Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerpen Karut

Orang Minyak Mengamuk.

Orang Minyak Mengamuk. Sudah seminggu sejak kematian isterinya, Leman masih berduka lara. Dia termenung jauh di muka tangga. Ada sesuatu yang mengusik jiwanya. Otaknya ligat berfikir dan menghitung. Pada hematnya, sudah 44 orang perawan sudah dirosakkannya, tetapi kenapa mesti isteri yang tercintanya pergi meninggalkannya dalam keadaan yang sangat tragik. Menjadi korban akibat perjanjian ghaib antara dia dan orang suruhannya dahulu. Sial! Mesti ada yang dah ditebuk tupai ni. Getusnya di dalam hati. Kalau tak, mungkin isterinya masih hidup dan dirinya menjadi kebal tak lut dek senjata. Malam ini malam terakhir sebelum perjanjian itu berakhir. Kalau dia tidak berjaya merosakkan seorang lagi perawan malam ini bermakna dia akan melanggar perjanjian. Kesannya sangat buruk. Dia sangat memahami itu syarat itu dulu sebelum menuntut ilmu dulu di puncak Gunung Ledang. Ilmunya akan memakan dirinya sedikit demi sedikit sehingga dia akan menjadi seperti mayat hidup. Di depannya, melintas ...

Sumpahan Malam Jumaat...

Pernah tengok kancil disumpah menjadi babi??? Tak pernah? Pernah pergi shopping mall??? Sudah semestinya! Lagi lagi perempuan! Dan mengikut bontot perempuan !! Pernah rasa naik jenuh pusing keliling mencari parking??? Confirm pernah rasa... Nak nak kalau hujung minggu... Atau malam Jumaat ... Pernah rasa teruja melihat satu petak parking kosong selepas penat berpusing pusing... Anda pun beria mengacukan kereta anda ke arah parking tersebut... Tiba tiba anda terlihat sesuatu? Apa perasaan anda bila melihat bontot kancil yang terperosok ke dalam paring tersebut... Pasti terluah... Satu sumpahan keramat... "Babi punya kancil!"

Macan Macam Masin Masam...

Itu ada dalam mulut... Itu ada rasa... Macam macam rasa... Itu ada rasa macam tarak senang punya rasa... Itu rasa ha, macam ada orang bikin itu kerja gerudi... Bukan itu gerudi inul seksi ka apa ka... Itu gerudi ha... Rasa macam gerudi konkrit... Itu rasa... Susah mau kata tau... Mau makan pun tarak senang... NotaKarut: semalam tukar tampal gigi yang dah berkurun... Dah 16 tahun dah... Published with Blogger-droid v2.0.9 Siapa Vivian Lee ??? Apa kaitan dengan sexcapade ... Trending betul tu... Apakah aku ketinggalan...

Cerita Seram Malam Jumaat...

Di kawasan hutan itu mengikut cerita orang kampung terdapat anak sungai yang pecah akibat banjir. Mengikut cerita orang kampung lagi, di situlah kawasan lubuk ikan ketutu. Ketutu suka mendiami kawasan lubuk yang dalam dan mempunyai rimbunan pokok mengkuang. Nik Aziz dan Mat Sabu tiba di kawasan Hutan Tebal itu tepat jam 6.45 petang. Berbekal dua batang Joran dan umpan anak ikan. punggung dilabu dan umpan di kail dilemparkan jauh ke tengah anak sungai itu. Mereka memulakan aktiviti memancing bersebelahan dan berharap malam itu mereka pulang dengan sebaldi penuh hasil tangkapan. Selang seditik, hujung joran mula bergoyang menandakan umpan diragut ikan. Lantas Nik Azizi mengerah kudrat menarik tali pancingnya. Senyuman terukir di bibirnya bila dapat menaikkan ikan ketutu. Selang ketika tersebut mereka bergilir gilir menaikan ikan menyebabkan mereka mula gila nak mancing lagi. Nik Aziz maklum sangat dengan perwatakan Ikan ketutu yang aktif bila waktu malam manakala di siang hari ia...

Pesanan nenek moyang....

