Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kata Kata Jumaat

Tidak Malukah Kita Pada Allah? Bermain Handphone sewaktu khatib berkhutbah...

Jumaat... Penghulu segala hari... Berkumpulnya lelaki lelaki yang yang beragama Islam... Wajib keatasnya! Tapi... Tidak malukah dengan Allah? Bila khatib memberikan khutbah... Kita leka dengan handphone di tangan... Gelagat apakah ini??? Chit chat whatappp, wechat dan telegram yang tidak memberi manfaat... Tersenyum seorang diri... Leka... Hanyut keseorangan dalam dunia sendiri... Takala diri sedang mengadap Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Besar??? Khutbah? Entah ke mana... Isinya tak dan masuk ke telnga kiri kanan... dah melantun ke laut... Hendak buat pahala pun kadang kadang kita terbuat DOSA!!!

Hanya Untuk Peringatan...

Saat Tiba Nafas Di Ujung Hela Mata Tinggi Tak Sanggup Bicara Mulut Terkunci Tanpa Suara Bila Tiba Saat Berganti Dunia Alam Yang Sangat Jauh Berbeda Siapkah Kita Menjawab Semua Pertanyaan Bila Nafas Akhir Berhenti Sudah Jatuh Hati Pun Tak Berdaya Hanya Menangis Tanpa Suara Ooo... Mati tak bisa untuk kau hindari Tak mungkin bisa engkau lari Ajalmu pasti menghampiri Ooo...  Mati Tinggal Menunggu Saat Nanti Ke Mana Kita Bisa Lari Kita Pastikan Mengalami Mati

Intipati Khutbah Jumaat.

Konsep 5M untuk menilai Key Performance Indicator (KPI) taqwa kita. Konsep 5M tersebut adalah seperti berikut: 1. Mu’ahadah. Konsep Mu’ahadah merujuk kepada setakat mana kita mengetahui dan menyedari siapa pencipta kita dan tujuan kita diciptakan oleh Pencipta Yang Maha Esa. Dari mana kita datang? Apakah perjanjian kita dengan Allah SWT ketika kita di alam rahim? Ke mana kita akan dikembalikan? "Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?". Mereka menjawab: " Betul Engkau Tuhan Kami, kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ke-Esa-an Tuhan". (Al- a'raaf, 172). 2. Muraqabah Mengingat Allah S.W.T. ini merangkumi ingatan terhadap Kebesaran serta Keagongan dan Kesempurnaan sifat-si...

Intipati Khutbah Jumaat...

Kelebihan orang berilmu berbanding dengan orang berharta. 1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun. 2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta. 3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya. dan, Sejak kebelakangan ini, ramai orang (termasuk aku sekali) mencari penyelesaian sesuatu masalah berkaitan agama atau mencari Ilmu Agama melalui pencarian di internet.   Internet dan lain sebagainya hanya sebagai alat bantu kita dalam menuntut ilmu agama, bukan kita jadikan sebagai satu-satunya guru. Jika internet kita jadikan sebagai guru utama dalam menuntut dan menimba ilmu, maka sangat mungkin kita akan mendapatkan banyak kekeliruan.  Kemungkinan orang-orang yang tidak bertanggung jawab menerbitkan dan menulis pelbagai informasi yang dap...

Jumaat Penghulu Segala Hari

Jumaat Penghulu Segala Hari Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepad...

Kata Kata Jumaat.

Kata Kata Jumaat. Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.” (Muslim) Huraian Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulul...

Pengumuman!

Hello... Hellooo.... Helllloooooooooooo... Bukan dengan gaya mengoda yang mengada ek... Pengumuman... Kemunculan blog PuteriKu yang berkisar tentang puteri sulungku kini muncul di alam maya ini... Jangan malu... Jangan segan... Follow la kalau mahu... Kalau tak mahu pun... Nak buat macam mana... Ikut suka korang la... Lantak korang la... Bukan aku yang bayar berukban korang pun... Blog Tukang Karut ini akan menumpukan kepada entry entry yang mengarut sahaja! NotaKarut: Aku rasa aku dah kurus!

Lawak Malam Jumaat!

Wanita lebih sejuk dari peti ais kerana ada barang yang belum sempat dimasuk, sudahpun keras! Beza wanita & gajah - gajah ditembak dulu baru rebah, wanita rebah dulu baru ditembak. Inilah doa isteri jika kemaluan suaminya disengat tungau. "Ya Allah, hilangkan kesakitan yang ditanggungnya, tapi kekalkanlah bengkaknya, Amin.... "Sesungguhnya orang-orang yang bangun dan mandi disubuh-subuh hari adalah orang orang yang mengerjakan bininya malam tadi..."

