bahawasanya aku telah didiskriminisi!!! En. PTPTN sila fahami aku nye pun... Bulan ini aku sangat kesesakan dan kesempitan... Banyak uwangnya mau dipakaiin! Bukannya gua sukak sukak tak mau dibayariin... Baru ini bulan gua talak bayariin pun lu sulah bising... Ye la... Aku bayar la... Tapi aku bayar sebelah tangan je boleh? NotaKarut: 4 hari tak membuang sisa kumbahan... perut jadi sebu... pagi pagi lagi dah minum fresh oren... al maklumla... segan nak berak bunyi kentut kuat kuat rumah mertua... ni dah dekat rumah sendiri nak berak bunyi kentut bom pun tak pe... hohoho...

Telur Dah Pecah... V1...

Oppssss... Telur apakah yang dah pecah? Jeng jeng jeng! Fuhhhhh... Berhabuk bersawang blog tukang karut... Siap ada labah labah lagi buat sarang! Ini bukan entry 18sx... Telur dah pecah yang dimaksudkan adalah telur tembelang a.k.a rahsia! Bini dah tau dah blog Tukang Karut ni... Hoho... Aduyai... Maknanya lepas ni aku dah tak boleh nak ngarut sangat la... Maknanya kena la buat ayat sesopan mungkin... Hoho... Tapi korang boleh terima ke? NotaKarut: Malam ni tidur sengsorang pasal dah balik ke rumah mak... Nak uruskan majlis kat rumah pulak...

Rabu Tanpa Kata Versi Sebelum Nikah...

NotaKarut: Satu satunya gambar yang ada... Gambar pengantin perempuan sahaja yang ada dalam tangan aku sekarang ni... yang lain tak ada... hoho... ~Cuti cuti ni pun orang ofis asyik call je... sibuk je... Mood: Masih lagi sibuk... Hoho... Ada satu lagi majlis pada 27/11/2011...

20-11-2011

Apa yang ada pada tarikh... Tapi tarikh hari ni cantik... 20-11-2011 Tak mahu berebut dengan orang lain yang mahukan 11-11-11... Terima kacih atas ucapan tahniah... Jika ada kesempatan, jemput la menghadiri majlis perkahwinan seperti jemputan dalam entry ini ... NotaKarut: entry ini autopulish dan ditulis pada 6.30am... Mungkin ketika ini sedang sibuk dikerjakan mak andam... Terima kasih... ~~nak tunggu waktu 201120112011... siapa tau pukul berapakah ini?

Selamat... Entry Seringkas Mungkin...

Selamat selesai hari pertama... Dengan sekali lafaz... Syukur atas ketenangan... Malam berinai disulami dengan hujan yang turun bagaikan mutiara bersinar menerangi erkkkk... Lupa lirik pulak.. Korang sambung sendiri je la ek... NotaKarut: Dikhabarkan, bendera Jepun telah dinaikkan... Aduyai... Tangguh sampai pi honeymoon kat Bali la gamaknya... Hoho... p/s: nanti, kalau aku dah tak sibuk, aku akan mula mengarut balik! nanti korang baca la sampai terkeluar muntah hijau!!!

Inai Dijari...

Entry ini ditaip dengan 6 enam jari di inai... Hoho... Tangan terasa gatal hendak menaip! Lirik Penghujung Cintaku - Adelia ft Pasha Ungu Berakhir sudah pencarian cintaku Jiwa ini tak lagi sepi Hati ini tlah ada yang miliki Tiba diriku dipenghujung mencari cinta Diri ini tak lagi sepi Kini aku tak sendiri Aku akan menikahimu Aku akan menjagamu Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu Aku akan menyayangimu Kukan setia kepadamu Kukan selalu disisimu seumur hidupmu Tiba diriku dipenghujung mencari cinta Hati ini tak lagi sepi Kini, aku tak sendiri Aku akan menyayangimu Kukan setia kepadamu Kukan selalu disisimu seumur hidupmu Aku akan menikahimu Aku akan menjagamu Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu Seumur hidupmu Seumur hidupmu Seumur hidupmu Seumur hidupmu NotaKarut: Harinya sudah tiba... Lutut terasa gigilnya... Berpeluh tika sejuk... Fuhhhh! Semoga selamat semuanya... Mata menjadi berat... Selamat malam dan guten nacht! 11.23pm 18-11-2011... kurang...

