Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lagu Karut

Lagu Karut PRU 13... Balik Kampung Mengundi...

Perjalanan jauh tak ku rasa Semangat PRU13 ku melonjak sama Bermacam poster perang bendera Sampai naik serabut di mata Bendera menghijau di atas gunung dan rimba Langit nan tinggi bertambah birunya Biru laut turut sama menjadi jaguhnya Semuanya bagaikan turut berpesta Balik kampung oh oh Kepala pening Ho ho... Balik kampung Nak pilih siapa Terbayang wajah-wajah calon ku sayang Satu-satu tersemat di kalbu Mencari siapa yang berkenan di hati Boleh menjadi pemimpin ku nanti Balik kampung oh oh Kepala pening Ho ho... Balik kampung Nak pilih siapa Balik mengundi oh oh Kepala pening Ho ho... Balik kampung Nak pilih siapa

W.A.R.I.S-Rembau Most Wanted lirik & video

I representin’ this place Where people say murder is the case R.E.M.B.A.U The food gonna make your tongue blaze That forward hold your head high Be proud for where you came form and stay fly Dats what Im doin’ Hobin Jang Hobin We ain’t no trippin Jang Tahun dopan ado laie Pialo Malaysia kito pogang Lagu nogori berkumandang Semuo player masuk padang Tabik hormat tando monang Kito monang kito monang yo Haha, yeah Duo satu kocik bon Ompek satu sonyum lebar Teringek bilo poghah kerigek Nyabit rumput poie sawah Kojo macam nak mati tapi gaji kocik anak Itu urang dulu Tak macam budak-budak sekarang Susah sikit je Dah lari kampung tinggal bondang Dulu maso kocik-kocik cito-cito angkosawa Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo’an daratan Sapo tak pueh hati, meh kito jumpo dopan-dopan [*] Being the most wanted Don’t wake me up from my dream C.R.E.A.M Rembau Most Wanted yo To my boys in N-nine Who worked hard an...

Lirik Karut...Kau RatuKu...

Makanan yang pertama Makanan roti untuk selamanya Aku bagai tak percaya Roti disapu dengan mentega Engkau bagaikan ahhh... permataku Engkau pun jua rotiku Engkaulah segalanya Boleh dicicah dengan kopi Aku hanya untukmu Kau pun masuk dalam perutku Kita bagaikan tangan dan ketiak Tidakkan terpisah lagi Walaupun terberak Walaupun terkeluar lauk Ratapan mayonis Memanggilkan namamu Kerana permakanan ini Akanku 'adabi'kan Segala resepi Kulewati 'kaya' itu Didalam suapanku Gugurnya pemanis Di antara kita terbinanya Satu mercu taik Sardin yang setia Meredahi timun meniti jem anggur Hingga keakhirnya Kuabadi cinta di roti ini

Bernafas Dalam Lumpur Versi Karut...

Lama mana lagi Hendak ku nantikan Cukup bulan yang memeningkan kepalaku Nak cakap apa lagi Kehendak rayamu ku turutkan Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur Kasihan... Kurasa kita sama Beza pada mata gaji Itu pilihan masing-masing yang empunya Mungkin pada kerja Pendapatan yang berbeza Yang penting kita saling hormat menghormati Panduan... Boleh tak berkongsi bersama Kan kita juga manusia Tak salah rasanya berkongsi Masing-masing punya gaji...oh..oh... Mahu apa lagi Akan aku korbankan Janji kau beri aku pinjam wang Oh terima kasih Kerana meminjamkan Semoga sejahteralah hidup semua Oh isteri...

Cerita Di Sebalik Terciptanya Lagu Cinta Muka Buku...

Suatu hari Najwa Latif berpindah ke sekolah baru.... Cikgu: Selamat berkenalan.... Najwa: Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.... Cikgu: Sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau... Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo... Cikgu: Cikgu sakit hati dah ni... Najwa: Hati ku rasa sesuatu... Cikgu : Sebelum kamu balik, datang jumpa saya kat office.. Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku... Cikgu: Atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu... Cikgu: Cikgu rasa kamu ni dah tak betol... Najwa: Oh oh benarkah rasa itu... Cikgu : Ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!! Najwa : Bagaimana harus bersua... Ku rasa gementar tapi bahagia... Cikgu : Memang kalau ade peluang nak je cikgu rotan je kamu ni... Najwa : Perlukah kita cari...

Lirik Karut : Gadis Melayu

Siapa bilang kedai Melayu tidak mahal Tak mencekik darah, makanan memikat Kalaulah murah tak mungkin aku tak singgah Kalaulah sedap tak mungkin aku tak lahap Aduhaaaiii… ambil order lambatnya Hantar pun lewat juga Bila makanan tiba Aduh tersilap pula Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia Tiada yang selembap servis kedai orang kita Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia Tiada yang selembap servis kedai orang kita Waktu kita makan, kucing panjat meja Waktu kita bayar, tiada wang kecil pula! NotaKarut: Jom nyanyi sama sama mengikut rentak gadis melayu Othamn Hamzah @ Jamal Abdillah...

