Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lawak Karut

Penapis air.

Ada orang telelefon aku. Katanya nak jual penapis air. Aku bagitau la dah ada dah kat rumah . Dia tanya jenama apa. Aku jawab aku pun tak pasti. Dia suruh ambik gambar. Dan bila aku dah sent gambar dia terus block aku. Dah kenapa? Apa salah aku?

Cerita Lawak Hari ini...

"Yang ni bini Arwah Ramli, Kan?" "Ya. Encik ni siapa?" "Panggil Aku Abang Lan. Kawan Arwah dulu. Sama-sama kerja bawak lori.." "Ooo..Arwah ada hutang apa-apa ke?" "Saya nak cakap pun segan. Tapi bila ingat balik cakap Arwah, saya gagahkan diri datang ke sini" "Apa yang Arwah cakap?" "Arwah ada pesan...Kalau dia tak ada, dia minta saya yang jaga Mona dan anak-anak dia.. Kawan saya ni, Abang Din, pun ada kat situ. Dia boleh jadi saksi."  "Err..ya ke. Tak sangka pulak dia pesan macam tu." "Mungkin Arwah dah dapat rasa perkara macam ni nak jadi. Sebab tu dia pesan macam tu.." "Kalau itu yang keluar dari mulut Arwah, saya tak ada halangan apa-apa.." "Jadi Mona setuju nak jadi isteri kedua saya?" "Eh, saya bukan Mona. Saya ni Shima.." "Hah! Mona tu siapa?" "Mona tu beruk peliharaan Arwah laki saya!"....... terikat kat pokok kelapa sana tu, dgn anak anakn...

Rasanya Malam Ni Aku Tidur Luar...

"Ruang tamu ni tak pernah kemas. Kemas sikit sepah. Kemas sikit sepah balik. Zara! Bilik tu dah macam tongkang pecah! Bersepah dengan mainan." bebel si Suri Aku dengan Zara yang tengah leka menonton tivi saling berpandangan. Aku pandang Zara. Zara pandang aku. Zara buat muka mencebik bibir kat aku. "Zara la ni suka sepah-sepah. Kejap lagi pergi kemas bilik." balas aku menambahkan rencah bebelan suri. "Papa la ni tak nak teman Zara kemas bilik." balas Zara pula. Bukan main lagi dia menjawab. Kami berdua pun menyambung kembali menonton tivi. Masing-masing tak bergerak dari tempat duduk. Memecahkan kesunyian aku pun cakap, "nak sentiasa kemas senang je. Ajak la orang datang rumah. Confirm rumah bersih." Suri  menjeling tajam lebih tajam dari sembilu dari jauh bila aku cakap macam tu. Aik. Aku salah cakap ke ni? APA ITU SAKIT TENNIS ELBOW, KAEDAH RAWATAN DAN PEMULIHANNYA.

Lawak Hari Ini. Jutawan Melayu Bedah.

Saya mengesyaki ada seorang wanita jutawan Melayu yang mempunyai saham yang besar dalam semua hospital swasta di Malaysia. Kerana kekayaan dan pengaruhnya, dia juga mendapat keistimewaan di semua hospital kerajaan. Kalau kita pergi kesemua hospital di Malaysia, ramai yang tak perasan ada sebuah bilik khas disediakan untuk wanita ini. Siapa namanya? Saya tak pasti nama sebenarnya. Saya rasa namanya mungkin Zubaidah, mungkin juga Zabedah kerana berdasarkan notis di luar biliknya di mana-mana hospital di Malaysia, tertera nama... ~ BILIK BEDAH! ;)

Tragedi Kedai Runcit

Ayam separuh. Potong dua je. Yes bos... kata budak kedai yg dah biasa dengan aku. Tiba-tiba... Datang sorang perempuan.... tinggi. Cantiknya.... Putih dan gebunya kulit dia... Aku pandang dia... Manis bertudung... Berbaju putih berlengan pendek.... Ketat melekat........ Cis!!!! Besarnya! Haihhhh... mata ni. Jahat! Bang... nak ayam separuh jugak... Sambil senyum kat aku... Berseluar legging hitam... Melekat... ketat... Sekali dia tonggeng... Aduh... bulat sempurna... Aku telan air liur. Dia pusing... aku tengok daerah setiga dia.. Tembam..... Jahanam! Aku lupa... Aku tak pakai spender.

