Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Raya AidilFitri 2012

Cerita Bergambar raya aildilfitri 2012 tukang karut... NotaKarut: Walaupun dah 2 minggu raya berlalu, baru terasa rajin nak upload gambar... Hahahahaha... Ada aku kesah? Raya haji pun dah dekat apa...

Merdeka... Merdeka... Merdeka...

31.08.2012... Merdeka... Merdeka... Merdeka... Merdeka = Cuti = Menonton perbarisan di tv = makan = tidur = rehat rehatkan badan... Bagaimana sambutan hari kemerdekaan anda? NotaKarut: Sekadar ingin bertanya, adakah bendera Malaysia telah bertukar dengan jalur di bawah bulan dan bintang ditiadakan? Banyak jenis bendera itu di hari sambutan hari ini... Published with Blogger-droid v2.0.6

Fakta Karut: Cara Mengatasi Rabun Mata...

Fakta Karut: mengikut satu kajian yang dimuatkan dalam "New England Journal Of Medicine" mengatakan bahawa jika anda menatap dan merenung payudara wanita selama 10 minit, ia boleh disamakan dengan latihan aerobik selama 30 minit dan mempertajamkan penglihatan untuk mata yang mempunyai masalah atau rabun. NotaKarut: Owh... Ni kena tenung lama lama ni... Asal jumpa buah sedap je kena renung dan tenung...  tapi jangan sampai kantoi pulak... Takut takut mata boleh jadi buta pulak pasal kena cucuk dengan orang yang direnung... hukhukhuk...

Panas Dunia...

Hai... Dimaklumkan bahawasanya... Rumah aku tak ada elektrik... Dah sejam lebih dah ni... Yang geram tu taman depan ni ada pulak lampu... Panasnya... Gelapnya... Bosannya... Alahai... Itu pun nak merungut kan kan... Nanti dalam kubur lagi gelap... Panas dan sempit dalam perut bumi... Sorang sorang lak tu... Haihhhh... Cuba menginsafkan diri... NotaKarut: malam yang panjang... 220429302012.... Published with Blogger-droid v2.0.6

Fakta Kentut vs Personaliti Manusia...

1. Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain... 2. Orang BINGUNG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam... 3. Orang BERWAWASAN 2020 Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut... 4. Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut... 5. Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu... 6. Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah... 7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang... 8. Orang SADIS Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya... 9. Orang PEMALU Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.? 10. Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya... 11. Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah kelu...

Bila Dah Habis Raya...

Makanan selepas hari raya... Di kala dompet tebal berisi tisu... Gara gara raya sakan... Gara gara mmbeli belah barang baby... NotaKarut: alahaiiiii... Lambatnya nak gaji.... Bulan 9... Lambatnya...

Fakta Karut Geli Hati...

Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk . Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.  Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut. Allahyarham P....

Taktik Nak Mengelak Dari Memberi Duit Raya...

Hai... Hari ni hari Isnin berkerja yang pertama selepas bercuti panjang... Dah tentu mood kerja ke laut... Dah... Jangan nak menipu... Confirm mood semua orang ke laut la... Atau hanya aku sahaja???? Raya ni untuk budak budak je... Betul tak? Untuk orang yang dah tua macam aku ni... Hukhukhukhuk... Tua nya aku ni? Hanya mampu berseronok bila melihat budak budak berseronok meraikan hari raya... Salah satu cara nak melihat keseronokan dan kemeriahan hari raya tu bila sampul berisi kertas bertukar tangan... Melihat budak budak beratur menunggu giliran bersalaman kaut mengaut... Melihat muka muka yang naif membuka sampul berisi... Ada yang berisi sehelai biru... Ada yang dua... Ada yang 3... Ada yang hijau, merah, dan yang terbaharu oren... Dan jarang jarang ada yang biru kundang... Ada yang tersenyum... Ada yang melompat... Ada yang terus di serah kepada makbapak... Tapi dengan aku... Kalau nak duit raya dengan aku... Aku paksa beratur panja...

Anak Muda Zaman Sekarang... Isk... Isk... Isk...