Aishiteru Versi Karut...

Menunggu mee goreng yang dipesan menyebalkan bagiku Saat ku harus bersabar dan terus bersabar Menantikan kehadiran makananku Entah sampai kapan aku harus menunggu Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani Kelaparan dalam kesendirian sepi tanpamu Kadang ku berpikir cari penggantimu Saat tukang masak terlena Walau harga tak berbeza jauh Namun aku tak mampu nak makan di pizza hut Bila teringin pejamkan matamu Dan rasakan a a a aku Kesedapan mee goreng kita takkan pernah rapuh Tak terbanding dengan yang lain Percayakan kesedapan ini Pada kekesedapan me me me gorengku Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga Entah penantianku takkan sia-sia Dan berikan satu jawaban pasti Entah sampai kapan aku harus bertahan Saat kuew tiaw sup mu dah sampai di sana rasa cemburu Merasuk baunya ke dalam pikiranku melayang Tak tentu arah tentang diriku Apakah sama yang kau rasakan Satu sendiri pikiran melayang terbang Perasaan lapar gelisah Peru...

Lirik Mengarut: Terukir Di Bintang...

Jika engkau minta beriani kambing tak mungkin ku mampu Tapi sayangkan ku kebas burung rajawali dari langit untukmu Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia Perut ini bukan milik ku lagi Semuanya untuk baby ku nanti Dan… kamu… Sayangku Jangan kau persoalkan apa mahu ku akan kuturutkan kehendak mu wahai bintang hatiku Komposer: Tukang karut... Tukang buat lirik : Tukang Karut... Tukang buat hujan turun dengan lebat : Tukang karut... Korang yang baca: Tukang carut... NotaKarut: Macam macam si suri mengidam...

Lagu Mengarut: Kosong Kosong...

Kau melihat perutku Seperti mahu mengutuk ku Yang menggembirakan dirimu Perut dan nafsumu Kau mengataku Kau bilang mereka tak tahu Di sebalik bajuku Sedangkan kau juga begitu Segala kata cacian Yang telah engkau berikan Membuat perutku rasa kosong kosong Setiap detik diperhatikan Kau cari makanan Kau tak biarkan perutmu kosong kosong Kini aku bangkit Membuktikan yang ku tak mengungkit Membaham semua makanan yang kau berikan Kini aku lambat berjalan Kerana perut Bergerak ke hadapan Dan akan ku buktikan Siapa diriku yang sebenar Oo Oo Perut ku Kosong kosong Oo Oo Perut ku Kosong kosong NotaKarut : Ayam golek dijadikan juadah Dihidang gadis sunti bergetah Baca sudah gelak pun sudah Jangan lupa pantun barang sepatah

Carta Hati Najwa Latif

Seiringan dengan peristiharan blog tukang karut ini menjadi peminat-kipas-susah-mati Najwa latif yang comey... Hoho... Aku nak letak lirik single kedua yang bakal meletup... Tajuk Lirik Lagu: Carta Hati Artis/Penyanyi: Najwa Latif hmm.. hoo.. haaa.. mmm.. Engkau duduk di situ Diam tersipu malu Mahu mendekati aku Aku mulai resah Hatiku jadi kebah Melihat dirimu aku rebah Tapi hati ini kuat menyatakan Kau terkini duduk di carta hati Lalu cinta kita bermula Dari mata turun ke jiwa Dari teman menjadi cinta Dan berjanji untuk setia Sehidup semati kita Menjanjikan bahagia Untuk kita berdua selamanya hmm.. hoo.. lalala.. mmm.. Jangan engkau jangan pergi Jangan tinggalku sendiri Jangan tinggalkan carta hati Kau janji kan bahagia Ku janji kau tak terluka Teruslah berada di carta hati kita lalalalala.. hooo… lalalalala.. mmm… NotaKarut: Over tak aku ni? Hoho... Ah! Lantak la... Biarpun budak tingkatan 4 pun...

Jatuh Cinta Dengan Najwa Latif...

