Assalamualaikum... Salam sejahtera wahai pemblogger tegar sekalian... Amacam? Ada baik ke hari ni? Harap harap tak ada la yang tertukar hari lagi... Jangan jadi macam aku... Aku ingat hari ni hari ahad lagi... Waktu untuk berlibur bersenang lenang sahaja... Apa isu panas hari ni? Jom garu dagu sambil berfikir sama sama... Tak ada yang panas??? Kita buat buat panas sudah... Siapa ada baca utusan hari ni sila angkat lengan tinggi tinggi... Alang alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan... Biarkan alang sahaja yang menyeluk perkasam tersebut, along, angah dan adik beradik lain jangan nak menyibuk... Biarkan... Biarkan... Biarkan... Lengan siapa yang lebih tinggi? Opsss... terlebih sudah... BENARKAH sebahagian besar wanita muda di Malaysia kini tidak lagi kisah seandainya ditakdirkan hidup bermadu? Berdasarkan kajian soal selidik yang dijalankan terhadap 400 responden berusia 18 tahun ke atas baru-baru ini, ramai di antara mereka bersetuju mengizinkan suami berkahwin lain. Ta...