Hai... Perbualan ini terhasil akibat pengaruh iklan RAYA Ribena... Makcik: ekau buek air apo tu ngah? Kalau setakat air oren, baik tak yah kuarkan la... TK: Acik nak air apo? Makcik: Kuarkan la air cam kat iklan tv tu ha... TK: Ha? Iklan? Air? Raya? Makcik: Ekau ni tak nengok tb ko? Tu la... Yang Sharifah Shahera dongan fauziah nawi ngan marlia gebu tu laaaaa.... Air apo tu... Ribena... Baru la ado class... TK: ooooooooo... Tak do... Kodai tutop... Rayo... Makcik: Dah tu? Air apo ado? Coke? Pepsi? Ado ko? TK: Tu pun tak ado... Kilang coke melotop kono mercun... Makcik: Abis tu? Kojo eh handal... Gaji ribu ribu... Tak kan air oren jo...Air apo ko buek? TK: Air ni special punya... Tak ado tompek lain... Air PAIPBESI... Sambil berlalu dwngan hidung kembang.... Sila baca dalam satu nafas dan nahu bunyinya seakan akan pepsi... NotaKarut: Horeyyyyy... Sampai jua di USJ... owh... Tilam ku... Rumah ku... Toilet ku... Owh... Perut ku dah lama kesebuan gara gara terlebih isi dan tak ...

Raya Punya Pasal...

Hai... Raya punya pasal... Jalan RAYA, lebuhRAYA tetap sesak... Tak kira siang ataupun malam... Raya punya pasal... Selagi barang dinamakan RAYA, confirm laku perhabis... Raya punya pasal... Duit dalam bank terasa macam meloncat loncat je nak keluar... Ada je nk dibeli... Ada la 3angka untuk teruskan hidup lepas raya ni... Tu pun segan segan je nak jadi 2angka... Raya punya pasal... Dompet dah jadi makin tipis... Kalau gemuk pun, sebab letak tisu... Nak berlagak dengan sepupu sedara mara... Raya punya pasal... Makan tak ingat dunia... Sana lantak sini baham sinun telan... Puasa kurang sekilo raya punya pasal 5kilo itu badan membelon naik! Raya punya pasal... Blog terbiar... Trafik hancur... Tapi tetiba pulak terlekat 2BE... Isk... Saja je tau en. Nuffnang ni... NotaKarut: Ok... Aku masih lagi beraya... Hohoho... Babai... Published with Blogger-droid v2.0.6

Sesudah Ramadhan...

Salam dan hai semua... Hai... Masih ada orangkah di dunia maya ini? Masih sempat lagi mengupdate sementara puan suri bersolek untuk balik kampung owh oho balik kampung... Hati terasa sayu yang sebenarnya cemburu bila membaca post post blog, fb kawan kawan yang dah pun berada di kampung... Tak... Ini giliran aku pulak yang nak memenuhkan lebuhrRAYA, dan jalanRAYA biar sampai sesak RAYA di balaiRAYA sampai kepala jabatankerjaRAYA pening... Ok... Termengarut sudah... Di kesempatan ini, saya, tukang karut a.k.a TK mengucapkan selamat hari raya dan maaf jika ada kesalahan... Published with Blogger-droid v2.0.6

Menari Nari Di Atas Jalan Raya...

Hai... Hohoho... Bila orang sudah bercuti raya... Jalan raya pun jadi lengang... Jalan bangsar yang tak pernah tak jem pun tak ada kereta sangat... Sampai boleh menari tari raya... Hari ni tercongok di pejabat... Ntah apa nak di buat... Nak kerja memang tak rajin la... Macam la sebelum ni agak rajin?

Raya Je Sentap... Raya Je Sentap...

Salam dan Hai... Semalam punya cerita... Menemani puan suri membeli baju rayanya... Al-maklumlah... Memang susah nak cari baju raya untuk orang mengandung ni... Lagi lagi perut dah besar... Lepas satu kedai, ke satu kedai lain hingga ke satu kedai ni... Walaupun mengandung... Puan suri masih lagi aktif kalau bab bab mengabiskan duit ni... Peniaga : Kak... Besarnya perut...  Puan suri :  Tak ada biasa je ni... Peniaga : Dah scan ke? Lelaki ke perempuan... Puan suri: Ntah la... Perempuan kot... Peniaga: Dah berapa bulan dah ni... Puan suri : Dah 7 bulan lebih... Peniaga : Abang ni pulak berapa bulan??? Sambil menjeling ke perut aku... TK: *&*#@%   Cisss!!! Aku lak yang kena... NotaKarut: Masih lagi berkerja... dan KL masih lagi jem... Woi... Korang ni bila nak cuti haaa????