Jemputan Majlis Perkahwinan...

Jemput la ye...

Penakut...

Aku takut... Bukannya aku takut hari itu... Tapi aku takut hari kemudiannya... Aku takut... Bukannya aku takut dengan manusia... Tapi aku takut pandangan keji manusia itu... NotaKarut: Hari ini hari Khamis... Esok hari Jumaat... Lusa! Takut!!! Pinjam kekuatan kamu semua...

Selit Terselit..

Rindu... Yea... Aku rindu nak menulis... Eh... Yang sebenarnya aku rindu nak mengarut... Sehari tak mengarut rasa macam tak ambil sarapan yang menyebabkn nutrisi badan tidak kecukupan... Rasa sengal sengal otak rasanya... Isnin & Selasa... Sibuk mengemas bilik sekangkang kucing...  Kemas bantal jumpa singgit... Kemas bantak kedua jumpa seploh hinggit.. Selak bawah tilam jumpa 50hinggit... Selak rak jumpa doploh sen... Eh! Banyak betul rupanya duit "tabungan" aku ni rupanya! Kumpul dan jumlah dapat la duit minyak dan tol pergi balik kampung... huhu... NotaKarut: Dah mula bercuti... Panjang... Mungkin menyepi... Menyepi dari melawat kalian...

Kelainan...

Hai... Guten Morgen... Selamat pagi Malaysia... Hari ni dimulakan dengan senyuman... Dua hari ni datang awal ke pejabat... Sebab terpaksa menaiki Cik NorPersonariah... Mesti kena awal kalau tak nak berebut parking yang sangat limited edition tu! Encik kuda putih dah selamat export ke USJ... Hari ni dimulakan dengan senyuman... Kerana hari ni dah berwajah baru... Misai dah licin... Janggut dah licin... Rambut dah pendek... Hoho... Hensome smart kacak bergaya (ada aku kesah kalau orang ngutuk aku perasan sendiri?) Hari ni dimulakan dengan senyuman... Kerana ada yang memuji dah nampak susut (kurus sedikit... Eh... Sikit je?) walaupun aku tau itu bukannya kenyataan yang sebenarnya! Hari ni dimulakan dengan senyuman... Kerana pagi pagi lagi dah terima dua hadiah perkahwinan... Walaupun aku belum lagi berkahwin... Hoho... Terima kasih kepada Mr Jepun dan Cik White Tiger . .. Aku nak demand hadiah boleh kepada sesiapa yang nak bagi hadiah tu... hohoho... Kurang kurang bagi la perfume ke, ja...

Canggung...

Ala canggung, ala canggung  Canggung mari la li la la la la  Kalau tidak tidak kerana bulan  Tidak bintang terbitlah pagi  Kalau tidak kerana tuan  Tidaklah ssaya datang ke mari.  Tinggi-tinggi si matahari  Anak kerbau mati tertambat  Puas sudah saya mencari  Barulah ini saya mendapat  Berapa tinggi gunung ledang  Tinggi lagi asaplah api  Berapa tinggi mata memandang  Tinggi lagi harapan hati Jom sama sama menyanyi... Hiburkan hati... Yang sebenarnya aku tengah kebosanan ni... Bilik sekarang dah jadi macam padang jarak padang burung terkukur... uuuuuukkuuukkkk! (eh? Itu ayam kan?) Bercakap pun bergema... Yang tinggal hanya la sepersalinan untuk kerja esok... Hoho... TV dah export ke USJ... Astro? Ermmm... Tadi panjat sendiri bumbung rumah! Bukak sendiri... Ntah bila ntah nak pasang... Haram jadah punya ASTRO! Biar la orang kata darah manis tak elok nak buat kerja pun... Penat ...

