Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pantun Ucapan

30+ Koleksi Pantun Malam Jumaat Terbaik 2026: Sunnah, Jenaka & Nasihat

30+ Koleksi Pantun Malam Jumaat Terbaik 2026: Sunnah, Jenaka & Nasihat Malam Jumaat merupakan penghulu segala hari yang penuh dengan keberkatan. Di Malaysia, tradisi berbalas pantun malam Jumaat telah lama menjadi cara santai untuk kita berinteraksi, sama ada melalui usikan jenaka mahupun peringatan tentang amalan sunnah. Di bawah ini, kami himpunkan semula koleksi klasik T-Karut serta tambahan pantun baru yang segar untuk anda kongsikan di media sosial. 1. Koleksi Klasik Pantun Malam Jumaat (Asal) Bait-bait pantun di bawah adalah koleksi asal yang sering menjadi rujukan sahabat-sahabat blogger sejak sekian lama: Makan bubur santan berlalu, Santannya pekat manis sekali; Malam jumaat datang lagi dulu, Malam yang berkat buat suami isteri. Hendak dipetik bunga dahlia, Dahlia dipetik di tengah kota; Malam jumaat malam yang mulia, Banyakkan ibadat kumpul pahala. ...

Anda Marah? Ni Pantun Kurang Ajar.

100+ Koleksi Pantun Kurang Ajar & Sindiran Pedas (Edisi Sentap 2026) Dalam dunia media sosial hari ini, pantun kurang ajar atau lebih dikenali sebagai pantun sentap menjadi cara unik untuk meluahkan perasaan. Sama ada untuk menyindir kawan yang 'lupa diri' atau membalas kata-kata musuh, penggunaan pantun melayu yang berbisa tetap mempunyai seninya yang tersendiri. Koleksi di bawah dihimpunkan khas untuk anda yang mencari idea kapsyen TikTok, status WhatsApp, atau sekadar hiburan santai. Ingat, pantun ini hanyalah sekadar gurauan kasar dan tidak bermaksud untuk menghina sesiapa secara melampau. Koleksi Pantun Kurang Ajar Klasik Pantun-pantun di bawah merupakan koleksi asal yang popular sejak 2014, membuktikan bahawa seni sindiran ini tidak ditelan zaman. Jalan jalan naik basikal, Naik basikal di waktu malam, Ada otak ada akal, Jangan disimpan menjadi pekasam. Pekasam buru...

Pantun Seloka Selamat Malam

50+ Koleksi Pantun Selamat Malam Terbaik 2026: Romantis, Lucu & Bermakna Mengucapkan selamat malam bukan sekadar rutin harian, tetapi ia merupakan cara paling santun untuk menutup hari dengan emosi yang positif. Di Malaysia, penggunaan pantun selamat malam tetap menjadi pilihan utama untuk dihantar melalui WhatsApp, Telegram, atau dijadikan kapsyen media sosial yang unik. Sama ada anda ingin mengusik rakan baik, menunjukkan kasih sayang kepada pasangan, atau sekadar memberi nasihat sebelum melelapkan mata, koleksi pantun Melayu klasik dan moden ini pasti akan menceriakan malam sesiapa sahaja yang menerimanya. 1. Pantun Selamat Malam Romantis (Buat Pasangan) Gunakan kategori ini untuk si dia yang tersayang agar tidurnya lebih lena dan dihiasi mimpi indah. Bunga melati harum mewangi, Dipetik satu di tepi taman; Selamat malam duhai bidadari, Hadirmu indah dalam impian. Indah cah...

Pantun Selamat Pagi & Semangat Bekerja | Koleksi Indah Hari Baru

Pantun Selamat Pagi & Semangat Bekerja | Tukang Karut Pantun Selamat Pagi & Semangat Bekerja Setiap pagi adalah permulaan baru. Mari kita mulakan dengan pantun indah yang menyuntik semangat bekerja dan menceriakan hari. 🌞 Pantun Selamat Pagi Cahaya mentari indah berseri, Menyapa insan di waktu pagi, Selamat pagi sahabat sejati, Semoga rezeki sentiasa mengiringi. Burung berkicau riang bernyanyi, Alam segar harum mewangi, Bekerja rajin penuh berani, Hidup bahagia hati pun tenang. 💼 Pantun Semangat Bekerja Embun pagi menyegar rasa, Semangat waja tiada terbatas, Bekerjalah dengan hati ikhlas, Hasil tercapai penuh berjasa. Angin pagi membawa tenang, Cahaya cerah mengusir malang, Rajin berusaha janganlah bimbang, InsyaAllah berjaya di masa datang. 👉 Bacaan Tambahan Jika anda meng...