Fakta Spender Perempuan VS Spender Lelaki...

Tahukah anda kenapa spender lelaki dijual di dalam kotak? Berbanding dengan spender perempuan yang dijaul lambak? Bila Perempuan memilih spender... VS  Bila Lelaki memilih spender...

Hujung Hujung Puasa...

Salam dan hai... Sedar tak sedar... Kita dah pun di hujung bulan puasa... Bila dah sampai hujung ni... Nak bangkit makan sahur pun susah... Kalau bangun pun... Makan sambil tutup mata... Silap2 tersuap ikut telinga... Published with Blogger-droid v2.0.6

Kering Kontang...

Hai... Kering kontang... Apa yang kering apa yang kontang? Poket kering itu sudah menjadi kelaziman... Owh... Bukan itu maksudku... Hari ni kena cirit... Cissss.... Dah naik pijah pedih bontot ni dah... Dah kering kontang dah ni... Tak ada air yang besar mahupun yang kecik nak keluar lagi dah... Tapi itu angin banyak jahat... Kasi pusing pusing itu dalam ada perut... NotaKarut: ni kali 5 ni... Dah mengigil lutut dah ni... Published with Blogger-droid v2.0.6

Mohon Bantuan...

Hai... Bagaimana persiapan raya anda semua? Semua dah beli? Seluar levis dah beli? Langsir dah tukar? Duit raya dah tukar??? Dah beli?  Belum lagi? Hummmppp... Mercun? Ada yang sanggup berhabis beratus ringgit membakar duit... Kononnya untuk memeriahkan raya... Mari berfikir sejenak... Anda mampu membeli apa barang yang anda mahu... Tapi terfikirkah anda... Apa yang anak yatim pakai semasa berhari raya ini? SILA BACA INI... Rumah Anak Yatim Dan Asnaf As Solihin dekat Banting sangat memerlukan batuan daripada kita semua... NotaKarut: Sementara masih lagi dalam bulan Ramadhan in, elok la diperbanyakan sedekah... 

Raya Datang Lagi...

Hai... Di minggu akhir berpuasa ni... Pantang nampak perkataan raya... Habis semuanya nak di"raya"kan... Kalau boleh semua barang yang ada perkataan raya tu... Semuanya nak dibeli orang... Baju raya la... Ini opkos la kan... Seluar raya... Ini mesti ma... Kalau dah ada baju raya tak ada seluar macam diibaratkan makan nasi tapi tak ada kuah gulai ikan masin campur nenas... Kalau yang ada duit terlebih sikit tu mula la tukar langsir raya... Tukar kereta raya... Beli sofa raya... Ye la... Nak menunjuk dekat orang yang nak datang bertandang nanti kan... Baru la ada class ko jah!  Nasib baik tak ada bini raya baru... Hukhukhuk... Silap silap kalau batu pun dicat cantik cantik... lepas tu dinamakan "batu raya"... Jual pulak lelong 3 RM 10... Aku rasa, itu pun orang beli jugak! NotaKarut: Mood raya aku tak ada lagi sebab hanya menumpu beli beli barang baby...

Rukun Negara Dicabul?

Rukun Negara... Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan Kalau tak tahu ini, sila ke sekolah rendah semula... Belajar balik... Berapa ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan rukun negara no. 5? Mengaku dengan sejujurnya... Semua rakyat Malaysia? Sebahagian rakyat Malaysia?? Segelintir rakyat Malaysia??? Sangat sedikit rakyat Malaysia yang mengamalkan rukun negara ke 5 tu???? Kita bangga dengan mengatakan kita ini orang timur... Kita bangga mengaku kita rakyat Malaysia ini mempunyai kesopanan yang tinggi... Tapi kita lupa... Kita hanya boleh berbangga sahaja... Hakikatnya... Kita tidaklah sesopan seperti yang kita banggakan... NotaKarut: Bengang kerana terperanjat dihon bas dengan kuat ketika di persimpangan lampu isyarat... Lampu isyarat baru 2saat bertukar hijau! Baru 2 saat dah kena hon... Hakkktuihhhh! Itu baru satu contoh... Banyak la gi contoh... Ka...

