Sebagai salah seorang umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus melayu. Melayu tidak sehebat bangsa lain yang datang berhijrah. Melayu lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu! Pertama, dalam bidang pekerjaan, Melayu sudah tidak mahu lagi menceburkann diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar, tukang cuci dan sebagainya. Semua itu tidak glamour. Buruh asing sudah lebih 3 juta mengambilalih tugas Melayu. Kedua, dalam bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur dari program realiti bintang kecil sampai bintang tua. Tidak berhenti-henti menyanyi walaupun sudah tidak bergigi. Semua program realiti akan berakhir pada bulan Ramadhan, kerana pada kefahaman kita, bulan ramadhan bulan ibadat, bulan lain bulan berjahat. Kefahaman Islam jenis apakah ini? Ketig...