GROUP WASSAP LORONG 9

Pak Man created group "Jiran-jiran Lorong 9" Pak Man added 0157777897 Leha: Kenapa add saya? Saya sorang je perempuan dalam group ni? Pak Man : Salam Leha. Ni group untuk ketua keluarga lorong ni. Sabrani : Hi Leha. Pak Sani : Morning Leha. Leha : Kenapa ramai lagi yang tak masuk? Pak Man : Kita add mana yang aktif dulu. Yang lain tu slow-slow. Abg Jai : Salam Leha. Dah Bekfes? Leha : Tak suka la group ni. Sabrani : Kami nak berukhwah saja. Leha pun boleh kongsi cerita. Mintak tolong kat sapa-sapa dalam group ni. Leha : Group persatuan penduduk kan dah ada. Pak Sani : Ramai sangat Leha. Banyak benda. Group ni untuk lorong kita jer. Leha : Segan la. Leha sorang jer pompuan. Pak Sani : Leha kan ibu tunggal. Ketua keluarga pulak tu. Kami kena support. Leha : Bagi Leha jadi Admin Pak Man. Leha change to Admin Leha added Kak Siah Pak Sani left Leha added Siti Salamiah Sabrani left Leha added Ustazah Kamariah Pak Man left Abg Jai left ...

Pengalaman Dengan Cikgu Cantik.

Zara: Papa, cikgu suruh hadir Hari Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru esok.. Papa: Alahh malas la... Mintak mama je yang pergi... Papa ada banyak kerja nak buat ni... Zara: Iyer la... Papa: Mana satu cikgu Zara yang suruh tu??. Zara: Semua cikgu praktikal papa... ni gambar cikgu Zara. Papa: Mamaaaa... Esok Papa cuti.. Mama tak payah pergi Sekolah Zara ye..

Nismilan mano mau kalah.

Nismilan mano mau kalah. ● Kalau kek Pahang ado Pekan, kek Nismilan ado Kota. ● Kalau kek Perak ado Bukit Berapit, kek Nismilan ado Bukit Putus. ● Kalau kek Johor ado Batu Pahat, kek Nismilan ado Batu Kikir. ● Kalau kek Perlis ado Padang Besar, kek Nismilan ado Padang Lebar. ● Kalau kek Pahang ado Gunung Tahan, kek Nismilan ado Gunung Pasir. ● Kalau kek Kelantan ado Pasir Mas, kek Nismilan ado Pasir Besar. ● Kalu kek Kodah ado Padang Serai, kek Nismilan ado Padang Lalang ● Kalau kek Nismilan ado Bongek, kek nogori lain ado ko ?

Lawak Malam Jumaat

Suatu hari seorang menteri dan isterinya pergi merasmikan pusat pembiakan lembu Australia . Di depan hadirin.. seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu ini.. "Dato dan Datin.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari." Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri menteri itu berbisik ke telinga suaminya.. "Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang ..!" Mendengar komen isterinya itu.. menteri tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depan nya tadi meneruskan penerangan.. . "Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!" Menteri dengan senyum membisiki telinga isterinya.. "Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. bukan dengan satu betina saja..

Gambar Perempuan digunakan sebagai bahan lawak...

Sejujurnya aku tak suka lawak-lawak yang menggunakan gambar perempuan melayu sebagai subjek. Lagi lagi kalau lawak berbaur kelucahan melampau... Cuba bayangkan jika wanita tersebut adalah isteri, atau ibu, atau adik perempuan, atau anak perempuan kita, pasti kita akan sedih dan kecewa apabila gambar-gambar mereka dijaja ke merata tempat dan dijadikan objek untuk lawak-lawak haram jadah yang diedit oleh lelaki-lelaki yang miang dan gatal. Semoga kita dan keluarga kita dilindungi daripada dijadikan bahan lawak  dan lebih teruk lagi, menjadi bahan fantasi seksual lelaki lain kat group WhatsApp.

Puteri mandi geli dengan badak berendam di tepi tepung pelita.

TK: Kak, kuih badak berendam ni spesis apa? jantan ke betina?? Penjual kuih : Dua-dua ada... TK : Boleh la kak, bagi kuih badak berendam RM2, kuih puteri mandi pun RM2, tepung pelita RM2... Penjual kuih : Nak bungkus sekali ke??? TK: Bungkus asing asing la kak, nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak! Penjual kuih : Tepung pelita ni?? TK: Yang tu letak tepi puteri mandi. Terang sikit saya nak tengok!

Main Bola Gantung...

Tahniah pasukan bola sepak sukan SEA Malaysia yang erjaya menewaskan Singapura dengan jaringan 2-1... Dalam kekalutan... Dalam debaran... Terlepas satu dua makian... Kadang-kadang menjerit marah... Sang suri menegur... Suri: Awak ni.... Tengok bola diam diam je la... TK: Eh... Orang Tengah semangat ni... Suri: Tengok bola pandai... Main pandai ke? TK: Itu la awak tak tau... Dulu saya ni juara tau... Suri: Iye la tu... Macam la baru semalam baru kenal awak... TK: Itu la awak tak tau... Dulu saya ni.... Juara main BOLA GANTUNG...

Cerpen Lawak Petang Ini...