Gurau Senda Puasa...

Amin Said (bukan nama sebenar) adalah pendengar setia NegeriFM (bukan radio sebenar). Suatu petang di bulan Ramadhan, Amin tergerak hati menelefon DJ radio NegeriFM yang sedang bertugas di konti. Amin: Hello NegeriFM? DJ: Ya saya. Dengan siapa saya bercakap ni? Amin: Saya Amin Said dari Ampangan, Seremban. Boleh request tak bang? DJ: Ya...Encik Amin mahu request apa? Amin: Tolong putar azan Maghrib sekarang bang. Dah lapar sangat ni!! DJ: *&^%$#@#$%^&*

Kisah Aku Dan Dia...

Hai... Trurttt... Truttt... Truttt... (Bunyi telephone ek... Bukan bunyi memancut)... Jurutera: Haloooooo... User: Encik... Boleh tolong tengok PC saya tak... Jurutera: Kenapa? Apa masalah? User : Saya tak boleh nak log in internet la Encik... Email pun tak boleh masuk... Jurutera : Owh... Itu senang punya kerja la... You sendiri tutup mata pun boleh buat ma...  User : Owh... Ye ke senang Encik? Jurutera : Ye la... You kasi usap you punya ubun ubun kepala PC you... You kasi baca itu Al-Fatihah 3 kali, Ayat kursi 3 kali, Ayat 3Qul 3 kali... Lepas tu Encik tiup dekat ubun ubun PC you... Saya berani kerat jari... Confirm ok tu... PC tu kena sampuk dengan hantu pocong tu... User: Erkkk.... NotaKarut: Bosan... Hari hari dapat call... Komplen.. Komplen... dan komplen tenet lembab... Ah... Lantak la... Padan muka semua... hahahahahahaha... 

Wanita Derita Selepas Buang Bulu Kemaluan...

Hai... Rutin kerja aku sekarang... Jika Internet di salah satu Ibupejabat Jabatan Kerajaan Yang Penting lembab macam siput... Situasi 1. Pegawai A : Bos... Kita reset DNS la... Iprisim Bla Bla... Solarwind... Bandwidth... Bla bla bla... Jurutera : Ha... Reset la... DNS tu apa? Situasi 2. Pegawai B: Bos... Intertenet lembab lagi... Nak buat apa ni? Ping network tak dapat... Bla Bla Bla... Loadbalancer... Bla bla... Jurutera : Pingpong boleh? Buat bodoh sudah... Biar tenet lembab... Siapa suruh tukar aku kat sini... Padan muka semua orang... Situasi 3.  Pegawai C: Bos... Switch rosak... Bypass bla bla... reset DNS... Bla bla... Jurutera: (diam) hanya mampu angguk je... Kesimpulannya... Internet di ibupejabat Jabatan yang selalu raya ni lembab... Sebab... Sebabnya... Aku tak tahu nak repair... hahahahaha... (sambil angkat tangan kanan separas bahu dan ketawa kuat kuat sambil goyang goyang bahu...) NotaKarut: Susah nak buat kerja yang tak tahu hu...

Mitos Karut...

Hai... Mitos karut : Perbuatan menjilat belakang pinggan sebelum berbuka boleh menurunkan berat badan sebanyak 10 kg! Percaya la... Ce la cuba try test acu dulu... Kalau berjaya sila komen di sini...

Hikayat Berangin...

Hai... Tukang karut rasa tak sihat sangat... Tak sihat otak nak menulis... Dah dua malam tak lena tidur... Dah dua malam muntah muntah... Dah dua malam pedih ulu hati... Kepala rasa berat... Mungkin ada gajah yang duduk atas kepala ni... Mungkin darah naik lagi...  Badan penuh dengan angin... Letak minyak cap kapak je sendawa... Urut bahu sikit je sendawa... Tak makan pun sendawa... NotaKarut: Hari ni terasa lemau dan berangin...

Raya Je Semua Pun Kena Tukar Baru?