Pesanan nenek moyang.... Kalau kamu marah, keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya agar tidak menyakitkan mindamu.... Kalau kamu sedih, keluarkanlah air matamu jika itu dapat melegakan kesedihanmu.... Kalau kamu benci, keluarkanlah kebencianmu agar tiada lagi rasa kebencian itu.... Kalau kamu gembira, keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah sepuas-puas hatimu.... TAPI INGAT........................!!!!!!!!!! Kalau kamu malu....JANGAN SEKALI-KALI MENGELUARKAN KEMALUAN MU...!! KELAK BINASA DIRI!!! NotaKarut: Dah... Jangan Nak bayang yang bukan bukan lak malam malam ni...

Janda yang Dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu... Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah...

Hikayat Tukang Karut bersama Pandir...

Arakian... Di suatu petang... Duduk termenung la si tukang karut di hujung simpang rumahnya... Ternampak akannya pak pandir melintas di hadapannya... Sayugia... Pak pandir pun berbasa basi bertanya khabar... Pak Pandir : Jauh bebenor menungnya tu... Ape di difikirkan tu yob... Tukang karut: Tak ada apa yob... Teman runsing fikir nama anak teman je... Dah tak lama dah bini teman nak bersalin... Pak Pandir: Awat la loklak sangat kamu ni yob... Bila bini kamu nak bersalin ni? Tukang Karut: kalau ikut kata doktor, due nya InsyaAllah Raya Haji ni... Pak Pandir: ha... Bagus la cam tu yob... Senang kamu... Kamu namakan saje anak kamu tu Haji Aidil Qurban... Tukang Karut: Haji Aidil Qurban... Ermmmm... Sedap gak... Kalau perempuan? Pak Pandir: Nur Hajjah Qurbaniah... NotaKarut: mood sibuk yang ntah apa apa ntah... Published with Blogger-droid v2.0.6

Tersebut La Satu Kisah...

Tersebut la satu kisah... Toyyyibbbb... Si tukang karut bertungkus lumus... Membelek belek keretanya... Toyiiibbbb... Membasuh keretanya sebersih bersihnya... Hinggakan tiada satu habuk pun terlekat di badan kereta tersebut... Toyiiibbbbb... Akan diambil olehnya wax dan disapukan kepada seluruh badan kereta itu... Hatta berkilat la kereta tersebut sekilat kilat badan si tukang karut yang berpeluh di tenagh tengah panas tersebut... Toyyiiiiibbb... 2 jam masanya dibuangkan dengan membelek kereta tersebut... Arakian... Tersebutlah al kisah... Usai sahaja si tukang karut mengilatkan keretanya... Hujan pun turun mencurah curah bagaikan air terjun lata kijang di cameron highlands... Maka termenung la si tukang karut... Jauh merenung melihat titisan hujan yang jatuh ke bumi... Hatinya bagaikan terguris dengan belati tajam sembilu... Melihat keretanya terkena tempias hujan dan lumpur... NotaKarut: Bebel sang suri..." kereta boleh d...

Ku Seru!

Bersimpuh rapi di hadapan busut jantan... Disinari rembulan bulan penuh menampakkan dihadapannya sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darahnya. Darah yang diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang telur... Sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi disisir rapi di dalam dulang. Kemeyan dibakar... Bertebaran asap kemayan memenuhi ruang udara... Hei si hantu raya Jembalang angin Aku tahu asalmu Engkau dari bulu hidung Nabi Adam Makanan engkau telur ayam Mari engkau Mari makan benda-benda ini. Hei si hantu raya Mari kau bersahabat Mari menjaga diriku Engkau taat perintahku Ikut segala perintahku. Hei si hantu raya Menyerupa engkau serupa aku Menyerupa engkau dalam diriku Jangan engkau langgar perintahku Jikalau engkau engkar Aku panah engkau Dengan panah berpanah Panah sakti Panah rajuma Menjelmalah engkau sujud dihadapanku... Hasad dengki ku... Perasa...

Cerpen bubur kacang hijau + durian...