Sakit Bantal Empuk!

Hari ni tak berapa nak selesa... Leher ni rasa macam terteleng sikit lak... Apa orang kata... Salah urat ketika tidur... Atau sakit bantal empuk! Nak toleh kiri sakit... Nak toleh kanan pun sakit... Tetiba rasa macam nak makan leher ayam goreng tepung lak... Nyum nyum nyum.... Sedap! Yang belum kahwin tu, jangan gatal gatal nak makan leher ayam lak... Nanti ada yang terteleng di atas pelamin lak!

Apa Nak Buat Kalau Tak Ada Idea Nak Menulis Blog?

Hai... Bagi blogger... Menulis itu satu keinginan yang sangat senang... Boleh diibaratkan seperti "kacang"... Kadang kala, menulis itu satu bebanan, jika keadaan otak terasa kosong... Sumber ispirasi tiada... Tak ada arah tuju... Apa yang perlu dilakukan jika tak ada idea nak menulis? OK... 1. Jangan menulis! Sebab tulisan tanpa jiwa dan arah tuju memang tak ke mana! Baik pi duduk kedai mamak di usj taipan sambil mencuci mata tengok awek awek melayu BANDAR yang seksi... Boleh gak mencanai otak yang dah berkarat... 2. Jangan menangis! Sebab tak ada sebab kamu nak menangis kalau tak menulis sehari... Dan rasanya tak ada reader yang akan menagis air mata darah pun kalaua tak baca tulisan kamu seharian!!! 3. Jangan mengeluh! Idea tu diibaratkan seperti hujan... Kalau musim hujan, maka melimpah ruah la air hingga menutupi daratan... Kalau tengah kegersangan... Sila la menonton siri kucing mengawan di luar rumah! 4. Jangan nak bunuh diri... Hah...

Macam Macam Cerita Ada....

Salam... Hai... Guten tag... 1. Bila suri tak ada ni... Semua benda kena buat sendiri... Masak sendiri... Mengemas sendiri... Masak pun sendiri... Tidur pun sendirian... Basuh baju... Iron baju... Owh... Baru aku perasan... Rupanya baju aku dah beranak! Sejak bila aku beli baju kerja baru pun aku tak tau la.... Tau tau je dah banyak... Sangat muskil ni... 2. Hujan hujan ni buat perut aku rasa berlubang... Walhal tadi baru je melantak rendang ayam dan gulai otak lembu 3 round... Azam sebelum ni, masa sebelum Puteriku Zara keluar nak berpantang makan... Biar sama sama kurus dengan suri... Tapi macam biasa... Azam hanya tinggal azam!!! 3. Bila suri tak ada ni... Aku tengok anjing betina sebelah rumah aku tu macam lawo la pulak!!! 4. Ni kalau aku sambung menulis lagi ni kang... Macam macam lagi yang keluar lagi ni kang... Baik aku berhenti dulu sebelum lesung batu hinggap di muka... NotaKarut: pipi aku aku dah tembam! Hohohoho... Ngikut aku...

Anak DaraKu....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sumpahan Malam Jumaat...

Pernah tengok kancil disumpah menjadi babi??? Tak pernah? Pernah pergi shopping mall??? Sudah semestinya! Lagi lagi perempuan! Dan mengikut bontot perempuan !! Pernah rasa naik jenuh pusing keliling mencari parking??? Confirm pernah rasa... Nak nak kalau hujung minggu... Atau malam Jumaat ... Pernah rasa teruja melihat satu petak parking kosong selepas penat berpusing pusing... Anda pun beria mengacukan kereta anda ke arah parking tersebut... Tiba tiba anda terlihat sesuatu? Apa perasaan anda bila melihat bontot kancil yang terperosok ke dalam paring tersebut... Pasti terluah... Satu sumpahan keramat... "Babi punya kancil!"

Peraturan Itu Untuk Dilanggar Ke?

