Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Rozita Che Wan nikah Disember ini...

Nangis teresak esak... uuuuuwwwwwww... Mak Jan nak kahwin dah... KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Rozita Che Wan, 40, mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Zain Saidin, 29, selepas satu majlis merisik diadakan di Carcosa Seri Negara, di sini, petang tadi (Ahad). Pasangan terbabit akan melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini, namun tarikhnya akan diumumkan dalam satu sidang media dalam waktu terdekat ini.  Rozita berkata, pada majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat itu, dia menerima sebentuk cincin berlian, sirih junjung dan buah-buahan.  Katanya, majlis itu dirancang sejak dua minggu lalu dan Zain tidak hadir di majlis itu. Sumber : Sini

Cerita Kedai Kopi...

Musang Berjanggut: Dengar cerita, KERAjaan nak naik kan harga minyak lagi... Pak Pandir: Dengar kabar anginnya gitu la... Musang Berjanggut: Aku bukan apa... Aku tak kesah sangat kalau harga minyak naik, yang aku tak tahan tu harga barang lain pun turut sama naik... Pak Pandir: Betul tu... Minyak naik harga barang lain pun naik gak!!! Musang Berjanggut: Dengar cerita harga gula pun nak naik gak... Tukang Karut: Betul sangat tu... Aku setuju... Sejak harga minyak naik ni perut aku pun turut sama naik... Ini semua salah KERAjaan... (Sambil menepuk perut boroi...)

Sarapan Pagi...

Tukang Karut: Bos... Teh tarik satu... Mamak: Siap... Tukang Karut: Kurang manis haaa... Mamak: Okeyyyy... Tukang Karut: Tak mau susu... Mamak: Ha... Lagi bos... Tukang Karut: Tak mau serbuk teh...

Lawak Hari Ini...

Pak Pandir : Awatnya kaki berikat ikat tu? Musang Berjanggut : Tadi... Aku kena Patuk ular... Ni nak pi hospital la ni... Pak Pandir : Ok je aku tengok kau ni? Ular apa?? tak ada bisa ke??? Musang Berjanggut: Ntah... Ular tedung kot... Aku sempat ikat kaki aku kuat kuat bagi tak mengalir bisanya... Pak Pandir : Kawan aku kena patuk ular lidi tapi dia mati... Ular tu tak la bisa sangat... Musang Berjanggut: Mati? Biar betul??? Kan tak bisa sanagt ular lidi tu??? Dia kena patuk kat mana??? Pak Pandir : Dekat pipi... Musang Berjanggut: Macam mana boleh mati pulak??? Pak Pandir : Dia ikat dekat leher dia ketat ketat...

Pesanan Masyarakat...

Makan... Kena jaga... Yang minyak minyak... Yang sedap sedap... Yang manis manis... kurangkan... Awek yang manis manis tengok tengokkan... Tidur... Kena cukup... Bukan bermakna tak perlu bangun malam mengadap Yang Maha Esa... Senaman... Kena buat... Senaman kuak lentang atas katil perlu dikurangkan... Senaman usahasama suami isteri dipertingkatkan... Senaman membakar lemak digalakkan... Siapa tau... Penyakit yang bersarang dalam badan... Hari ni nampak sihat... Esok lusa tak tahu lagi... Nikmat sihat ni, Yang Maha Esa boleh menarik bila bila masa... Bersyukur dan menikmati nikmat sihat ni selagi ada...

Lawak Hari Ni...

Al Kisah, Pak Pandir nak makan goreng pisang panas... Pak Pandir: Macam mana kira ni? (Sambil mencuih bibir ke arah pisang goreng...) Mak Cik Goreng pisang: 5 singgit... Pak Pandir: Pisang apa? Mak Cik Goreng pisang: Pisang abu... Pak Pandir: Oooo... Tak nak la... Ni abu yang punya... Yang ni? Mak Cik Goreng pisang: Pisang raja... Pak Pandir: Yang ni lagi tak boleh makan... Raja yang punya pisang ni... Yang ni pulak... Mak Cik Goreng pisang: Pisang Awak... Pak Pandir: Ha... Bagus bagus... Bungkus semua... Mak Cik Goreng pisang: Semua sekali 9 Ringgit. Pak Pandir: Eh... Tadi bukan mak cik kata ni pisang saya ke? Patutnya percuma la kan...

Aktiviti Yang Dilakukan Di Pantai Cherating...

Tarikh: 31 Ogos 2013. Lokasi : Pantai Impiana Resort. Waktu: 7.00pm Aktiviti: Melepaskan anak penyu sebanyak 56 ekor sempena ulang tahun Kemerderkaan Negara yang ke 56. Harga seekor anak penyu yang dilepaskan RM 10.00  Berbaris menunggu giliran pengagihan anak anak penyu... Aku ambil 3 ekor anak penyu untuk dilepaskan... Puteriku dah tak boleh dukung lagi dah... Macam macam stail dah dia buat... Sesi penerangan cara cara pegang, pelepasan  dan tujuan aktiviti... Cara pegang anak penyu yang betul... Pegang di sisi... Jangan pegang di perut, kalau tak, belum sampai gigi pantai dah mati dah!!! Penyu pertama... Sebelum dilepaskan anak anak penyu ini perlu diberi nama... Yang ini Zara...  Yang ni pulak Zulaikha... Dan yang sangat aktif ni pulak Izz... Nampak tak kat situ... Perasan tak? Tu nama anak aku tuh!!! Izz Zara Zulaikha... Acara melepasakan anak penyu pun bermula... Tengok si Izz ni... Lepaskan je terus berlari maca...

Rindu...

Rindu... Rindu sangat... Dengan budak comel ni... Terasa kosong bila tidur berseorangan... Tiada pelukan si kecil... Lambatnya Jumaat, nak balik kampung...

Andainya Aku Pergi Dahulu...

Andainya aku pergi dahulu, Mahukah kamu wahai anak mendoakan aku? Andainya aku pergi dahulu, Bolehkah kamu hidup tanpa ku wahai suriku? Andainya aku pergi dahulu, Apakah akan patah hatimu wahai anak? Andainya aku pergi dahulu, Mampukah kamu menjaga buah hati puteriku wahai suriku? NotaKarut: Bapa mertua masih lagi kritikal di hospital Kuala Pilah. Penyakit tak mengenal siapa... Mungkin hari ni dia, mana tau esok lusa kita?

Chiken McRib McD terbaik...

Terbaik... Betul betul terbaik... Sedap sehingga menjilat ibujarikakikiridankanan... Sangat sedap lagi bila Tukang Masak a.k.a TK gantung kuali... Alasannya... Malas..