Arakian selepas mencatit barang apa yang perlu untuk memasak bubur kacang hijau + durian dalam nurkilan sebelum ini di sini ... Menyonsong la si laki bini ke kedai buncit yang berdekatan menaiki kancil turbo... Si suami seperti biasa mempunyai kuasa penuh veto hanya mengarah si bini mengambil itu dan ini... Barang tu barang ini dengan hanya menunjuk menggunakan muncung bibir... Hoho... Ketua la katakan! Namanya pun dah kerja sebagai penolong pengarah... Berpulang la semula ke rumah si laki bini selepas mendapat apa yang dihajati untuk memasak bubur kacang hijau + durian yang sangat diminati si laki...  Maka bertungkus lumus la si bini menyediakan persediaan untuk memasak... Si laki, macam biasa la... Mengangkang depan tv la... Hohohoho... Haippp!!! Jangan nak buat muka mencebik... Ini cerita aku... Ikut suka aku la... Tiba tiba terdengar suara si bini menjerit dari dapur... "Abang...  panggilan yang lembut dan mesra lagi manja, tapi tak reti nak tuli...

Dendam...

Tersentak... Hatinya berdebar debar... Matanya membaca setiap patah perkataan dalam email tunangnya bersama kekasih gelapnya... Sungguh tak disangkanya... Terangkat bahunya geli geleman bila difikirkannya... Tunang yang sangat dicintainya bermain kayu tiga di belakangnya... Akaun email rahsia dijumpainya secara tak sengaja di suatu pagi itu menceritakan segala galanya... "Patut la menatang ni banyak sangat berubah" bisik hatinya... "sibuk memanjang jea... Aku pun tak dilayannya..." "Celaka punya perempuan!" Hatinya semakin panas apabila dia membaca lebih mendalam email email lama pasangan itu... Menatap dua wajah ayu itu... Rupanya sepasang kekasih yang telah lama terpisah... Sungguh tak disangkanya... ............................................................................................................... Di luar rumah, Ali melihat rumah tunangnya... Direnungnya kereta MyVi yang tak dikenali memakir betul b...

Update Pantas...

11.24pm, 19.11.2010 Location: Hospital Kuala Pilah... Dapat lagi seorang ultraMAN... Bakal memeriah, meriuh rendahkan, mengharubirukan rumah kampungku ini... Menambah bilangan Ultraman sedia ada menjadi 3 orang semuanya... Dengan berat 3.96kg... Tapi ada dekat Hospital Kuala Pilah... Sebab ada masalah sedikit pada usus ... Sedang sibuk mencari nama... Ada idea yang menarik atau aku perlu buat contest???

Lelaki Kedekut???

Hari ini dengar siaran radio Negeri FM... Dan topik hangatnya... LELAKI KEDEKUT ... Betul ke lelaki ni kedekut bila pakai baju yang sama sepanjang tahun... Betul ke lelaki ni kedekut bila kurang nak bershopping2 nak beli baju baru??? Betul ke lelaki ni kedekut bila gunting rambut anak sendiri... Betul ke lelaki ni kedekut bila diajak makan luar, macam2 alasan diberi??? Betul ke lelaki ni kedekut bila dia menabung menyimpan untuk masa hadapan... Betul ke lelaki kedekut bila bajet bulanannya tiada puruntukan untuk berlagak bermewah2??? kedekut ke bila simpan duit? kedekut ke bila beli barang yang murah? kedekut ke bila makan dekat gerai sahaja? Ah!!! Lantak la apa orang nak kata apa pun kan... yang susah lelaki tu...yang senang pun lelaki tu... dah tau dia kedekut, buat apa korang perempuan yang bijaksana ni, ikut lelaki kedekut itu...

mati kutu bila kena gelak...

Baru jea sampai rumah ni. Pergi hantar adik pergi Hospital Pilah... dah sampai masa dia untuk meletup... dah samapi masa aku dapat ultraman yang ke3...Dan esok ada kerja untuk aku laksanakan... Seat belakang kereta habis basah dek air ketumban... air ketumban??? Serius... aku tak tau pun namanya... Main sebut jea... Dan akhirnya... aku dapat kutuk + gelak free2 jea... Ah!!! Lantak la... Ikut suka aku la nak sebut pe pun!!!