Hai... Kamu... Apa yang kamu fikir tentang peraturan? a) Patuhi segala peraturan... b) Langgar semua peraturan... c) Langgar sikit sikit peraturan... d) Tengok keadaan semasa... Ada sebab kenapa peraturan ini diciptakan... Walaupun yang mencipta peraturan ini manusia yang lemah segala seginya... Ada sebab kenapa peraturan ini patut dipatuhi... Walaupun sesiapa sahaja... Ada sebab kenapa Hijau itu jalan... Ada sebab kenapa kuning itu tanda bersedia untuk berhenti... Ada sebab kenapa merah itu BERHENTI! Kalau kamu tak patuh peraturan ini... Nah... Kan tak pasal pasal kamu ke hospital hari ini... Merah tu tak lama... Paling lama 2minit... 2 Minit masa yang kamu patut tunggu itu... Kamu langgar... Kamu tak sabar... kamu tergesa gesa... Mungkin kamu orang penting... Ada bisnes juta juta... Kamu mengejar masa yang kurang bagi kamu... Walaupun kamu hanya menunggang kapcai... Nah... Sekarang... Rasakan kaki tergantung... Tanga...

Tahukah Anda?

Tahukah anda bunyi tidak boleh bergerak menembusi vakum (kawasan yang tidak ada jirim) Tahukah anda juga perbuatan mengacau bini anda sedang mem"vakum" rumah, pasti anda akan mendengar bunyi guruh berdentum! Tahukah anda memotong bawang mengeluarkan gas yang pedih apabila masuk ke mata anda. Badan anda mengeluarkan air mata untuk mencairkan kepedihan itu dan menyingkirkannya daripada mata anda. Tahukah anda juga lelaki akan berpura pura memotong bawang ketika menonton Adam Dan Hawa bersama isteri! Tahukah anda susunan QWERTY pada papan kekunci yang digunakan pada komputer telah dicipta pada tahn 1860an. Tahukah anda juga susunan QWERTY selalu menyusahkan aku ketika menulis perkata berikut, soalan ditaip menjadi sialan... Tahukah anda bunyi petir berlaku apabila udara di keliling kilat menjadi panas dengan cepat dan mengembang pada kadar yang lebih cepat daripada kelajuan bunyi. Tahukah anda juga bunyi isteri memetir apabila rumah berselerak menyebabkan suami menga...

Gambar Baby Sesaje ni...

Gambar Baby

5 Jam Di Labour Room...

1.45am 23.10.2012---> Mata aku seperti tak mahu tertutup... Puas bergolek kiri dan kanan... Penat mengira kambing melompat pagar sekor per sekor... Akhirnya kambing terakhir ditangkap serigala... Panas! Walaupun pada hakikatnya tidur di dalam aircond... 2.30am  ----> Suri bangun... Katanya terasa seperti mahu membuang air besar... 3.00am ---> Suri bangun lagi... Katanya seperti tak puas membuang hajat... 3.30am ---> Suri mula terasa sakit... Aku mengajaknya ke hospital... Suri menolak, katanya sakit sedikit sahaja... Dan dia mahu sambung tidur lagi... Oh isteri ku... Dalam keadaan begini kau masih lagi tenang... 4.15am ---> Suri bangun lagi... Katanya perutnya memulas mulas... 5 minit di tandas tapi hasilnya tiada katanya... Aku mengajak suri ke hospital lagi... Mungkin itu tanda tanda dekat waktu bersalin... Dia menolak lagi... Katanya mahu tidur lagi... Esok saja ke hospital... Degilnya atau takutkah dia??? 4.40am ---> Suri bangun lagi......

Hai...

Hai...  Nak cari mood menulis balik ni selepas seminggu mendiamkan diri... Bukan apa... Saja nak meluangkan masa bersama sama puteri yang baru lahir ke dunia... Nama puteri??? Ada yang nak tanya tak? Ada tak??? Ada la... Please... Ada aku kesah kalau ada yang tak nak tanya... Baru je selesai membuat pendaftaran baby di JPN Shah Alam... Nama baby yang dipilih...  Adalah Izz Zara Zulaikha... NotaKarut: Hari ni hari isnin ek...

Alhamdulillah...

Dah pun selamat... Baby girl... Dengan berat 2.93kg... Lahir pada 11.33am 23/10/2012... NotaKarut: agak2 aku pengsan x? Ce teka... Nanti cerita next entry...

Serba Tak Kena...

Duduk salah... Berdiri salah... Nak baring... Lagi la tak kena... Nak jalan jalan... Lagi lagi lagi la tak kena... NotaKarut: dalam labour room... Menanti saatnya... Harap harap jangan pengsan dah la... Baru bukak 3.5cm... Published with Blogger-droid v2.0.9