Hoho... Salam hujung minggu... Hoho... Aku dah kembali waras! Maknanya aku dah boleh mengarut sesuka hati! Hoho... Aku suka... Aku suka... Tapi korang suka ke? Ah... Lantak korang la... Yang penting perut aku kenyang... Eh?? Tetiba lak... Tadi masa dalam perjalanan balik kampung... Sepanjang perjalan dengan carta 30 Hot FM... Tetamu undangan dia Najwa Latif... Hoho... Pertama kali dengar suara budak ni... Aku dah jatuh cinta dah... Lagi lagi aku dengar lagu dia... Cinta muka buku... Macam comey comey je... Suara pun comey comey je... Hoho... Perghhh... Sekali search gambar budak ni... Comey la pulak... Aduyai... Jatuh cinta la pulak... Suara nyanyian pun sedap... Boleh ganti Siti Nurhaliza la... Hoho... NotaKarut: Mana nak cari single kedua Najwa Latif yea? Macam best je masa dia nyanyi live tadi... Aku nak istihar blog tukang karut ni jadi peminat kipas susah mati Najwa Latif la... Hoho... I like...

Nak Letak Tajuk Apa Pun Dah Tak Tau Dah, Penat Sangat ni, Baru Je Sampai KL Dari Miri....

Ha... Amekkawwww! Tajuk tu sahaja dah menggambarkan isi entry ini dah... Hoho... Sampai di KL jam 10.50 malam tadi... Badan penat... Tapi, lepas mandi ni, mata jadi segar bugar pulak... Masalah besar ni... Dalam proses memujuk mata, supaya cepat mengantuk... Dalam proses memujuk kena juga beri rasuah... Eh... Bukan rasuah... Habuan... Hoho... Dasar mulut makan bersuap... Lepas je mandi tadi, sempat lagi ke 7E... Hoho... Beli icecream! Habuan berupa aiscream tapai. Yummmyyy... 10 bungkus tapai ditala... Dan sekarang aku dah mabuk... Hoho... Tapi mata masih lagi tak mau lelap... Bila otak dah tak seiring dan sejalan dengan mata apatah lagi dengan badan... Maka terhasil la entry tanpa hala tujuan... Sekian... NotaKarut: Aku lupa nak bagi amaran la... Jampi serapah dalam cerpen " Orang Minyak " adalah betul betul dan benar benar jampi serapah... Cuma aku dah olah beberapa patah perkataan pemberat dan isimnya supaya tak menjadi kepada korang yang membacanya.... Jangan memandai man...

Rabu Tanpa Kata Kata Versi Raya Tak Ingat Dunia...

NotaKarut: Dalam banyak banyak gambar ni kan, ada seorang mamat Jepun yang perasan hensem... (gambar no 4... Hoho... Sipa bagi tau tu! Hensem kah beliau???)... Dan tak lupa ada gadis yang cun melecun tapi ganas... Harimau putih ... .. Aku rasa macam ada kekurangan seseorang lagi la... Selalunya camera aku penuh dengan muka dia... Siapa dia ye? Aku dah lupa lak... Aduyai... Melayu mudah lupa betul... Tak Gitu... Dah... Aku nak ke airport ni... Kang tertinggal lak kang... Nak terbang ke Miri... Kepada En ITO yang berada di Miri, sila membelanjaain aku ni di Dragon King Seafood... Sekian...

Mabuk...

Tadi... Pagi tadi... Kan aku cakap ada penyamun bukak pejabat kan kan? Sebenarnya... Tak ada penyamun pun... Yang ada hanyalah majlis hari raya di pejabat... Hoho... Bila tapai dimakan bersama aiscream... Nikmatnya tak terkata... Kena pulak air laici kang... perghhhh... Terbaik untuk perut la... Tak pandang orang lalu lalang dah! Memang mendapat nutrisi yang mencukupi la... Bila sate dimakan lebih 20 cucuk... Ah!!! Buncitnya perut! Sat... 20 lebih cucuk tu bukan sekali hadap tau... Aku ni bukannya ada belaan pun nak hadap menelan sebanyak itu... Dah tugas aku adalah menjaga makanan... Salah satu tugas aku adalah memastkan makanan sentiasa ada dan di refill bila kosong... Sambil refill tu, aku cilok secucuk... sekali refill sate sekali ngap... 2kali refill 2 kali ngap! Bayangkan berapa kali aku refill dan berapa kali aku ngap! Hoho... Aku pun tak terkira berapa banyak... Tapi aku rasa memang lebih 20 cucuk la... Bukannya aku suka sangat pun sate ni... Tapi korang tengok sendiri la... S...

Penyamun Membuka Pejabat!

Hari ni sibuk pasal ada ada pejabat terbuka... Mai... Mai... Aku tak ajak pun korang... Hohoho... NotaKarut: Aku jaga makanan hari ni... habis la... Hoho... Aku tak siapa pulak nak jaga aku nanti dari mendekati dan makan makanan itu!

Apa!!! Biar Betul...

