Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pantun Puasa

Pantun Puasa Hari 1

Jalan jalan rumah Mustapa Dijamu pula dengan laksa Jangan pulak buat lupa Hari ni dah mula puasa Jalan jalan rumah Musa Dijamu pula dengan teh tarik Bila datang bulan puasa Mula timbul sakit gastrik Jalan jalan rumah Bidan Dijamu pula dengan teh tarik Selamat menyambut ramadan Semoga beroleh barakah dan iman.

Gurindam Puasa

Gurindam Puasa anak nogori Kalu dilipek sobosar kuku Kalu di bontang sobosar alam Kok hilang di caghi Kok hanyut di pinteh Kok tonggolam disolam Jauh dihimbau Dokek di ghamit Kok datang boghi salam Kok nk poi Biar nampak belakang. Ramadhan munco kito bersuo Walau pun di alam maya Ampun mahap sesamo kito Apalah dayo insan biaso Kekadang terbabeh juo Seutai salam Sejambak kato. Salam RAMADHAN utk kito semuo. Dr den sekeluargo..

Pantun Ramadhan 0

Anak dara jangan diraba Mak bapak dia perhati Bulan Ramadhan dah pun tiba Puasa yang lalu dah diganti? Memancing sungai dapat haruan Haruan dimasak sambal belacan Pantun ini sekadar gurauan Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

Seloka Puasa Ramadhan.

Seloka Puasa Ramadhan... Jalan jalan bazar Ramadhan Peniaga tumbuh bagaikan cendawan Rupa bentuk bikin hati tertawan Tapi sayang rasanya kurang Ini macam boleh bikin sawan Jalan jalan bazar Ramadhan Rambang mata membelinya sakan Tapi yang di beli bukan semuanya makan Banyak yang membazir ditongsampahkan Dah tentu itu sifat Syaitan Konon puasa nak jaga badan Tapi bila berbuka tak ingat sempadan Penuh semeja dengan makanan Dah tak peduli orang kiri kanan Sampai tersandar perut naik bagai dipam pam Bila pertengahan Ramadhan menjelang Masing masing sibuk memenuhkan balang Anak bulan raya belum kelihatan Kuih dah penuh lori satu tan Baru dua minggu puasa lagu raya dah berkumandang, Macam esok raya dah diumumkan Hello kawan kawan puasa korang sempat cukupkah sebulan?  Amal ibadat itu lebih  baik diutamakan Tahun depan entah sempat entah la kan Takut takut belum raya lagi dah jalan Baju raya berkain kapan Pagi raya ram...

Pantun Berbuka Puasa...

Burung enggang burung kelicap Terbanglah burung ke serata benua Tukang karut hanya nak mengucap Selamat berbuka puasa kepada semua NotaKarut: Otak tak boleh nak mengarut pasal otak tak dapat lagi zat besi yang mencukupi... Hoho... Selamat berbuka semua...

Pantun Karut Berbuka Puasa...

Jalan jalan pasar Keramat Jumpa pulak anak Pak Mat Masa puasa lesu tak bersemangat Bila berbuka hantu raya tabik hormat Resmi si ikan sepat Hujan rintik melompat lompat Sana tangkap sini pun rembat Lepas berbuka mata pun rapat NotaKarut: Nak komen? Sila komen dengan pantun...