Aku Rasa Macam... Macam...

Eiiii... Hormon tak stabil ni... (*Boleh tak nak salahkan hormon?) Rasa nak makan orang jea hari ni... Ei... Kalau ada depan mata ni... Lama dah aku kunyah hidup hidup... Menyusahkan orang je... Woit! Aku bayar la tiap tiap bulan... Bukannya aku tak bayar! Sori... Meroyan dengan technician ASTRO keparat ni... Janji dari minggu lepas datang nak pindahkan ASTRO ke rumah baru... Tapi sampai la ni... Habuk pun tarak... Haram jadah betul! Bukannya aku suruh datang free! Dah la nak caj orang... Boleh pulak ikut suka dia jea... NotaKarut: Nak kata apa?

Terima Kasih...

Terima kasih... satu ucapan ringkas... Tahniah... Jua satu ucapan ringkas... Tapi satu ucapan tahniah dari sesorang... Buat aku terkedu... Biarpun ringkas ucapannya... NotaKarut: Masih ada ruang memori yang tak terpadam...

Hari tulat tulat???

Hari ni hari Ahad... Esok hari Isnin... Lusa hari Selasa... Tulat hari Rabu... Memulakan cuti panjang... 16 Nov - 6 Dec... Esok tulat hari Khamis... Lusa tulat hari Jumaat... Errrrr... Tulat tulat.... Hari Sabtu! Errrrrrrrr!!! Takut!!!!!!!!!! NotaKarut: err... Ada ke hari tulat tulat? (blog ini MUNGKIN menyepi sepanjang cuti panjang aku... hoho... tengok la kalau rajin...)

Panas Hati...

Eiiii... Geram betul la... Kalau kau ada depan mata ni... Siap la... Aku rasa macam pijak pijak perut kau...  Lompat bintang atas perut kau yang buncit tu! Biar senak... Menipu je kerjanya! Kata dah taubat... Tapi yang nampak, kau taubuat je! Rasa macan nak ambil pisau pemotong daging mastercheff... Nak siat daging peha kau... Biar bercerai daging dan kulit... Boleh campak bagi buaya darat makan! Tulang tu pulak, buat sup... NotaKarut: Bila marah menguasai diri... Dah! Aku tak nak dengar kata kata manis! Bosan asyik ditipu...

Kata Hikmat Jumaat Malam...

"Orang kalau dah biasa menipu, sampai bila pun akan tetap menipu..." Tapi yang paling best sekali bila... "Orang yang biasa menipu sebenarnya mudah ditipu oleh penyangak!" NotaKarut: Bosan ditipu... Kepercayaan menjadi semakin kurang...

Aduyai... Kena Lagi...

Halloooooooooooooooo... Kabare? Otak ada betul ka? Ok... Lurus kepada titik... Aku ingatkan virus tag mengetag tanya menanya ni dah habis... Rupanya tak habis lagi... Nak buat tak reti... tak boleh lak... Aku ni berhati lembut... Mudah kesian dekat orang... Soalan soalan cepuk cemas dari DADDYLICIOUS berserta jawapan... jangan berharap jawapan yang diberikan menepati kehendak dan piawai soalan... Hoho... Dah... Jangan banyak sengkadak... Aku jawab ni pun dah kira bagus... 1. Jika di berikan pilihan 'SuperHero' apa yang menjadi pilihan dan kenapa? Jin Superpower! Hoho... Mau 5 round daily... Powerrrrr! Eh??? Abaikan... 2. Kenapa harus bercinta dahulu dan berkahwin kemudian kenapa? Aduh! Soalan ni aku tak boleh nak mengarut lak... Aduh... Sakit perut lak... Kejab ek... Aku nak menunaikan hajat sekejab... 3. Siapa yang lebih bijak dan berkuasa 'wanita' atau 'gadis' kenapa? Aduyai... Erk... Aku pilih... Aduyai... Terkeliru sekejab... Kena cari ilham dulu ni sebelu...

Mari Belajar Math... ~ Bab Pecahan

NotaKarut: Terkejar kejar... Termengah mengah... Akhirnya terkulai di tasik madu... eh?