Korban Dikorbankan Pengorbanan

Korban... apa tu korban??? Korangkan orang yang terpelajar... pandai... tau nak bezakan baik buruk... Tapi ramai yang pandai ni menjadi korban atau lebih tepat dikorbankan... Malas nak hurai... sebab masing2 dah besar, dah pandai baca... dah pandai cari info... Ni bukan kerja lawak... Konon nak nampak pandai kata itu macam saya tapi bukan saya... Pengorbanan... Apa itu pengorbanan... Aku tengah fikir... Apa yang telah aku korbankan...Apa yang telah dikorbankan... dan apa pengorbanan aku.... Tajuk dan isi tak ade hala tuju...sekadar nak merepek...merapu...meraban... SELAMAT HARI RAYA HAJI KEPADA YANG SUDAH PERGI HAJI... SELAMAT HARI RAYA KORBAN KEPADA YANG BELUM PERGI HAJI... DAH TU TAK RETI2 NAK BUKAK AKAUN DAN DAFTAR NAMA DI TABUNG HAJI??? HANYA PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI...aku pun tak ada akaun Tabung Haji pun...

Semakin Kita pandai, Sebenarnya Makin Kita Bodoh...

Siapa mengaku dia pandai, angkat tangan... (Yang ketiak berbulu lebat, sila rendahkan tangan anda, takut ada yang terpengsan nanti) Siapa yang terasa dia bodoh, sila mendiamkan diri anda... Pandai ke korang, kalau korang yang lulusan UNIVERSITI masih lagi liat nak bayar PTPTN... Tak terfikir ke di benak fikiran korang yang pandai tu, kalau korang tak bayar, adik2 atau mungkin anak2 korang akan dapat susah nak buat pinjaman lagi??? Dan lagi pandai ke korang kalau korang tak bayar ZAKAT... korang dah tau ZAKAT tu wajib... Kenapa tak pergi bayar... Tapi apa nak hairan kan, yang wajib pun kadang2 terlepas terlajak tak terbuat... Yang sunat kita berlumba nak buat... tu yang makin pandai kita ni, makin la bodoh... Sebabnya... Bukan nye kita tak ada ilmu... Bukan nye kita tak pandai... Kecit2 lagi dah diajar... tapi kenapa makin kita pandai, makin bodoh pulak kita jadinya??? Dah tau benda tu salah, nak jugak kita buat... Dah tau merokok membahayakan kesihatan, dah diberitahu seawal sekolah r...

Siapa Yang Jadi PM Malaysia Sebenarnya???

Berita Utama... 8.00pm, 12.11.2010 (kepada sesiapa yang menonton dan terperasan peristiwa ini sahaja yang akan memahami) Tok Jib melawat HKL... Tapi yang aku sangat la hairan, kenapa la si Tin Ros tu yang mendahului, membelakangi Tok Jib bersalaman dengan kakitangan HKL... Beria-ria pulak tu memotong kek macam dia pulak yang baru sembuh dari sakit... Siapa sebenarnya yang PM Malaysia pun aku tak tau la... Kekeliruan dibenak jemala patik rakyat maheran Malaysia ni...

Apa Yang Ada di Fikiran Lelaki...

Apa Yang Ada di Fikiran Lelaki... Adakah seks? Adakah Perempuan Bogel? Adakah berimaginasi perempuan seksi? Atau orang yang berjanggut...

Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku

Mandi di Poring Hot Spring Ranau Sabah...

Mengintai Anak Dara Sabah Mandi... wuaaa......syok ooooo.... meleleh wa cakap lu..... ... ... tapi, hanya dalam mimpi boleh la... Ate... Dema ingat kawan ni dah hilang akal ke nak ngintai anak dara mandi... Nak kena potong anu ke? Tak beraninye teman... Cakap besor berani la teman ni... Location: Ranau Poring Hot Spring Fee: RM3.00 Memang la teman de amik gambor... tapi tak de la berani teman nak amik gambor anak dara tengah mandi...walaupun peluang tu ada depan mata... sebab dah nama pun mandi tempat terbuka kan... kalau teman amik gambor pun, teman tak upload kat sini...naya teman kena saman jea nanti... Muka jejaka tengah kegersangan diulit mata kegatalan... sebab perjalanan darah menjadi sangat sangat lancar... mengembang apa yang patut dikembangkan... Sebelah lokasi air panas ni, ada air terjun... sangat la menakjubkan ciptaan Allah, di sebelahnya air panas bersulfur, boleh berendam seberapa lama yang boleh, hatta sampai kulit menjadi merah,...