Pantun Selamat Pagi – Indahnya Senyuman Hari Baru

Pantun Selamat Pagi – Indahnya Senyuman Hari Baru Pantun Selamat Pagi – Indahnya Senyuman Hari Baru Selamat pagi! Pagi yang indah adalah permulaan kepada hari yang penuh berkat. Di sini ada beberapa pantun selamat pagi untuk menceriakan suasana dan menghidupkan semangat anda. Pantun 1 Selamat pagi embun berkilau, Burung berkicau di dahan redup, Hati yang tenang rezeki pun melimpau, Hari dimulakan dengan wajah yang hidup. Pantun 2 Mentari naik sinari bumi, Sejuk nyaman bayu berpuput, Ucap salam pembuka hari, Moga bahagia sentiasa menyambut. Pantun 3 Senyum manis di pagi hari, Hati lapang jauhkan duka, Jaga kesihatan tubuh sendiri, 👉 Rawatan Lymphedema di Evercare Physiotherapy boleh bantu anda pulih semula. Penutup Pantun pagi bukan sekadar kata, Ia doa dan semangat...

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan 2021

Ayam hutan ditangkap lari Nak dipanah takut mati Hajatnya besar kata dicari Disusun indah agar dimengerti Cantiknya batik si ular sawa Membelit badan membawa padah Bersihkan hati sucikan jiwa Biar tenang nak beribadah Buluh ditebang dijadikan galah Jangan pula diambil serumpun Jika ada Ku tersilap dan salah Ku mohon belas harap diampun Ikan di sungai hendak dituba Habis mati timbul semua Ramadhan kutunggu akhirnya tiba Selamat berpuasa kepada semua Nota:  Sekiranya anda mengalami sakit pinggang disebabkan slip disk , Evercare Physiotherapy adalah tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan.

Pantun Selamat Pagi Indah

Singgah berehat di pokok bidara Disapa Desir angin ibarat lagu Assalamualaikum pembuka bicara Selamat pagi di hari minggu Pucuk bidara bermawar merah Tempat bermain si anak lebah Sinat mentari pagi yang cerah Didoakan hari ini menjadi indah Buah bidara nampak di celah Menjadi rebutan si burung balam Mulakan dengan senyuman ceria dan indah Semoga kekal hingga ke malam SAKIT TUMIT KAKI? ANTARA PLANTAR FASCIITIS ATAU HEEL SPURS PENYEBABNYA. PHYSIOTHERAPY PUCHONG.

Pantun Selamat Pagi...

Sejuk dan dingin air perigi Mandi pula diteman si kera Assalamualaikum dan selamat pagi Semoga hari ini sihat sejahtera. Janggut dan misai rapi dicukur Dagu licin hidung menjadi merah Bangun pagi didahulu ucapan bersyukur Masih bernafas di pagi yang cerah. Pantun Selamat Pagi Indah SAKIT TUMIT KAKI? ANTARA PLANTAR FASCIITIS ATAU HEEL SPURS PENYEBABNYA.

Seloka Selamat Malam...

Dodol durian kuih bahulu, Enak dimakan diwaktu petang, Kerja kuat berganding bahu, Dari pagi membawa ke petang... Penat berkerja di siang hari, Sampai malam berjaga jaga, Anak mata berseri seri, Senyum gatal sampai ke telinga... Nasi sebelanga dimakan anak, Bapa menjerkah mata terbeliat, Dalam hati nak tambah anak, Ingin mencari pewaris zuriat... Perut penuh menjadi senak, Perut boncit penuh lemak, Punyanya lah lama dodoi si anak, Ikut terlelap pulak si emak... Pandang suri terkulat kulat, Timbul geram di dalam hati Alamat tak jadi nak tambah zuriat, Melepas sudah bantal jadi penganti... Bantal peluk dah naik kusam, Baunya pulak boleh tahan masam, Sebelum tukang karut melalut ke laut dalam, Baik tidur selamat malam...

Pantun Malam Jumaat...

Hisap rokok tembakau cina Hembus asap berbunga bunga Hai cik abang adik nak bertanya Di bawah pusat apa namanya Sudah geharu cendana pula Sudah tahu bertanya pula Kalau cik adik nak tahu bawah pusat ada apa SELAK SEMAK NAMPAK LUBANG PERIGI BUTA.

Pantun selamat pagi.

Pantun selamat pagi. Burung berkicau itik menari Itik menari di dalam perigi Mimpi basah tegak berdiri Sampai tak sedar matahari dah tinggi Putih dan dinginnya air perigi Indahnya mandi berteman si dia Assalamualaikum dan selamat pagi Semoga semua sihat dan berbahagia.