Rabu Tanpa Kata V~Bila Pengarut Tak Ada Idea...

NotaKarut: Ntah la...  ~ Ada yang nak mintak tutorial "masuk suku" ke???? hik hik hik...

Hik Hik Hik...

Hai... Salam hari Rabu... Hari ini hari wordless... Tapi aku tak ada gambar nak dibuat modal bercerita... Hoho... Bercerita macam nak rak... Macam bajet artis lak kan... Macam la popular sangat... Padahal nanhado! Baru je ngadap bos... Pepagi buta (8.00am) lagi dah panggil... Ntah apa pe'el pun tak tau la... Masuk masuk je boleh pulak cakap dia lupa kenapa panggil aku! Huh... Patut la penyakit pelupa tu berjangkit dengan aku... Eh... Korang dah tau ke makna "masuk suku" tu? Aduyai... Korang ni betul la... Berlagak suci sesuci minyak seri murni la tuh! Padahal ilmu "tu" dah khatam dan penuh di dada dah pun kan??? Hik hik hik... (gelak gatal orang nak kahwin) Cam ni la... Aku bagi ayat paling mudah... Diibaratkan seperti mengorek hidung menggunakan jari... Tapi jari yang digunakan tak masuk habis dalam lubang hidung... Huhu... masuk suku je... dekat bahagian luar hidung je... Agak agak puas ke tak korek hidung cam tu? Confirm taik hidung berselipat lagi kan! hoho...

Masuk Suku ~~ 18 SX...

Hai... Apa la korang ni... Entry lawak 18 SX sebelum ni pun blur... Lemb@*... Hohoho... Tu la... Makan sup tulang banyak sangat... Kan dah naik lemak kat otak... Dah faham makna "masuk suku"??? Atau perlu aku terangkan lebih lanjut? Eh... Sat... Aku pun tak berapa tau sangat pasal belum kahwin... Hohoho... Cuma ilmu teori tu dah penuh di dada la... Ilmu praktikal je belum tahu lagi... NotaKarut: keh keh keh... ada pulak yang nak bukak kamus cari makna masuk suku... aduyai... gelak guling guling...

Masuk Suku...

Adat orang Negeri Sembilan... Kalau lelaki orang luar Negeri Sembilan... Nak kahwin dengan perempuan dari Negeri Sembilan... Lelaki itu kena masuk suku... Suku biduanda ke... Tiga Nenek ke... Itu kalau lelaki luar la... Tapi kalau orang Negeri Sembilan yang nak kahwin... Rugi kalau "masuk suku"... NotaKarut: Faham??? Update: nampaknya ramai yang kononnya suci dan buat buat tak faham... Sudah la...

Skill Baru ~ Guna Kaki Kiri Pun Boleh...

Bukan nak bersungut... Dah memang adat... Kalau cuti raya tanpa jalan jem tak ada maknanya... Hoho... Baru sampai KL ni... 5 jam merangkak... Sampai kaki kanan naik kebas... Dimasuki sesemut... Terpaksa menggunakan kaki kiri... Nasib baik pakai kereta auto... Walaupun pada awalnya sangat la kekok menggunakan kaki kiri... Asyik tersalah pedal minyak dan brek... Hoho... Tapi kalau dah dilahirkan sebagai genius... What should i say... Hoho... Kereta bergerak 40-60 km/j di lane kanan... Mengikut arus kereta bontot ke bontot (baca bunper to bumper) Ada kereta Toyota Camry 2.4 dibelakang... Duk nyala lampu high beam... Sekali... Dua kali... Tiga kali... Kejab kejab duk suluh mata aku... Sial! Depan tu bersusun kereta... Bukannya aku tak nak bagi jalan! Kalau nak cepat sangat pi la lane sebelah... Lane sebelah tu kan kosong.... (lane menghala ke Johor) Toyota Camry tu duk menyuluh lagi... Saja aku bagi jalan... Lepas tu aku duduk belakang dia... Aku pulak high beam dia... Dia ke lane tengah a...

