Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pantun Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya...

Pandu kereta biar cermat, Jangan sampai hilangnya hormat, Harap harap semuanya selamat, Tidak diketuk dengan tongkat. Ok... Otak membeku dek rasa mood raya dah sampai... Nak karang pantun pun rasa sel sel otak tak bersambung... Pada yang dah bercuti esok atau lusa... Selamat berangkat ke kampung... Selamat Hari Raya... Maaf zahir dan batin... Jika ada terasa dengan sindiran... Mana mana yang dekat Gemas... Boleh la datang raya... Tapi duir raya tak ada lah... Al maklum la... Sengkek... Kalau nak singgit sekupang boleh la... Tulisan hamba penganti bicara, Ampun maaf sahaja yang dipinta, Syawal dinanti menjelang tiba, Ikhlas dari hamba yang gagah perkasa... Kepada cik Inche Hlovate , jangan tak datang rumah aku!!! Anak aku nak mintak duit raya ni!!!

Pantun Selamat Hari Raya - Versi Original Tukang Karut.

Mudik sungai di pagi hari, Menebar jala menangkap ikan, Tukang Karut menyusun sepuluh jari, Terpincang kata harap maafkan… Sesudah petang mudik hiliran, Peraih ikan tunggu di jeti, Dunia blog banyak sindiran, Takut ada yang makan hati... Gulai lemak udang galah, Kenyang perut senang hati, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan dibawa mati... Sejuk nyaman air kepala, Sekali rasa nak lagi, Jangan buat buat lupa, Esok kita berpuasa lagi... Selamat hari raya AidilFitri Tukang karut memohon Ampun Maaf jika ada tersalah silap terkasar bahasa, terasa hati dek sindiran, komen yang tak membina dan sebagainya...

Koleksi Pantun Hari Raya AidilFitri V1... Repost...

Lapar puasa terketar-ketar Bila berbuka lega rasanya Kad raya tak sempat nak hantar Kiriman MMS pun dah ok kiranya Anak Dolah makan lepat Makan lepat berinti kelapa Nak hantar kad raya dah tak sempat Pakai MMS pun kira ok apa Lemah lembut tuan puteri Berkain cindai cantik dipandang Meriah menyambut Aidilfitri Sahabat handai datang bertandang Udara dingin hening pagi Tabuh bising mulakan hari Aidilfitri menjelma lagi Masing-masing pakai berseri Tanpa mengira miskin kaya Pangkat kedudukan hamba shaya Sama-sama menyambut raya Maaf-maafan di hari bahagia Aidilfitri hari kemenangan Kejayaan menempuh halangan Mengenali erti kesenangan Bagi mereka yang kekurangan Aidilfitri hari kemaafan Menghapus kesalahan sesama insan Memupuk perpaduan sesama ehsan Mengikat tali keakrapan Cincin disarung hati berdebar Jarinan lembut wajah terhias Ramadan disambut penuh sabar Aidilfitri disambut dengan meriah Saidina Affan menyu...

Koleksi Pantun Hari Raya AidilFitri V2... Repost...

Mudik sungai di pagi hari, Menebar jala menangkap ikan, Tukang Karut menyusun sepuluh jari, Terpincang kata harap maafkan… Jolok rambutan guna galah Dibuat buah tangan ketika ziarah Mohon maafkan andai tersalah Barulah hari raya menjadi meriah Marahkan anak cucu dilempang Cucu curi makan kuih denderam Maafkan aku dengan hatimu yang lapang Semoga lebaran hati kita tenteram Budak mandi manda di paya, Nyaris dimakan sang buaya, Mendapat sampul di pagi raya, Cukup la sekadar seringgit seorang ya.

Pantun Selamat Hari Raya

Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI . Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya,  Salam Aiil Fitri . Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…! Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya” Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA   BERDOA   BERDOA   BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon! Makan Roti Dengan Sekaya, Selamat Hari Raya Sepuluh jari tersusun rapi, Bunga melati pengharum hati, SMS dikirim pengganti diri, Memohon maaf setulus hati, Mohon Maaf Zahir Dan Batin. Malam-malam lihat lam...

Seloka Nak Raya...

Hujung hujung puasa, Ramai yang jadi gila berjilid, Walaupun banyak lagi masa, Habis kosong surau dan masjid... Tinggal la pak imam dan bilal serta dua tiga orang, Dulu sesak sekarang lengang boleh dibilang, Hati pak imam pun dah bengang, Nasib baik aku Pak Imam, Kalau tak aku pun dah jalan... Sogo KLCC dan juga lain lain shopping complex, Ramainya orang macam semut dan pepijat, Tak kesah kalau bergesel bontot, Asal dapat apa yang dihajat... Selagi belum dengar takbir raya, Ada saja yang tak ada, Mula la meroyan tak tentu hala, Mengabiskan duit yang dok ada... Orang jantan punya kepala Tak kesah apa yang mendatang Duk fikir bakar mercun bola Nak jadi hero bergegar kampung Orang perempuan lain pulak ceritanya, Ada saja yang tak kena, Kalau boleh baju raya nak sedondon, Lagi bagus kalau langsir pun kena... Hajat dihati nak sedondon, Tak jumpa size dah diambil orang, Meraung meroyan depan laki tersedu sedan, Nasib baik tak k...