HikHikHikHik... Hai... Nak raya ni... Semuanya nak baru... Sofa nak baru... TV nak baru... Meja makan nak baru... Langsir baru... Baju baru... Serba serbi la nak baru... Aku pun terjebak dah ni... Perkenalkan Samsung S3 yang baru menjadi hakmilik... Babai HTC Desire HD... Nasib baik isteri je yang tak boleh nak diperbaharui... HikHikHikHik... NotaKarut: Jangan lupa Ikuti perlawanan separuh akhir badminton beregu lelaki Olimpik 2012, Malaysia (Koo Kien Keat & Tan Boon Heong) melawan China (Fu Haifeng & Cai Yun ) pada jam 4.00petang (waktu malaysia) di TV2...

Lee Chong Wei Vs Lin Dan Olympic 2012.

Hai... Tahniah untuk Datuk Lee Chong Wei... Kerana menang melawan Chen Long (China) 21-13, dan 21-14... Lawan menantinya... Lin Dan yang menewaskan Pemain Korea... Siaran langsung pada Ahad ni jam 8.00 malam waktu Malaysia... NotaKarut: Berjayakah Malaysia mendapat emas pertama olimpik? Bagaimana pendapat anda?

Raya Ditangguhkan???

Wahai anak anak buah sekalian... Wahai sepupu sepupu aku yang kecik kecik sekalian... Wahai Suriku sayang... Dengan ini hamba istiharkan... Raya tahun ditangguhkan sehingga tahun hadapan... Ini kerana tahun ini tak cukup bajet lak... Servis kereta dah terlebih bajet... Oleh kerana itu, Bajet raya telah dibekukan sementara,,, Dibekukan pulak dalam peti sejuk! Sekian terima kasih... NotaKarut: Hari ni cuti... Nak servis kereta... Petang ni pulak nak teman suri pi checkup... Owh... Duit lagi...

Olimpik...

Hai... Cuba teka apa acara olimpik kegemaran tukang karut ... Badminton? Erm... Mungkin... Lagi pun ada 1 wakil negara di suku akhir... dan satu di separuh akhir... Bola? Tak la... Malas nak tengok budak2 main bola... Memanah?  Erm... Tak minat la... Permainan orang malas... Olahraga??? Ermmm... Tak kot... Gimnastik berirama... Yes... Huhu... Terjun wanita... Yes... Huhu... Angguk laju laju... Huhuhuhu... NotaKarut: Acara pilihan korang?

Awek Awek Sekarang Ni Tak Reti Masak!

Hai... Ini semalam punya cerita... Cerita ketika kita hamba tengah memasak di bazar ramadhan... Al-Maklum la kan... Hamba kan masak guna jari telunjuk je... Sila la kagum yea... HinsHinsHins... Awek Cun: Kak... Nak sayur tu... (sambil tunjuk sayur manis masak lemak) Penjual: Yang ni? Nak berapa? Awek Cun: Bagi 3,4 ringgit... Penjual: Ok... Awek Cun: Bagi lebih sikit keledek tu ye... Ha??? Keledek? Hamba pun toleh ke muka awek cun tu... Owh... Sekali lagi dia ulangi mintak keledek lebih... Owh... Lantas hamba toleh ke muka penjual... Tak ada respon... Mungkin menghormati pelanggan... Lepas awek cun berlalu dengan sayur manis masak lemak keledek tu... Hamba bertanya ke penjual... TK: Sejak bila ada resepi baru ni?  Penjual: Ntah la... Aku pun tak tau la... Harap muka je cun... Labu dengan Keledek pun tak reti beza... NotaKarut: Tu belum tanya mana satu jintan manis mana satu jintan putih tu... Silap silap mintak halia da...

Bila Tukang Karut Nak Ucap Selamat Malam...

Assalamualaikum... Kum apa? Kombet... Bet apa? Betman... Men apa? Mentol.. Tol Apa? Tol hangguk ko... Ada katil ada tilam... Ada siang ada malam... Dah penat bagi salam... Sampai sekarang tak ada sambutan Jawap soalan jawap salam... Assalamualaikum waalaikumussalam... Jangan marah jangan geram... Tukang Karut nak ucap Selamat Malam ... NotaKarut: Aku sedih... Traffic yang selalu ke sini dah kurang angkara TERtukar link.... Sob Sob Sob...