Cemburu Buta...

Cemburu buta... Bukannya bermakna cemburu itu tiada mata... Dah tentunya cemburu tiada hidungnya... Terang terang cemburu itu pekak... Tapi ntah kenapa... Perasaan cemburu itu sentiasa ada... Walapun pada zahirnya cemburu tak pernah ada deria rasa pun... NotaKarut: melihat kelebihan orang kita cemburu... Memandang kesenangan orang kita cemburu... tapi kita lupa, kadang kadang orang lain pun cemburu dengan kita...

Ni Apahal Ni Asyik Nak Tanya Tanya Orang Ni...

Assalamualaikum... Hai... Salam sejahtera... Esok hari raya... Esok hari raya... Esok hari raya... Hoho... Hari di mana Lembu, kambing dan unta jadi tak senang hati... Ayam jugak yang mengokok keriangan... Ni nak pesan sikit ni.... Makan sup tulang & gear box tu beringat sikit... Kolestrol tinggi tu... (Sebenarnya peringatan ni untuk diri sendiri...) Opsss... Kan dah termengarut dah... Tersasar dari jalan kebenaran dah! Tajuk tidak mencerminkan isi entry... Ok... Lurus kepada titik... Virus tag mengetag ni dah menular balik dah... Hari tu dah terkena sekali dah... Ni ada jugak yang rajin duk sibuk nak tanya tanya gak! Apa? Ingat orang lain tak ada kerja ke? Pi la kaunter pertanyaan kot ye pun nak tahu sangat... Diorang tu dibayar gaji tau untuk ditanya... Kalau tak ditanya, diorang tu kerja makan gaji buta jea tau! Huh! Termengarut lagi sekali dah! Eh... Tak... Aku tak marah... Huhu... Aku lagi suka... Ha! Tanya la... Tanya la banyak banyak... Hoho... LAgipun, aku sebenarnya dah ke...

Fuh Fuh Fuhhhhh!!!

Hai... Assalamualaikum... Sibuk ke tu? Aku memang tengah sibuk... Nak makan pun tak ada masa sangat... Terkejar kejar ni... Nak siapkan kerja sebelum 16 November ni... Kalau tak memang tak senang nak cuti la... Hoho... Al maklum la.... Cuti panjang kan... Ok... Datang sekadar nak bersihkan blog dari berhabuk je! NotaKarut: Rindu aku tak? Apa?? Tak??? ermmm... Ok la... Cam ni la... Nak merajuk la... Tatatatttttsss!!!

Kesengalan Berganda...

oooooooooooo... Sesedap sesuka sehati je korang kutuk aku sengal ek... Cuba nak menafikan aku ni comey la tuh! Huh! Memang dasar betul... Dengki la tu... Cemburu la tuh! Huh! Huh! Dan huh!!! Sambil buang hingus... Tapi kan... Betul ke cemburu tandannya sayang? Kalau tak cemburu maknanya tak sayang? NotaKarut: Aku rindu nak berblog... Aku rindu nak buat cerita sengal... Aku rindu... Tapi.............. Masa itu memang emas la... Dah! Jangan nak pi jual lak masa tu... Tau la harga emas tengah mahal ni... Masa itu emas bagi orang yang reti menghargai masa... Bukannya orang yang hanya tau membuang masa... Hoho... (Berkata kata kepada diri sendiri...)

Tukang Karut Sengal...

Kaji selidik yang wajib dijawab... Kalau tak jawab aku merajuk... Membawa hati yang lara jauh ke tengah hutan... Betul ke tukang karut seorang yang sengal tapi comel???? Sila jawab dalam 178 patah perkataan yea! NotaKarut: mendraf satu cerpen... Tapi buntu... Aku tengah cemburu!

Cari Pasal...

Kekurangan libido untuk menulis... Mungkin idea menjadi segan nak datang... Kosong di tengah ketepuan... Mencuba bau kaki sendiri... Orang kata, kalau bau kaki sendiri... Idea akan datang mencurah curah... NotaKarut: Pengsan!