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Pantun Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Takbir dialun selepas senja, Tanda tiba hari nan bahagia, Tangan dihulur maaf dipinta, Terjalin kukuh ikatan mesra. Andai kata pada pelita, Gelap gelita di malam hari, Andai ada terlanjut kata, Maaf dipinta setulus hati, Selamat hari raya aidilfitri,

Ucapan Hari Raya Kelakar...

Pantun Klasik Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin. Dialek Nogori Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sojambak kato. Dogup bicagho, meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Gaya Nostalgia SMS Mä$äk £Ã¨mäñg $àmßil bdiri, Hèndäk makäñ di Aidifitri, Nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti, SMS sahäjä dpt ku bèri. Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi. SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiN... Humor / Operator BiLe RaYa LiNe Bz GiLa, MaSa Tu MaKi Pun x GuNa, MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa, OrG BiJa...

Pantun Berbuka Puasa lawak.

Pantun Berbuka Puasa lawak... Sedapnya kuih buah rotan Sedaplah lagi kuih bahulu Perut kelaparan azan kedengaran Jom Buka! Tapi doa la dulu.. Mulut berleter ibarat bertih Mungkin mulut tak tahu letih Berbuka puasa jangan berlebih nanti tak larat pergi Terawih NotaKarut: hoho... Hari ni makan gulai udang besar... Gulai ikan masin campur nenas, semua masakan mak... dengan air soya nya... Syurga... Syurga dunia...

Seloka Puasa...

Bila tiba bulan Puasa, Ramai orang pasang niat, Nak meluangkan masa, Penuhkan masjid nak beramal ibadat... Malam pertama tarawih, Penuh masjid sampai ke jalan, Nak lagi bagus sampai akhir bulan, Alhamdulillah, Jangan pulak sekerat jalan... Pagi pertama dah muka toya, Nak menunjuk dia puasa, Dah petang baru nampak muka, Waktu rehat ghaib entah ke mana... Tadi toya sekarang ceria, Datang dekat bau rokok, Ape jenis punya manusia, Lebih kurang monyet di atas pokok...

Seloka Pagi.

Seloka Pagi. Pagi ini indah sekali, Tukang karut mengucap selamat pagi. Bila matahari mula meninggi Cari kawan pakat minum pagi Ada la kawan nak bersembang Takut bergelar kera sumbang Sorang sorang datang bertandang Barulah hangat cerita digebang Datang lagi kawan sengih nampak gusi Sampai meja tak cukup kerusi Macam ni tak boleh jadi Bos duduk jeling dari tadi Nak lari macam pentingkan diri Nak duduk lama dah tak senang hati Hati bimbang bertambah ahli Takut bersambung sampai tengahari Nak bangun sorang, lagi la tak jadi Takut ada yang kecik hati layan juga kawan sembang tak reti berenti Ketawa terbahak-bahak sampai nampak gusi NotaKarut: Kepala ada pusing pusing...

Pantun Hari Jumaat.

Pantun Hari Jumaat... Hari Ni Hari Jumaat Jauhkan Diri Dari Mengumpat Jangan Sesekali Berbuat Maksiat Elok Elok La Bawak Bertaubat Pergi Masjid Elok Berjalan Setiap Langkah Dikira Amalan Banyakkan Baca Quran Jangan Jadi Kawan Setan RAWATAN SAKIT LUTUT APA ITU SAKIT TENNIS ELBOW, KAEDAH RAWATAN DAN PEMULIHANNYA.

Pantun Selamat Malam.

Pantun Selamat Malam. Lapar makan kenyang pun makan... Makan sampai tergigit lidah... Selamat malam tukang karut ucapakan... Moga diulit mimpi yang indah... Makan nugget makan burger... Itu semua kolestrol tinggi... Selamat malam para blogger... Semoga ceria di esok pagi... Carik carik pucuk paku... Dipandang orang pucuk meranti... Selamat malam semua sahabatku... Kalian semua terbukti blogger sejati... Tangkap lepas si kambing bebiri... Hajat dihati menjamu tamu... Selamat tidur wahai sang suri... Aku keseorangan di sini merinduimu.... NotaKarut: Semua pembayang pantun pun pasal makan... Guano nak kurus kalau duk fikir pasal makan je ni? FISIOTERAPI FROZEN SHOULDER, RAWATAN SAKIT BAHU RAWATAN FISIOTERAPI SAKIT LEHER

Pantun Pagi...

Mengeliat lentuk di pagi hari... Taik gusi bersepah di gigi... Irama keroncong perut menari menari... Jom kita bersarapan pagi... Zaman sekarang ramai Gemuk melantun lantun... Itu petanda orang Malaysia terlebih gizi... Cukup sekadar serangkap pantun... Nak tulis banyak kekurangan gizi...