Biar betul Encik... Encik check la betul betul... Takkan saya yang baik hati dan penyayang lagi romantik ni berbuat sedemikian rupa Encik... Takkan saya ni HIV Negative! Saya ni bukan orangnya negative thinking Encik! Pulupppp!!! Kepala diketuk Cik Tunang... Kalau keputusan negative tu maksudnya tak ada HIV la... ooooooooooooooooooo... Aku mengangguk antara faham dengan tak... Hoho... Beberapa ayat (sebenarnya semua ayat) terpaksa disunting untuk mengelakkan sindrom kemuntadarahan korang... Hohoho... Perasan tak aku menghilang? Hoho... Hari aku cuti... Hoho... Apa? Tak perasan? Ermmm... Merajuk jauh jauh la cam ni... Batu belah batu bertangkup, makan lah dikau telanlah daku yang sedap sedap gebu dan cabi ini... NotaKarut: Cerita orang minyak tu, aku dah siapkan dah... Tapi aku sendiri baca pun aku takut... Hoho... Korang betul ke nak baca ni? esok esok je la aku publish ek... hari ni penat la...

Orang Minyak...

Dia duduk bersila kemas mengadap bekas tembikar membakar kemayan... Dipetiknya pemetik api dan dihalakannya ke kertas... Api yang marak membakar kertas dan kemenyan yang ada... Dibiar beberapa ketika hingga diyakini kemenyan telah menjadi bara... Dihembusnya mematikan sisa sisa api yang masih hidup bernyawa... Bau asap kemenyan menerawang memenuhi ruang bilik sempit yang menjadi tempat pemujaannya itu... Dengan kemas dia memulakan bicara kata memuja memanggil orang suruhannya... Hai jebuk arum araning menyan krenges araning menyan mego mendung kukusing menyan umbulno langit sepitu amblesno bumi sepitu tampakno niatku ngaweruhi Usai pemujaan, tangannya tangkas memecat baju di badan... Dilucutkannya seluar yang masih melekat di pinggang... Diperhatikannya satu satunya kain yang masih melekap utuh di tubuhnya... Perlahan dia menanggalkannya meninggalkan senjatanya yang terbuai buai bergoyang... Diambilnya minyak kelapa kehitaman yang dimasaknya sendiri, dilumur ...

Hujung MInggu...

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Salam hujung minggu... Hujung minggu untuk berpoya poya dan berlibur dan berMALASMALASAN... Hohoho... Satu perkara yang aku suka waktu hujung minggu ni adalah pergi ke pasar tani... Hohoho... Waktunya melawat pasar tani antara pukul 7.00 pagi hingga pukul 9 pagi... Masa ni la kalau nak usha awek awek yang RAJIN bangun pagi... Mengekor sahaja mak mak pergi ke pasar mencari barang dapur... Ini la calon kalau nak isteri yang baik... Yang bangun pagi, tak la bangun masa matahati dah condong ke barat... Tapi.... Tapi.... Ada sesuatu yang aku perhatikan... Hoho... Bangun pagi tapi tak MALAS mandi! Muahaha... Pasai apa aku cakap lagu tu... Hoho... Tak percaya ke? Pasai awek awek tu pakai baju tidur je pergi pasar... Tak pun muka selebet bekas taik mata bergumpal di hujung ekor mata... caittt!!! Hanya membasuh muka dan terus ke pasar tani... Ntah gosok gigi ke tak, tau la aku... Pak Long aku kata, kalau tak gosok gigi pagi pagi ni, lepas tu sarapan, adala...

Helmet Ori Versi Tukang Karut...

Zaman duduk membatu memerhatikan sahaja gelagat si Kadir dari jarak jauh... Yang tadi duduk tersenyum kambing memandang tepat helmet di atas motor EX5 berwarna putih itu... Dalam kepalanya memikirkan, apa la bingai sangat si Kadir ni, helmet cikai pun nak dilahapnya... Azan dilaung Muazzin kuat memecah bunyi hiruk pikuk kereta lalu lalang dan bunyi LRT Putra... Tak dihiraukan... Apa ada hal... Gua dah sembahyang apa... Sembahyang raya 2 minggu lepas... Cukup la tu... Setahun 2 kali sembahyang... Apa ada hal... Allah kan Maha Pengampun, nanti dah tua gua sembahyang la banyak banyak... Ngomel si Zaman yang tak menghiraukan kerumunan manusia bertali arus menuju ke pintu besar masjid... Celaka... Kelibat si Kadir dah hilang... Diperhatikan jua motor EX5 putih itu... Sah... Helmet itu yang menjadi pujaan hati si Kadir dah pun lenyap... Celaka punya malaun... Kalau dah mencuri tu, dapat untung, bagi la sama rata... Ini tak... hutang aku yang dah menimbun tu, dia boleh buat dekkkkk badak pula...