Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

Sakit Mata dan Sakit Hati Melihat Telatah Ahli Politik Malaysia

 Kerana rakyat, kata mereka. Tapi aku sebagai rakyat yang mewakili siapa-siapa mengetahui ianya bukan kerana rakyat sebenarnya. Jika ianya benar dan ikhlas kerana rakyat, pemikiran ahli-ahli polittik tidak sebegini rupanya. Berebut kuasa, bermuka-muka, mengeluarkan kenyataan yang boleh dikategorikan memperbodohkan rakyat, mendahulukan kepentingan sendiri melebihi keperluan rakyat dan banyak lagi yang menyakitkan mata dan menyakitkan hati melihat telatah dan kelaku ahli-ahli politik di Malaysia ini. Sakit Pinggang ada ubatnya, Sakit kaki boleh diubatkan. Tapi sakit hati meluat ni, ubatnya adalah tunggu sahaja Pilihan Raya Umum kelak, akan aku luahkan segalanya di atas kertas undi untuk menolak monyet-monyet POLITAIK ini.