Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Rumah Baru

Cari Kitchen Hoob, Hood dan Build In Murah dan Berbaloi Baloi.

Perkara pertama yang aku buat bila nak masuk rumah baru adalah menyiapkan dapur. Bukan apa... ini la tempat yang paling aku suka... So... kebanyakan barang @ kabinet adalah pilihan aku... lepas ni aku belanja sikit gambar... tapi ntah bila la... Cari Kitchen Hoob, Hood dan Build In Murah dan Berbaloi Baloi. Entry ni pun patut aku buat 3bulan yg lepas. Ok... berbalik ke pangkal jalan... Nak cari hood murah? Pening nak survey hoob murah... Oven built in??? Ok. Tak payah merapu sangat. Pi je kat kedai ni.. JF Home Appliances Sdn Bhd 23-1, Jalan USJ 9/5N, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan 03-8023 6299 Ko nak apa? Dapur. Bilik mandi... semua ada. Dan yang paling best... MURAH DAN BERBALOI BALOI.... Serius wa cakap lu... aku dah buat survey kat 4expo deco & 4 kedai kitchen appliance & 2kedai elektrik... Jauh gila beza harga... Lurus kepada titik la ye... Aku jimat 2500 benda yang sama aku beli dengan kat luar +++dapat free 4...

Bina Kabinet Dapur, Apa Yang Perlu Diketahui.

Beli rumah baru? Perkara apa yang pertama di fikirkan? Ubahsuai dapur??? Yup... Dapur, ruangan rumah yang menjadi nadi ibarat jantung kepada sesebuah rumah... Namun, kos yang besar untuk mengubahsuai dapur menjadi ruangan impian sering menjadi halangan sekaligus membantutkan hasrat. Di sini aku coretkan beberapa perkara yang aku buat dalam usaha mendapatkan kontraktor dengan harga yang aku mampu dengan material yang berkualiti. 1. BERKUNJUNG KE TAPAK EKSPO Rajin rajinkan diri mengunjungi ekspo berkaitan hiasan dalaman. Di sini aku mendapat banyak idea, ilmu dan peluang untuk memiliki set rekaan kabinet pada harga yang istimewa. Biasanya syarikat yang terlibat didalam ekspo akan memberi tawaran yg menarik. Tapi awas, jangan percaya bulat bulat, buat sedikit kajian tentang material yang digunakan. 2. BUAT PENAWARAN Pernah dengar 'free quoatation'? Jangan segan jangan malu untuk emel kan 'need statement' anda kepada kontraktor. Kontraktor akan membalas emel...

Mohon Bantuan, Cadangan, Tips masuk rumah baru..

Assalamualaikum. Mohon bantuan tuan/puan/cik, jika mengenali kontraktor yang boleh dipercayai dan mempunyai kualiti kerja yang baik untuk mengubahsuai rumah, terutama bahagian kitchen cabinet, plaster ceiling dan sebagainya... Mohon komen di sini... Saya akan menghubungi terus kepada kontraktor tersebut. Lokasi rumah: Bandar Saujana Putra, Jenjarom. (Berdekatan Putra Height) Sekian terima kasih.