DIALOG DALAM KELAS AGAMA Suatu hari ketika semua murid mengikuti pelajaran agama di kelas...! USTAZAH : "Siapa tahu doa masuk tandas...? Angkat tangan...!" ZALI : "Saya ustazah...." USTAZAH : "Ok Zali, cuba baca...!" ZALI : "Allahumma Inni A'uu dzubika minal khubutsi wal khobaiz" USTAZAH : "Bagus Zali..., Siapa yang ajar kamu...?" ZALI : "Ummi..., di rumah, ummi tampal dekat pintu bilik mandi. Tiap hari kami baca...." USTAZAH : "Kalau doa hendak sikat rambut siapa tahu...? Karim angkat tangan... KARIM :"Allahumma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" USTAZAH : "Betul..., Hebat kamu, Karim...." KARIM : "Kakak saya tampal kat cermin, tiap2 pagi bila sikat rambut kakak mesti baca...." USTAZAH : "Hebat2..., Baiklah, siapa tahu doa ketika nak tidur...?" Din bin Zahari : "Saya tahu ustazah...!" USTAZAH : "Wahhh, Din kamu tahu ya......

Lawak Petang Ini...

Soghang budak umo onam taun telopong topi kolah sughau nengok siak amik air smayang. `Apo tengok acik camtu lak` tanyo siak `Acik amik air smayang tak boto` tey budak kocik tu Bedoba siak di buek ey.Dio comeh mandang kighi kanan takut oghang lain nampak budak kocik nogur dio bowudhu` tak boto. `Apo ey yang tak boto?` tanyo siak balik `Tak samo macam atuk adik buek` jawap budak tu `Cemano atuk kau amik air smayang ?` `Sebolum kumo-kumo dio lotak gigi ateh kolah dulu` jawap ey series lalu naik ke sughau poie kek atuk ey

Kurang La Tu!!!

Bila kenduri kendara saudara mara terdekat, pasti akan timbul soalan soalan yang mencabar minda sehingga tak tercapai akalku untuk menjawabnya... Makcik: Ni Anak ko ke Ngah? TK: A'aah... (Senyap main HP) Makcik: Sorang yo... TK : A'aah... (Kusyuk main HP) Makcik: ooooo... Kurang la tu... Eh eh... makcik ni... aku tgk anak dia berderet deret selang setahun... hari hari mengangkang je ke... tak melecet? Xrabak ke...

Lawak Banjir Kelantan

Di saat air banjir mulai menaiki beberapa kawasan bandar di Kelantan.. Beberapa pelancong asing mulai bimbang tentang kehadiran 'Aligator' di kawasan banjir di tempat penginapan mereka apabila mendengar ramai penduduk menjerit dan menyebut kehadiran reptilia ganas itu.. Sebijik macam dalam filem Rogue... Selepas diselidiki mereka dapati bahawa terdapat kekeliruan mengenai haiwan itu dengan amaran penduduk sekitar yang menjerit dengan laungan; ".. alih keto ..! !.. alih keto ..!!.." (aligator!!..aligator!!)

Jemaah Jumaat Yang Tak Senonoh

Jemaah Jumaat Yang Tak Senonoh 1)Pergi masjid awal,tetapi tidak berniat iktikaf.Solat tahiyyat masjid pun dia tak buat.Cuma dia ingat baca doa tidur sahaja. 2)Pergi masjid dengan memakai attar original berperisa bawang atau malboro lights (dan seumpama dengannya).Bila dia kepak tangan nak angkat takbir,boleh kena athma orang sebelah tercium bau attar dia. Kalau boleh,bagi yang attar originalnya kuat sangat bau,belilah minyak wangi.Begitu juga kalau anda seorang perokok(tulisan ini bukan untuk bahaskan hukum rokok ya!),tonyohlah miswak dan sapulah minyak wangi,haruman tembakau tidak harum pada hidung orang lain,walaupun kita suka. 3)Pergi masjid,pakai kain pelikat,naik motor,kain terselak nampak lutut.Cuma burung sahaja tak sempat terbang.Mujur. 4)Datang masjid,parking kereta dekat tempat yang tak sepatutnya.Lepas tu solat ba'diyah lama lama padahal orang di luar sudah mula menyumpah-nyumpah. 5)Kanak-kanak berumur 4-6 tahun bercakap ketika khutbah itu biasa,cuma ada seba...

Mandi Kolam Tak Pakai Bra.

Suami: Ramai betul pelancong luar negara yang datang Selangor untuk main air di Sunway lagoon, kat sana tadi abang nampak ramai mat saleh yang mandi tak pakai bra!!! Isteri: Habis tu abang tengoklah! Suka la tuh,,, Suami: Buat apa nak tengok? Mereka semua lelaki!!!

Suami Gila Isteri Jiran...

Suri: Abang, sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita tu... Laki: Ape halnya sampai awak yang sejuk hati?! Suri: Ye laaaa, tiap tiap hari bila suami dia balik kerja... Mesti bagi isteri dia bunga, kiss dan coklat... Laki: Habis tu kenapa??? Suri: Kenapa ek abang tak buat macam tu….? Laki: Hishhhhh!! Awak ni... Gila ker!!!?? mane saya kenal dia!!!! Suri: *&#$%^&*%**%